Friday, December 26, 2008

Malaysiakini : Khairy buat kejutan di Kelantan

Oleh Mohd Sayuti Omar

WACANA Tranformasi Politik Malaysia yang berlangsung di Balai Islam Lundang semalam seperti dijangkakan mendapat sambutan hebat. Kedua pihak nampaknya mengerah kumpulan sorak masing-masing. Paling ketara ialah dipihak Pas, di mana angkanya lebih ramai dari penyokong BN.

Dianggarkan lebih 5,000 yang hadir memenuhi balai Islam Ludang. Satu skrin CCTV juga dipasang di luar dewan untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat masuk. Wacana itu yang diura-uarkan akan disiarkan secara langsung melalui website tidak menjadi kenyataan menyebabkan ramai yang hampa.

Wacana itu adalah pertama kali diadakan melibatkan dua tokoh menjadi sebutan yang berlainan parti, iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Seorang lagi panelis ialah Pensyarah Undang-undang yang juga pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari. Manakala pensyarah UKM, Mohamad Agus Yusuf bertindak menjadi perantaraan. Kehadiran Aziz boleh dianggap sebagai ‘penutralize’ keadaan saja dengan memberi pandangan dari konteks perundangan dan perlembagaan negara.

Wacana bermula tepat jam 9:30 malam dengan dimulakan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa. Format wacana ialah setiap panel diberikan masa 15 minit untuk membentang hujah masing-masing, kemudian menjawab soalan yang dikemukakan oleh perantaran dan ketiga menjawab soalan hadirin dan kemudian menggulung.

Sebagai tuan rumah dan bermain dalam gelanggang sendiri penampilan Husam tidak membimbangkan. Penyokongnya yang ramai menjadikan Husam tampil penuh keyakinan dengan hujahnya. Tepukan, sorakan dan takbir akan memberi markah kepadanya.

Beliau memulakan pembentangan hujah dan pentafsiran tajuk wacana dengan mengambil pendekatan dan stail idolanya Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam membaca firmah Allah swt yang menceritakan bahawa bumi ini diamanahkan kepada orang yang salih untuk mentadbirnya.

Mesej Husam bahawa mereka yang bertakwa, tidak rasuah dan mengambil politik Islam dijamin atau berhak mentadbir bumi ini. Kemudian beliau terus memasuki ke orbit tajuk iaitu mentafsirkan transformasi politik.

Menurut Husam tranformasi politik sesuatu yang fitrah. Maknanya tranformasi politik berlaku di dalam dan di laur mana-mana parti juga. Apa yang hendak disampaikan bahawa ahli Pas juga harus bersedia menerima perubahan itu daripada mengamalkan pendekatan lapok kepada pendekatan baru atau moden. Namun sebagai parti berideologikan Islam apa juga perubahan mestilah bertunjangkan kepada Islam.

Dalam menghuraikan transformasi politik dari sudut mindanya ada lima (P) yang menjadi asas. Ia adalah prinsip, polisi, plan, personaliti dan parti-parti. Prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip Islam manakala personaliti pula ialah taqwa.

Dari pengamatan Husam hasil pilihan raya umum ke 12 lalu merupaan satu permulaan transformasi politik di negara. Di mana dalam transformasi itu ia telah mengubah kedudukan dan memusnahkan hegemoni Umno dan BN.

Beliau yakin perubahan itu akan melonjak lagi pada masa akan datang kemudian akhirnya menyebabkan BN dan Umno akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan.

Kesimpulan pada pusingan pertama Husam merumuskan Umno di dalam keadana sakit dan tenat dan ia tidak dapat diperbaiki lagi yang didasarkan kepada pengakuan para pemimpin Umno dan BN sendiri. Memandangkan hujah permulaan Husam itu menyakinkan menyebabkan para hadirian berdebar menanti bagaimanakah permulaan Khairy untuk mengemukakan hujah-hujahnya dan pentafsiran terhadap topik wacana. Para penyokong Pas yang menanti masa untuk menyorak apa-apa kelemahan dan kesilapan bakal dilakukan Khairy.

Bagaimana pun apa yang dijangkankan tidak menjadi.

Khairy memulakan perbicaraanya dengan sesuatu yang merujakan banyak yang hadir. Sebaik Khairy memulakan dengan memberi salam sudah kedengaran suara menjerat mempersendakan Khairy; kenapa ringkas sangat! Maksudnya muqadimah Khairy tidak sehabat Husam yang membaca ayat Quran dan doa dalam bahasa Arab ala tok imam membaca khutbah.

Namun apabila Khairy trurut membaca sepotong firmah Allah yang menceritakan tanggungjawab menjaga dan memikul amanah semua hadirin terdiam dan tidak percaya apa yang berlaku. Ternyata sekali tindakan Khairy itu mengejutkan hadirin. Sekiranya tujuan Husam membaca Quran untuk memasungkan langkah Khairy ternyata kunci itu tidak mujarab.

Sesuai dengan tema ayat yang dibaca, Khairy mengaitan apa yang dilaksanakan oleh BN hari ini ialah kerana melaksanakan amanah yang Allah berikan. Misalnya pembentang rang undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysai,(SPRM) Suruhajaya Perlantikan Hakim (SPH) dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AKUKU) adalah sebagai amanah BN dan ia merupakan tranformasi politik yang telus dan terbuka.

Tanggapan Husam mengatakan pilihan raya lalu merupakan transformasi yang mengubah Umno dan BN, dinafikan oleh Khairy. Katanya beliau mengaui tsunami politik yang berlaku itu tetapi memperingati secara jujur tsunami itu juga turut menempiaskan Pas.

Katanya Pas kena ingat realiti kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat hari ini adalah kecil. Hujahnya kalau tahun 1999 Pas menjadi ketua Pembangkang, tetapi kali ini jawatan diambil oleh Keadilan pada tahun (2004) hanya menang satu kerusi. Begitu juga katanya Pas tidak boleh berbangga dengan peembetukan kerajaan di Perak kerana hakiaktnya DAP yang berkuasa.

Khairy juga mempertikakan apakah perubahan mood pengundi dalam pilihan raya dulu sesuatu yang benar ataupun ianya dibuat kerana protes. Perkembangan itu katanya harus dikaji. Menurut calon Ketua Pemuda Umno itu kalau ianya protes ia akan berubah di mana bila masalah yang diprotes itu selesai pengundi akan kembali semula kepada BN.

Aziz Bari yang tampil kemudian pada itu nampaknya bersetuju dengan pandangan Husam bahawa keputusan (tranformasi) dalam pilihan raya itu satu tranformasi. Menurutnya dalam politik tidak ada istilah protes Mengenai perubahan dalam Pas, samada ada kumpulan Erdogan ia adalah sesutau yang baik.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang


Tuesday, December 23, 2008

Ulasan KJ, Transformasi Politik Husam ~ Malaysiakini

Dicabar kekanan, digertak kekiri. Inilah yang saya lihat tentang YB Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS, apabila, belum pun sempat hilang panasnya bara ketetapan dan jawapan beliau untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia , terus tersungkur dan menyerah kalah pada gesaan DAP.

Semasa majlis Wacana Transformasi Politik Malaysia, saya telah minta pendirian jelas daripada Dato' Husam mengenai perlaksanaan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Pusat sepertimana impian 16 September. Beliau menjawab dengan jelas "kita akan buat." Saya selanjutnya meminta beliau jelaskan sekali lagi jawapannya dan beliau menegaskan sekali lagi bahawa "kita akan buat" sambil mengangkat jari dan tangan menandakan kesungguhan jawapan beliau.

Namun, tak sampai 24 jam kenyataan beliau disiarkan oleh pihak media, YB Lim Kit Siang, selaku Supremo DAP, mempertikaikan kenyataan Dato' Husam dan menegaskan bahawa hukum hudud tidak menjadi dasar Pakatan Rakyat. Kenyataan Lim Kit Siang ini kemudiannya disokong oleh anak beliau YAB Lim Guan Eng, yang dipuji berkali-kali dalam Wacana tersebut oleh Dato' Husam sebagai pemimpin moden ala Saidina Omar Abdul Aziz.

Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Dato' Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis Wacana di Balai Islam Kota Bharu, tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu di mana dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP. Tidak sampai dua hari selepas Dato' Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar PAS di gelanggangnya sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan, beliau sudah pun "surrender" dan kata hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan rakan kongsi "senior" dalam Pakatan Rakyat yakni PKR dan DAP.

Kenyataan "u-turn" Dato Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh dimana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP. Dimanakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Dato' Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di Wacana tersebut yang mana antara "P" penting yang disebut adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja? Wallahualam.

Sumber REMBAU.NET.MY

Malaysiakini ~ Kenapa Husam Ralatkan Jaminannya?

Ketua Pengarang akhbar Siasah, Saudara Mohd Sayuti Omar, Kecewa dengan tindakan Husam...

BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada provokasi Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

"Iya kita akan laksanakan," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy. Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.

Tetapi hari ini Husam telah membuat pembetulan ke atas persetujuannya semalam. Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra. Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Kenapa Husam nampak gelabah dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang saya jangkakan sebelum ini. Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Media kroni pula sudah tentu sedang menyusun untuk mengeksploitasikan isu itu di Kuala Terengganu nanti. Justeru pada saya penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!

Sebenarnya Husam tidak payah membuat pembetulan atas kenyataan itu. Kenyataan beliau malam tadi mendapat sambutan hangat dan itulah yang diharapkan. Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud. Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata. Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.

Apa yang beliau tegaskan kelmarin (ketika menegasnya siap dengan mengangkat telunjuk ke langit), sudah tepat dan satu kebenaran yang dibanggakan. Sebagai orang Islam, pemimpin parti Islam sewajarnya agenda melaksanakan hudud itu diletakkan di atas. Segala unsur dan usaha mengenepinya perlu ditentang habis-habisan. Hukum hudud tidak boleh dikorbankan atas maslahat politik atau ia ditangguhkan atas dasar menghromati orang lain.

Saya rasa orang Pas lain juga cukup senang dengan jaminan Husam itu. Golongan ulama yang selama ini berjuang bermati-matian untuk melaksanakan hudud merasakan mereka mendapat semangat baru apabila ia disanggupi sendiri oleh seorang pemimpin bertaraf Naib Presiden yang profesionalis dan dianggap bijak.

Ketika dipersoalkan oleh Khairy, Husam ada menjelaskan Kelantan merayakan hari memperingati hudud setiap tahun. Dengan penuh bangga beliau memaklumkan itu kepada audience. Tetapi sesudah sehari penegasan itu menerawang masuk ke rongga kepala rakan bukan Islam Husam semacam gelabah pula. Kenapa?

Sebagai pemimpin yang meletakkan taqwa sebagai syarat orang untuk menjadi Perdana Menteri, Husam tidak perlu takut sebenarnya. Beliau juga tidak perlu merasa malu dan gerun kalau tidak popular dari kalangan bukan Islam kerana menjadi juara hudud. Bila beliau mengubah dan meralatkan kenyataannya ini menyebabkan orang boleh mengatakan Husam tidak istiqamah dalam iltizamnya.

Sepatutnya ia tidak perlu dibimbangkan Husam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membela Husam mengenai kenyataannya tentang hudud itu. Kata Nik Aziz hudud bukan hak Pas tetapi hak Islam. Katanya fungsi atau martabat hudud sama dengan sembahyang, kalau sembahyang wajib boleh buat kenapa hudud yang juga wajib tidak boleh dibuat? Jadi apabila tuan guru sudah memberi isyarat dan beranalogi begitu nah, teruskan saja.

Tidak patut dan wajar kalau Husam bermain sorong tarik dengan hukum hudud dan qisas ataupun aspirasi Islam lainnya. Beliau juga sesungguhnya tidak perlu bimbang dengan penerimaan bukan Islam mengenai penegasannya itu. Bukankah beliau sendiri mengatakan bahawa kefahaman Islam dari kalangan bukan Islam termasuk DAP dan orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong Pas dari kalangan orang Cina itu lebih baik berbanding dengan Umno atau Khairy Jamaluddin.

Jadi apa yang nak dibimbangkan lagi laksanakan Islam yang menjadi cita-cita dan matlamat perjuangan Pas itu?

Sumber msomelayu.blogspot.com

Monday, December 22, 2008

Malaysiakini ~ KEHADIRAN KJ DI WACANA TRANSFORMASI POLITIK MALAYSIA DI KELANTAN MENAIKAN MARTABAT PEMIMPIN MUDA MELAYU


Oleh Mahfir Sabtu

Saya angkat topi dan tabik sekali untuk Khairy Jamaluddin atas keberanian beliau menjadi ahli penal wacana bertajuk Transformasi Politik Malaysia di Kelantan baru-baru ini.

Lebih lagi wacana ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang tentunya ia dipenuhi dengan ribuan penyokong PAS. Untuk orang UMNO yang juga seorang ahli parlimen BN, Khairy pula berdepan dengan orang kuat PAS, Dato’ Husam Musa yang juga dikenali bukan calang-calang orang dari kalangan ahli PAS.

Tidak banyak boleh saya komen tentang isi dan kandungan wacana itu kerana saya tidak menghadirinya. Tetapi saya melihat wacana ini telah mengangkat nama Khairy yang selama ini menjadi fokus parti pembangkang mengecam beliau hanya kerana Khairy adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kehadiran Khairy pastinya sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan banyak persoalan dari Husam yang tentunya juga akan membelasah BN dari segala sudut bagi meyakinkan penyokong PAS yang hadir.

Daripada siaran yang terbit dalam blog-blog, Khairy telah mengiktiraf forum itu sebagai satu tanda kematangan politik yang baru sesuai dengan tranforamasi politik sebagai memberi ruang kepada demokrasi politik seluas-luasnya.

Begitu juga sebelum ini Khairy yang sentiasa berfikiran terbuka terhadap pendedahan seumpama ini seperti yang beliau pernah mengesyorkan debat antara calon ketua pemuda tentang isu semasa, telah ditakuti oleh calon lain terutama Datuk Mukhriz lantas menolak debat itu.

Rupa-rupanya tanpa debat itu, Khairy telah diberi peluang di pentas lebih besar berdebat dalam wacana Transformasi Politik Malaysia anjuran Kerajaan PAS pula. Ini telah menunjukkan Khairy memang terbuka dan sedia mempunyai keberanian untuk menentang sesiapa juga mengenai perihal negara.

Atas sebab itu juga, Khairy menyatakan beliau sangat setuju dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayup untuk mengadakan sesi untuk membincangkan ISA sebagai satu permulaan sisi dialog demi kepentingan bersama.

Sepertimana yang dikatakan dalam wacana itu bahawa dulu Presiden PAS merupakan Ketua Pembangkang, tetapi sekarang PAS wujud sebagai rakan junior di bawah Ketua Pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat. Ayat ini adalah untuk memberi kesedaran kepada PAS bahawa mereka telah ‘turun pangkat’ dalam perjuangannya walaupun usia PAS jauh lebih lama daripada Keadilan.

Dalam pada Husam Musa menyebut keangkuhan politik dalam BN pula, Khairy dengan mudah sahaja menempelak keangkuhan politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘mendabik dada’ kononnya akan menukar kerajaan pada 16 Sepetember lalu telah gagal dikotakan. Ini satu keangkuhan yang sepatutnya disedari oleh PAS sebagai anggota Pakatan Rakyat yang bercakap seperti guruh petir, tetapi hujan tak jadi.

Khairy menyifatkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagaikan terperangkap dengan percanggahan ideologi sesama parti sekutunya dalam banyak isu yang diibaratkan bagai retak menanti belah.

Walaupun Husam tidak mengakuinya, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku sekarang. Sekurang-kurangnya ahli PAS yang hadir sama pada malam itu akan balik berfikir betapa nasib mereka yang pada ketika ini pemimpin mereka masih tidak sedar mereka dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat.

Sepertimana yang digambarkan dalam rencana mengenai wacana tersebut bahawa Professor Aziz Bari dari UIA yang sepatutnya mewakili golongan akademik telah gagal memberi hujah berdasarkan stastistik dan kajian serta dirasakan berat sebelah adalah kerana beliau sebenarnya takut.

Beliau tidak mempunyai cukup keberanian dan kurang bersedia untuk berdepan dengan situasi di mana orang BN dan PAS berbicara politik. Beliau dijemput mungkin untuk menjadi perhiasan semata-mata kerana mungkin beliau berfikir, bila berada di Kelantan negeri pemerintahan PAS, beliau terpaksa condong pada pihak PAS.

Ini menunjukkan sebagai seorang profesor yang datangnya pula dari UIA, juga pengecut, tidak sepertimana Khairy yang berpendirian beliau bukan datang untuk bertengkar, tetapi menyatakan yang benar dengan persembahan yang waras.

Apapun tanggapan hadirin yang rata-rata orang PAS yang mungkin beberapa kerat ahli UMNO yang hadir di wacana itu, yang penting hendak saya perkatakan ialah ‘SYABAS’ kepada Khairy yang telah merintis jalan ke arah bersemuka sebegini rupa untuk menyatakan pandangan beliau bukan sahaja bagi pihak UMNO, tetapi seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk mencari pedoman betul dalam membuat pemilihan dan keputusan.

Ia tentunya sesuatu juga untuk khasnya orang yang sentiasa mencari jalan merendah-rendahkan Khairy supaya menyedari kita bukan sahaja memerlukan pemimpin muda yang hanya pandai cakap, tetapi mahu yang bersedia mendepankan keberaniannya dengan hujah bernas, lancar dan berfakta. Syabas! Khairy.

Friday, December 12, 2008

90 kelulusan pembangunan di lereng bukit di tangan Khir? ~ Malaysiakini


Oleh Zainal Yusof

DAKWAAN Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ada 90 kelulusan pembangunan di kawasan bukit dibuat ketika Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjadi Menteri Besar, adalah satu dakwaan yang cukup berat.

Berat di sini bukan bermakna dakwaan itu tidak betul atau dakwaan palsu, tetapi jika benar ianya berlaku, Dr. Mohamad Khir bukan sahaja perlu menerima hukuman dari keputusannya itu, malahan, 90 kelulusan yang dibuatnya itu, nyata jauh lebih banyak dari jumlah pencalonan jawatan Ketua Pemuda Umno yang diterimanya.

Mohamad Khir boleh menafikan tetapi penafian bukan jawapan dan penyelesaian. Malahan, kesilapan yang dibuat, bukan sahaja menimbulkan dakwaan rasuah dan salah laku pengurusan, malahan, kesilapan memberi kelulusan ini, menyebabkan nyawa manusia terancam.

Ketika ramai orang sedang menatapi kisah kemusnahan 14 banglo, kematian empat orang dan kesusahan yang terpaksa ditanggung beribu penghuni Bukit Antarabangsa, pendedahan yang dibuat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ini, jika betul, tidak boleh dimaafkan.

Malahan, Umno sendiri perlu memikirkan satu tindakan untuk 'menghukum' seorang bekas Menteri Besar (baca: Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo) yang pernah diberi kepercayaan mengetuai Kerajaan Negeri Selangor, kerana gopoh, gelojoh dan tidak langsung memikirkan keselamatan penghuni yang mendiami kawasan-kawasan lereng bukit yang kononnya tempat yang kediaman yang terlalu hebat.

Sebenarnya, jika Mohamad Khir tidak terlibat dalam meluluskan 90 kawasan bahaya ini, tetapi, hanya Sembilan kawasan sahaja, pun satu kesalahan yang tidak boleh diselesaikan dengan hanya meminta maaf dan menulis dalam blognya, dengan pelbagai alasan untuk menafikan, sebaliknya patutlah melupakan terus politik dan banyak-banyak beribadat untuk meminta maaf ke atas semua kejadian yang menakutkan ini.

Rasanya, bukan PBT (dalam kes ini Majlis Perbandaran Ampang Jaya) mempunyai cukup 'kekuatan' untuk memberi kelulusan dan CF jika tiada tangan-tangan ghaib dari pejabat orang yang paling berkuasa di peringkat negeri, melakukannya.

Walaupun salah seorang tuanpunya banglo, Datuk Tajudeen Abd Wahab mengatakan beliau sudah mendiami kawasan ini sejak 20 tahun lalu, tetapi keruntuhan yang berlaku sebenarnya bukan disebabkan struktur banglo yang didiami sejak 20 tahun itu runtuh sendiri, sebaliknya kesan daripada pembangunan baru di sekitar kawasan yang ditimpa bencana itu.

Memang sudah menjadi kebiasan, setiap pembangunan, akan disertakan dengan janji-janji manis, 'kediaman yang dikelilingi kehijauan, pemandangan, sekolah dan berdekatan dengan segala kemudahan…' tetapi janji-janji itu hanya tinggal janji kerana ada Menteri Besar yang tidak sabar-sabar untuk menjadi kaya dengan memberi kelulusan, apabila ada permohonan baru di sekitar kawasan tersebut.

Di Selangor, setiap pembangunan kawasan perumahan atau industry, biasanya akan dikaitkan dengan rasuah. Kebenaran biasanya tidak menepati syarat dan kadang-kadang pengondolan bukit-bukit, seolah-olah tiada apa yang perlu dipertahankan lagi.

Isu pengondolan bukit dan hutan di Selangor bukan isu baru. Perdana Menteri sendiri pernah dibawa melihat kawasan pengondolan ini dari udara, melahirkan rasa kesalnya kerana banyak bukit sudah dibotakkan, termasuk kawasan-kawasan sensitif.

Ketika Mohamad Khir menyusun ayat-ayat cantik untuk menafikan dan terus dengan sindrom menafikan, tetapi dia tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab ini. Malahan, dengan menuding jari kepada bekas-bekas Menteri Besar sebelumnya juga bukanlah jawapan kepada semua dakwaan ini.

Jika benar ia diluluskan ketika dia belum menjadi Menteri Besar, apakah tindakan yang dia buat untuk menghalang semua ini dari terus berlaku. Mustahil, dia tidak mempunyai jalan untuk menghentikan projek songsang ini kerana 'nyawa manusia lebih penting' dari implikasi undang-undang.

Selalunya, satu-satu projek yang sudah diluluskan, tidak boleh dibatalkan kerana 'implikasi undang-undang' dijadikan alas an tetapi suatu ketika dahulu, ketika Mohamad Khir MBPJ disaman penduduk-penduduk kerana kes Mentari di Petaling Jaya, Mohamad Khir pernah mengeluarkan kenyataan, "saya sedia masuk penjara jika membela setinggan dianggap salah oleh mahkamah."

Hari ini, Mohamad Khir kenalah tampil untuk memberi penjelasan, yang mana dia buat kerana keperluan, yang mana dia buat untuk sesuatu yang dijanjikan dan yang mana dia buat untuk membuktikan kepada umum, dia sebenarnya tidak layak menjadi seorang pemimpin negeri yang bijak.

Ketika dia dilantik menjadi MB Selangor, kejadian Highland Tower sudah berlaku. Tidak bolehlah dia belajar dari peristiwa yang menyayat hati itu? Jika boleh, mengapa, dalam era kepimpinannya, masih ada kelulusan diberi kepada kawasan-kawasan yang tidak diyakini selamat, termasuk Ulu Yam Perdana yang meragut dua nyawa baru-baru ini.

Menyalahkan segala-galanya kepada pemaju projek perumahan sahaja, amatlah tidak adil kerana sebagai Menteri Besar, Mohamad Khir tentunya mempunyai penasihat termasuk dari JKR, PBT, JPS dan pelbagai agensi sebelum sesuatu kelulusan itu diberikan.

Jika kawasan yang bahaya pun boleh diluluskan, Khir Toyo jangan marah kalau ada dakwaan mengatakan ia melibatkan rasuah dalam kelulusan tersebut. Jika tidak, mustahil ia boleh diluluskan dan masih banyak kawasan-kawasan lereng bukit sedang dibangunkan sekarang, mungkin saki baki dari kelulusan yang Khir pernah buat dulu, termasuk di sekitar Selayang, Batu Caves, Sungai Tua, Hulu Yam selain Hulu Kelang dan Kuala Selangor, termasuk Sungai Buloh.

Tuesday, December 9, 2008

Mukhriz Punca UMNO Kalah di Kuala Terengganu


Pada 17 Januari 2009, pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi dalam pilihanraya kecil.

Isu 1 : BN menang dalam pilihanraya 8 Mac lalu dengan 628 undi. Itu pun disebabkan oleh ketokohan calon, Dato' Razali Ismail.

Isu 2 : Daripada 4 DUN di parlimen Kuala Terengganu, BN tewas di tiga DUN & menang 1 saja di DUN Bandar (pengundi Cina ramai di DUN Bandar).

Isu 3 : Pembangkang (DAP khususnya) dan parti komponen Cina dari BN (MCA dan Gerakan) tentu akan menggunakan isu kenyataan Mukhriz untuk "mengajar" pemimpin UMNO. Kita dapat melihat tren ini dalam PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru2 ini.

Isu 4 : Kalau BN kalah di Kuala Terengganu atau menang terlalu kecil di sana, ini menunjukkan pengundi Cina terus menjauhkan diri dari UMNO. Dalam PRU13 nanti, apa yang akan berlaku ialah pertandingan antara UMNO and the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival.

Isu 5 : Apakah manfaat kenyataan Mukriz selain mempopularkan dirinya tetapi pada masa yang sama merugikan BN / UMNO; sekaligus menjadikan UMNO "parti pariah" yang disisihkan oleh semua orang? His statement won't change anything! It does more harm than good.

Isu 6 : Adakah pemimpin UMNO merasakan mereka terlalu cerdik sehingga hilang segala kebijaksanaan dalam bercakap dan bertindak?

Marilah kita sama2 berfikir.

By Shaiful Kamal

TUKANG KEMPEN JAJA NAMA BAIK DATO SERI’ NAJIB UNTUK CALON PEMUDA

Satu bidaah sedang berlangsung dalam pasaran politik hari ini menyebut bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan Datuk Mukhriz Mahathir jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan bulan Mac akan datang.

Bidaah ini tersebar luas dari mulut ke mulut dan menjadi perbualan di kedai kopi pelbagai bintang yang tentunya membawa mesej buruk daripada bakal Presiden UMNO yang tidak pernah menyatakan hasrat apa-apa kepada sesiapa tentang pemilihan pergerakan itu.

Sebaran yang berupa jenayah kempen terbaharu ini tentunya bukan sahaja mencederakan calon ketua pemuda lain, tetapi juga memburukkan nama Najib yang tidak mungkin memberikan gambaran atau menyatakan nama siapa untuk mana-mana calon yang beliau perlukan.

Malah beliau sering menekankan supaya perwakilan hendaklah memilih mereka yang mempunyai kredibiliti, mempunyai karisma dan mempunyai latar belakang yang boleh memberi keyakinan kepada seluruh pergerakan dan seluruh parti.

Kalau cara menjaja nama Najib menjadi modal kempen untuk Mukhriz, maka dia adalah satu cara kempen terdesak yang juga bertujuan memburukkan nama bakal Presiden UMNO yang sentiasa mahukan pertandingan sihat di kalangan calon di mana-mana peringkat.

Sehubungan itu, cara yang sudah menjadi satu tektik baru tukang kempen, eloklah Najib membersihkan namanya dengan membuat kenyataan rasmi yang beliau tidak pernah menyatakan siapa yang beliau mahu untuk terutama jawatan Ketua Pemuda supaya mereka yang menyebar dakyah ini berhenti daripada menggunakan nama beliau dengan tujuan berkempen cara terdesak.

Lebih buruk daripada itu, ada puak calon tertentu hingga berkata sekian tarikh dan sekian waktu, Najib telah memanggil ketua-ketua pemuda bahagian untuk menyatakan siapa yang patut diberikan sokongan dalam pemilihan ini.

Setakat ini, beberapa orang ketua pemuda bahagian yang dihubungi belum ada yang mengesahkan perkara ini malah menyifatkan dakwaan seumpama itu adalah rekaan semata-mata. Mereka juga yakin bahawa Najib tidak masuk campur dalam hal ini kerana apa yang pemuda faham ialah Najib menyerahkan bulat-bulat kepada perwakilan untuk memilih siapa yang mereka fikir layak untuk mengetuai pergerakan pemuda di hari pemilihan nanti.

Ada pemuda yang menyifatkan cara kempen terdesak itu yang menggunakan nama Najib adalah satu cara yang mungkin tidak digemari oleh calon yang dibawa kerana tuan punya diri juga turut terjejas apabila ianya tidak benar.

Begitu juga dengan kempen yang berlangsung sekarang ini terlalu menguar-uarkan supaya perwakilan tidak memilih calon pemuda yang ada kaitan dengan keluarga perdana menteri dan mantan perdana menteri. Kempen ini begitu sahih membawa mesej Khir Toyo yang bagiakan mengila-gila mahukan jawatan Ketua Pemuda di musim ini bagi menebus kedudukannya yang telah lenyap sejak Selangor jatuh ke tangan PKR.

Oleh kerana unsur-unsur negatif ini dilihat semakin hari semakin liar, pemimpin atasan yang masih memegang jawatan sepatutnya membuat teguran kepada wakil-wakil calon yang berkempen secara tidak mempunyai asas terutama sekali bagi mereka yang menggunakan nama pemimpin tertentu untuk meraih keyakinan perwakilan.
Hendaknya, perwakilan yang akan membuang undi pada hari pemilihan nanti sepatutnya bebas dari sebarang pengaruh negatif supaya mereka tidak terikat dengan sebarang kata-kata yang bagaikan satu ‘paksaan’ dari pemimpin atasan yang sengaja diadakan.

Biar apa pun yang calon mahu beri, biar apa pun yang dijanjikan dan apa pun bentuk dakyah dan bidaah yang didengar, perwakilan hendaknya mempunyai pendirian dan mempunyai kesedaran betapa jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini adalah satu pemilihan yang cukup penting bagi masa depan bangsa, agama, rakyat dan negara.

Oleh Sabrani Muin

Wednesday, December 3, 2008

Mukhriz mahukan perubahan, tetapi dikritik...

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan supaya sistem Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) disatukan di bawah satu sistem pendidikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, murid-murid tetap diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India, malah murid-murid Melayu mempunyai pilihan untuk mempelajari bahasa-bahasa berkenaan.

Namun kenyatan Mukhriz tersebut, telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini mengkritik calon Ketua Pemuda UMNO tersebut.

Barangkali, Mukhriz belum cukup ilmu untuk berpolitik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan beliau seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah. Apatah lagi jika sesuatu perkara yang cuba dibangkitkan itu menyentuh 'dasar' yang telah diwartakan.

“Sejak merdeka, kita telah mempunyai system pendidikan pelbagai aliran dan sejak 50 tahun sampai sekarang kita tidak Nampak masaalah dan mungkin ada pihak yang mengatakan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKC) menjadi penghalang kepada perpaduan nasional.

“Tetapi dari pengamatan saya yang merupakan ‘produk’ dari SJKC, sedikit pun tidak menghalang saya untuk menyemai semangat perpaduan pada diri saya dan juga pada anak-anak saya,” demikan kata-kata dari Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berasa terkilan dengan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berhubung cadagan pelaksanaan satu system pendidikan dan menganggap perkara itu sebagai satu yang luar biasa.

By Bro Jinggo

Muslihat disebalik mengaku pro KJ lucah dan biadab sengaja busuk nama Khairy

Mungkin ramai tidak tahu lagi bahawa dalam website atau blog politik hari ini sudah menjadi alat penjenayah dakyah yang sedang berleluasa oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan peribadi. Lebih-lebih lagi di musim pemilihan UMNO yang akan berlangsung bulan Mac tahun hadapan.

Antara yang jadi mangsa ialah calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana ada pengelola blog yang sepatutnya bersikap natural dan adil, malah berikrar mencari dan mendedahkan kebenaran atas sesuatu isu atau terhadap seseorang menyatakan beliau tidak boleh menerima Khairy Jamaluddin (KJ) dan mengakui terpengaruh dengan keadaan.

Katanya, penyokong KJ semuanya biadap dan kurang ajar. Bila ada sesebuah artikel yang terbit mendedahkan keburukan KJ di blognya, ada saja orang KJ menggunakan macam-macam nama akan hentam menggila-gila dengan perkataan-perkataan kesat dan lucah.

Beliau mendedahkan beberapa insiden hingga ada yang menghantar gambar lucah dan menggunakan perkataan lucah untuk membela KJ.

Rupa-rupanya dalam penemuan saya terhadap isu ini secara kebetulan, rupa-rupanya memang ada kumpulan yang dibayar oleh musuh KJ untuk melakukan kerja-kerja itu supaya ia memberikan imej kurang baik kepada calon Ketua Pemuda itu.

Pendek kata, di mana saja bolg atau website yang menceritakan keburukan KJ, kumpulan ini akan hadir dengan selamba memaki hamun penulis itu. Kesannya ialah pengelola blog terpengaruh dan sama-sama terheret membenci KJ yang selama ini disangka memang benar orang KJ.

Atas sebab itulah daripada tertanamnya rasa benci dengan ‘penyokong KJ’ itu, pengelola blog yang natural telah tidak dapat membendung kepenciannya lantas mencari helah dan bahan-bahan tidak kira dari sumber mana akan turut sama membelasah KJ.

Sudah barang pasti orang yang menjalankan kerja seumpama itu yang sengaja memberikan imej reverse psikologi terhadap KJ memang bukan dari kalangan terpelajar, bukan dari kalangan penulis kerana bahasa yang digunakan untuk kononnya membela KJ yang menunjukkan mereka itu pro KJ bukan datang dari taraf yang jauh berlainan.
Jika mereka itu terpelajar dan berlatarbelakangkan seorang penulis, mereka tidak akan sanggup lakukan sedemikian.

Mereka ini juga dikenalpasti memang bukan pro KJ sebenar. Mereka ada yang tidak pernah mengenali KJ secara dekat. Mereka hanya melihat dan mempercayai bulat-bulat apa yang dijejeh oleh pihak yang tidak senang dan tidak mahu menerima penonjolan dan kehebatan yang ada pada diri KJ.

Tambah pula yang tidak mencemburui KJ adalah kalangan orang berada dan mampu melakukan apa saja dan memberi kepada siapa sahaja yang sanggup bersama menyekat laluan manapun KJ pergi.

Kepura-puraan menjadi orang pro KJ yang sentiasa melayari laman-laman web di mana ada tulisan yang mengkritik KJ akan dibidas dengan pedas, lucah tanpa berhemah langsung. Jadi, tidak hairanlah gambaran orang ramai terima ialah KJ bukan dari kalangan orang baik.

Mereka diupah untuk mengecam mana-mana blog yang mengkritik KJ. Tidak syaklah sesiapa yang membaca ruangan-ruangan komen akan menyangka mereka itu benar-benar orang KJ dan KJlah yang mendapat nama busuk dari angkara lakunan itu.

Tidak hairanlah orang yang turut sama menghentam KJ setiap kali ada cerita baik tentang KJ adalah juga dari kalangan orang yang sama yang dirancang dengan agak cukup teratur sebagai memberi impak dua hala secara langsung atau tidak langsung.

Kumpulan ini dilihat semakin ramai, tetapi sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja yang menggunakan nama yang pelbagai dan alamat e-mail yang macam-macam. Mereka boleh menyamar jadi pro ala lucah, pro ala biadap dan juga boleh menjadi anti KJ disebalik kebebasan menggunakan macam-macam nama melalui e-mail yang berlainan.

Dengan pendedahan ini tidaklah bermaksud menuduh calon lain yang bertanding dengan KJ sahaja untuk jawatan ketua pemuda, tetapi ia mungkin diselengara oleh individu juga yang tidak senang dengan penyerlahan dan potensi anak muda ini dalam politik tanah air.

Lojiknya, kalau ramai tidak suka dengan kemunculan beliau, masakan Khairy diberi kepercayaan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO selama ini. Malah dialah satu-satunya pemuda yang dibanggakan menang jawatan Pemuda Bahagian dan Pemuda peringkat negeri.

Selain itu, beliau juga dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Malaysia di Rembau tempat asalnya. Oleh kerana beliau mempunyai kekuatan di peringkat negeri dan nasional, tidak hairanlah jika beliau tidak disenangi oleh beberapa kerat insan yang diselimuti rasa cemburu dan iri hati.

Bagaimanapun perkara ini lama kelamaan akan diketahui juga bagi mengsahihkan pendedahan mini ini apabila ketentuan akan menentukan ganjaran dan hidayah kepada orang yang teriniaya dan diiniayakan. Ini termasuklah yang menabur fitnah, yang mereka-reka cerita dan mengemburkan dakyah dengan tujuan khianat tidak kira dari siapa kepada siapa tetap akan mendapat balasannya.

Yang teriniaya tetap akan mendapat petunjuk, akan mendapat hidayah, akan mendapat ganjaran selagi dia bersyukur, dia redza dan dia tidak berniat untuk membalas dengan cara yang sama. Semoga yang diupah membuat kerja-kerja dakyah itu menyedari akan akibatnya kelak.

Oleh Salim Selamat

Tuesday, December 2, 2008

Jawatan Kabinet : Beza pendirian KJ dengan yang lain ~ Malaysiakini


NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin nyata berbeza pendirian dengan dua calon jawatan Ketua Pemuda yang lain, Mukhriz Dr. Mahathir dan Dr. Mohamad Khir Toyo mengenai 'jawatan kabinet'.

Kata Khairy, keputusan sama ada Ketua Pemuda Umno diletakkan di dalam pentadbiran kerajaan adalah mengikut budi bicara Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal sama ada seseorang calon yang bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda perlu meletakkan syarat sama ada mahu dilantik atau tidak dalam Kabinet.

Sebelum ini, Dr. Mohmad Khir dan Mukhriz tidak mahu dilantik menganggotai Kabinet bagi memberi tumpuan kepada Pergerakan Pemuda. Kononnya, jika memegang jawatan dalam Kabinet, tidak mampu untuk memperjuangkan nasib Pemuda.

Kata Mukhriz, dia mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Dr. Mohamad Khir pula berkata, jawatan Kabinet akan mewujudkan banyak halangan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda.

Menurut Khairy, beliau rasa, ini bukan tempat untuk meletakkan syarat nak dilantik dalam Kabinet dan sebagainya. Itu adalah hak mutlak PM. "InsyaAllah, apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak mengambil alih jawatan PM Mac nanti, beliau (Najib) sendiri akan tentukan dan bukan tempat kita mahu tentukan."

"Lagipun, kita hanya baru jadi calon dan belum tentu jadi Ketua Pemuda lagi. Tak payahlah nak letakkan syarat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta sesi dialog dengan penduduk Kampung Sentosa, dekat Paroi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya jika menang jawatan Ketua Pemuda serta ditawarkan menjadi anggota Kabinet.

Khairy juga berkata, sekiranya PM merasakan perlu khidmat Ketua Pemuda Umno sebagai anggota pentadbiran, dalam apa sekalipun, penyandang jawatan itu perlu menurutnya.

"Kalau PM pada waktu itu rasa mungkin tidak ada tempat untuk Ketua Pemuda, kita kena terima juga. Sekarang bukan tempat kita untuk kata saya nak terima atau tidak,"katanya.

Ketika ditanya sama ada keengganan dua calon Ketua Pemuda itu dilantik ke dalam Kabinet sebagai strategi untuk meraih undi pada pemilihan nanti, Khairy enggan memberi andaian dengan alasan tidak adil untuk mengulas visi serta misi calon lain yang bertanding.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya selama lapan tahun dalam barisan kepimpinan Pemuda, beliau tidak pernah berdepan masalah menjalankan tugas dalam Pemuda.

"Isu sama ada Ketua Pemuda perlu memegang jawatan Kabinet sebenarnya bergantung kepada pemimpin itu sendiri berdasarkan cara mana menguruskan masa terbaik.

"Kalau kita nak 'check and balance' tetapi berada di luar kerajaan, kita mungkin tak dapat membawa suara Pemuda kepada pentadbiran (kerajaan) dengan baik. Kalau ada dalam pentadbiran, suara Pemuda dapat disampaikan kepada platform paling tepat,"katanya.

Sebelum ini, ada juga yang mentertawakan pendirian Mukhriz dan Mohamad Khir kerana mereka ternyata sibuk-sibuk menolak jawatan Kabinet sedangkan tiada siapa yang menawarkan apa-apa kepada mereka berdua.

Tidak perlu ditolak sebelum ditawarkan tetapi jika ada sesiapa yang menawarkannya, tolaklah. Secara menyindir, ada yang mengatakan kedua-dua calon Ketua Pemuda ini perasan yang mereka sudah disediakan dengan kerusi Kabinet, sedangkan, belum tentulah mereka menang dalam persaingan yang sengit ini.

Oleh Zainal Yusof

Thursday, November 27, 2008

Pakatan Rakyat yang tidak boleh berpakat lagi


"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah" inilah antara bait-bait ucapan Hj Hadi Awang suatu masa dahulu, tapi hari ini segalanya berbeza, mereka sanggup dimalukan kerana mahu berkuasa dan menjadi kerajaan.

Tuesday, November 25, 2008

Khir, Mukhriz… siapa yang tawarkan anda jawatan kabinet?


BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tiba-tiba mengulangi hasratnya, tidak mahu menjadi anggota kabinet, jika menang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Ulangan percakapannya itu, dibuat selepas beberapa bulan yang lalu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor ini menolak tawaran menganggotai kabinet.

Dr. Mohamad Khir terpaksa mengulangi janjinya itu kerana, seorang lagi calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir juga bercakap soal yang sama, tidak mahu menjadi Menteri, kalau menang jawatan Ketua Pemuda.
Mereka berdua seolah-olah sepakat. Sama-sama tidak mahu menjadi Menteri. Baguslah! Cuma, siapa yang nak tawarkan jawatan itu kepada mereka berdua? Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hendak melantik mereka menjadi Menteri? Kalau tidak ada tawaran, kenapa seorang tidak mahu dan seorang lagi menolak?

Bukankah elok, kedua-duanya bercakap soal-soal parti, ketuanan Melayu, bahasa Melayu, ekonomi Melayu dan perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan kepentingan ramai. Kenapa hendak bercakap soal yang tidak akan kena mengena dengan mereka, jauh sekali mereka sudah ditawarkan jawatan oleh mana-mana Perdana Menteri.

Dr. Mohamad Khir pernah mahu merubah sejarah kelahiran Umno yang didakwanya dilahirkan di Selangor dan bukan Johor. Maka, lihatlah sejarah Umno dan Pemuda Umno secara betul. Bukan semua Ketua Pemuda Umno dilantik menjadi Menteri.

Itulah sebabnya, kalau cerdik tidak boleh diikut… beginilah jadinya calon-calon yang hendak menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda. Bercakaplah benda dan perkara yang wujud dan jangan bercakap benda dan perkara yang tidak perlu diperkatakan. Untuk apa semua itu? Adakah dengan menolak jawatan, mereka mahu membuktikan mereka hebat dan ikhlas?

Atau Dr. Mohamad Khir dan Mukhriz menyindir Ketua Pergerakan Pemuda Umno sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menerima perlantikan menjadi Menteri, ketika menjadi Ketua Pemuda Umno menyebabkan Umno lemah?

Memetik kata-kata Mukhriz ketika mengatakan dia tidak mahu menjadi Menteri kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Barangkali Mukhriz tidak nampak Hishammuddin yang masih memegang jawatan Ketua Pemuda dan Menteri Pelajaran, telah gagal menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.
Dr. Mohamad Khir pula mengatakan, Pemuda perlu lebih berani dalam apa juga perkara kerana itu sebenarnya yang akar umbi mahukan. “Saya rasakan kalau menerima jawatan dalam Kabinet, tugas sebagai Ketua Pemuda terhad kerana banyak halangan yang boleh menjejaskan pergerakan itu,”

Mungkin Dr. Mohamad Khir nampak Pemuda Umno di bawah kepimpinan seorang yang berjawatan Menteri tidak berani dan terhad kerana banyak halangan hingga menjejaskan pergerakan itu. Mudah-mudahan, kenyataan kedua-dua calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno ini mendapat respon dari Hishammuddin kerana Hishammuddin tidak dikagumi oleh kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini, mungkin kerana Hishammuddin menyandang jawatan Kabinet.

Malahan, kenyataan kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini, bolehlah (jika ianya baik) diguna pakai oleh calon-calon Naib Presiden Umno, Ahli-Ahli MT, Ketua Pergerakan Puteri dan Wanita, supaya jangan menerima tawaran menyertai cabinet, dikhuatiri menjadi tidak cukup berani, terhad dan banyak halangan untuk bergerak dan berjuang.

Jika inilah tahap pemikiran calon Ketua Pergerakan Pemuda, dengan alasan memegang jawatan kabinet menjadikan mereka terhalang daripada meneruskan perjuangan, malangnya bagi Pergerakan Pemuda Umno yang menyokong mereka berdua.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini ingin memberitahu, semua penyandang jawatan Menteri dalam Kabinet yang ada hari ini, tidak berani menyampaikan suara akar umbi kerana halangan jawatan mereka itu.

Hanya mereka berdua sahajalah kononnya yang mampu memperjuangkan Umno tanpa jawatan dalam kabinet. Siapa sebenarnya yang hendak menawarka jawatan kabinet kepada mereka ini? Dr. Mohamad Khir jangan ‘bergurau’ kerana dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor yang merupakan jawatan yang cukup besar dalam usianya yang cukup muda, tetapi telah memusnahkan harapan Umno dan BN di Selangor.

Sedarkan dia sekarang, dengan pelbagai isu yang melanda Selangor, termasuk apa yang berlaku dalam PKNS, sebenarnya airmata orang-orang Melayu yang dikecewakan oleh Dr. Mohamad Khir. Jika Dr. Mohamad Khir tidak mempersenda-sendakan ‘isu penyapu’ dan ‘makan tempe’, hari ini Umno dan BN masih berkuasa di Selangor.

Isu banjir di Shah Alam dan pengondolan bukit-bukit di Selangor yang Dr. Mohamad Khir harus bertanggungjawab juga sebenarnya sedikit sebanyak membantu Umno dan BN di Selangor hancur. Adakah Dr. Mohamad Khir mahu bangkir dengan Pemuda Umno sekarang atau, dalam hatinya mahu menghancurkan Pergerakan Pemuda Umno yang sudah semakin gemilang sekarang!

Bekerjalah sekarang kerana sekarang tiada jawatan Kabinet. Kuatkan Umno dan Pemuda Umno di Selangor terlebih dahulu sebelum menjelajah ke seluruh bahagian-bahagian ‘membahagi-bahagikan’ tempe untuk semua Pemuda Umno menjadi ‘putih’ seputih pipi Dr. Mohamad Khir.

Oleh Zainal Yusof

Monday, November 24, 2008

POSTER PILIHAN MINGGU INI - COWARD


Kepada semua bloggers... anda dibenarkan untuk copy and paste poster ini, dan menyebarkan poster ini kepada kawan-kawan yang lain.

Kenapa?

Kerana jika mahu menjadi seorang blogger kita harus berani... Jangan jadi penakut!!! dan jangan poyo sangat... ataupun janganlah buat perkara yang boleh memalukan diri sendiri...

Kesian juga dengan blogger diatas... Buat malu jer, baru kena cabar sikit, kecoh satu kampung... Agaknya mereka ini tak pernah kena cabar agaknya... ini kali pertama blog mereka kena serang balas dari blogger lain... sebelum ni syok sendiri sahaja...

Professional la sikit... Jangan tunjukkan yang kamu tu masih baru dan masih berhingus lagi dalam alam maya ni...

Berani sikit!!! jangan nak berdebat pun takut? kita hanya bloggers bukannya calon Ketua Pemuda, nak takut apa???

Kalau takut baik tak payah jadi bloggers la... Lebih baik jika jadi surirumah tangga sepenuh masa ataupun jadi tukang perah susu lembu, ada jugak maknanya.

Friday, November 21, 2008

Apa pilihan Pemuda UMNO sekarang



Siapa bakal Ketua Pemuda UMNO? bagi yang melihat hanya dari segi mata kasar tanpa punya kira-kira atau sempua akan terus berkata, tentulah Mukhriz. Bila ditanya apa alasan mereka berkata begitu, jawab mereka ringkas, tengok saja pada pencalonan. Bagi saya jika ada orang yang berkata begini, saya tahu saya membuang masa saja melayan dan berbicara mengenai politik kerana saya merasakan orang ini tidak membuat homework atau kata mudah tidak melihat jauh trend dan statistik turun naik gelombang senario politik dalam UMNO.

Jika mood saya baik dan merasa seakan mahu melayan saya akan menyambung perbualan, jika tidak saya akan terus membisu dan akan melupakan saja bicara politik. Jika saya ingin menyambung perbualan saya, saya akan bertanya, what’s make. you say that ? Apakah Mukhriz akan menang hanya berdasarkan pencalonan. Apakah pencalonan menjanjikan kemenangan ? Saya juga akan bertanya pasal market trend di luar sekitar kempen menjelang pemilihan UMNO. Pastinya saya akan dapat berbagai-bagai jawapan. Mungkin saya akan bertanya lagi. Kenapa Tun terdesak sehingga menulis artikel yang memburukkan calon Ketua pemuda pemuda lain.

Apakah ranking Mukhriz kini sudah ke tahap yang membimbangkan sehingga Tun gelabah untuk mempertahankan ke populariti anak manjanya itu.Tun bijak membaca trend politik. Tun sudah nampak Mukhriz berada ditahap tidak stabil. Tun terpaksa membantu Mukhriz. Namun apa saja yang akan Tun lakukan, pemuda bukanlah buta dan tidak dapat menilai kan permata dengan kaca. Sampai bila Mukhriz mahu bertahan dibawah ketiak Tun. Jika setiap kali statement yang keluar dari mulut Mukhriz mencerminkan tahap pemikiran yang rendah. Setiap kali beliau membuka mulut, setiap kali popularitinya menjunam.

UMNO sekarang telah kembali normal dan bukannya tidak waras lagi seperti mula-mula UMNO berada dalam keadaan panik dahulu ketika terkejut dengan Tsunami PRU. Trend dalam market sekarang adalah :

1) Pemuda mahukan seorang Ketua Pemuda yang datangnya dari kerusi Ketua Pemuda Negeri.- Mukhriz bukan Ketua Pemuda Negeri, mahu pun Khir Toyo

2) Pemuda sekarang mahukan Ketua Pemuda yang berani, bijak serta tegas dan komited kepada sayap Muda UMNO ini.- Mukhriz tidak komited kepada sayap ini mahupun Khir Toyo

3) Pemuda mahu seorang ketua yang boleh menghadapi dan bertentangan dengan Anwar Ibrahim.- Mukhriz tidak boleh lakukan ini, begitu juga Khir Toyo. Pernahkah kita tengok Mukhriz dan Khir Toyo menegur Anwar Ibrahim, mereka tidak ada keberanian untuk melakukan ini.

4) Pemuda sekarang mahukan ketua pemuda UMNO yang boleh menghadapi sikiu, yang boleh menghadapi Hindraf.- Mukhriz tidak boleh melakukan ini mahu pun Khir Toyo yang tidak mungkin boleh menghadapi Hindraf. Jika Khir bercerita pasal Hindraf maka akan keluar lah isu-isu Kuil yang di roboh.

5) Pemuda mahukan pemimpin yang kuat dan bukan lembik. - Sendiri mahu ingat siapa antara mereka yang kuat dan siapa kah si lembik.

6) Pemuda juga mahukan pemimpin yang beradab dan tidak biadab kepada Pemimpin tertinggi UMNO Khususnya mereka yang telah lebih lama dalam UMNO dan yang telah lama menikmati garam dari mereka - Mukhriz agak biadab dan Khir Toyo juga terikut menentang kepimpinan tertinggi.

Pemuda juga kini seringkali diingatkan agar kembali ke trek asal, menolak mereka yang memberikan rasuah, trend pemuda sekarang berada ditahap yang normal, Khairy mempunyai peluang yang baik jika Pemuda berada dalam keadaan yang normal. Kita tunggu Tun dedahan siapakah yang benar-benar main duit, kita lihat Tun akan meletakkan anaknya disatu tahap yang paling bersih dan kononnya anaknya tidak main duit dalam membeli pencalonan. Bagi pemuda yang menerima duit dari agen-agen Mukhriz, fikirkanlah, jenis hipokrasi anak dan ayah. Apakah ini adalah calon yang pemuda mahukan, Apakah sebenar yang Pemuda mahukan ?

Terbaru mengenai statement Mukhriz….. Mukhrz tak mampu pegang dua jawatan sekali. Jika Hishamuddin boleh jadi ketua Pemuda dan Menteri Pelajaran, Mukhriz tak boleh. Dia tak mampu, katanya kalau ketua Pemuda - Ketua Pemuda sahaja, ini bermaknan kita akan dapat Ketua pemuda yang hanya mampu jadi Ketua Pemuda sahaja. Kesian satu stetment yang kurang akal lagi dari Mukhriz sebab nak ikut Khir Toyo.

Petikan : Baru-baru ini Datuk Seri Dr Khir Toyo beliau tidak berhajat nak pegang sebarang jawatan kerajaan jika memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia…rupanya Datuk Mukhriz Mahathir juga berpegang kepada pendirian yang sama. Bercakap kepada para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata ini kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian untuk tarik balik sokongan rakyat di lima negeri yang Barisan Nasional kalah. Katanya ia tidak ada kena mengena dengan soal kemampuan untuk pegang jawatan dalam kerajaan. Menurut Mukhriz kalau nak pegang kedua-dua sekali ‘payah sikit’.

Oleh: Selamat Sadikin – Kajang
KPMU

Nota Senapang Patah : Pilihan Ketua Pemuda saya ialah Khairy Jamaluddin kerana beliau memiliki ciri kepimpinan yang menyeluruh , bukan sahaja mampu memegang jawatan Ketua Pemuda malahan mampu menyandang apa sekali pun jawatan yang akan diberi kepada beliau.

Jangan kerana politik wang Pemuda Umno memusnahkan Pergerakkan Pemuda UMNO. Justeru itu saya menyeru para perwakilan, akar umbi sekelian buatlah pemilihan yang bijak…

Thursday, November 20, 2008

Tun menyanyi lagi- Lekaslah besar si manja ku sayang


Tun berkempen lagi melalui blog beliau bagi memastikan kemenangan anak manjanya Mukhriz yang kini kian terhakis sokongan Pemuda UMNO terhadap anak manjanya ini. Walaupun Mukhriz mendapat pencalonan yang tertinggi namun stamina Mukhriz tidak kesampaian dan telah kelihatan termengah-mengah dan diakhir-akhir ini terserlah banyak kebodohan Mukhriz dan terserlah kelemahan beliau seorang pemimpin yang bergantung 100% kepada ayahnya.

Dalam tulisan Tun kali ini beliau menyerang Khairy Jamaluddin secara terus terang dan cuba menghakiskan sokongan yang diperolehi oleh Khairy Jamaluddin. Inialah politik yang paling jijik dimainkan oleh Tun untuk memenangkan anak beliau. Dalam tulisan itu Tun berkata ,”Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan.

Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa,” katanya. Ini adalah merupakan tuduhan peribadi Tun kerana ini sebenarnya tidak berlaku dan rakyat bukan bodoh untuk menilaikan apa yang Tun cakapkan. Tun sepatutnya menyalahkan dirinya apabila rakyat menolak UMNO adalah kerana campur tangan beliau yang meracuni minda rakyat kerana dendam peribadi beliau untuk kepentingan kroni perniagaan beliau yang gagal mendapatkan projek dari kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Serangan dan pergolakan kemelut Tun yang berleluasa sehinggakan Tun sendiri sanggup bekerjasama dengan pembangkang hanya kerana mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang sebenarnya dipilih oleh beliau.

Tun bukan sayang kepada UMNO, Tun tidak peduli sama ada UMNO akan hancur atau tidak, yang penting bagi beliau, kekuasaan negara perlu ditangan beliau walaupun beliau telah bersara. Tun terlalu banyak mencampuri urusan kerajaan kerana mahu semangat Mahathirisma terus hidup. Pergolakan dalaman UMNO yang berpunca dari Tun yang membuat UMNO lemah. Hari ini Tun bukan lagi ahli UMNO. Jika beliau sayangkan UMNO mengapa beliau tinggalkan UMNO? Apakah seorang Kapten kapal sanggup terjun dari kapal apabila melihat kapal kini condong dan mahu karam.

Tun juga bercerita mengenai Politik wang dalam UMNO. Ini seolah-olah Tun mahu membersihkan Politik wang yang diamalkan oleh Mukhriz secara besar-besaran sewaktu pencalonan yang dahulu. Bukti telah banyak kita terima, mulut tempayan boleh kita tutup, mungkin Tun lupa mulut orang sukar ditutup. Yang terima wang akan bercerita, Mukhriz juga dengan cara bodoh menafikan berhawa beliau terlibat dengan politik wang apabila berkata, jika ada ejen yang memberikan wang atas nama beliau itu adalah satu sabotaj yang mahu memburukkan beliau.

Apakah orang percaya Anaz mesin ATM Mukhriz itu adalah ejen yang mahu memburukkan Mukhriz ? Apakah orang akan percaya beberapa nama yang begitu rapat memberikan wang atas nama Mukhriz juga adalah ejen yang mahu memburukkan Mukhriz. Rakyat bukan bodoh. Mukhriz telah pun memberikan wang dan tidak perlu menutup bangkai busuk ini dengan menyatakan bahawa ejen mahu memburukkan beliau. Tun tak perlu cuci mangkuk untuk Mukhriz dengan menyerang orang lain. Tun sepatutnya menerangkan kepada pemuda dan rakyat betapa bijaknya anak beliau dan Mukhrizlah orang yang paling layak untuk jadi Ketua Pemuda UMNO.

Dedahan keistimewaan Mukhriz, jika ada. Kami hanya tahu Mukhriz ini hanyalah silembik yang masih menyusu di bawah ketiak Tun.

Kata beliau lagi, sementara itu, Bernama melaporkan, ketika sesi soal jawab dalam majlis dialog bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut. Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan didalam blog saya,” katanya.

Ini mengesahkan bahawa Tun mahu menyatakan anak beliau adalah orang yang paling bersih sekali dalam pemilihan UMNO ini, malangnya Tun mungkin tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu. Ramai dikalangan pemuda yang mencabar Tun untuk mendedahkan siapakah mereka yang main wang dalam pemilihan UMNO kali ini. Kami berharap Tun telus dalam pembongkaran ini, tapi kami akan jangka, nama yang akan dikaitkan adalah Dr Khir Toyo dan Khairy Jamalluddin dalam Pemuda UMNO. Mukhriz bersih dari senarai ini. Inilah lazimnya cara Tun, mula -mula menyiarkan artikel yang ringan dan kemudian terus menyerang. Tun perlu gentelman, yang bertanding adalah Mukhriz bukan Tun. Berikan peluang untuk Mukhriz bertanding dan tak perlu dipimpin anak manja Tun dan sentiasa melindungi Mukhriz di bawah ketiak sentiasa kerana dia mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO. Ketua Pemuda UMNO perlu kuat berani dan juga bijak, bukannya penakut, bingung dan lembik seperti yang Mukhriz tunjukkan sekarang. Ketua Pemuda UMNO tidak boleh bergantung pada ayah semata-mata.

Hari ini Tun cerita pasal politik wang, hari ini Tun bercerita pasal UMNO, hari ini Tun bercerita pasal bangsa. Siapakah yang memulakan politik wang 22 tahun yang lalu ? Siapakah yang sering menghentam dan membuka ruang untuk pembangkang bermaharajalela dan siapakah yang memberikan muka kepada bangsa asing sehingga kita kini tertekan dengan bangsa asing.

Pernahkah Tun memikirkan mengenai parti apabila menghentam Perdana Menteri, pemimpin UMNO dahulu sehingga rakyat benci dengan UMNO. Siapa yang mengajar pemimpin UMNO biadab kepada Presiden UMNO, siapa yang mengajar anak mereka biadab kepada Presiden UMNO, siapa yang memburukkan Presiden UMNO selama ini, Siapa yang suka memburukkan keluarga dan juga Presiden UMNO ? Apakah ini bukan faktor yang membuat rakyat benci kepada UMNO? Jika presiden diletakan disudut yang sentiasa di kritik ini akan mengakibatkan kelemahan UMNO.

Kerja siapakah ini? Eloklah Tun jangan memburukkan lagi pemimpin UMNO lagi kerana ini mengakibatkan parti ini akan berpecah dan terus menjadi lemah. Jika Tun mahu paksa pemuda memilih Mukhriz, keluarkansahaja kenyataan dan seru agar pemuda memilih Mukhriz. Mukhriz juga sepatutnya malu menggunakan pengaruh ayahnya untuk menang dalam pemilihan Pemuda ini. Pemuda adalah sayap yang terdiri dari ahli yang kuat teguh bijak dan berani. Mereka tidak mahu pemimpin yang lemah lembab dan penakut yang hanya pandai memburukkan orang lain menggunakan kuasa ayah untuk menang.

Cepat lah besar , cepat lah besar si manja ku sayang…..

Oleh : Hassan Ishak

Jawab Piggy Singh.... Jangan Tak Jawab

Rentetan "Siapa Kata"

Baru-baru beberapa artikel keluaran blog ini telah di palam oleh few bloggers, termasuklah Piggy Singh. Beliau dengan sinisnya menghentam dan membuat characterisation yang begitu cynical, maliciously developed dan penuh Suul Dzon.

Terdapat tiga artikel yang diserang, pertama adalah my SWOT analysis on KJ, the second one adalah berkenaan Siapa Kata, and the last part was on Facebook group. Blog Padedoh pula ada menyiarkan tindakan Piggy Singh ini. I will handle the second part of the attacks kali ini.

Manakala Bro Jinggo ada menjawab serangan Piggy Singh itu and to Bro Jinggo – I say thank you. But to Piggy Singh, who continued with his attacks and, who labelled me as a lower grade lieutenant who had to seek a general to defend what I said or wrote – to him I say: I decide to defend or otherwise, and I personally observe the merits and demerits of doing so!

Nevertheless, saya patut berterima kasih pada Piggy Singh kerana telah mencermin dan menonjolkan pencapaian objektif gambar-gambar yang dipaparkan dalam artikel Siapa Kata.

The four photos tu sebenarnya dipilih, beserta tema ”Siapa Kata” bagi menzahir dan mencetus pemikiran tentang jurang antara personaliti persepsi dan personaliti realiti KJ. Sebagai mangsa fitnah dan tohmahan berterusan, KJ sekarang ini mengalami defisit dalam persepsi awam. Beliau dianggap dan dikatakan tidak peka terhadap persekitaran dan masyarakat, tidak perihatin dan bersama orang ramai dan elitis. Namun, berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan, kita tanya balik samaada apa yang ditohmahkan itu benar atau tidak? Kenapa Piggy tak ambil juga gambar KJ makan bawah pondok – mungkin kerana gambar itu begitu halus dan dalam maksudnya…

Apabila gambar-gambar dan tema itu dipaparkan, pastinya ada pihak yang kurang senang kerana bagi mereka personaliti KJ harus kekal stationary di dalam kotak dan belenggu negatif atas insentif dan keuntungan daripada kedudukan ini dalam bentuk sokongan relatif, samaada benefisiari nya saingan politik KJ, yang tak suka KJ, atau dari parti pembangkang. Jadi apabila melihat adanya gambar-gambar seperti ini pastinya mereka akan melatah, memperkecil, melondeh dan mengejek gambar itu sebagai lakonan atau drama politik murahan semata-mata.

Kenapa? Kerana:

[1] Mereka sedar bahawa memang terdapat jurang antara personaliti persepsi dan personaliti realiti KJ; di mana KJ ni sebenarnya tidaklah sepertimana yang diwar-war atau digambarkan oleh penyerang-penyerang peribadi beliau

[2] Usaha penjelasan dan pendedahan ini bakal menggugat keuntungan atau kepentingan mereka samaada dari segi politik atau dari utiliti kepuasan peribadi sebagai seorang yang tak sukakan KJ

[3] Serangan balas hendaklah di buat kerana jika tidak, pastinya penjelasan tadi boleh atau mampu, kalaupun tidak membuat konversi sokongan, tetapi, sekurang-kurangnya, menimbulkan tanda soal dan menjadi katalis kepada penilaian kritikal terhadap serangan yang dilontar ke atas KJ

Maka, atas sebab di atas, in a way, I was happy when I read the responses from Piggy Singh. Sebab ia menunjukkan bahawa memang ada impak gambar ini, sehingga terpaksa di buat respon.

Saudara pembaca lihatlah sendiri bagaimana gambar-gambar itu disusun aturannya dan diselitkan gambar KJ mengusap muka dengan lontaran ayat yang begitu sarcastic – apa makna dan nawaitunya? Ia adalah supaya pandangan persepsi positif mengenai KJ ditarik dan dirantai kembali menjadi negatif.

Itulah gambaran betapa rendah dan busuk hatinya manhaj penulis blog itu; atas kepuasan melihat dan menjana keburukan.

BY: HANG TEGAR

Tuesday, November 18, 2008

Khairy Jamaluddin :SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB


Mungkin kita tidak perasan dan mungkin juga kita tidak pernah mahu memikirkan tentang satu perkara yang ada kala sengaja kita mengapa ianya sebagai sesuatu yang remeh. Sebenarnya jika kita benar-benar meletakkan perkara ini sebagai satu perkara yang perlu kita nilaikan kembali, ianya sebenarnya adalah satu perkara yang serious yang wajar kita pertimbangkan sebagai waris anak bangsa Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.

Cuba kita kupas dan memikirkan apakah wajar kita berikan pertimbangan sebagai waris bangsa Melayu yang kaya dengan warisan nenek moyang kita yang kaya dengan budibahasa. Salah satu ciri budi bahasa yang diwarisi oleh bangsa Melayu adalah hormat kepada yang lebih dewasa. Itulah sebabnya kita memanggil orang yang lebih tua kepada kita sebagai Pak Cik, Mak Cik, Pak Long, Abang Long Kak Long , Abang Ngah dan sebagainya.

Dari kecil lagi kita diajar untuk menghormati yang lebih tua dari kita. Kita juga dididik untuk setia dan menghormati pemimpin. Orang dahulu sanggup mempertahankan pemimpin dan sanggup mati demi pemimpin dan negara, tentu kita masih ingat dengan pepatah, “Biar berputih mata jangan berputih tulang.”

Tidak pernah dalam sejarah UMNO berlaku , pemuda UMNO bersikap biadab dengan pemimpin tertinggi , tetapi hari ini telah berlaku di mana sikap ini berlaku apabila anak kepada Mantan Perdana Menteri bersikap biadab kepada Perdana Menteri. Bagi ramai ahli UMNO ini membayangkan dan mencerminkan sikap keluarga itu sendiri. Bapa borek anak pun rintik, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Apa saja yang tidak kita dengar tentang Tun mengutuk menantu Pak Lah dan apa saja yang tidak kita dengar anak Tun mengutuk bapa mentua Khairy Jamaluddin. Bukan sahaja menantu Pak Lah menjadi kutukan keluarga Tun , tetapi seluruh keluarga Pak Lah termasuklah anak perempuan Pak Lah , isteri kepada Khairy juga menjadi mangsa kutukan Tun dan anaknya Mukhriz.

Pernah kah kita dengar , Pak Lah mengutuk atau berbahasa yang agak kasar terhadap Mukhriz atau Tun , melainkan apabila Pak Lah tidak lagi menahan kesabaran apabila Tun terlalu banyak menyerang keluarganya. Pernahkah kita dengar menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin membuka mulut menghentam Mukhriz mahupun Tun ?

Ini tidak berlaku, kerana bagi Khairy Jamaluddin , itu bukan cara berpolitik , hentam menghentam keluarga dan peribadi adalah cara berpolitik yang tidak matang. Lambat laun rakyat juga akan terbuka minda mereka dan dapat menilai kan politik yang sebenar. Mukhriz terlalu lantang sehingga biadab kepada orang yang lebih tua darinya dan yang paling buruk adalah Mukhriz biadab kepada pemimpin tertinggi UMNO dan kepada Orang yang telah matang dan lebih lama berkecimpung dalam politik tanah air.Apabila di tanya kepada Khairy Jamalludin , mengapa beliau tidak pernah bersuara atau menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir kepada beliau, beliau hanya menjawab,

” Beginilah ..segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. Tetapi saya memilih untuk diam sebab saya rasa tidak sesuai saya jawab kepada seorang Negarawan yang semua orang hormat. Saya rasa untuk menjawab yang Tun berpendapat sedemikian kalau perkara itu mempengaruhi pendapat orang ramai tidak apalah yang saya boleh buat,memang kod diri saya dan kod budaya kita tidak elok kita menjawab .

Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB “

Betul lah apa yang dilakukan oleh Khairy, biar lah kita menjadi mangsa dari kita di cop sebagai biadab. Kita tidak akan dipanggil hero apabila kita biadab dan kurang ajar kepada yang lebih tua kepada kita. Kini Mukhriz telah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana , di akhir-akhir pencalonan , Mukhriz agak megah dan ke populariti beliau agak menurun dan kemungkinan Mukhriz tidak akan dapat mempertahankan ke populariti beliau untuk sampai ke garisan penamat. Jika dikira dengan pencalonan yang beliau dapat , Mukhriz bukan lah calon yang popular sangat kerana lebih dari setengah bahagian tidak mencalonkan beliau. Kita masih punya masa untuk memilih pemimpin yang terbaik, jangan sampai satu ketika nanti Tun sendiri akan mengumumkan sekali lagi bahawa anaknya bukanlah pilihan yang terbaik dan beliau sekali lagi telah melakukan kesilapan yang besar.

Sumber : prokhairy.com

THE "OUTING" OF ROCKY BRU.


I have restrained and refrained for long not to accede to recrimnations and worse still a cyber tussle with my friend Rocky. When my readers asked me what has happened to my good blog buddy, I always tell them that it was traumatic when Rocky had to be away from mainstream as he had enjoyed its perks. I even told them to leave him alone to whatever he is up to. Even when he said in last Sunday’s Star (Focus) that I was sponsored by Anwar Ibrahim, that accusation did not raise any heckles. If you are not guilty you have nothing to defend. But I cannot let what has ensued continue without a comment. That is just not me, because I worship CAUSES and not any man.

Under a posting headed ‘No Such Thing as Mahathirism’, Rocky offers the view that Mukhriz Mahathir (truth be told I like Mukhriz, his demeanor, his unassuming stance) is a late bloomer in politics, ostensibly because his father, the former Prime minister, banned all his children from taking part in politics while he held the top job in the land. Rocky saw the ban as a feather in Dr. Mahathir’s cap and compares it favorably with the example of DAP’s Lim Kit Siang whose son, Guan Eng, suffered no such bar and is now Chief Minister of Penang.

Ever since Rocky exposed himself as an apologist for PM to be Najib Tun Razak, he has become skilled at the art of shading the truth, just like Dr. Mahathir of course, which makes the headline of his post rather ironic. Well, if you have your boys in business and benefiting from sweetheart deals and rescues, it would be nice Machiavellian strategy to bar them from politics. Otherwise what would the hoi polloi think? That the Mahathir boys are imitative of Imelda: this is mine, that is mine, and that other, is also mine.

Yes, the Mahathir sons did not vie for posts in Umno while dad was manning the national pantry. But seeing that restraint as laudable is akin to saying that it was to the late dictator Suharto’s credit his kids, Tommy Mandela Putra and Siti Rukmana, did not jostle for position in Golkar while bapak was President. Or for that matter, it was admirable sacrifice on the part of Kostrad commander Probianto that he could not become ABRI chief because his father-in-law was President of the state. If he did, what would Wiranto, Yudhoyono and other members of that capable ilk, think of the supreme leader who rescued that country from a PKI-led coup in 1965?

I don’t think Indonesians are going to pinktouch their forelocks in gratitude to Suharto because his relatives showed restraint in targeting career fields. The point that’s important is not the ban on a leader’s children from entering the political fray, or for that matter, business field; it is whether they have leveraged on the father’s assets – the power of influence and patronage that comes with lofty position – to KY and ease their entry to posts and deals that would otherwise have given them the miss.

Rocky’s editorial gymnastics take on a more sly hue in another posting headlined ‘In Malaysia , we now want to demonstrate in the nude.’ Man, you are obviously upset with the series of demonstrations that have taken place, from the Bersih and Hindraf rallies a year ago to the anti-ISA current candlelight vigils . So he rounds in on the supposed threat by the Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) to demonstrate – if need be, in the nude – to express their dissatisfaction with the measures taken by Selangor’s Pakatan Rakyat government, including one that reportedly will see a rise in rentals of low cost housing for the poor from RM124 to RM250 a month. He quotes the Selangor CPO as warning sternly that action will be taken against illegal demonstrations, irrespective of whether the actors are in mufti or in the altogether. Dang, brother, that is not the Rocky I used to know and used to respect.

Rocky expresses relief that none of the demonstrators thus far has disported in the nude (Phew, what good taste! What admirable restraint!), as Mexican farmers and assorted others have done in sundry places on the globe. But now presumably, under the pressure of countless – and mindless -- demonstrations that are having a disorienting effect on the psyche, hitherto prudish Malaysians are about to abandon their inhibitions and parade al fresco. See what mischief, see what unintended consequence, this rash of demonstrations is about to have! Dang brother what’s got over you? A nudist parade at the Selangor State Secretariat Building in Shah Alam? What has the country come to! No, what has happened to the journo that I respected and sheepishly tried to emulate in thought, word and deed?

Folks, let’s brace ourselves for the upcoming editorial reign of Rocky Bru under a Najib administration. Shading the half-truth, deploying the sly dig – the stock-in-trade of the Mahathir era – will make a grand return. Dang, this is more than over-drive….you got a sixth gear? Go ahead Rocky, post this on to Ashraf Abdullah. Let’s see how he does a journalist blow-job.

Who says we have seen the last of Mahathirism.

So saudara Rocky, as a former blogger-buddy, as and when we do meet, I can still enjoy a beer or malt with you, I hope.

source : zorro-unmasked

Minyak Turun Lagi


Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok, kali kelima sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penurunan itu berkata, petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Serentak itu, beliau meminta para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya.

‘‘Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan.

‘‘Ini merupakan penurunan yang kelima sejak Ogos 2008, sebagaimana janji kerajaan untuk menurunkan harga jika ada penurunan dalam pasaran dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$55.85 (RM195).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut berharap para pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga bahan bakar itu telah turun.

‘‘Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien,” katanya.

Harga minyak petrol dan diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Bagaimanapun, dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter, ketika kadar inflasi bagi bulan Ogos meningkat kepada 8.5 peratus, manakala diesel sebanyak lapan sen menjadikannya RM2.50 seliter.

Pada 24 September lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter.

Pada 14 Oktober pula, kerajaan menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen dan 20 sen bagi diesel ketika harga minyak mentah dunia berlegar sekitar AS$77 setong.

Terakhir, kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen pada hujung bulan lalu, menjadikan harga runcit dua bahan api itu masing-masing pada kadar RM2.15 dan RM2.05 seliter.

Thursday, November 13, 2008

Sabotaj

Blogers pro KJ nafi terlibat dalam pengendalian laman web selamatkannumno.blogspot.com




Semalam seorang sahabat telah menghubungi kami dan bertanyakan, apakah kami terlibat dalam mengendalikan http://www.selamatkanumno.blogspot.com/ yang menyerang Bakal Perdana Menteri , Datuk Seri Najib dengan cerita-ceirta kes pembunuhan Altantuya dan juga pembebasan Razak Baginda kini hebat di promosikan oleh pengendaliblog berkenaan. Setelah meneliti blog berkenaan , kami dapat rumuskan blog ini sebenarnya bagaikan melastik dua ekor burung dengan sebiji batu,

Jika kita amati , blog ini cuba melagakan calon Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin dengan memaparkan link-link laman yang pro kepada Khairy Jamaluddin secara tidak langsung, Laman ini telah memaparkan link kepada SUARA SUKJ , http://www.prokhairy.com/ , Kulit Pisang Pejuang Bangsa , ::Pemuda Berani:: dan yang menariknya di kaitkan juga dengan blog jejak Azalina. Malangnya pengendali blog ini tidak berani untuk mengaitkan beberapa blog lagi yang pro Khairy untuk mengelabui mata mereka yang berkecimpung dalam dunia ICT ini,

Blog sebegini sememangnya pernah lahir di saat pertandingan atau pilihanraya untuk menjatuhkan kredibiliti dan untuk melaga-lagakan dan menimbul rasa sangsi kepada kumpulan bloggers lawan , ini permainan biasa , umpamanya , bloggers yang sama juga pernah membina blog Azalinalesbian dan menggunakan bloggers rocky untuk menyebarkan blog berkenaan. Tujuan mengapa blog itu lahir sebenanya jelas , Semua ini telah dijejaki oleh orang-orang Azalina tetapi kerana mereka bersikap matang dan mahu menjaga setiakawan , mereka hanya mendiamkan diri sahaja walaupun mengetahui siapakah sebenarnya dalang yang melahirkan blog berkenaan.

Sama juga seperti blog ini, tujuan mereka adalah untuk melagakan orang-orang Najib dan orang-orang Khairy Jamaluddin . Hanya pesanan penulis , eloklah mereka hentikan perbuatan sebegini kerana tahapkesabaran manusia ada tahapnya , lagi pun bos mereka bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO Malaysia, Banyak lagi rahsia-rahsia mereka yang disimpan dan yang tidak didedahkan , Banyak jugacerita-cerita latar belakang laman web yang pro Tun , Khir Toyo dan juga Mukhriz yang tidak didedahkan lagi, Jika terdesak dan jika ditekan untuk melakukan , tidak mustahil semuanya akan tersebar.Jangan bermain api , takut terbakar seluruh badan , cukup sudah dengan apa yang telah dilakukan ketika pilihan raya dahulu,

Saya juga sempat menghubungi , bro jinggo , pengendali blog http://www.prokhairy.com/ , beliau menafikan akan terlibat dalam pengendalian blog selamatkanumno.blogspot.com berkenaan, begitu juga dengan pengendali-pengendali laman web pro Khairy, mereka menafikan terlibat dalam pembabitan pengendalian blog http://www.selamatkanumno.blogspot.com/.

Saya juga memberitahu sahabat yang menghubungi saya , cuba lah hubungi pengendali laman web dan blog-blog yang pro Muhkriz – Khir Toyo dan Tun , mungkin mereka tahu siapa yang punya kerja ini. Mungkin mereka tahu.......... Kami adalah penyokong setia DS Najib Tun Razak , dan kami tidaklah meminta agar laman web kami di iktiraf kan oleh DS Najib . Kami juga tidak akan menikam Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dari belakang.

KPMU

Mukhriz, stop hiding behind papa's 'kain sarung'


Bongkersz

The hottest topic in town now is the coming Umno party elections, of course. Among those jostling for power, I can't help but to poke fun at Mukhriz Mahathir over his latest statement on a public debate.

I quote his reasons for declining to debate with Khairy Jamaluddin and other contenders for the Umno Youth chief post.

‘Contesting for posts in a party is an internal matter. This is like a family contest, therefore it is not necessary to draw external attention. Furthermore a public debate will only undermine efforts to strengthen the party especially if the issues brought up are sensationalised by the opposition’.

Dear Mukhriz Mahathir, this is very disappointing (although predictable) coming from you, the senior old man's son.

1. On your claim that ‘Contesting for posts in a party is an internal matter’.

Umno is the biggest party in this country. Umno elections are definitely not an internal matter as whatever the outcome, it will greatly affect this country. You are running for the Umno Youth chief post and in future you may even be the prime minister of this country (damn!).

What is more important is for the people to see how articulate and knowledgeable you are and whether you are fit for the position? For example, Najib Abdul Razak was the Umno Youth chief in 1988 and he is going to be the next prime minister!

Every time Umno sneezes, the country catches a flu. You are not that ignorant, right?

2. Your claim that: ‘A public debate will only undermine efforts to strengthen the party especially if the issues brought up are sensationalised by the opposition.’

Oh, please. This is not very mature of you, invoking the opposition's name in vain at every opportunity. Surprisingly, I can understand your logic actually, since your father also came up with such logic - contesting for top posts in the party will undermine the unity of the party, he once said.

Only Umno people will come up with such logic but we cannot blame them. What you can say if they think their 'power transition plan' is the most democratic practice in the world?

How can you be a leader if you are afraid to say something for fear that the opposition could spin you out of context? Not good leader material, are you? A public debate is good for the people to know what you stand for, how you perceive issues, how you articulate your ideas and address the public generally.

If you cannot communicate openly and clearly, then what good are you? If you have problems getting your views and opinions out across in the open, what good are you actually for? Perhaps you are not learned enough, and you are afraid your ignorance will fail you when it comes to the subject matters.

Show some guts Mukhriz, stop hiding behind papa's kain sarung. You are in the race because the old man is pulling the strings. It is time to show that you are your own man who has got substance and has got what it takes.

Wait, probably the old man advised you not to accept the challenge to debate, especially when it came from Khairy J, that smooth talker. Hmm, wait, now that I think of it, it is a smart move.

You are the leading front runner so why not let the other two whack each other silly and expose their weakness - self-destruct. Damn, the old man must be behind this!

It is funny how the old man is following the steps of his arch-nemesis across the causeway - playing minister mentor and being mentor to the son. How ironic.

And here’s another quote from an Umno minister: ‘Speaking up is already there but to me, Umno has not fully matured. We have not reached that stage yet. If we want to hold debates, we must be ready to face the risk’.

Fifty years and not fully matured? Now you know the answer why this beautiful country is going down the drain and is in such bad shape. And this applies to the component parties as well.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More