Tuesday, May 26, 2009

MOGOK LAPAR: Ramailah penyokong akan kena gestrik, pemimpin mereka tetap segar bugar


Rakyat Perak mahu cari makan dengan tenang dan harmoni. Kalau pakatan pembangkang terus menerus membuat kempen mogok lapar begini, akhirnya seluruh Negeri Perak akan kelaparan – Ustaz Manek Urai’

Oleh ZAKARIA BIDIN

MEREKA yang sanggup berlapar ialah mereka yang sudah puas kenyang kata seorang penganalisis politik bebas yang tidak mahu namanya disebut ketika diminta mengulas Kempen Mogok Lapar yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang di Perak hari ini.

Katanya lagi, walaupun ramai para ulama dan pemimpin mengatakan mogok lapar itu merupakan satu protes tidak cerdik, tetapi itulah kaedah terbaik yang mereka temui untuk menyatakan frustrasi di kalangan mereka yang mana minda mereka sudah tertutup rapat untuk menerima hakikat kekalahan yang mereka hadapi.

Hari ini bermulalah Kempen Mogok Lapar yang dirasmikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar bagi melahirkan kekecewaan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (Koming) pula mengumumkan bahawa mogok lapar yang dilancarkan itu juga sebagai simbol mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan DUN Perak.

Kata seorang lagi pengunjung laman web ini, melancarkan mogok lapar adalah mudah. Tetapi untuk benar-benar berlapar tidak semudah pelancarannya. Mereka boleh lancar macam-macam benda untuk menyatakan protes asalkan tidak mengajak rakyat memberontak.

“Kalau mereka makan di rumah senyap-senyap, siapa tahu?” soal beliau yang menamakan dirinya Ustaz Manek Urai dalam e-mailnya. “Selepas ini tidak hairanlah kita akan dapat berita antara pengikut dan penyokong mereka yang benar-benar mengikuti kempen mogok itu akan berbaris dengan pucat lesir di hospital atau di klinik-klink swasta mendapatkan rawatan gestrik.”

“Tetapi,” katanya lagi, “pemimpin-pemimpin mereka akan segar bugar ‘melalak’ sana ini memberi ceramah yang tidak perlu menghidangkan apa-apa makanan ketika mereka dalam mode mogok lapar.”

Mungkin ramai yang bersimpati dengan ‘kelaparan’ di kalangan penyokong pakatan pembangkang, tetapi bukanlah bersimpati kerana mereka sanggup berlapar tetapi sanggup memilih satu jalan yang cukup dilihat begitu tidak cerdiknya mereka memilih mogok lapar sebagai agenda menarik simpati rakyat.

Sepatah kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengirim SMS kepada orang ramai termasuk pengelola laman web ini, suka hati merekalah jika mahu berlapar sehingga menemui ajal sekalipun dan rakyat sedia akan menabur bunga di pusara mereka nanti sebagai satu penghargaan terhadap perjuangan mereka.

Tidak kurang juga mereka yang memberi komen terhadap fatwa-fatwa para ulama yang memaklumkan perbuatan itu adalah perbuatan syrik dan berdosa dianggap satu makluman yang sia-sia sahaja kerana di kalangan pakatan pembangkang tidak kurang para ulama yang mana Mohamad Nizar sendiri sebagai Pesuruhjaya Pas di Perak tentu lebih maklum apakah hukumnya dari segi agama.

Mereka mungkin telah mendapat nasihat dari ulama Pas seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum melancarkan mogok lapar yang melibatkan orang Islam. Oleh itu, tidak hairanlah kalau perbuatan mereka itu salah pada orang lain akan jadi betul pada mereka yang berjiwa menentang apa saja yang tidak menyebelahi mereka.

Ustaz Manek Urai menyifatkan kempen mogok anjuran pakatan pembangkang itu satu kerja yang sia-sia dan benar-benar telah menunjukkan betapa daifnya mereka terhadap undang-undang dan kuasa mutlak Sultan yang rata-rata keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu adalah satu keputusan yang sahih.

Katanya lagi, “Mahkamah Rayuan sebelum membuat keputusan itu telah merujuk kepada pakar undang-undang di peringkat antarabangsa seperti Queen’s Counsel, Lord Lester berhubung krisis di Negeri Perak dan beliau telah mengakui sistem kehakiman di Malaysia berada atas landasan yang betul.”

“Tidak perlulah mereka mahu tunjuk macam-macam karenah lagi seperti terutamanya mendesak Sultan Perak membubar DUN kerana rakyat Perak mahu cari makan dengan tenang dan harmoni sehingga pilihan raya umum akan datang. Kalau pakatan pembangkang terus menerus membuat kempen mogok lapar begini, akhirnya nanti seluruh Negeri Perak akan kelaparan,” kata Ustaz Manek Urai.

Lesung Batu

Read more...

Monday, May 25, 2009

KEMPEN 916 NO2ANWAR

MENJELANG 916 . BLOG NO2ANWAR MENGAMIT SELURUH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGIGATKAN KEMBALI TARIH PENIPUAN TERBESAR ANWAR IBRAHIM YANG TELAH MENIPU RAKYAT MALAYSIA BAHAWA BELIAU AKAN MENJADI PERDANA MENTERI PADA TARIKH INI. TARIKH INI TIDAK AKAN KITA LUPAKAN KERANA TARIKH INI TELAH MEMBUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MERASAKAN MEREKA TERTIPU DAN DISERET DALAM KEMELUT POLITIK BERLANJUTAN . JOM KITA TERUS MENGUTUK PERBUATAN TERKUTUK ANWAR DAN KITA MULAKAN KEMPEN 916 NO 2 ANWAR. ~ Berikan komen anda disini

Read more...

Friday, April 17, 2009

JANGAN BIARKAN PENGHASUT LARI DARI AKTA HASUTAN



Oleh Abang Mahmor

Memang mudahlah bagi Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar mempertahankan kenyataannya bahawa rusuhan berdarah di Pattaya, Thailand baru-baru ini mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan segera.

Beliau sekaligus menyangkal tidak terlibat di bawah Akta Hasutan. Tetapi itulah sebenarnya niat Kamaruddin untuk disampaikan kepada ‘kaki pemberontak’ dari kalangan ahli PAS dengan mengheret ahli PKR dan DAP sekali di Perak supaya bertindak merusuh di jalanan.
Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zamry Abd. Kadir hingga menyifatkan kernyataan Kamaruddin itu sangat berbahya dan menggerunkan kerana seolah-olah menggambarkan sudah ada gerakan untuk mencetuskan keadaan huru-hara di negeri itu.

Perkara ini bukan lagi boleh dikatakan seolah-olah atau mungkin. Ia sudah pun dicuba ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April lalu di mana penyokong-penyokong PAS menjerit-jerit, menunjukkan isyarat penumbuk, isyarat jari tengah dan macam-macam isyarat lain kepada kenderaan yang membawa bendera BN dan mempunyai pelekat BN.

Disepanjang jalan dari Simpang menghala ke Kuala Kangsar, begitu sesak dengan penyokong yang menjerit-jerit dan melaung-laungkan macam-macam kata-kata tak enak didengar dengan lilitan di kepala, yang berlenggeng buka baju, yang menghalang hampir menutup jalan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Mohamad Nizar dan PAS.

Semasa ceramah juga begitu. UMNO dan BN ‘dicarut’nya sahaja oleh penceramah-penceramah yang berkempen untuk Mohamad Nizar. Kesopanan dan kesusilaan orang DAP, PAS dan PKR sudah benar-benar tidak dapat mengawal perbuatan dan cakap mereka seolah-olah memang sengaja membakar semangat orang ramai yang mungkin bersedia untuk mencetuskan perkara tidak diingini.

Tetapi oleh kerana orang BN tidak agresif dan tidak melawan maka kempen berjalan dengan aman. Mereka lebih baik diam dan buat tak tahu sahaja. Ada telinga dengar, ada mata pandang, ada kepala geleng sahaja. Kalau orang BN bertindak balas atau melayan mereka yang sedang egresif itu, barang pasti akan tercetus juga insiden yang tidak elok.

Kalau nak kirakan kereta orang BN terutama UMNO yang dilastik dan dipecahkan cermin, memang banyak. Tetapi orang BN tidak membesar-besarkan perkara itu. Malah mereka baiki tanpa banyak cakap dan tidak pun membuat laporan polis. Buat laporan polis pun, mana nak tangkap orang yang melastik kereta mereka! Dari pengalaman orang BN di Permatang Pauh, kebanyakan mereka sudah bersedia untuk diancam begitu rupa.

Banyak tanda-tanda lain yang menunjukkan unsur-unsur Pakatan Pembangkang terus memprovok keadaan seperti tersiarnya artikel mengandungi kata-kata menghina dan biadap terhadap Sultan Perak yang mereka sifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai ‘isyarat jari tengah’yang dipetik dari laman web Malaysian Insider kemudian disebarkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Kaitannya cukup rapat dengan niat pakatan pembangkang sedang bergerak ke arah membakar dan menghasut rakyat Perak supaya memberontak kalau DUN Perak tidak dibubarkan segera.

Gertak ini sudah nyata dan apakah pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri harus berdiam diri dan beri komen biasa sahaja tanpa bertindak apa-apa lagi?

Apakah kita tidak perlu bertindak mencegah sebelum parah? Apakah kita harus menunggu benar-benar berlakunya rusuhan baru mahu bertindak? Perkara ini harus ditangani segera terutama terhadap mereka yang terang-terang melakukan kesalahan tetapi tetap mengatakan mereka tidak melanggar Akta Hasutan.

Dalam kita sibuk menerangkan slogan Satu Malaysia, ketegasan juga turut perlu supaya petualang-petualang yang berselindung sebalik kata-kata hasutan mereka itu amat mudah mempengaruhi masyarakat kita yang begitu lemah untuk memikirkan sesuatu yang baik dalam masa yang singkat.

Read more...

Thursday, April 16, 2009

Eli PKR dan ...

Memang sudah dijangka, Elizabeth merupakan aset kepada PKR tapi sampai bila? Adakah pemimpin muslimah PAS yang lain akan bersetuju. Tentu tidak. Kerana biar sebaik manapun seseorang itu sudah pasti akan hancur jika moralnya rendah. Inilah yang dinamakan Eli PKR dan dot dot dot.

Elizabeth dikatakan tidak bertanggungjawab kepada pengundi Bukit Lanjan dan PKR juga perlu bertanggungjawab ke atas mandat yang telah diberikan oleh pengundi Bukit Lanjan. Apa semudah itu saja wakil rakyat meninggalkan rakyat dan pergi bercuti, adakah dengan pergi bercuti begitu lama dapat membersihkan nama Elizabeth?. Rakyat perlu mendapatkan pembelaan. Ini membayangkan betapa Elizabeth tidak bertanggungjawab.

Beliau sepatutnya mencontohi ADUN Bukit Selembau V Arumugam yang melatakkan jawatan kerana terlibat dalam skandal tidak bermoral, beliau telah meletakan jawatan kerana tidak mahu isu ini diperbesarkan kerana beliau tahu sebagai wakil rakyat cerita peribadi beliau juga adalah cerita rakyat.

Jarang sekali orang kalau tidur pakai cermin mata kecuali jika terlalu letih. Gambar Eliz sedang tidur separuh bogel sambil pakai cermin mata mungkin terlalu letih sehingga tak sempat buka cermin mata.

Letih yang macamana tu? Kepada yang berpengalaman tuan-tuan tafsirlah sendiri.

Semua orang sudah tahu yang teman lelaki Eliz tu orang melayu dah tentu beragama Islam dan difahamkan beliau juga ahli PKR.Sampai sekarang polis cari dia tak dapat pasal apa. Mungkin pihak PKR memang tidak mahu pihak polis menangkap lelaki tersebut kerana jika ditangkap segala rahsia akan terbongkar luar dan dalam.

Secara logik gambar yang sedemikian hanya boleh diambil oleh teman yang rapat saja kerana gambar tersebut di ambil dengan menggunakan telefon bimbit.

Mungkin agama Eliz membenarkan beliau bersekedudukan sebelum berkahwin tetapi kepada Agama teman lelakinya sudah tentu Islam. Dengan tegas Islam melarang perkara tersebut dan hukumnya adalah haram dan berdosa.

Sepatutnya muslimah PAS nasihatkan Eliz supaya meletakan jawatan ADUN dan EXCO dan suruhlah beliau berkahwin dan tenangkan fikiran. Bila dah reda barulah berpolitik semula.

Kita kena adil dan saksama, bila perkara ini terjadi kepada orang lain kita marah tapi kalau kena pada parti sendiri kita diamkan.Islam itu maha adil. Antara mereka yang akan terus menanggung dosa adalah orang yang menyokong manusia yang melakukan maksiat.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP