Wednesday, September 30, 2009

Siapa PAS nak tipu ?



“Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata. Seruan ini memang baik dan berguna untuk sebuah parti yang menggunakan ‘perkataan Islam’ di dalam partinya. Kalau asas perjuangan sudah tidak betul bagaimana perjuangan menegakkan agama Islam hendak berjaya.

Sebelum itu adakah PAS akan bertanding secara bersendirian atau atas nama gabungan Pakatan Rakyat? Kalau PAS bertanding secara bersendirian, mungkin berjuang menegakkan agama Islam adalah sesuai. Tetapi PAS tidak lagi menggunakan perjuangan menegakkan hukum hudud dan menegakkan sebauh NEGARA Islam. Mengapa Nik Aziz tidak menyebut berjuang menegakkan sebuah NEGARA Islam? Ini bermakna PAS akan bertanding atas nama Pakatan Rakyat.

Pertandingan di Bagan Pinang akan mempertemukan UMNO daripada BN dan juga PAS daripada Pakatan rakyat. Disebabkan DAP ada di dalam Pakatan Rakyat, PAS perlu berhati-hati apabila menggunakan istilah ‘Islam’ seperti membangun bersama Islam dan penubuhan negara Islam. DAP tidak boleh dengar perkataan ‘Negara Islam’. DAP sangat sensitif dengan Islam kerana bagi DAP Islam adalah musuh kepada bukan Islam. Kalau tidak bagaimana Karpal Singh boleh mengeluarkan ayat ‘ langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan negara Islam di Malaysia’

Anwar sedar Islam menjadi penghalang kepada pakatan politik antara PAS dan DAP. Dalam masa yang sama Anwar sangat memerlukan kedua-dua parti ini di dalam Pakatan. Apa Anwar buat? Gugurkan semua perkataan Islam dalam mana-mana slogan PAS di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada pengundi bukan Islam bahawa PAS tidak lagi sebuah parti Islam. Sebab itu, ramai undi-undi Cina dan India telah memangkah PAS jika parti itu berhadapan dengan UMNO. Selama ini mereka takut untuk mengundi PAS kerana dasar parti itu memperjuangkan sebuah negara Islam.

Benarkah PAS sudah membuang matlamat utama perjuangan parti itu? Jika sudah tiada perjuangan Islam apa beza PAS dan UMNO? Sebenarnya, Anwar Ibrahim telah menipu pengundi Cina dan India bahawa PAS telah mengubah dasar partinya. Hakikatnya PAS tidak pernah pun berubah, di hadapan penyokong Islam mereka akan berkata PAS akan meneruskan dasar-dasar Islam dan hudud akan dilaksanakan jika PAS mempunyai kerusi majoriti di Parlimen.

Orang Cina dan India tidak perlu undi PAS lagi kerana bukan kerana Islamnya, Islam itu benar dan suci. Tolak PAS kerana ianya parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS dan DAP macam anjing dengan kucing. PAS dan DAP sebenarnya tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS dengan UMNO yang seagama pun tidak boleh pun hendak berbincang apatah lagi DAP yang berlainan agama, bangsa, bahasa, budaya dan dari lain benua?

Kalau orang Cina dan India marah kepada UMNO lebih baik pada hari mengundi pergi Genting Highland ramai-ramai lagi bagus. Tidak payah mengundi. Undi PAS bermakna Cina dan India sokong parti yang menipu orang mereka. Sesiapa memang tidak suka ditipu tetapi hari ini terang-terang Cina dan India sudah ditipu.

Kalau orang Cina dan India menyokong PAS kerana boleh menambah kerusi Pakatan Rakyat di dalam DUN Negeri Sembilan juga tidak membawa apa-apa makna. Kalau Pakatan Rakyat menguasai Negeri Sembilan, Menteri Besarnya tetap orang Melayu walaupun DAP mempunyai kerusi terbanyak. Ianya sudah berlaku di Perak. Kedudukan DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kedah dan Kelantan adalah mantap, tetapi kedudukan di Selangor dan Perak sangat rapuh. Negeri Sembilan lebih mirip kepada Selangor dan Perak. Apabila negeri kucar kacir, kehidupan tidak tenteram dan boleh menganggu bisness orang Cina sendiri.

Orang Cina dan India sudah hidup selesa sekian lama di Negeri Sembilan. Mengapa mahu bertukar kepada parti yang hanya pandai buat bising dan cakap tidak serupa bikin. mampukah pemimpin PAS menyelesaikan masalah orang Cina dan India di Bagan Pinang? Selama ini siapakah yang menyelesaikan masalah mereka? Kalau sudah dapat tempat yang baik jangan gadaikan kebaikan itu sekelip mata. jadilah orang yang sentiasa bersyukur kerana Pakatan Rakyat tidak menjanjikan apa-apa. Sekadar mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

KPMU

Sunday, September 13, 2009

Lawatan tapak kuil Shah Alam anjuran Blogger Patriot



Dialog Pindah Kuil Kecoh : Khalid diboo!!



Sila layari Channels N31

Protes bina Kuil-Rakyat tersilap pilih wakil mereka?

Oleh Tun Faisal Ismail Aziz

Lawatan ke tapak pembinaan kuil yang ditawarkan oleh kerajaan Penipu Rakyat Negeri Selangor petang semalam membuktikan beberapa perkara;

1. wakil rakyat Pas, Khalid Samad yang dikenali dengan nama manja pemberian penduduk Shah Alam, Khalid Gereja tidak berperanan sebagai wakil rakyat mereka, tetapi sekadar menjadi lidah kerajaan negeri yang tidak rasional.

2. ketidak rasionalan kerajaan Penipu Rakyat, mengalihkan sebuah kuil yang dibina secara haram di tengah-tengah kawasan perumahan Seksyen 19 yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan ketidak selesaan penduduk setempat ke suatu tempat yang hampir sama kedudukan dan kesannya kepada penduduk di Seksyen 23 (gambar kuil asal di bawah)

3. kemurahan hati dan kerasionalan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang menyediakan sebuah tapak yang luas dan selesa, hampir seluas tiga buah padang bola, dan tidak terlalu dekat dengan penempatan penduduk di seksyen 18. Ini amat bertentangan fitnah pemimpin dan media Penipu Rakyat yang cuba menggambarkan UMNO sebagai rasis dan penindas agama lain.



Di negeri Selangor, 647,000 penganut agama Hindu mempunyai 810 kuil berdaftar (tidak termasuk yang haram, termasuklah kuil yang tersergam di tengah-tengah kawasan perumahan seksyen 19) berbanding 259 buah masjid untuk 4.3 juta penduduk beragama Islam (itu pun semuanya dibina oleh kerajaan Barisan Nasional) dan 1,015 buah tokong untuk 2.5 juta penganut agama Budha.

Isu ini tidak ada kaitan dengan penentangan terhadap agama Hindu kerana ajaran Islam tidak pernah menghalang agama lain untuk diamalkan. Jika hendak membina kuil, binalah, tetapi janganlah membangunkan kuil secara haram di mana sahaja sesuka hati. Lagipun kerajaan Barisan Nasional yang lalu telah menganugerahkan suatu kawasan yang jauh lebih baik daripada Seksyen 23 dan lokasi asal yang haram, iaitu Seksyen 19.

Jadi apa masalah utamanya;

1. Sikap Khalid Ibrahim yang tidak rasional; mengalihkan kuil yang berada di Seksyen 19, iaitu satu tapak yang tidak menyelesakan penduduk di situ ke suatu tapak yang mempunyai kesan yang sama, iaitu tidak menyelesakan penduduk di Seksyen 23 pula. (tapak di Seksyen 23 yang berhapiran dengan kediaman penduduk, dewan MBSA dan padan permainan kanak-kanak).



2. Sikap penyokong dan media pembangkang yang mengapi-apikan isu ini menjadi isu antara agama dan kaum. Dalam usaha mereka ini, jelas integriti mereka tercalar kerana mereka telah menyebarkan penipuan dan tidak menghiraukan fakta isu ini sama sekali. Antara penipuan yang nyata adalah fitnah terhadap UMNO, walaupun desakan ini datang daripada penduduk Seksyen 23. Satu lagi fitnah adalah dengan mendakwa Ketua UMNO Bahagian Shah Alam terlibat dengan menyebarkan gamber dan berita palsu mengenai beliau.

3. pada waktu yang sama, timbul pesoalan, kenapa pula ditolak tapak cadangan asal di Seksyen 18 yang lebih luas dan selesa? Mungkin potensi dan harga tanah di Sekyen 18 ini wajar dinilai dan dibandingkan dengan potensi dan harga tanah di Seksyen 23 untuk melihat sama ada keputusan ini dibuat kerana rakyat atau kerana nilai komersialnya. (Gambar di bawah : tapak di Seksyen 18 yang begitu luas, mudah untuk memarkir kenderaan dan tidak berada di dalam kawasan perumahan Seksyen 18 walaupun masih berdekatan)


4. sikap Khalid Gereja yang sangat tidak mewakili rakyat dan tidak mengendahkan rungutan mereka. Lebih buruk lagi adalah sikap Khalid Gereja yang telah memfitnah UMNO dan menipu rakyat (dalam bulan Ramadhan) demi untuk menutup kelemahan sendiri.

5. Isu ini telah dijadikan modal untuk menyebabkan ketegangan antara penganut agama walaupun ia hanya antara penduduk Seksyen 23 dan Khalid Ibrahim, Rodziah dan Khalid Gereja, bukan antara umat Islam dan penganut agama Hindu. Pembohongan kerajaan Penipu Rakyat ini akhirnya menyebabkan 12 orang rakyat biasa, penduduk Seksyen 23 didakwa.

Apakah isu ini begitu rumit untuk diselesaikan? Apakah begitu susah untuk kerajaan Penipu Rakyat menyediakan kawasan yang tidak dibantah oleh rakyat. Ingatkan insiden insinerator di Broga dahulu? Berbeza dengan kerajaan Penipu Rakyat, kerajaan Barisan Nasional berusaha berulang kali memberikan penerangan kepada rakyat dan akhirnya akur dengan kehendak rakyat.

Sedangkan dalam isu kuil ini, kerajaan Penipu Rakyat bukan sahaja telah bertindak bongkak dan tidak mahu mendengar rintihan rakyat malah lebih buruk lagi telah menipu dan memfitnah untuk memberikan justifikasi kepada tindakan mereka.

Paling jelas, kelemahan kerajaan Penipu Rakyat dalam mengendalikan konflik antara kaum dan agama. Walaupun mereka sepatutnya menyelesaikan konflik ini dengan berhemah, namun mereka memilih untuk menghangatkan lagi konflik ini dengan memulakan pelbagai tuduhan dan fitnah. Lebih menghangatkan lagi keadaan adalah apabila ada pula pihak yang mengadakan perarakan lilin di Kuala Lumpur. Masih tidak jelaskah kepada kita warna sebenar Penipu Rakyat?

Friday, September 11, 2009

ATURCARA LAWATAN TAPAK KUIL DI SHAH ALAM




Anda semua dijemput hadir melihat dengan mata anda sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di Shah Alam. Kita bersama-sama pergi melawat tapak kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN di Seksyen 18 kemudian kita melawat pula tapak kuil yang disediakan oleh kerajaan pakatan di Seksyen 23. Kemudian anda boleh buat perbandingan dan nilai sendiri.

5.00 petang - berkumpul di tapak pembinaan kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN pada 2007 di Seksyen 18. (Panduan ke sana akan diberikan kemudian) dan meninjau keadaan sekeliling.

5.20 petang - berkonvoi ke tapak yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan di Seksyen 23

5.30 petang - meninjau keadaan sekeliling dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

6.00 petang - bersurai

Tiada sebarang ucapan politik atau provokasi yang dibenarkan pada hari berkenaan. Kita bukan hendak berpolitik atau menimbulkan kekecohan. Cuma untuk menunjukan kebenaran yang cuba dipadamkan.

Anda datang...
Anda lihat...
Anda fikir...
Anda nilai...
Anda buat keputusan...


Kita datang dengan baik dan kita pulang dengan baik.

Kehadiran rakan-rakan blogger amatlah diharapkan.

Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Saudara Kamal di talian 017-384 5897

Sumber http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/

Wednesday, September 9, 2009

PRK BAGAN PINANG : NIZAR!!! SAPE KATA BN TAK BOLEH MENANG ?


SEBAIK sahaja penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, YB Azman Mohd Noor meninggal dunia, orang ramai sudah sibuk dengan kerja tangan mereka menghantar SMS dan e-mail kepada kenalan menyatakan negara akan menghadapi satu lagi pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak lama lagi.

Sekarang pun sudah ada usaha kecek mengecek antara PKR dan PAS supaya PAS menyerahkan kawasan DUN itu kepada PKR kononnya kalau serah kepada PKR, dijamin PKR boleh menang dengan mudah atas sentimen penyokong Anwar.

Dalam hal ini PAS tidak begitu pemurah kerana sekiranya berlaku penyerahan dengan membenarkan PKR bertembung dengan BN dan PAS hanya menjadi penyokong sahaja, ramai ahli PAS akan rasa PAS sudah mula menjual maruahnya kepada sebuah parti yang jauh lebih muda dari kedewasaan PAS.

Sebaliknya, kalau PAS berjaya mengelak dirinya ‘dibeli’ oleh PKR, berkemungkinan juga PKR boleh meletakkan calon sama supaya berkempen atas dasar parti perjuangan masing-masing kerana kalau PKR tidak meletakkan calon, mereka tidak boleh lagi memacak bendera atau berkempen menggunakan lambangnya.

Cara mana mereka berunding, bukanlah masalah BN kerana BN tetap akan berkempen atas tikit BN walaupun calonnya pasti datang dari UMNO. Seperkara yang masih pasti menjadi persoalan PAS tentulah kesan kejutan dari hasil pilihan raya kecil di Manek Urai di mana kawasan yang dikatakan kubu PAS telah robohkan UMNO.

Trauma kemenangan PAS yang terlalu tipis di Manek Urai lalu masih lagi dirasakan oleh para pemimpin PAS. Walaupun di Permatang Pasir dikatakan PAS tidak menunjukkan gentar, tetapi gementar tetap ada.

Pilihan raya kecil di Bagan Pinang kali ini merupakan pilihan raya kecil ke sembilan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Walaupun BN tidak berjaya menunjukkan kejayaan cemerlang, tetapi telah berjaya mengecilkan penyokong lawan di mana di Manek Urai adalah yang paling ketara.

Hanya yang agak sukar dibendung ialah di pentas ceramah Pas dengan penceramah jemputannya dari PKR dan DAP sahaja akan memanaskan suasana apabila pihak polis mahupun SPR hanya memantau dan merakamkan sahaja apa juga kandungan ucapan mereka tanpa ada tindakan susulan walaupun ia dilihat begitu keras dan kasar hingga pukulan peribadi turut disebarkan.

Manakala pihak BN pula tidak akan tergamak untuk menyatakan seperti mana pihak pembangkang mengecam kerajaan dan pemimpin individu dalam BN sesuka hati mereka tanpa butiran bukti yang nyata. Mereka boleh lembarkan apa saja ikut sedap mulut, tetapi tidak dari kalangan penceramah BN.

Necaya juga kali ini kalau BN mahu benar-benar menang, bukan sipi-sipi, turunkanlah pemidato politik lama yang ramai dan masih segar serta mempunyai aura politiknya untuk memberi ceramah. Setakat ini UMNO tentunya sudah sedia dengan menjemput orang-orang lama yang masih bersedia mahu berkhidmat untuk berdepan dengan rakyat dengan cara yang lebih tersusun.

Permimpin-pemimpin BN dari peringkat pusat terutama yang memegang jawatan dari perdana menteri hinggalah kepada menteri, usahlah lagi joli dengan pengumuman peruntukan besar, penambahan peruntukan di sana sini atau menjanjikan pelbagai projek mega ala tempatan sebagai tarikan kerana ia mungkin sekadar menarik tetapi tidak memancing.

Walaupun setiap pengumuman dan janji-janji semasa pilihan raya itu BN memang ternyata mampu, pembangkang tetap akan mematahkannya dengan mengatakan itulah janji politik BN. Mereka akan sebarkan bahawa BN sudah mahu bankrup dan tidak ada wang lagi untuk melaksanakan apa yang mereka janjikan.

Mereka akan kata setiap projek yang diumumkan itu akan menguntungkan pihak orang UMNO semata-mata. Mereka juga boleh berkata bahawa UMNO boleh cakap macam-macam kerana mereka tahu BN akan kalah dan apa yang dijanjikan hanya akan tinggal kulit pembalut gula-gula semata-mata.

Kalau BN merendah diri kali ini dengan cara memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan yang tidak semestinya gotong royong sahaja yang dianggap aktiviti basi, tetapi lebih banyak mengadakan pameran, khidmat kesihatan percuma, sukan rakyat, perkhidmatan penjagaan motosikal seperti yang dimulakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO, pertandingan karaoke, bakat muda mudi, pertandingan memasak; menyulam; kraf tangan, kuih muih Melayu misalnya sebagai contoh, ia lebih dilihat menawan dan satu pendekatan yang cukup baik lagi mesra.

Pemimpin pusat hadirlah di tempat-tempat itu bermesra dengan rakyat kerana rakyat nampaknya lebih suka dengan kehadiran pemimpin menyertai mereka daripada mendengar ucapan berjela-jela. Kehadiran mereka tidak perlulah disambut macam pengantin atau dengan pengapit rasmi seperti lazimnya berlaku.

Seperkara penting lagi, elakkanlah gambar-gambar pemimpin pusat ala gergasi di tepi-tepi jalan dan digantikan dengan cogan-cogan kata yang orang senang faham. Gunakan kata-kata memiikat yang menarik untuk menambat hati orang ramai menghayatinya.

Kalau inilah gambaran yang BN boleh lakukan di Bagan Pinang, nescaya DUN Bagan Pinang tetap menjadi milik BN.

SILA LAYARI DUN31BAGAN PINANG HOT SENSASI DAN TERKINI !!!

Tuesday, September 8, 2009

Nizar!!! Kahlid cakap tak serupa bikin, PKR gagal memerintah Selangor




BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosio ekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun. Pakatan jelas dan terang terang kita lihat gagal mentadbir negeri Selangor. Tidak siapa boleh menafikan bahawa Pakatan sememangnya jelas gagal mentadbir Selangor. Seawal bulan pertama , pegawai khas MB terpaksa dipecat kerana terlibat dalam rasuah kontrak dan seterusnya banyak lagi rasuah rasiah yang teloah dilakukan oleh DAP sehingga mereka terpaksa membuat macam macam cara untuk menutup rasuah mereka. MB juga perlukan banyak wang, lebih dari 66 juta untuk membayar hutang kepada Bank Islam. Bagaimanakah MB mahu mencari wang sebanyak ini untuk membayar Bank Islam sedangkan gaji beliau tidak sebanyak ini.

Selangor kini sudah mulai pupus dan tidak berduit lagi sehingga MB , DS Khalid ingin memakai duit zakat untuk disalurkan kepada pembangunan dan projek projek negeri Selangor, ini lagu teruk dari kerajaan BN. Isu seleweng duit anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan dibeli kan lembu untuk pemberian zakat oleh MB Selangor , Isu Proton Perdana yang baru berusia dua tahun ditukarkan dengan Camry di mana Ronnie adalah merupakan agen kepada penjualan Camry di Selangor dan Perak.

Terbaru isu arak yang gagal diselesaikan oleh MB Selangor yang amat memalukan orang Islam dan juga PAS, PAS terpaksa tunduk kepada DAP dan Pas terpaksa menelan syarat syarat yang diberikan oleh DAP dan kini rakyat Selangor menggangap PAS sebagai kedua kayu kepada PKR, Itu belum lagi isu kuil , banyak lagi isu yang akan timbul dan mebayangkan betapa Keadilan cakap tidak serupa bikin, mereka gagal mentadbir Selangor. Khalid seharusnya bertanggung jawab dan meletakan jawatan, Kahlid yang kini merasakan bahawa kepimpinan beliau gagal mentadbir Selangor pernah mengatakan bahawa beliau tidak kesah jika PKR tewas pada pilihan raya yang akan datang.

Jika rakyat Selangor tidak lagi boleh menilai kan akan kepimpinan PKR di Selangor pada PRU 13 yang akan datang, pasti Selangor akan menjadi negeri yang paling kelam kabut di Malaysia, Kalau sekadar berjanji dan menanam tebu dibibir semua orang boleh lakukan. Bila mereka memerintah, baru mereka tahu bahawa bukan mudah untuk memerintah, ini baru negeri, belum lagi negara. Kalau mereka memerintah Malaysia, rasanya mahu tunggang terbalik negara kita, inilah bezanya pengalaman berpuluh tahun memerintah dan baru setahun jagung tetapi sudah berlagak bijak.

KPMU.NET

Thursday, September 3, 2009

Pakatan Selangor bakal ikut jejak langkah Nizar!!! Boleh Bla...



Selangor akan ditawan kembali dan akan menjadi negeri yang mengikut jejak langkah Perak di mana kerajaan BN akan menjadi kerajaan kembali apabila beberapa ahli Dewan Negeri akan dari Pakatan Rakyat akan melompat parti sama ada menyertai bebas dan menyokong BN atau menyertai BN terus, Kita tunggu akan perkembangan ini , sama juga seperti perkembangan di mana Tian Chua berpasangan dengan Elizebeth Wong dan Saifuddin dan juga Fauziah yang telah ke Taiwan untuk menjejak MP BN yang akan melompat parti pada 16 sept yang lalu. Bezanya antara BN dan PKR adalah, PKR melakukan nya dalam senyap dan bila hampir tercetus, berita ini tersebar dan ianya cukup menyeksakan Anwar Ibrahim kerana ianya pasti akan berlaku, bukan seperti apa yang Anwar buat hanya indah khabar dari rupa. Pastinya senarai nama yang akan menyertai BN sudah pun tersedia dan hanya menunggu masa saja lagi untuk mengumumkan dan selepas itu Perdana Menteri akan mengadap Sultan Selangor untuk menubuhkan kerajaan.

Anwar kini sudah kaku dan layu, Anwar sudah buntu, beberapa nama yang tersenarai akan lompat parti sudah berpatah arang, apa juga tawaran Anwar tdiak akan diterima. Keputusan untuk lompat parti adalah Muktamad, Kerja siapa ini, Dhasyat sungguh. Anwar yang menyangka kan dirinya hebat sebelum ini dengan perang sarafnya, sebenarnya tidak sehebat mana, Tidak dapat merubah kerajaan, Tapi apa yang dilakukan oleh yang berkenaan ini sungguh hebat .



Siapa bakal MB Selangor? Ada yang berkata, jika di Perak, Tajul digantikan oleh Zambry anak muda yang kini berjaya mengharumkan kembali nama BN di Perak. Selangor ada yang telah membayang kan , kemungkinan Sdr Shukur atau Datuk Subahan Kamal. Jika anak muda pilihan Perdana Menteri , mungkin dua nama ini layak dicalonkan dan terpulang kepada PM yang menentukan. Jika nama veteran dan yang berpengalaman yang akan di pilih, tentu Datuk Fatah, Rahman Palil atau Datuk Satim yang akan dipertimbang kan kerana mereka ini adalah merupakan ADUN BN yang telah lama berkhidmat dlam BN Selangor dan mempunyai rekod yang agak cermerlang.

Ada juga yang berkata, Mantan MB , Datuk Seri Khir Toyo juga mempunyai peluang untuk kembali menerajui Selangor dan ramai juga yan berpendapat bahawa peluang itu mungkin agak tipis, sama seperti Datuk Seri Tajul, mungkin ramai yang tidak bersetuju jika DS Khir di calonkan kembali sebagai MB kerana Selangor pernah tewas kepada PKR ketika berada ditangan DS Toyo. Apa juga pendapat ramai. Kita tunggu sahaja akan perkembangan terkini dan eloklah Khaled mulai menyusun dan menyimpan file rahsia sebelum pejabat Menteri Besar di kunci dan tidak Khaled tidak dibenarkan masuk ke SUK.



LENJAN kini sudah berada di pawagam serata dunia...

Wednesday, September 2, 2009

Nizar gila talak : 'Sidang' DUN TERKANGKANG di hotel


IPOH: Pakatan Pembangkang akhirnya mengadakan 'sidang' Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang mereka di bilik majlis sebuah hotel, di sini selepas gagal memasuki bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) yang menempatkan dewan persidangan DUN pagi tadi. Mesyuarat bermula pukul 11.45 pagi dan dipengerusikan oleh V. Sivakumar. Pihak polis semalam memperoleh perintah mahkamah yang melarang orang ramai daripada berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan SUK.

Tiga ADUN Pakatan dan empat orang lagi ditangkap kerana melanggar perintah mahkamah apabila cuba masuk ke bangunan sekretariat kerajaan Perak (SUK) untuk mengadakan sidang DUN hari ini.

Aku tulis ni cuma nak gelakkan Pakatan Pembangkang jer HA HA HA HA....

PERARAKAN KEPALA LEMBU : PAS DAN PKR HARUS DIPERSALAHKAN

SALAHKAN MEREKA MEMPERTAHANKAN TANAH ISLAM DI SHAH ALAM?PEMBINAAN BERHALA BESAR DI KAWASAN UMAT ISLAM. BUKAN 20 METER TETAPI 2 EKAR. LEBIH BESAR DARIPADA SAIZ MASJID


PAS MENYATAKAN TINDAKAN INI DILAKUKAN OLEH PUAK UMNO. MENGAPA UMNO PULA? BUKANKAH ISLAM ITU UMNO, PAS DAN SEBAHAGIAN PKR? MENGAPAKAH PAS TAKUT NAK MENYATAKAN MEREKA ISLAM SEKARANG ?




TINDAKAN PIJAK KEPALA LEMBU NI, DARI SEGI PRINSIP BLOGGER TAK SETUJU SEBAB IA ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG TELAH DISEMBELIH SECARA ISLAM. PROVOKASI INI BIASANYA DILAKUKAN OLEH DALANG ANWAR DAN PAS YANG SAMA JUGA BERLAKU DI SURAU UNIVERSITI MALAYA TAHUN LEPAS.KEPALA BABI DILETAKKAN DI DALAM SURAU.

BLOGGER TAK PERCAYA INI ORANG UMNO, INI PERJUANGAN UMAT ISLAM



YANG INI BLOGGER SETUJU. JANGAN JADI PEMBINAAN 360 BUAH BERHALA DI KOTA MEKAH SEBELUM PEMBUKAAN KOTA MEKAH SECARA BESAR-BESARAN OLEH RASULULLAH SAW.



RODZIAH DAN KHALID. PAS DAN PKR YANG BERSEKONGKOL DGN KAFIR


UCAPAN DARI PEMIDATO.LANTANG TETAPI PERLU BERHATI-HATI.APAKAH INI BUKTI PERBALAHAN AGAMA?APAKAH INI BUKTI HADIAH PAS KEPADA UMAT ISLAM?APAKAH INI JASA KHALID?ORANG SELANGOR LEBIH ARIF MENGETAHUINYA.......


Tuesday, September 1, 2009

Selangor sasaran BN seterusnya !!!


Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya merampas kembali pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.


Ia menjadi kenyataan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan seorang dari DAP - bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.

"Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya," kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Berbeza dengan pergelutan di belakang tabir sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak, Najib telah mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk 'merampas semula Selangor, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Selangor pada 9 Ogos lalu.

Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti.

Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.

Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya 'hilang' sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak - Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.

Dengan mengambilkira 'kehilangan' Badrul Hisham dalam kontak ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor mungkin sudah lama berjalan, walaupun Najib baru membuat pengumuman mengenainya beberapa minggu yang lalu.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More