Wednesday, January 13, 2010

PANAS!!! ADUN TERATAI JANICE LEE BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PAPAGOMO


ADUN TERATAI DARI DAP JANICE LEE MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER PAPAGOMO BERKAITAN SATU ARTIKEL TERDAHULU YANG MENCERITAKAN PENGLIBATAN PEMBANTU KHAS NYA BERKAITAN SATU AKTIVITI DADAH DI SELANGOR! NAMPAKNYA JANICE LEE DAN ORANG ORANGNYA SUDAH MENGELABAH AKIBAT DARI PEMBONGKARAN OLEH GOMO DALAM HAL INI. GOMO AKAN MENDEDAHKAN APA YANG ADA BUAT TATAPAN RAKYAT. KLIK UNTUK ARTIKEL PENUH MALAY MAIL
PANAZ MEMANG PANAZ!!!

KAMI BERSAMA GOMO!!! TOLAK PAKATAN REPUT!! TOLAK KOMUNIS!! ANTI DADAH!! TERUSKAN MEMBONGKAR LAGI GOMO!JANGAN GENTAR BERDIRI KERANA BENAR.
SEDIA GEMPUR!!!!


LAIN LAIN BERITA BERKAITAN LAPORAN POLIS TERSEBUT SILA BACA>> HUHUHU..BERITA PANAZZZ..HOTTTT..JANGAN KETINGALAN..

DIBAWAH ADALAH ARTIKEL PAPAGOMO YANG TERDAHULU



GEMPAR-Pembabitan 2 orang Pembantu Khas Adun Teratai DAP Bersama Pengedar DADAH

Tuesday, November 10, 2009




Berita yang ingin di sampaikan ini adalah berita yang sahih dan tepat sumbernya. Gomo telah mendapat perkhabaran bahawa 2 orang pembantu khas kepada Adun Teratai Janice Lee (DAP) telah bersama dengan Pengedar DADAH di sebuah Balai Polis .

Kelibat 2 orang pembantu Khas kepada Adun Teratai (DAP) ini telah membantu Pengedar DADAH tersebut dalam satu urusan. Kedua dua mereka ini juga telah disahkan sebagai Pembantu Khas kepada Adun tersebut. Atas urusan apa kedua dua lelaki ini membantu pengedar DADAH tersebut? Ini yang membuatkan seluruh mata tertumpu kepada sama ada Adun Teratai Janice Lee turut terlibat sama.

Di harapkan pihak POLIS DI RAJA MALAYSIA Caw NARKOTIK dapat menjalankan siasatan ke atas kedua orang pembantu Khas kepada Adun Teratai ini. Siasatan perlu di jalankan bagi mengenalpasti hubungkait mereka ini dengan pengedar DADAH tersebut.

Hal yang berkaitan DADAH ini sesungguhnya boleh mengundang BENCANA buat Malaysia. DADAH merupakan musuh utama rakyat dan ianya perlu kita tentang sehingga lumat.Dengan pembabitan orang politik di dalam hal yang berkaitan DADAH ini membuatkan kita rakyat sendiri tidak tenteram malah memberikan satu kesan yang amat buruk buat imej Malaysia ini.

DAP Organisasi Jenayah Terancang? Klik Disini

Pssstttt.......Kurang ajar si 2 ekor pembantu khas Janicee Lee ni semasa di balai Polis tersebut.



TERKINI-RAMPASAN DADAH RM10 JUTA DI PULAU PINANG MELIBATKAN DAP?

Thursday, July 30, 2009



RAMPASAN DADAH BERNILAI RM10 JUTA YANG DI SELUDUP DARI LAPANGAN TERBANG BAYAN LEPAS PULAU PINANG KINI MULA MENGHANTUI EXCO-EXCO DAP!!! KETUA MENTERI JUGA SUDAH TIDAK SENANG DUDUK DENGAN KEJAYAAN PIHAK POLIS INI YANG BERJAYA MEMBANTERAS PENYELUDUPAN INI.

SUMBER MENGESAHKAN PENYELUDUPAN INI DI DALANGI OLEH ORANG DALAM LAPANGAN TERBANG DAN KERAJAAN PULAU PINANG. BAGAIMANA DADAH YANG BERNILAI 10 JUTA SENANG-SENANG DI BAWA KELUAR DAN MELEPASI PEMERIKSAAN KESELAMATAN DI LAPANGAN TERBANG BAYAN LEPAS INI?

SETELAH SELANGOR DIBONGKAR DENGAN KEJADIAN JENAYAH TERANCANG SEHINGGA MENYEBABKAN SEORANG SASKSI PENTING DALAM KES INI TERBUNUH SEKARANG TIMBUL PULA ORGANISASI JENAYAH TERANCANG DI PULAU PINANG PULA. BELUM PUN SEPENGGAL PAKATAN PEMBANGKANG INI MENTADBIR SUDAH BEGITU BANYAK JENAYAH YANG MEREKA LAKUKAN DAN DI HALALKAN.

ADA KEMUNGKINAN BANGUNAN KOMTAR DI PULAU PINANG AKAN MENJADI TUMPUAN WARTAWAN DAN FORENSIK PULA!!!

DARI SUMBER YANG SAH JUGA DILAPORKAN PENGERUSI DAP JOHOR DI SERANG KONGSI GELAP!!! ERK...DI SERANG KONGSI GELAP MANA PULA???

KENAPA PENGERUSI DAP INI DI SERANG KONGSI GELAP SECARA TIBA-TIBA??? SUDAH PASTI ADA PERMASAALAHAN DIANTARA PENGERUSI DAP INI DAN KONGSI GELAP BERKENANAAN.

BERKAITAN MASAALAH APA???


SPA?
PELACURAN?
JUDI?
EKOR HARAM?
ALONG?
WANG PERLINDUNGAN?
PENYELUDUPAN?
ROMPAKAN?
CD CETAK ROMPAK?
KELAB BOGEL?
ARAK?
PEMERASAN?
CURI KENDERAAN?
DADAH?





DAN BERMACAM-MACAM LAGI PERNIAGAAN ORGANISASI JENAYAH TERANCANG INI USAHAKAN!!! JADI TIDAK MUSTAHIL YB PAKATAN PEMBANGKANG PEROLEH DANA YANG MEWAH DARI HASIL JENAYAH TERANCANG INI.

PIHAK POLIS DIHARAP BERSAMA-SAMA DENGAN BADAN KERAJAAN YANG LAIN MEMBANTERAS HABIS-HABISAN ORGANISASI JENAYAH TERANCANG INI.


SESUNGGUHNYA JENAYAH MEMBAWA PADAH.


RAKYAT DI MINTA LAPORKAN SEBARANG KEJADIAN JENAYAH SECARA TERUS KEPADA PIHAK POLIS!!!


BERSAMA KITA MEMERANGI JENAYAH
DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP!!!

Saturday, January 9, 2010

RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!

Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.

Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !

Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.

Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.

Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.

Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...


Yang benar,

YDP Blogger Pembela Negara

Menyokong Tindakan Pemuda BN Mengecam Keras Perbuatan Bakar Gereja






Oleh S.A Najmuddin

Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam.

Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut 'diserang' tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan.

Tegasnya jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.

"Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan.

"Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Justeru tambah beliau lagi Pemuda BN berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.

http://www.pemuda.com.my/

Friday, January 8, 2010

Kereta Nizar terbalik, blogger PAS tergugat!!!

Kebangkitan pejuang-pejuang Pro BN yang sering mengegarkan lamam cyber membuatkan blogger-blogger Pakatan Reput terasa tergugat! Kepanasan mula tercetus dan dirasai oleh blogger Pakatan Reput kerana tidak lagi mampu menahan serangan demi serangan dari blogger pro UMNO...


Hinggakan ada diantara mereka terpaksa mengambil langkah untuk mempermosikan laman blog mereka didalam komen blog blogger BPN, Facebook pro UMNO dan lain lain... Dah kekeringan idea kot, cara mudah bagi mereka ialah cuba mencari publisiti murahan!


Sudah jelas kini Blogger Pakatan Reput sudah mula mereput dan mengaku tewas, mereka kini berasa rungsing dengan kebangkitan blogger Pro UMNO sama ada didalam blog atau pun Facebook!


Kepada blogger perjuang UMNO, Syabas diucapkan! Ayuh kita gegarkan lagi!!!


Dibawah petikan dari laman blog Panglima Perang cyber




Pertama : Penulis ruangan pembaca di Harakahdaily yang telah disebut tulisannya di sini ( kira iklan percuma ) telah datang bertamu ke blog kerdil Panglima. Kasar bahasanya dan seperti tidak melambangkan seorang muslim yang baik dan murni akhlaknya.

Komen beliau :

SALAM

lain kali tanya si penulis secara jelas.
jgn buat tafsiran sendiri

sebab yang tulis tu aku
aku cakap kejadian itu tiada unsur politik. tapi tidak salah YB Nizar berwaspada dan perlu diiringi oleh pegawal peribadi, pegawai khas dan pemandunya. Sekadar berwaspada
apa yang aku tulis itu tanpa membangkitkan sebarang unsur menyalahkan UMNO sama sekali.

macam kemalangan YB Dato Prof Zul, aku ada kata ke ia ada unsur politik? siap ia disahkan oleh PM time itu, ia takde unsur politik.

sekali lagi aku cakap. cuma berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku

Cuma aku minta kepada pihak PAS negeri, perketatkan tahap keselamatan beliau.
itu je..

takde kaitan pun dengan UMNO atau BN
pohon kenyataan ini disiarkan, atau suatu laporan polis akan saya buat

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan S/U Pas Jalan Yadi Sungai Udang
Begini rupa ahli PAS yang bagi saya kira hebat juga tulisannya hingga disiarkan di Harakahdaily...

tulisan beliau yang lain ada di link ini http://www.harakahdaily.net. Kira satu lagi promosi tanpa bayaran kepada penulis muda Harakahdaily ini.
Nak tahu blog dia ? boleh ke sana di link ini http://www.mdikhqoi.blogspot.com/
Jika beginilah rupa akhlak ahli PAS ini saya rasa patutlah ahli PAS sanggup berbaring di tengah jalan menghalang kereta Sultan Perak satu ketika dulu. Mereka memang nekad dan sanggup buat laporan polis untuk dapatkan publisiti walaupun terhadap blog picisan macam blog saya...

Saya memahami kegelisahan hati mereka tentang masalah negara kita tetapi ia tidak boleh menjadi sebab untuk ditujukan tuduhan tersebut kepada pihak lain khasnya UMNO !

Kita perlu rasional dan tidak emosional dalam semua perkara. Termasuk dari membuat andaian negatif bahawa kemalangan dan dikiaskan dengan pihak UMNO..

Dengan penyiaran komen menafikan maksud penulis itu di sini maka saya rasa semua pihak tidak perlu lagi salah sangka dengan maksud beliau.
Semoga penulis muda ini akan berhati-hati dalam penulisannya...

Thursday, January 7, 2010

Allah adalah Esa dan eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam.... Mengapa ?




Surat Terbuka Buat Penganut Kristian Oleh Nabzrol

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..

Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian.

Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi, bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah ilmu pengetahuan.

Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional.

Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.

Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO atau Persatuan Peguam Muslim.
Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.

Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.

Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.

Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.

Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.

Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu, kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’ itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan.

Jika diteliti dengan sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan doktrin Trinity tersebut.
Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible.

Bagi saya secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.

Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible.

Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut? Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil.

Jesus menyebut “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab.

Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.

Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti.

Secara logik dan rasional minda saya ialah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam adalah Al-Quran. Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti.

Surah Al-Ikhlas dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1). Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”.

Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang Islam berima kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas bertentangan dengan doktrin Trinity. Soalnya sekarang, adakah keputusan mahkamah yang lalu boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan?

Sekian.
Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
700131-02-5011.
Bukit Indah, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More