Tuesday, December 9, 2008

TUKANG KEMPEN JAJA NAMA BAIK DATO SERI’ NAJIB UNTUK CALON PEMUDA

Satu bidaah sedang berlangsung dalam pasaran politik hari ini menyebut bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan Datuk Mukhriz Mahathir jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan bulan Mac akan datang.

Bidaah ini tersebar luas dari mulut ke mulut dan menjadi perbualan di kedai kopi pelbagai bintang yang tentunya membawa mesej buruk daripada bakal Presiden UMNO yang tidak pernah menyatakan hasrat apa-apa kepada sesiapa tentang pemilihan pergerakan itu.

Sebaran yang berupa jenayah kempen terbaharu ini tentunya bukan sahaja mencederakan calon ketua pemuda lain, tetapi juga memburukkan nama Najib yang tidak mungkin memberikan gambaran atau menyatakan nama siapa untuk mana-mana calon yang beliau perlukan.

Malah beliau sering menekankan supaya perwakilan hendaklah memilih mereka yang mempunyai kredibiliti, mempunyai karisma dan mempunyai latar belakang yang boleh memberi keyakinan kepada seluruh pergerakan dan seluruh parti.

Kalau cara menjaja nama Najib menjadi modal kempen untuk Mukhriz, maka dia adalah satu cara kempen terdesak yang juga bertujuan memburukkan nama bakal Presiden UMNO yang sentiasa mahukan pertandingan sihat di kalangan calon di mana-mana peringkat.

Sehubungan itu, cara yang sudah menjadi satu tektik baru tukang kempen, eloklah Najib membersihkan namanya dengan membuat kenyataan rasmi yang beliau tidak pernah menyatakan siapa yang beliau mahu untuk terutama jawatan Ketua Pemuda supaya mereka yang menyebar dakyah ini berhenti daripada menggunakan nama beliau dengan tujuan berkempen cara terdesak.

Lebih buruk daripada itu, ada puak calon tertentu hingga berkata sekian tarikh dan sekian waktu, Najib telah memanggil ketua-ketua pemuda bahagian untuk menyatakan siapa yang patut diberikan sokongan dalam pemilihan ini.

Setakat ini, beberapa orang ketua pemuda bahagian yang dihubungi belum ada yang mengesahkan perkara ini malah menyifatkan dakwaan seumpama itu adalah rekaan semata-mata. Mereka juga yakin bahawa Najib tidak masuk campur dalam hal ini kerana apa yang pemuda faham ialah Najib menyerahkan bulat-bulat kepada perwakilan untuk memilih siapa yang mereka fikir layak untuk mengetuai pergerakan pemuda di hari pemilihan nanti.

Ada pemuda yang menyifatkan cara kempen terdesak itu yang menggunakan nama Najib adalah satu cara yang mungkin tidak digemari oleh calon yang dibawa kerana tuan punya diri juga turut terjejas apabila ianya tidak benar.

Begitu juga dengan kempen yang berlangsung sekarang ini terlalu menguar-uarkan supaya perwakilan tidak memilih calon pemuda yang ada kaitan dengan keluarga perdana menteri dan mantan perdana menteri. Kempen ini begitu sahih membawa mesej Khir Toyo yang bagiakan mengila-gila mahukan jawatan Ketua Pemuda di musim ini bagi menebus kedudukannya yang telah lenyap sejak Selangor jatuh ke tangan PKR.

Oleh kerana unsur-unsur negatif ini dilihat semakin hari semakin liar, pemimpin atasan yang masih memegang jawatan sepatutnya membuat teguran kepada wakil-wakil calon yang berkempen secara tidak mempunyai asas terutama sekali bagi mereka yang menggunakan nama pemimpin tertentu untuk meraih keyakinan perwakilan.
Hendaknya, perwakilan yang akan membuang undi pada hari pemilihan nanti sepatutnya bebas dari sebarang pengaruh negatif supaya mereka tidak terikat dengan sebarang kata-kata yang bagaikan satu ‘paksaan’ dari pemimpin atasan yang sengaja diadakan.

Biar apa pun yang calon mahu beri, biar apa pun yang dijanjikan dan apa pun bentuk dakyah dan bidaah yang didengar, perwakilan hendaknya mempunyai pendirian dan mempunyai kesedaran betapa jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini adalah satu pemilihan yang cukup penting bagi masa depan bangsa, agama, rakyat dan negara.

Oleh Sabrani Muin

Wednesday, December 3, 2008

Mukhriz mahukan perubahan, tetapi dikritik...

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan supaya sistem Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) disatukan di bawah satu sistem pendidikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, murid-murid tetap diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India, malah murid-murid Melayu mempunyai pilihan untuk mempelajari bahasa-bahasa berkenaan.

Namun kenyatan Mukhriz tersebut, telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini mengkritik calon Ketua Pemuda UMNO tersebut.

Barangkali, Mukhriz belum cukup ilmu untuk berpolitik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan beliau seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah. Apatah lagi jika sesuatu perkara yang cuba dibangkitkan itu menyentuh 'dasar' yang telah diwartakan.

“Sejak merdeka, kita telah mempunyai system pendidikan pelbagai aliran dan sejak 50 tahun sampai sekarang kita tidak Nampak masaalah dan mungkin ada pihak yang mengatakan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKC) menjadi penghalang kepada perpaduan nasional.

“Tetapi dari pengamatan saya yang merupakan ‘produk’ dari SJKC, sedikit pun tidak menghalang saya untuk menyemai semangat perpaduan pada diri saya dan juga pada anak-anak saya,” demikan kata-kata dari Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berasa terkilan dengan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berhubung cadagan pelaksanaan satu system pendidikan dan menganggap perkara itu sebagai satu yang luar biasa.

By Bro Jinggo

Muslihat disebalik mengaku pro KJ lucah dan biadab sengaja busuk nama Khairy

Mungkin ramai tidak tahu lagi bahawa dalam website atau blog politik hari ini sudah menjadi alat penjenayah dakyah yang sedang berleluasa oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan peribadi. Lebih-lebih lagi di musim pemilihan UMNO yang akan berlangsung bulan Mac tahun hadapan.

Antara yang jadi mangsa ialah calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana ada pengelola blog yang sepatutnya bersikap natural dan adil, malah berikrar mencari dan mendedahkan kebenaran atas sesuatu isu atau terhadap seseorang menyatakan beliau tidak boleh menerima Khairy Jamaluddin (KJ) dan mengakui terpengaruh dengan keadaan.

Katanya, penyokong KJ semuanya biadap dan kurang ajar. Bila ada sesebuah artikel yang terbit mendedahkan keburukan KJ di blognya, ada saja orang KJ menggunakan macam-macam nama akan hentam menggila-gila dengan perkataan-perkataan kesat dan lucah.

Beliau mendedahkan beberapa insiden hingga ada yang menghantar gambar lucah dan menggunakan perkataan lucah untuk membela KJ.

Rupa-rupanya dalam penemuan saya terhadap isu ini secara kebetulan, rupa-rupanya memang ada kumpulan yang dibayar oleh musuh KJ untuk melakukan kerja-kerja itu supaya ia memberikan imej kurang baik kepada calon Ketua Pemuda itu.

Pendek kata, di mana saja bolg atau website yang menceritakan keburukan KJ, kumpulan ini akan hadir dengan selamba memaki hamun penulis itu. Kesannya ialah pengelola blog terpengaruh dan sama-sama terheret membenci KJ yang selama ini disangka memang benar orang KJ.

Atas sebab itulah daripada tertanamnya rasa benci dengan ‘penyokong KJ’ itu, pengelola blog yang natural telah tidak dapat membendung kepenciannya lantas mencari helah dan bahan-bahan tidak kira dari sumber mana akan turut sama membelasah KJ.

Sudah barang pasti orang yang menjalankan kerja seumpama itu yang sengaja memberikan imej reverse psikologi terhadap KJ memang bukan dari kalangan terpelajar, bukan dari kalangan penulis kerana bahasa yang digunakan untuk kononnya membela KJ yang menunjukkan mereka itu pro KJ bukan datang dari taraf yang jauh berlainan.
Jika mereka itu terpelajar dan berlatarbelakangkan seorang penulis, mereka tidak akan sanggup lakukan sedemikian.

Mereka ini juga dikenalpasti memang bukan pro KJ sebenar. Mereka ada yang tidak pernah mengenali KJ secara dekat. Mereka hanya melihat dan mempercayai bulat-bulat apa yang dijejeh oleh pihak yang tidak senang dan tidak mahu menerima penonjolan dan kehebatan yang ada pada diri KJ.

Tambah pula yang tidak mencemburui KJ adalah kalangan orang berada dan mampu melakukan apa saja dan memberi kepada siapa sahaja yang sanggup bersama menyekat laluan manapun KJ pergi.

Kepura-puraan menjadi orang pro KJ yang sentiasa melayari laman-laman web di mana ada tulisan yang mengkritik KJ akan dibidas dengan pedas, lucah tanpa berhemah langsung. Jadi, tidak hairanlah gambaran orang ramai terima ialah KJ bukan dari kalangan orang baik.

Mereka diupah untuk mengecam mana-mana blog yang mengkritik KJ. Tidak syaklah sesiapa yang membaca ruangan-ruangan komen akan menyangka mereka itu benar-benar orang KJ dan KJlah yang mendapat nama busuk dari angkara lakunan itu.

Tidak hairanlah orang yang turut sama menghentam KJ setiap kali ada cerita baik tentang KJ adalah juga dari kalangan orang yang sama yang dirancang dengan agak cukup teratur sebagai memberi impak dua hala secara langsung atau tidak langsung.

Kumpulan ini dilihat semakin ramai, tetapi sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja yang menggunakan nama yang pelbagai dan alamat e-mail yang macam-macam. Mereka boleh menyamar jadi pro ala lucah, pro ala biadap dan juga boleh menjadi anti KJ disebalik kebebasan menggunakan macam-macam nama melalui e-mail yang berlainan.

Dengan pendedahan ini tidaklah bermaksud menuduh calon lain yang bertanding dengan KJ sahaja untuk jawatan ketua pemuda, tetapi ia mungkin diselengara oleh individu juga yang tidak senang dengan penyerlahan dan potensi anak muda ini dalam politik tanah air.

Lojiknya, kalau ramai tidak suka dengan kemunculan beliau, masakan Khairy diberi kepercayaan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO selama ini. Malah dialah satu-satunya pemuda yang dibanggakan menang jawatan Pemuda Bahagian dan Pemuda peringkat negeri.

Selain itu, beliau juga dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Malaysia di Rembau tempat asalnya. Oleh kerana beliau mempunyai kekuatan di peringkat negeri dan nasional, tidak hairanlah jika beliau tidak disenangi oleh beberapa kerat insan yang diselimuti rasa cemburu dan iri hati.

Bagaimanapun perkara ini lama kelamaan akan diketahui juga bagi mengsahihkan pendedahan mini ini apabila ketentuan akan menentukan ganjaran dan hidayah kepada orang yang teriniaya dan diiniayakan. Ini termasuklah yang menabur fitnah, yang mereka-reka cerita dan mengemburkan dakyah dengan tujuan khianat tidak kira dari siapa kepada siapa tetap akan mendapat balasannya.

Yang teriniaya tetap akan mendapat petunjuk, akan mendapat hidayah, akan mendapat ganjaran selagi dia bersyukur, dia redza dan dia tidak berniat untuk membalas dengan cara yang sama. Semoga yang diupah membuat kerja-kerja dakyah itu menyedari akan akibatnya kelak.

Oleh Salim Selamat

Tuesday, December 2, 2008

Jawatan Kabinet : Beza pendirian KJ dengan yang lain ~ Malaysiakini


NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin nyata berbeza pendirian dengan dua calon jawatan Ketua Pemuda yang lain, Mukhriz Dr. Mahathir dan Dr. Mohamad Khir Toyo mengenai 'jawatan kabinet'.

Kata Khairy, keputusan sama ada Ketua Pemuda Umno diletakkan di dalam pentadbiran kerajaan adalah mengikut budi bicara Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal sama ada seseorang calon yang bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda perlu meletakkan syarat sama ada mahu dilantik atau tidak dalam Kabinet.

Sebelum ini, Dr. Mohmad Khir dan Mukhriz tidak mahu dilantik menganggotai Kabinet bagi memberi tumpuan kepada Pergerakan Pemuda. Kononnya, jika memegang jawatan dalam Kabinet, tidak mampu untuk memperjuangkan nasib Pemuda.

Kata Mukhriz, dia mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Dr. Mohamad Khir pula berkata, jawatan Kabinet akan mewujudkan banyak halangan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda.

Menurut Khairy, beliau rasa, ini bukan tempat untuk meletakkan syarat nak dilantik dalam Kabinet dan sebagainya. Itu adalah hak mutlak PM. "InsyaAllah, apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak mengambil alih jawatan PM Mac nanti, beliau (Najib) sendiri akan tentukan dan bukan tempat kita mahu tentukan."

"Lagipun, kita hanya baru jadi calon dan belum tentu jadi Ketua Pemuda lagi. Tak payahlah nak letakkan syarat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta sesi dialog dengan penduduk Kampung Sentosa, dekat Paroi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya jika menang jawatan Ketua Pemuda serta ditawarkan menjadi anggota Kabinet.

Khairy juga berkata, sekiranya PM merasakan perlu khidmat Ketua Pemuda Umno sebagai anggota pentadbiran, dalam apa sekalipun, penyandang jawatan itu perlu menurutnya.

"Kalau PM pada waktu itu rasa mungkin tidak ada tempat untuk Ketua Pemuda, kita kena terima juga. Sekarang bukan tempat kita untuk kata saya nak terima atau tidak,"katanya.

Ketika ditanya sama ada keengganan dua calon Ketua Pemuda itu dilantik ke dalam Kabinet sebagai strategi untuk meraih undi pada pemilihan nanti, Khairy enggan memberi andaian dengan alasan tidak adil untuk mengulas visi serta misi calon lain yang bertanding.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya selama lapan tahun dalam barisan kepimpinan Pemuda, beliau tidak pernah berdepan masalah menjalankan tugas dalam Pemuda.

"Isu sama ada Ketua Pemuda perlu memegang jawatan Kabinet sebenarnya bergantung kepada pemimpin itu sendiri berdasarkan cara mana menguruskan masa terbaik.

"Kalau kita nak 'check and balance' tetapi berada di luar kerajaan, kita mungkin tak dapat membawa suara Pemuda kepada pentadbiran (kerajaan) dengan baik. Kalau ada dalam pentadbiran, suara Pemuda dapat disampaikan kepada platform paling tepat,"katanya.

Sebelum ini, ada juga yang mentertawakan pendirian Mukhriz dan Mohamad Khir kerana mereka ternyata sibuk-sibuk menolak jawatan Kabinet sedangkan tiada siapa yang menawarkan apa-apa kepada mereka berdua.

Tidak perlu ditolak sebelum ditawarkan tetapi jika ada sesiapa yang menawarkannya, tolaklah. Secara menyindir, ada yang mengatakan kedua-dua calon Ketua Pemuda ini perasan yang mereka sudah disediakan dengan kerusi Kabinet, sedangkan, belum tentulah mereka menang dalam persaingan yang sengit ini.

Oleh Zainal Yusof

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More