Tuesday, December 23, 2008

Malaysiakini ~ Kenapa Husam Ralatkan Jaminannya?

Ketua Pengarang akhbar Siasah, Saudara Mohd Sayuti Omar, Kecewa dengan tindakan Husam...

BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada provokasi Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

"Iya kita akan laksanakan," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy. Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.

Tetapi hari ini Husam telah membuat pembetulan ke atas persetujuannya semalam. Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra. Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Kenapa Husam nampak gelabah dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang saya jangkakan sebelum ini. Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Media kroni pula sudah tentu sedang menyusun untuk mengeksploitasikan isu itu di Kuala Terengganu nanti. Justeru pada saya penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!

Sebenarnya Husam tidak payah membuat pembetulan atas kenyataan itu. Kenyataan beliau malam tadi mendapat sambutan hangat dan itulah yang diharapkan. Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud. Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata. Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.

Apa yang beliau tegaskan kelmarin (ketika menegasnya siap dengan mengangkat telunjuk ke langit), sudah tepat dan satu kebenaran yang dibanggakan. Sebagai orang Islam, pemimpin parti Islam sewajarnya agenda melaksanakan hudud itu diletakkan di atas. Segala unsur dan usaha mengenepinya perlu ditentang habis-habisan. Hukum hudud tidak boleh dikorbankan atas maslahat politik atau ia ditangguhkan atas dasar menghromati orang lain.

Saya rasa orang Pas lain juga cukup senang dengan jaminan Husam itu. Golongan ulama yang selama ini berjuang bermati-matian untuk melaksanakan hudud merasakan mereka mendapat semangat baru apabila ia disanggupi sendiri oleh seorang pemimpin bertaraf Naib Presiden yang profesionalis dan dianggap bijak.

Ketika dipersoalkan oleh Khairy, Husam ada menjelaskan Kelantan merayakan hari memperingati hudud setiap tahun. Dengan penuh bangga beliau memaklumkan itu kepada audience. Tetapi sesudah sehari penegasan itu menerawang masuk ke rongga kepala rakan bukan Islam Husam semacam gelabah pula. Kenapa?

Sebagai pemimpin yang meletakkan taqwa sebagai syarat orang untuk menjadi Perdana Menteri, Husam tidak perlu takut sebenarnya. Beliau juga tidak perlu merasa malu dan gerun kalau tidak popular dari kalangan bukan Islam kerana menjadi juara hudud. Bila beliau mengubah dan meralatkan kenyataannya ini menyebabkan orang boleh mengatakan Husam tidak istiqamah dalam iltizamnya.

Sepatutnya ia tidak perlu dibimbangkan Husam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membela Husam mengenai kenyataannya tentang hudud itu. Kata Nik Aziz hudud bukan hak Pas tetapi hak Islam. Katanya fungsi atau martabat hudud sama dengan sembahyang, kalau sembahyang wajib boleh buat kenapa hudud yang juga wajib tidak boleh dibuat? Jadi apabila tuan guru sudah memberi isyarat dan beranalogi begitu nah, teruskan saja.

Tidak patut dan wajar kalau Husam bermain sorong tarik dengan hukum hudud dan qisas ataupun aspirasi Islam lainnya. Beliau juga sesungguhnya tidak perlu bimbang dengan penerimaan bukan Islam mengenai penegasannya itu. Bukankah beliau sendiri mengatakan bahawa kefahaman Islam dari kalangan bukan Islam termasuk DAP dan orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong Pas dari kalangan orang Cina itu lebih baik berbanding dengan Umno atau Khairy Jamaluddin.

Jadi apa yang nak dibimbangkan lagi laksanakan Islam yang menjadi cita-cita dan matlamat perjuangan Pas itu?

Sumber msomelayu.blogspot.com

Monday, December 22, 2008

Malaysiakini ~ KEHADIRAN KJ DI WACANA TRANSFORMASI POLITIK MALAYSIA DI KELANTAN MENAIKAN MARTABAT PEMIMPIN MUDA MELAYU


Oleh Mahfir Sabtu

Saya angkat topi dan tabik sekali untuk Khairy Jamaluddin atas keberanian beliau menjadi ahli penal wacana bertajuk Transformasi Politik Malaysia di Kelantan baru-baru ini.

Lebih lagi wacana ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang tentunya ia dipenuhi dengan ribuan penyokong PAS. Untuk orang UMNO yang juga seorang ahli parlimen BN, Khairy pula berdepan dengan orang kuat PAS, Dato’ Husam Musa yang juga dikenali bukan calang-calang orang dari kalangan ahli PAS.

Tidak banyak boleh saya komen tentang isi dan kandungan wacana itu kerana saya tidak menghadirinya. Tetapi saya melihat wacana ini telah mengangkat nama Khairy yang selama ini menjadi fokus parti pembangkang mengecam beliau hanya kerana Khairy adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kehadiran Khairy pastinya sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan banyak persoalan dari Husam yang tentunya juga akan membelasah BN dari segala sudut bagi meyakinkan penyokong PAS yang hadir.

Daripada siaran yang terbit dalam blog-blog, Khairy telah mengiktiraf forum itu sebagai satu tanda kematangan politik yang baru sesuai dengan tranforamasi politik sebagai memberi ruang kepada demokrasi politik seluas-luasnya.

Begitu juga sebelum ini Khairy yang sentiasa berfikiran terbuka terhadap pendedahan seumpama ini seperti yang beliau pernah mengesyorkan debat antara calon ketua pemuda tentang isu semasa, telah ditakuti oleh calon lain terutama Datuk Mukhriz lantas menolak debat itu.

Rupa-rupanya tanpa debat itu, Khairy telah diberi peluang di pentas lebih besar berdebat dalam wacana Transformasi Politik Malaysia anjuran Kerajaan PAS pula. Ini telah menunjukkan Khairy memang terbuka dan sedia mempunyai keberanian untuk menentang sesiapa juga mengenai perihal negara.

Atas sebab itu juga, Khairy menyatakan beliau sangat setuju dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayup untuk mengadakan sesi untuk membincangkan ISA sebagai satu permulaan sisi dialog demi kepentingan bersama.

Sepertimana yang dikatakan dalam wacana itu bahawa dulu Presiden PAS merupakan Ketua Pembangkang, tetapi sekarang PAS wujud sebagai rakan junior di bawah Ketua Pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat. Ayat ini adalah untuk memberi kesedaran kepada PAS bahawa mereka telah ‘turun pangkat’ dalam perjuangannya walaupun usia PAS jauh lebih lama daripada Keadilan.

Dalam pada Husam Musa menyebut keangkuhan politik dalam BN pula, Khairy dengan mudah sahaja menempelak keangkuhan politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘mendabik dada’ kononnya akan menukar kerajaan pada 16 Sepetember lalu telah gagal dikotakan. Ini satu keangkuhan yang sepatutnya disedari oleh PAS sebagai anggota Pakatan Rakyat yang bercakap seperti guruh petir, tetapi hujan tak jadi.

Khairy menyifatkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagaikan terperangkap dengan percanggahan ideologi sesama parti sekutunya dalam banyak isu yang diibaratkan bagai retak menanti belah.

Walaupun Husam tidak mengakuinya, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku sekarang. Sekurang-kurangnya ahli PAS yang hadir sama pada malam itu akan balik berfikir betapa nasib mereka yang pada ketika ini pemimpin mereka masih tidak sedar mereka dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat.

Sepertimana yang digambarkan dalam rencana mengenai wacana tersebut bahawa Professor Aziz Bari dari UIA yang sepatutnya mewakili golongan akademik telah gagal memberi hujah berdasarkan stastistik dan kajian serta dirasakan berat sebelah adalah kerana beliau sebenarnya takut.

Beliau tidak mempunyai cukup keberanian dan kurang bersedia untuk berdepan dengan situasi di mana orang BN dan PAS berbicara politik. Beliau dijemput mungkin untuk menjadi perhiasan semata-mata kerana mungkin beliau berfikir, bila berada di Kelantan negeri pemerintahan PAS, beliau terpaksa condong pada pihak PAS.

Ini menunjukkan sebagai seorang profesor yang datangnya pula dari UIA, juga pengecut, tidak sepertimana Khairy yang berpendirian beliau bukan datang untuk bertengkar, tetapi menyatakan yang benar dengan persembahan yang waras.

Apapun tanggapan hadirin yang rata-rata orang PAS yang mungkin beberapa kerat ahli UMNO yang hadir di wacana itu, yang penting hendak saya perkatakan ialah ‘SYABAS’ kepada Khairy yang telah merintis jalan ke arah bersemuka sebegini rupa untuk menyatakan pandangan beliau bukan sahaja bagi pihak UMNO, tetapi seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk mencari pedoman betul dalam membuat pemilihan dan keputusan.

Ia tentunya sesuatu juga untuk khasnya orang yang sentiasa mencari jalan merendah-rendahkan Khairy supaya menyedari kita bukan sahaja memerlukan pemimpin muda yang hanya pandai cakap, tetapi mahu yang bersedia mendepankan keberaniannya dengan hujah bernas, lancar dan berfakta. Syabas! Khairy.

Friday, December 12, 2008

90 kelulusan pembangunan di lereng bukit di tangan Khir? ~ Malaysiakini


Oleh Zainal Yusof

DAKWAAN Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ada 90 kelulusan pembangunan di kawasan bukit dibuat ketika Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjadi Menteri Besar, adalah satu dakwaan yang cukup berat.

Berat di sini bukan bermakna dakwaan itu tidak betul atau dakwaan palsu, tetapi jika benar ianya berlaku, Dr. Mohamad Khir bukan sahaja perlu menerima hukuman dari keputusannya itu, malahan, 90 kelulusan yang dibuatnya itu, nyata jauh lebih banyak dari jumlah pencalonan jawatan Ketua Pemuda Umno yang diterimanya.

Mohamad Khir boleh menafikan tetapi penafian bukan jawapan dan penyelesaian. Malahan, kesilapan yang dibuat, bukan sahaja menimbulkan dakwaan rasuah dan salah laku pengurusan, malahan, kesilapan memberi kelulusan ini, menyebabkan nyawa manusia terancam.

Ketika ramai orang sedang menatapi kisah kemusnahan 14 banglo, kematian empat orang dan kesusahan yang terpaksa ditanggung beribu penghuni Bukit Antarabangsa, pendedahan yang dibuat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ini, jika betul, tidak boleh dimaafkan.

Malahan, Umno sendiri perlu memikirkan satu tindakan untuk 'menghukum' seorang bekas Menteri Besar (baca: Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo) yang pernah diberi kepercayaan mengetuai Kerajaan Negeri Selangor, kerana gopoh, gelojoh dan tidak langsung memikirkan keselamatan penghuni yang mendiami kawasan-kawasan lereng bukit yang kononnya tempat yang kediaman yang terlalu hebat.

Sebenarnya, jika Mohamad Khir tidak terlibat dalam meluluskan 90 kawasan bahaya ini, tetapi, hanya Sembilan kawasan sahaja, pun satu kesalahan yang tidak boleh diselesaikan dengan hanya meminta maaf dan menulis dalam blognya, dengan pelbagai alasan untuk menafikan, sebaliknya patutlah melupakan terus politik dan banyak-banyak beribadat untuk meminta maaf ke atas semua kejadian yang menakutkan ini.

Rasanya, bukan PBT (dalam kes ini Majlis Perbandaran Ampang Jaya) mempunyai cukup 'kekuatan' untuk memberi kelulusan dan CF jika tiada tangan-tangan ghaib dari pejabat orang yang paling berkuasa di peringkat negeri, melakukannya.

Walaupun salah seorang tuanpunya banglo, Datuk Tajudeen Abd Wahab mengatakan beliau sudah mendiami kawasan ini sejak 20 tahun lalu, tetapi keruntuhan yang berlaku sebenarnya bukan disebabkan struktur banglo yang didiami sejak 20 tahun itu runtuh sendiri, sebaliknya kesan daripada pembangunan baru di sekitar kawasan yang ditimpa bencana itu.

Memang sudah menjadi kebiasan, setiap pembangunan, akan disertakan dengan janji-janji manis, 'kediaman yang dikelilingi kehijauan, pemandangan, sekolah dan berdekatan dengan segala kemudahan…' tetapi janji-janji itu hanya tinggal janji kerana ada Menteri Besar yang tidak sabar-sabar untuk menjadi kaya dengan memberi kelulusan, apabila ada permohonan baru di sekitar kawasan tersebut.

Di Selangor, setiap pembangunan kawasan perumahan atau industry, biasanya akan dikaitkan dengan rasuah. Kebenaran biasanya tidak menepati syarat dan kadang-kadang pengondolan bukit-bukit, seolah-olah tiada apa yang perlu dipertahankan lagi.

Isu pengondolan bukit dan hutan di Selangor bukan isu baru. Perdana Menteri sendiri pernah dibawa melihat kawasan pengondolan ini dari udara, melahirkan rasa kesalnya kerana banyak bukit sudah dibotakkan, termasuk kawasan-kawasan sensitif.

Ketika Mohamad Khir menyusun ayat-ayat cantik untuk menafikan dan terus dengan sindrom menafikan, tetapi dia tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab ini. Malahan, dengan menuding jari kepada bekas-bekas Menteri Besar sebelumnya juga bukanlah jawapan kepada semua dakwaan ini.

Jika benar ia diluluskan ketika dia belum menjadi Menteri Besar, apakah tindakan yang dia buat untuk menghalang semua ini dari terus berlaku. Mustahil, dia tidak mempunyai jalan untuk menghentikan projek songsang ini kerana 'nyawa manusia lebih penting' dari implikasi undang-undang.

Selalunya, satu-satu projek yang sudah diluluskan, tidak boleh dibatalkan kerana 'implikasi undang-undang' dijadikan alas an tetapi suatu ketika dahulu, ketika Mohamad Khir MBPJ disaman penduduk-penduduk kerana kes Mentari di Petaling Jaya, Mohamad Khir pernah mengeluarkan kenyataan, "saya sedia masuk penjara jika membela setinggan dianggap salah oleh mahkamah."

Hari ini, Mohamad Khir kenalah tampil untuk memberi penjelasan, yang mana dia buat kerana keperluan, yang mana dia buat untuk sesuatu yang dijanjikan dan yang mana dia buat untuk membuktikan kepada umum, dia sebenarnya tidak layak menjadi seorang pemimpin negeri yang bijak.

Ketika dia dilantik menjadi MB Selangor, kejadian Highland Tower sudah berlaku. Tidak bolehlah dia belajar dari peristiwa yang menyayat hati itu? Jika boleh, mengapa, dalam era kepimpinannya, masih ada kelulusan diberi kepada kawasan-kawasan yang tidak diyakini selamat, termasuk Ulu Yam Perdana yang meragut dua nyawa baru-baru ini.

Menyalahkan segala-galanya kepada pemaju projek perumahan sahaja, amatlah tidak adil kerana sebagai Menteri Besar, Mohamad Khir tentunya mempunyai penasihat termasuk dari JKR, PBT, JPS dan pelbagai agensi sebelum sesuatu kelulusan itu diberikan.

Jika kawasan yang bahaya pun boleh diluluskan, Khir Toyo jangan marah kalau ada dakwaan mengatakan ia melibatkan rasuah dalam kelulusan tersebut. Jika tidak, mustahil ia boleh diluluskan dan masih banyak kawasan-kawasan lereng bukit sedang dibangunkan sekarang, mungkin saki baki dari kelulusan yang Khir pernah buat dulu, termasuk di sekitar Selayang, Batu Caves, Sungai Tua, Hulu Yam selain Hulu Kelang dan Kuala Selangor, termasuk Sungai Buloh.

Tuesday, December 9, 2008

Mukhriz Punca UMNO Kalah di Kuala Terengganu


Pada 17 Januari 2009, pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi dalam pilihanraya kecil.

Isu 1 : BN menang dalam pilihanraya 8 Mac lalu dengan 628 undi. Itu pun disebabkan oleh ketokohan calon, Dato' Razali Ismail.

Isu 2 : Daripada 4 DUN di parlimen Kuala Terengganu, BN tewas di tiga DUN & menang 1 saja di DUN Bandar (pengundi Cina ramai di DUN Bandar).

Isu 3 : Pembangkang (DAP khususnya) dan parti komponen Cina dari BN (MCA dan Gerakan) tentu akan menggunakan isu kenyataan Mukhriz untuk "mengajar" pemimpin UMNO. Kita dapat melihat tren ini dalam PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru2 ini.

Isu 4 : Kalau BN kalah di Kuala Terengganu atau menang terlalu kecil di sana, ini menunjukkan pengundi Cina terus menjauhkan diri dari UMNO. Dalam PRU13 nanti, apa yang akan berlaku ialah pertandingan antara UMNO and the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival.

Isu 5 : Apakah manfaat kenyataan Mukriz selain mempopularkan dirinya tetapi pada masa yang sama merugikan BN / UMNO; sekaligus menjadikan UMNO "parti pariah" yang disisihkan oleh semua orang? His statement won't change anything! It does more harm than good.

Isu 6 : Adakah pemimpin UMNO merasakan mereka terlalu cerdik sehingga hilang segala kebijaksanaan dalam bercakap dan bertindak?

Marilah kita sama2 berfikir.

By Shaiful Kamal

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More