Thursday, February 5, 2009

Lompat punya lompat akhirnya makan diri sendiri ~ Malaysiakini



1) Sepuluh hari yang lalu mereka gah dan angkuh kerana berjaya memujuk ADUN BN lompat parti masuk PKR, kembang-kembang lubang hidung Anwar. Berjalan berkepak dan mungkin sering berakata, akulah pemimpin yang bijak yang boleh membuat apa juga rancangan. Hari ini jangankan lubang hidung, batang hidung Anwar pun kita tidak nampak.

2) Menteri Besar masih tidak percaya bagaikan di ulit mimpi, masakan tidak Camry yang dipakai belum pun sempat rasa selesa, dah nak kena pulangkan pula kepada kerajaan negeri. Singkatnya waktu menjadi MB rasa tidak puas pula, tidak puas lagi mahu menjadi angkuh dan tidak puas lagi menjadi boneka dan patung DAP. Melayu memang Melayu tapi tak serupa Melayu kata orang Cina kepada MB Perak ini.

3) Bila orang sibuk-sibuk dengan kerajaan BN mahu tubuhkan kerajaan, ada juga orang turut sibuk, maklumlah dah tak ada apa nak buat dan dah tak ada orang nak dengar, nak juga bercakap nak bagi orang dengar. Sambil bercakap boleh berkempin untuk Mukhriz kot. Bila lah Tun mahu berhenti bercakap sebab ramai yang merasakan apa yang Tun cuba buktikam sekarang ini adakala tersasar.

4) Anwar oh Anwar, nak ajak orang main lompat-lompat, orang tenguk aja perangai sombong bongkak Anwar dengan senyum sinis aja dan di dalam hati berkata...... bodoh sombong kau ini Anwar. Bunyinya dahulu macam ramainya yang mahu lompat sehingga boleh mengadaikan negara, tiba-tiba, rakyat dikejutkan. Anwar lagilah terkejut sehingga MB Perak terpaksa cari Anwar, malangnya Anwar dah nyorok bawah katil, mana nak keluar, kalau muka tak malu keluar lah....... MB dah tak tahu nak buat apa, kerajaannya tumbang, yang melompat terus melompat, lompat...lompat apek lompat.

5) MB kepingin sangat nak duduk lama kat kerusi MB Perak tu, belum pun panas kerusi MB dah kena tarik, dajal betul manusia ini. Namun beliau tidak berputus asa dan terpaksa memberitahu rakyat bahawa dia masih MB, semua perancangan Jublee perak masih berjalan dengan baik. Selewat-lewat pagi esok boleh lah Tuan MB merancang dari rumah saja.

6) Itulah, kata orang, macam beruk dapat bunga, maklumlah parti yang tak pernah dapat menjadi kerajaan campuran di Perak. Macam Kaduk naik junjung, selagi apa yang mereka ada hak Melayu akan mereka gadaikan, kasi tanah kat bangsa asing. Yang hairannya semua diam saja bersetuju, ini lah gara-gara gila kuasa. Rakyat bukan buta, (Bute) bahasa Perak, Mereka menilai dan memerhatikan.

7) Mana pergi Anwar Ibrahim, semuanya tersekat , Road to PutraJaya tersekat di Tol Semanggol, bila sampai Tol Semanggul dari Ceruk Tok Kun barulah rakyat sedar bahawa mamat ini sebenarnya penipu, memang penipu Mamat ini, dia kalau menipu, mukanya selamba saja. Sama juga bila dia tidak mengaku apa yang dibuatnya. Muka selamba saja. Tuhan maha kaya tidak akan mengizinkan orang macam Anwar menzalimi bangsa kita dan mengadai maruah bangsa.

8) Kadang-kadang kita juga rasa hairan, mengapa manusia macam Anwar ini lahir di Malaysia, kenapa dia tak lahir di Afghanistan atau Ghaza mahupun Iraq, tentu dia dah di bedil oleh tentera Amerika mahu pun oleh Rejim Zionist. Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa kerana beliau sebenarnya tidak ada kerja lain dan mengidamkan kerusi Pak Lah. Sedangkan kita bergelut dengan krisi ekonomi, Anwar memaksa kita bergelut dengan politik.

9) Kepada penyokong kuat dan fanatik Anwar Ibrahim yang membaca tulisan ini, pesan kami, keluarlah dari kepompong Jumud anda sebelum anda berputih mata dan menelan air liur sahaja. UMNO masih relevan dan masih pemerentah di Malaysia. Pemimpin UMNO lebih bijak dari pemimpin pembangkang. Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Tak payah nak kong kalikong lah dengan mereka.

10) Sekali lagi kepada jumud-jumud pembangkang, jika sayang kan tanah air, kembali lah kepada BN kerana Bn saja yang dapat menjamin masa depan anak bangsa, tapi kalau masih nak merapu juga, ha...join lah mantan PM yang kini suka sangat bercakap. Rasanya dia ni suka orang dengar apa yang mahu di cakapkan. Malangnya terlalu banyak sangat dia bercakap hingga orang dah mula bosan.

Oleh: Sharil Effendi KPMU.

Wednesday, February 4, 2009

BN bentuk kerajaan baru ~ Malaysiakini

BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.
Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.

Nasaruddin menafikan beliau “diculik” seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.-Malaysiakini.

Nizar Tersungkur... ~ Malaysiakini

KERAJAAN BARU PERAK HAMPIR PASTI…

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah telah meninggalkan parti masing-masing meletakkan kerajaan campuran negeri Perak kini ibarat telur di hujung tanduk.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti.

Agendadaily yang mendapat salinan surat ketiga-tiga ADUN berkenaan daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan.

Dalam surat tersebut ketiga-tiga mereka menjelaskan telah hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan keluar dari parti yang diwakili. Namun surat itu menegaskan, perisytiharan keluar parti itu tidak bermakna mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN.

“Sila ambil maklum bahawa perisytiharan saya keluar parti/tidak lagi menjadi ahli DAP tidak bermaksud saya meletakan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa jua notis perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri yang ditandatangani secara “undated” dan tidak cop rasmi saya adalah dengan ini terbatal secara ab initio ,” demikian tegas Yit Foong dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

Begitu jugalah kandungan surat Jamaluddin dan Osman yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan surat tersebut telah sampai kepada pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ekoran itu Nizar dijadual membuat sidang media jam 1.00 petang yang dikatakan akan membuat pengumuman pembubuaran DUN Perak tetapi telah ditangguhkan.

Difahamkan pihak Istana Perak telah dimaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku dan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah mengutuskan surat kepada pihak Istana menyatakan sokongan kepada Barisan nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru.

Perkembangan lanjut mengenai kemelut politik Perak akan dilaporkan dari semasa ke semasa

sumber Agendadaily

Tuesday, February 3, 2009

Konspirasi ~ Malaysiakini

Konspirasi SPRM dan Lembaga Disiplin?

Penangkapan dan soal siasat ke atas Ahli Majlis Tertinggi Datuk Norza Zakaria oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ternyata mengejutkan semua dalam sebuah parti yang sedang giat bersiap sedia untuk musim pemilihan yang paling mustahak dalam tempoh berdekad.

Norza dan lebih sepuluh perwakilan (termasuk seorang Pengarah Jasa negeri) dari negeri Pahang telah disoal oleh pegawai SPRM – ada yang ditelanjangkan dan dipukul sewenang-wenangnya. SPRM dikatakan telah datang lengkap dengan pita rakaman perbincangan antara Norza dan ejen-ejennya bersama para perwakilan serta bil makanan sewaktu di Kuala Terengganu dan Temerloh. Di Temerloh-lah didakwa ada sampul berisi wang bertukar tangan.

Saya tidak mahu banyak berbicara tentang logika dan rasionalnya SPRM bertindak terburu-buru begini. Persoalan yang paling penting, mengapa Norza, dan siapakah dalang di belakang tabir. Sesiapa sahaja tahu bahawa Norza bukanlah individu yang banyak menabur wang, berbanding sesetengah calon-calon lain.

Bermulanya penundingan jari, sudah pastilah sekali lagi Pak Lah dan KJ dipersalahkan. Ajen-ajen sesetengah pihak sudah mula membuka cerita yang cukup dramatis, kononnya apa yang terjadi di Temerloh adalah angkara Pak Lah dan KJ untuk mengaibkan Dato' Seri Najib di negerinya sendiri supaya Pak Lah dapat kekal sebagai Perdana Menteri untuk jangka masa lebih panjang.

Namun apa yang tidak diceritakan oleh panglipurlara-panglipurlara penipu ini adalah hakikat bahawa Norza dan KJ adalah rakan rapat. Malah, sentiment anti-KJ bermula daripada tuduhan bahawa KJ menggunakan kedudukannya sebagai menantu PM untuk memperkaya kroni-kroninya termasuklah nama Norza yang kononnya berkedudukan paling atas dalam senarai. Maka puak anti-KJ yang dahulunya tidaksegan silu menggambarkan KJ dan Norza seolah-olah kroni tidur sekatil, kini mahu menyalahkan KJ pula atas apa yang telah berlaku kepada Norza. Ternyata sekali cerita ini langsung tidak masuk akal.

Jika seseorang benar-benar meneliti fakta dan keadaan sebenar, suatu gambaran yang lebih realistik akan didapati, yakni dalang di sebalik insiden ini adalah musuh-musuh Pak Lah dan KJ – Tun Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang mahu sesiapa sahaja yang berhubungkait dengan Pak Lah dan KJ untuk tidak berada dalam kepimpinan parti dan negara esok. Taktik memerangkap Norza ini juga ada maksud yang lebih mendalam – Norza bukanlah seseorang yangmemegang jawatan dalan Kerajaan ataupun seorang wakil rakyat, maka tiada sebarang kesan mendalam kepada struktur politik tanahair, melainkan kepada Pak Lah dan KJ.

Yang lebih mengejutkan lagi, konspirasi kompleks ini tidak sahaja wujud melalui SPRM, tetapi juga melalui ejen-ejen dan kroni puak anti-PL/KJ ini dalam Lembaga Disiplin UMNO itu sendiri. Tengku AhmadRitahaudeen – yang memiliki integrity terpuji – kini malangnya telah hilang kawalan atas ahli Lembaga Disiplin, bekas Ketua Bahagian Kuala Pilah Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang yang menyiasat segala dakwaan kes politik wang dalam Lembaga Disiplin, kadangkala sebelum fail sampai ke meja Tengku Rithaudeeen pun!

Yang menjadi permasalahan sekarang adalah Abu Zahar merupakan kroni rapat Muhyiddin dan memang tidak berapa selesa bersama Pak Lah. Siapa mungkin lupa pada bulan September lepas, Abu Zahar selaku Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) menggesa secara terbuka (ala Muhyiddin) untuk Pak Lah mempercepatkan proses peralihan kuasa (ini sewaktu pelan peralihan masih dijadualkan pada 2010 dan bukan Mac 2009). Abu Zahar juga telah diberikan jawatan sebagai Pengerusi LadangPertubuhan Peladang oleh Muhyiddin sewaktu Muhyiddin memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tambahan lagi, hanya beberapa hari lepas, Abu Zahar mengeluarkan kenyataan dalam akhbar-akhbar tempatan menyeru agar diadakan 'kompromi' antara calon-calon yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden – secara dasarnya dia mahu menekan agar Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengundur diri supaya Muhyiddin mampu menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanakah seorang individu sebegini boleh dilihat sebagai objektif dan professional sekiranya secara terang-terangan memihak kepada satu kumpulan anti-PL/KJ?

Serigala-serigala sudah pun menanti untuk membaham Pak Lah dan KJ, sehinggakan wujudnya konspirasi untuk menyalahkan isu penangkapan calon atas tuduhan politik wang ke atas Pak Lah dan KJ. Mereka akan menggunakan segala apa cara sekalipun untuk memastikan tiga perkara tercapai: 1) Pak Lah diaibkan 2) Muhyiddin menang sebagai Timbalan Presiden 3) Mukhriz menang sebagai Ketua Pemuda. Mereka kini sedang cuba menyusun penangkapan dan pemberkasan calon-calon, atau pengugutan pun, untuk memastikan Mukhriz dan Muhyiddin masing-masing menang 'free'. Apa tidaknya, Ali Rustam dilihat kini sebagai 'favourite' untuk menang Timbalan Presiden, dan Mukhriz jauh ketinggalan Khir Toyo dan KJ. Najib pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana terhutang budi kepada puak-puak Mahathir-Mukhriz-Muhyiddin yang membolehkannya naik menjadi Perdana Menteri Mac depan.

Kita perlu tanyakan diri sendiri, siapa sebenarnya yang menjual parti? KJ?

Sumber : Raksasabn

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More