Monday, July 20, 2009

PARPUKARI UKURLAH BAJU PADA BADAN


Benarkah Perak di selamatkan oleh bloggers Parpukari , inilah bualan yang didengar ketika bloggers -bloggers lama berbual pada satu petang di perkarangan the Mall, Ada yang bertanya , siapa Parpukari ini, dahsyat ke dia ni, bagus ke dia menulis, Ada yang ketawa terbahak-bahak , terus terang saya sememangnya tidak pernah membuka blog si Parpukari ini , tetapi banyak mendengar cerita mengenai Parpukari ini yang dikatakan pro kepada Tun dan juga Mukhriz, Parpu ini suka berkawan dengan bloggers yang sudah ada nama seperti Rocky Bru dan merasakan bahawa dia adalah bloggers yang setanding dengan bloggers ini. Saya tidak peduli sebab bagi saya , biarlah dia menulis .....

Apabila pulang ke rumah saya membuka internet dan setelah melayari berita-berita dari laman lain , saya teringat cerita -cerita bloggers siang tadi lantas saya melayari blog Parpukari ini. Setelah melihat blog Parpukari ini, saya boleh membuat kesimpulan bahawa budak ini sedang berusaha di luar kemampuan dan minda fikiran sebenarnya untuk menjadi bloggers yang dikenali. Tidak hebat mana, masih mentah dalam selok belok blogging, Nak kata hebat tuh...tak nampak , tetapi ada usaha.

Bagi saya , budak ini hingus masih meleleh, tak hebat mana, saya terbaca juga tulisan beliau yang mengutuk Pak Lah dan Khairy Jamaluddin ketua pemuda UMNO. Tulisan mirip rocky ada link, isi kandung hancus, beliau bertanya kepada KJ , mengapa sering bercakap ala pembangkang, Ia ker..... KJ bercakap ala pembangkang? Sebaiknya si Parpu bertanya dirinya dahulu apakah beliau menulis ala pembangkang? kesian ....... mungkin ketika menulis, hingus pun belum kering lagi.

Petikan tulisan Parpukari dari blognya , Yalah, masa tu kau yang pakai, sekarang ni kau cakap elok ISA dimansuhkan! Ayoyo Dolah anney, saya manyak fenin la sam lu punya style! Betul-betul Al Flip wal Floppy! Aku nak nasihatkan la Bang Dolah oi, elok abang layan je si Tun Jin tu, habis cerita, jangan dengar bisikan-bisikan jahat lagi! - Sungguh berbudi bahasa sungguh blogger UMNO ini yang membayangkan bagaimana keluarga beliau mendidik menghormati pemimpin kita. Kamu mungkin akan disenangi oleh penyokong Pak Lah nanti.

Nak tanya si Parpukari dan Dr Zambri

1) Apakah ini budi bahasa bloggers UMNO yang dilahirkan dalam alaf perubahan baru.

2) Apakah ini perubahan dan cara bloggers UMNO menyahut cabaran TPM untuk memulihkan UMNO dalam masa dua tahun. Pak Lah juga ada ramai penyokong dalam UMNO. Parpu jangan lupa.

3) Dr Zambri perlu melihat sikap dan cara Parpukari ini main blogging , ini blogging hingusan yang menghancurkan perpaduan UMNO.

4) Apa jasa Parpukari dibandingkan dengan Pak Lah ? sehingga sanggup mengeluar kan perkataan Al Flip wal Floppy! ,inikah bloggers UMNO ? apakah Perak ditawan oleh blog Parpukari.

Dey Thambi, lu siapa ma........ kalau setakat menulis macam tuh , anak anak orang Pas pun boleh tulis.

Apa sangat yang Pak Lah kata, cadangan sahaja. Pak Lah lakukan banyak ketka zaman pemerentahan beliau, hanya tak sempat nak mansuh kan ISA kerana dan masa dan keadaan tidak mengizinkan, beliau hanya memberikan pendapat memandang kan ketika dan saat yang hampir betul, Apa sangat yang si Parpu tahu sehingga mahu menghukum Pak Lah , Apa sangat yang dikatakan oleh KJ , Hanya pendapat .

Nasihat kepada si Parpu, sehebat-hebat penulisan Raja Petra (rasanya, tulisan Parpukari dengan Raja Petra , hanya celah gigi saja) akhirnya Raja Petra tidak lagi dipercayai oleh pembaca. Janganlah hancurkan periuk nasi kamu Parpu, Menulis ini adakala tidak boleh mengikut nafsu sahaja. Mirip blogging tuan banyak merapu. Kalau nak cuci buntut seseorang, ambil saja kain dan sapu saja, tak payah nak jadi batu api. Jangan jadikan blog anda blog yang akan memenangi blogging Raja Lawak. Eloklah rasanya Parpukari meminta maaf secara terbuka kepada Pak Lah kerana penyokong Pak Lah , ahli UMNO mungkin sukar menyokong tulisan kamu nanti.

Kiriman : Mohamad Ismail Hassan - UMNO Pulai Johor.

Sunday, July 19, 2009

Dalam Daging ada Duri…


Sang mawas (Parpu Kari) merapu tak tentu pasal ni kenapa? Aku ingat nak berihat seketika, tumpukan kerjaya aku yang semakin hari semakin mencabar ni….Kacau betulla...

Parpu Karipap ni terlebih makan ubat ke? Terlebih injection… Parpu janganlah mendapat rawatan labih dari satu doktor pakar… takut nanti jadi macam MJ, tiba-tiba jer mati terkejut kerana terlebih dos ubatan.

Geli hati aku baca artikel Parpu Kari yang bertajuk PAK MENTUA KATA INI, MENANTU KATA ITU! Lepas tu ada sambungannya lagi pulak tuh!!! Sampai bila pun tak abis daa… Brader!!! Nampak sangat lu ni macam blogger upahan!!! (patut la perut boroi) Dalam diri kau tidak ada keiklasan brader, Kau bukannya blogger pro UMNO yang sejati!!! Kau hanya pentingkan individu tertentu sahaja!!!

Hai.... Kenapa takut sangat nak tubuhkan suruhanjaya Diraja kalau kita yakin SPRM dan kerajaan tidak terlibat dan tidak bersalah. Bukankah dengan tidak menubuhkan Suruhanjaya Diraja akan menguatkan lagi hujah pembangkang yang SPRM dan kerajaan takut atau terlibat?

Kalau nak jadi blogger teragung pun tak payahlah nak kecoh satu dunia kutuk pemimpin UMNO!!! macam budak sekolah tadika la lu brader, professional la sikit…

Niat ketua pemuda adalah baik jangan disalah tafsirkan, ini gurindam politik Pemuda, bukannya syok sendiri!!! Tapi sayangnya masih ada segelintir diantara kita yang mempunyai pemikiran cetek dan masih berfikiran cara lama, langsung tak mahu berubah!!!

Pemuda harus merampas status PR dan kita harus mengikut kehendak rakyat... kita perlu maikan isu untuk menengelamkan Pakatan Rakyat.... Inilah masanya untuk kita cantas PR!!! Pikat hati rakyat!!! Jangan bagi mereka bersuara lagi!!!

Apa-apa pun, mesyuarat kabinet akan datang (Rabu ini) akan bincang permintaan agar ditubuh sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock. Kita cuma boleh bagi pendapat, biar kabinet yang tentukan. Itulah yang sebaiknya.

Kembali rapatkan barisan… Kukuhkan sayap pergerakan Pemuda UMNO Malaysia!!! Kita mesti beri keyakinan kepada rakyat!!!! Jangan jadi sampah blogger UMNO… Berani kerana benar!!! Cakap BERANI BERUBAH, KALAU BERANI BERUBAH, berubahlah SEKARANG!!!!! Lupikiiiiiir la sikit.

Tuesday, May 26, 2009

MOGOK LAPAR: Ramailah penyokong akan kena gestrik, pemimpin mereka tetap segar bugar


Rakyat Perak mahu cari makan dengan tenang dan harmoni. Kalau pakatan pembangkang terus menerus membuat kempen mogok lapar begini, akhirnya seluruh Negeri Perak akan kelaparan – Ustaz Manek Urai’

Oleh ZAKARIA BIDIN

MEREKA yang sanggup berlapar ialah mereka yang sudah puas kenyang kata seorang penganalisis politik bebas yang tidak mahu namanya disebut ketika diminta mengulas Kempen Mogok Lapar yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang di Perak hari ini.

Katanya lagi, walaupun ramai para ulama dan pemimpin mengatakan mogok lapar itu merupakan satu protes tidak cerdik, tetapi itulah kaedah terbaik yang mereka temui untuk menyatakan frustrasi di kalangan mereka yang mana minda mereka sudah tertutup rapat untuk menerima hakikat kekalahan yang mereka hadapi.

Hari ini bermulalah Kempen Mogok Lapar yang dirasmikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar bagi melahirkan kekecewaan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (Koming) pula mengumumkan bahawa mogok lapar yang dilancarkan itu juga sebagai simbol mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan DUN Perak.

Kata seorang lagi pengunjung laman web ini, melancarkan mogok lapar adalah mudah. Tetapi untuk benar-benar berlapar tidak semudah pelancarannya. Mereka boleh lancar macam-macam benda untuk menyatakan protes asalkan tidak mengajak rakyat memberontak.

“Kalau mereka makan di rumah senyap-senyap, siapa tahu?” soal beliau yang menamakan dirinya Ustaz Manek Urai dalam e-mailnya. “Selepas ini tidak hairanlah kita akan dapat berita antara pengikut dan penyokong mereka yang benar-benar mengikuti kempen mogok itu akan berbaris dengan pucat lesir di hospital atau di klinik-klink swasta mendapatkan rawatan gestrik.”

“Tetapi,” katanya lagi, “pemimpin-pemimpin mereka akan segar bugar ‘melalak’ sana ini memberi ceramah yang tidak perlu menghidangkan apa-apa makanan ketika mereka dalam mode mogok lapar.”

Mungkin ramai yang bersimpati dengan ‘kelaparan’ di kalangan penyokong pakatan pembangkang, tetapi bukanlah bersimpati kerana mereka sanggup berlapar tetapi sanggup memilih satu jalan yang cukup dilihat begitu tidak cerdiknya mereka memilih mogok lapar sebagai agenda menarik simpati rakyat.

Sepatah kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengirim SMS kepada orang ramai termasuk pengelola laman web ini, suka hati merekalah jika mahu berlapar sehingga menemui ajal sekalipun dan rakyat sedia akan menabur bunga di pusara mereka nanti sebagai satu penghargaan terhadap perjuangan mereka.

Tidak kurang juga mereka yang memberi komen terhadap fatwa-fatwa para ulama yang memaklumkan perbuatan itu adalah perbuatan syrik dan berdosa dianggap satu makluman yang sia-sia sahaja kerana di kalangan pakatan pembangkang tidak kurang para ulama yang mana Mohamad Nizar sendiri sebagai Pesuruhjaya Pas di Perak tentu lebih maklum apakah hukumnya dari segi agama.

Mereka mungkin telah mendapat nasihat dari ulama Pas seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum melancarkan mogok lapar yang melibatkan orang Islam. Oleh itu, tidak hairanlah kalau perbuatan mereka itu salah pada orang lain akan jadi betul pada mereka yang berjiwa menentang apa saja yang tidak menyebelahi mereka.

Ustaz Manek Urai menyifatkan kempen mogok anjuran pakatan pembangkang itu satu kerja yang sia-sia dan benar-benar telah menunjukkan betapa daifnya mereka terhadap undang-undang dan kuasa mutlak Sultan yang rata-rata keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu adalah satu keputusan yang sahih.

Katanya lagi, “Mahkamah Rayuan sebelum membuat keputusan itu telah merujuk kepada pakar undang-undang di peringkat antarabangsa seperti Queen’s Counsel, Lord Lester berhubung krisis di Negeri Perak dan beliau telah mengakui sistem kehakiman di Malaysia berada atas landasan yang betul.”

“Tidak perlulah mereka mahu tunjuk macam-macam karenah lagi seperti terutamanya mendesak Sultan Perak membubar DUN kerana rakyat Perak mahu cari makan dengan tenang dan harmoni sehingga pilihan raya umum akan datang. Kalau pakatan pembangkang terus menerus membuat kempen mogok lapar begini, akhirnya nanti seluruh Negeri Perak akan kelaparan,” kata Ustaz Manek Urai.

Lesung Batu

Monday, May 25, 2009

KEMPEN 916 NO2ANWAR

MENJELANG 916 . BLOG NO2ANWAR MENGAMIT SELURUH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGIGATKAN KEMBALI TARIH PENIPUAN TERBESAR ANWAR IBRAHIM YANG TELAH MENIPU RAKYAT MALAYSIA BAHAWA BELIAU AKAN MENJADI PERDANA MENTERI PADA TARIKH INI. TARIKH INI TIDAK AKAN KITA LUPAKAN KERANA TARIKH INI TELAH MEMBUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MERASAKAN MEREKA TERTIPU DAN DISERET DALAM KEMELUT POLITIK BERLANJUTAN . JOM KITA TERUS MENGUTUK PERBUATAN TERKUTUK ANWAR DAN KITA MULAKAN KEMPEN 916 NO 2 ANWAR. ~ Berikan komen anda disini
Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More