Friday, July 24, 2009

Surat Terbuka Buat Tuan Guru Nik Aziz




Assalamualaikum , Tuan Guru Nik Aziz, Izinkan saya mengungkap kembali kata-kata tuan guru baru -baru ini ketika di pilihan raya kecil Manik Urai dan juga sebelumnya yang jelas menekan UMNO adalah sebuah parti yang sesat, UMNO adalah parti yang mirip ajaran agama Ayah Pin. Sebagai umat Islam yang daif dan kerdil ini saya dapat menyimpul kan kata-kata Tuan Guru bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan ajaran Islam yang sesat.


Apabila Timbalan Perdana Menteri mencabar Tuan Guru untuk membuktikan bahawa UMNO tidak pernah menyumbang kepada mengembang kan syiar Islam di Malaysia dan mencabar Tuan Guru untuk membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang lebih banyak menyumbang kepada pembangunan Islam di Malaysia , sampai hari ini Tuan Guru masih tidak menyahut cabaran berkenaan.

Tuan Guru , hari ini saya rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia memikirkan kembali perjuangan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat . Perjuangan kuasa politik adalah satu perkara yang lain, keimanan dan maruah bangsa Melayu perlu difikirkan. Masa depan anak bangsa perlu menjadi keutamaan. Apa guna jika memiliki kuasa politik tetapi maruah dan keimanan generasi muda kita tergadai.

Melayu dalam PKR telah melampaui batas menggadai maruah bangsa dan keimanan umat Islam. Izinkan saya meluahkan perasaan bimbang dan kecewa saya mengenai dua perkara yang berlaku baru-baru ini. 1) Kehadiran NIzar (Menteri Besar Perak yang tersingkir) 2) Kehadiran tiga pemimpin PR beragama Islam dan berbangsa Melayu yang saya tonton Melayu Vedio. Jika saya tidak silap , Anwar Ibrahim , Shamsul dan juga bekas ketua Dewan Pemuda Pas, Nasharuddin dalam satu upacara menghormati Mendiang Teoh.Mujur Tuan Guru tidak ada bersama.

Kelihatan , Lim Kit Siang membetulkan saf dan membawa Karpal Singh dalam barisan Saf berkenaan dan setelah itu mereka mengada kan upacara penghormatan dengan tunduk hormat kepada gambar , kuih apam balik , kuih kek dll yang akan di bekalkan kepada Teoh dalam persemadian nya. Ia kelihatan seperti orang Islam sembahyang jenazah . Anwar dan juga mereka-mereka rokok setengah sebanyak enam kali. Kenapa Enam dan kenapa tidak lima atau tujuh atau lapan. Saya tidak faham cara sembahyang jenazah baru ini kerana inilah kali pertama saya lihat dilakukan oleh umat Islam.

Saya juga tidak tahu apa doa yang dibaca oleh mereka dan saya juga tidak tahu dari kitab mana mereka belajar sembahyang jenazah ini dan apakah tujuan dilakukan sembahyang jenazah sebegini. Mungkin Tuan Guru lebih arif dan Tuan guru boleh mencari dalil dalil untuk menyakinkan penyokong bahawa apa yang berlaku ini tidak syirik.

Mungkin Tuan Guru boleh mencari nas nas yang hampir serupa untuk Tuan guru halalkan seperti yang lazim Tuan Guru lakukan.

Sama juga dengan Nizar, tak perlu saya siarkan gambar kerana telah banyak laman-laman web yang menyiarkan nya. Apakah memegang lilin dengan niat, apa niat saya tidak tahu itu dibenarkan oleh Islam. Nasib baik Teaih bukan beragama Kristian , saya jangkakan jika Teoh bergama Kristian tentu mereka akan memangkah salib di dada dengan tangan mereka.

Tuan Guru, kita kini telah melampaui batas hanya kerana mahu sokongan bangsa asing. BN dulu mendapat sokongan dari bangsa asing tetapi pemimpin mereka tidak perlu melakukan perkara seperti ini.Mereka tidak perlu masuk ke gereja atau ke Tok Kong Cina atau sembahyang jenazah atau memegang lilin. Apakah yang telah berlaku dengan ulamak ulamak sekarang. Yang hairan apabila kita mahu menyatu kan bangsa dan agama kita mendapat tentangan dari Tuan Guru. Tuan Guru mengatakan bahawa UMNO sama dengan kerajaan ayah PIN. Sekarang ini apakah PAS tidak sama dengan kerajaan Ayah Pin?

Kita boleh maafkan Anwar, kerana kita tahu Anwar akan lakukan apa saja untuk jadi PM . Tapi ulamak-ulamak PAS , seperti Tuan Guru , kini sanggup melakukan apa saja untuk menjadi kerajaan. Apakah ini kerajaan yang dimahukan oleh penyokong PR? , Tuan Guru maafkan saya jika tulisan ini keterlaluan , Demi anak bangsa dan Islam saya terpaksa menulis dan meminta penjelasan Tuan Guru.

Daripada : TepakBersulam

Wednesday, July 22, 2009

Blogger BPN perlu buat sidang TERGEMPAR!!!!!




Kalau kita semua ini blogger-blogger bersatu untuk 'spin' cukup-cukup isu ini, maka media masa akan mula perkatakan juga isu ini. Bila media masa dah mula perkatakan, ianya akan mendapat perhatian pihak berkuasa dan rakyat seluruh negara. Barulah dunia tahu bahawasanya ada juga melayu yang mati jatuh bangunan (bukan bunuh diri). READ MORE

KENA SEGERAKAN PETISYEN SUPAYA UNDI MANEK URAI DIKIRA SEMULA


PASTIKAN SEMUA PETI UNDI TIDAK TERJEJAS DARIPADA SEBARANG ‘VANDELISME’ BERMOTIF TUTUP KELEMAHAN SESIAPA

Oleh S.M. DAHLAN

KENYATAAN Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang telah pun mula mengambil kira tentang kemungkinan ada kesilapan dalam pengumuman kemenangan Pas di pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai lalu melegakan ramai pihak yang sibuk bertanya apakah UMNO tidak berbuat apa-apa terhadap kesilapan yang didakwa berlaku di hari perkiraan undi.

Walaupun kita mempunyai masa untuk membuat bantahan dan meminta pihak SPR membuat kiraan semula terhadap kertas undi di Manek Urai itu, terutamanya di Manek Urai Lama, tetapi sangat diharapkan tidak memakan masa terlalu panjang kerana perkara ini adalah soal maruah dan ketelusan kerajaan (SPR).

Apa yang pernah didedahkan oleh bekas Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah sebelum ini, memang menimbulkan persoalan besar kepada bukan sahaja dari kalangan orang UMNO, tetapi juga penduduk di Manek Urai sendiri yang sedar bacaan yang menimbulkan was-was.

Lebih lagi apabila ada permintaan supaya dikira semula tetapi tidak diendahkan oleh SPR ramai yang merasakan sesuatu yang boleh menimbulkan pelbagai wasangka terhadap pegawai SPR bertugas pada ketika itu. Kalau dakwaan yang menyebut daripada majoriti 289 tetapi diumumkan 189 undi, ini bererti, angka tersebut telah selisih 100undi yang kalau dikira pada jumlah besarnya, BN sudah tentunya mengatasi undi Pas.

Sebenarnya, perkara seperti ini tidak boleh timbul di dalam mana-mana pilihan raya kecil mahupun umum. Jika berlaku kesilapan atau mendapat teguran, perkara itu sepatutnya segera diperbetulkan oleh SPR supaya tidak timbul masalah di kemudian hari yang akan pastinya menghabiskan masa untuk mana-mana pihak membaut petisyen.

Sejak mengetahui hal ini, saya rasa cukup terkilan dengan apa yang telah berlaku kerana selama ini SPR merupakan satu badan yang sudah cukup matang dan berpengalaman dalam hal pilihan raya yang menjadi tugas dan tanggungjawab hakikinya. SPR lebih suka menyebut bahawa setiap keputusan dari SPR adalah muktamad daripada mencari kesahihan yang lebih tepat dan telus.

Dengan timbulnya masalah seumpama ini, peranan Mazlan untuk menyegerakan perkara ini memanjangkan petisyen bagi pihak UMNO adalah sangat-sangat memberi erti kepada pengundi Manek Urai yang mana kali ini mereka benar-benar mahu lihat BN memang hinggakan khabarnya, pengundi pun berkempen sesama pengundi lain bagi memastikan BN menang kerana mereka mahukan perubahan segera.

Walaupun nanti selepas disemak semula kelebihan BN hanya dua tiga undi sahaja, ia tetap satu kemenangan besar bagi BN kerana ia tetap majoriti yang mana BN lebih selesa menunaikan janji menjadikan Manek Urai sebagai anak emas dan membangunkan jambatan penting di situ. Itupun kerajaan pusat sudah menyatakan kesediaan untuk meneruskan juga pembinaan jambatan di situ dalam situasi yang belum menentukan ini.

Kesilapan yang mendapat teguran spontan ketika pengumuman kemudian tidak diambil peduli oleh pihak SPR amat dikesalkan. Ia sekaligus menunjukkan SPR tidak mahu bekerja lebih untuk sama-sama membetulkan kesilapan pada ketika itu juga. Sikap buruk itu telah ternyata hari ini menimbulkan masalah masa dan tenaga, tentunya ia juga akan menjadikan antara UMNO dengan Pas akan berdepan dengan satu pergeseran yang cukup getir selepas ini.

Al-maklumlah apabila Pas sudah diumumkan menang, apabila kemudiannya nanti dikatakan pula selepas dikira semula SPR terpaksa umumkan itu satu kesilapan, dengan mudah sahaja Pas akan menuduh UMNO ada kong kali kong dengan SPR. Malahan macam-macam tuduhan mereka akan buat dan macam-macam hasutan akan timbul.

Mahu tidak mahu, daripada apa yang ditimbulkan oleh Wan Zaid itu, UMNO kena bertindak dengan kadar seberapa segera di mana Ahmad Maslan atas kapasitinya Ketua Penerangan UMNO kena update Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya perjalanan dari Ahamd Maslan ke meja Muhyiddin disingkatkan.

Dalam pada itu, sejak berita ini tersebar, UMNO juga kena pastikan semua peti undi berada dalam keadaan elok tanpa ada cacat celanya kerana walaupun ia sudah dibawa ke pejabat SPR untuk disimpan yang mana macam-macam boleh berlaku di situ apabila ia di dalam jagaan manusia.

Saya ingin ulangi kesalan saya kenapa SPR tidak terus mengira semula undi yang telah didapati ada bantahan dari pihak UMNO pada hari itu? Dengan banyak maaf saya pohon kepada SPR, benarkanlah saya menyimpan keraguan dan wasangka buruk ini kerana saya sangat berpegang kepada kata seorang sahabat bahawa kalau kita percaya kepada sesiapa, janganlah kita harap 100 peratus dan kalau kita harap kepada sesiapa, janganlah kita percaya 100 peratus.

Selagi SPR belum bersedia untuk mengira semula undi Manek Urai keseluruhannya atau di Manek Urai lama sahaja pun, saya hanya akan meletakkan 50 peratus kepercayaan dan harapan kepada SPR dalam menguruskan pilihan raya seterusnya nanti.

Tuesday, July 21, 2009

Wartawan diingatkan supaya tidak memutar belitkan fakta!!!

Kes kematian Teoh: PM diberi takimat...KPN beri amaran



Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang tiba di tanah air pagi Selasa dari lawatan ke luar negara diberikan taklimat mengenai kes kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Taklimat ringkas kira-kira setengah jam itu itu disampaikan oleh Musa yang turut diiringi oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di bilik khas di balai ketibaan Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

“Kita beri taklimat tentang kes ini, semua aspek" katanya tetapi apabila ditanya apakah reaksi Najib, Musa berkata “itu kena tanya beliau”.

Najib tiba di KLIA selepas menghadiri sidang Pergerakan Negara-Negera Berkecuali (NAM) di Mesir dan lawatan kerja ke Arab Saudi. Turut menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam Khamis lalu selepas menghadiri siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor (SPRM).

Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes kematian Teoh, Musa memberitahu wartawan, siasatan dijangka akan dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari lagi.

Serentak dengan itu beliau mengingatkan agar tiada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan atau memutar belitkan fakta berhubung dengan kes berkenaan.

"Kita sedang jalankan siasatan. Kalau nak tuduh tanpa berdasarkan siasatan, saya rasa itu tidak betul," katanya sambil menegaskan polis akan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada sekiranya ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ekoran insiden berkenaan.

Pemuda aktif desak selesai masalah rakyat

Pergerakan Pemuda Umno akan lebih aktif memainkan peranan sebagai pendesak bagi menyelesaikan isu berkaitan dengan kepentingan rakyat, selaras dengan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata langkah itu bukan bermakna Pemuda Umno mahu memainkan peranan pembangkang dalam parti, sebaliknya antara usaha pihaknya membantu rakyat, selain memberi cadangan kepada kerajaan.

Katanya, antara isu yang didesak untuk tindakan kerajaan dan dalam proses pelaksanaan ialah berkaitan isu Tekun, Perhentian Puduraya, Flet Kampung Kerinci dan yang terbaru berkaitan kenaikan tarif elektrik.

"Kita menjadi pendesak untuk menyelesaikan pelbagai perkara. Kita mahu Pemuda Umno menjadi satu institusi yang boleh mendesak kerajaan membuat perubahan dan langkah itu sebenarnya adalah tradisi pergerakan itu yang berse-suaian dengan memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno bahagian Sekijang, di Balai Air Bah Kampung Paya Pulai.

Lagi berita menarik : Edisi Khas : Pak Lah tidak kata suruh mansuh ISA ~ Malaysiakini

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More