Wednesday, July 29, 2009

Pro KJ Vs Anti Khairy…

Wenger J Khairy CABAR BLOGGER PENGECUT BERDEBAT...


Si maya khairy, edisi terbaru dalam siri blog anti khairy. bermulalah dengan khairy chronicles ke anti khairy ke piggy singh dan sekarang blog pontianak haram sundal.

Aku dah muak dengan golongan macam ni. dah berkali kali dimalukan dikhalayak umum tetapi masih tidak mahu berdepan dengan realiti. masih menganggap masyarakat siber suka sangat nak baca cerita sampah keluaran produk gred III.

Disinilah kita lihat si pengecut pengecut anti Khairy kuat menjelma, kuat nak tunjuk terrer. Komen orang dia putar belitkan, memang kita sedar, yang kesemua ni penuntut ijazah sarjana putar belit, lulus dengan kepujiaan. Tetapi tetap kekurangan akal sewaktu nak berhujah dan penakut sewaktu keluar dari lubuk paya mereka.

Kalau komen kat blog aku, depa malu. kena pakai nama anonymous, takut kena belasah. takut hujah tahap budak hingusan depa tu dijawab dengan menyeluruh.

Kenapa takut berdepan dengan "The Truth?" Aku pelawa si anti KJ ni datang berdebat, depa keberatan. Maka terkeluarlah alasan demi alasan. Nilah anti KJ, golongan berpaksi alasan. Dulu sebelum pemilihan KP, depa dengan begitu angkuh mendakwa KJ akan kecundang. Lepah dia menang, ada ALASAN. Dulu sebelum pilihanraya Manek Urai, depa mendakwa KJ akan membawa padah pada UMNO, lepah BN hampir merampas kerusi tersebut dan rata rata telah memenangi saluran pemuda, depa keluarlah ALASAN.

Sampai bila puka ni nak berpegang pada ALASAN. Elok kao mendalami peribahasa Melayu, "hendak seribu daya tak hendak seribu dahlil."

Aku sudi berdebat dengan engkau. Anytime anywhwere. Jangan jadi mereka mereka yang badan macam gajah, tapi hati tahap tikus

Wenger J Khairy

Manik Urai, Lembu kena cucuk besi panas !!!


Biasanya jika kita mahu tahu tuan rumah sesebuah rumah itu pembersih atau pengotor kita lihat saja bilik air di rumah berkenaan , kalaubersih , bersihlah tuan rumah berkenaan, kalau kotor , kotorlah tuan rumah berkenaan. Begitu jugakalau kita mahu tahu betapa didikan yang di berikan oleh ibu bapa seseorang,kita boleh lihat dari bahasa anak berkenaan. Jika asyik mencarut dan biadab sentiasa, bermakna dia datang dari keluarga yang biadab dan kurang ajar. Sejak lahir lagi ayahnya telah mendodoikannya dengan lagu Fu** You Parp* , Anj**g you Parp* , itulah sebabnya bila kita lihat setiap tulisan orang yang dibesarkan dalam keluarga biadab ini sentasa akan ada perkataan mencarut,anjing , gambar isyarat jari. Inilah saja kekuatan yang ada dalam blog orang yang hanya punya kotak fikiran yang kecil tetapi perasan setanding dengan bloggers yang popular.

Terus terang kalau kita baca blog si Parpukari ini, bukanlah dasyat sangat daya pemikiran beliau,semua cerita yang diolah dan di tokok tambah dan disulam dengan maki seranah. Itu kekuatan yang ada pada parpukari.Yang lain cedok saja. Kesian aku tengok anak mamak ini meracau marahkan KJ. Kalau boleh satu blog nak tulis pasal KJ. Marah sebab sewatu pemilihan pemuda UMNO dahulu, mamak Parpu ini sudah kaut banyak dan sudah tabur janji kepada salah seorang calon. Bos jangan risau , my blog boleh gerenti you menang bos. Huluq lah dulu ....... ni ada dua blog saya buat untuk memburukkan KJ. Hebat ni bos...... masyuk.......Pap..pap ..... bos sudah kalah, fulus sudah telan. Itula sebab si parpukari ini fobia bila tenguk nama KJ. Buka Malysiakini , nampak saja nama KJ , terus tokok tambah dan tambah kaut sikit cerita dari Malaysiakii, huh…. hebat artikel aku.Call bosnya, bos tenguk lah saya hentam KJ kata nya. Tulis pasal Nizar, cedok artikel dan tambah nama Nizar sebagai anjing, Call pula bos Perak, Bos saya dah hentam Nizar. Hancur UMNO bila bloggers yang didik mencarut DARI kecil menulis untuk UMNO. Kadang-kadang aku fikir juga. Parpu Kari ni, UMNO ke pembangkang. Sebab kalau ikut bahasa ang digunakan dalam blognya , sah bahasa pembangkang dari parti yang di panggilnya FUCKATAN Riot . Ini biasannya bahasa bloggers pembangkang. Hancur UMNO kalau ini berterusan.BLOG LAIN HENTAM JUGA TAPI TAK PERLU MENCARUT.


Dengar pula ada NGO mahu membuat demonstarsi , berapi api pula dah mahu berdemostrasi, sampai cabar pemuda buka baju dan koyakkan baju pemuda. SIAPA PARPU NI, AK EXCO PUN TIDAK DALAM PEMUDA .SIAPA PARPU MAHU MENGARAHKAN PEMUDA. Pihak polis ada memberi amaran agar jangan teruskan demonstrasi ini, Ini bermakna si kari akan menentang undang-undang dan kerajaan pada hari Sabtu ini. Parpukari akan bertembung dengan pihak Polis. Parpukari akan menjerit diatas jalan dengan bahasa yang biasa digunakan sejak kecil , Fuck you ...fuck you...... huh hebat Parpukari menjerit sabtu ini. Hebat dalam blogging ini. Parpukari ini merasakan di setaraf dengan Kadir Jasin , Rocky Bru ..... ha ha ha.......... Kononnya dia sekarang sedang berperang dengan KJ. huh...hebat...... KJ tak tahu langsung dengan apa yang berlaku dilaman aman picisan macam lman kita ni Parpu ....jangan nak perasanlah ..kamu sedang berperang dengan kami , anak anak picisan. Jangan ingatlah bloogers terama tahu apa kamu buat. Taraf blog ita taraf picisan saja. Jangan nak perasan hebat la....... Kalau setakat carut jadi kekuatan blog Parpukari, jangan haraplah bloggers elit nak baca blog kamu. Yang masuk itu nak bersantai saja nak teguk badut.


Sungguh memalukan UMNO kerana dalam blog yang kuat mencarut. Gambar gambar yang biadab. Udah udahlah mamak, belajarlah menulis dahulu , bukan mencarut.



Mereka kata KJ tak relevan di Manek Urai. Mereka kata KJ kalau dia menang kerusi ketua pemuda, dia kena menggunakkan wang. Mereka kata KJ kalau dia menarik 1500 orang turun padang dan mendengar ceramah beliau, tu kerana para penonton tu jenis Mat Rempit. Mereka kata sebelum KJ turun ke padang BN akan kecundang. Tetapi setelah BN hampir merampas kerusi ini dari parti PAS, mereka mengubah cerita.

Tuan tuan dan puan puan sedar, dikawasan ni tak sampai dua minggu yang lepas, siapa yang datang berkempen bermati matian. Siapa yang datang mengetuk pintu, bertegur sapa, berceramah dan bersama sama tuan tuan dan puan puan menjayakan program parti.
Biar Tuan - tuan dan Puan - puan sendirilah menilai samada mereka ni adalah golongan yang suka bercakap bohong! BACA LAGI

Monday, July 27, 2009

Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan


Sabtu ini, penyokong Pro dan anti ISA , masing masing akan berarak bagi menyatakan pandangan mereka mengenai ISA. Jelas kita akan sama sama mengira berapa ramaikah penyokong Pro ISA dan penyokong anti ISA yang akan dikumpulkan. Apabila dua penyokong Pro dan anti berada di jalanan dan masing-masing akan cuba menunjukkan kekuatan masing-masing dan seandainya ada hilang kawalan , maka akan tercetuslah satu keganasan.

Yang susah adalah orang awam yang tidak berminat dengan politik , peniaga yang mahu mencari rezeki terpaksa menutup kedai yang merupakan punca rezeki mereka. Pelancong akan melihat betapa rakyat Malaysia yang mengamal budaya jalanan. Apakah dengan berdemonstrasi di jalanan akan mengubah keputusan kerajaan, Ini Malaysia dan bukan nya Thailand atau Indonesia. Sejarah penunjuk perasaan kita belum sampai ke tahap yang mereka berani merengkok didalam penjara lagi. Mereka tidak mungkin memilih penjara apabila tidur malam di rumah dalam bilik berhawa dingin dan makan makanan yang lazat lazat.

Apa keuntungan mereka ini berdemonstrasi melainkan menunjukkan ke tidak matangan mereka dalam mencari penyelesaian.Pastinya pihak Polis akan memberikan amaran dan pastinya yang bersalah akan ditahan dan direman beberapa hari. Siapa yang rugi. Pastinya juga kita tidak akan dapat memasuki Bandar Raya minggu ini kerana sikap yang tidak bertanggung jawab mereka yang mahu melakukan demonstrasi ini. Siapakah mereka ini. Majoritinya yang akan berada di jalanan ini adalah bangsa Melayu.

Nampaknya Anwar Ibrahim tersenyum kerana budaya yang dipupuknya kini telah menular di kalangan orang-orang Melayu yang anti beliau sebelum ini. Jelas orang-orang ini juga yang mahu mencari penyelesaian dengan jalan yang lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini.Jika ini dilakukan setiap minggu . Siapa yang akan menanggung akibatnya nanti. Rakyat yang tidak berdosa , kerana ini akan meruntuhkan juga ekonomi negara dan membayangkan bahawa kerajaan kita sekarang tidak stabil.

Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang waras dan bijak. Kita bukan hanya mahu menjadi hero dijalanan. Pemuda bukan beridentitikan demonstartor jalanan. Pemuda bukan bangsat dan hingusan mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dij alan raya. Kami bersetuju dengan saranan Khairy Jamalauddin agar Pemuda jangan ikut serta dalam perhimpunan Sabtu ini, Khairy tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini , kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Tetap kan pendirian dan pastikan pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.

Nota : Tahniah kepada saudara Parpukari yang begitu hebat mengutuk saranan Khairy Jamaluddin kerana menghalang Pemuda untuk berdemonstrasi. Untuk pengetahuan saudara Parpukari. Jika anda merasakan bahawa anda hero kerana menjadi dalang kepada perarakan ini , kami hanya mengucapkan syabas kerana menggunakan jalanan sebagai jalan penyelesaian kepada sebarang kekalutan. Saya berharap dapat melihat gambar Parpukari tidur di bawah tayar Truck FRU seperti yang dilakukan oleh Tian Chua sebelum ini. Tapi biasa mamak ni penakut sikit , berani masa ramai saja.

kiriman Email: Zainuri (Ketua Pemuda UMNO Kelang)

Friday, July 24, 2009

Truth For Teoh Beng Hock


Kematian Teoh mengundang banyak cerita cerita kontroversi yang sukar di jawab dengan penilaian mata kasar. Persoalan nya , Mengapa SPRM mahu menghapus kan saksi penting bagi siasatan mereka atau apakah Teoh sememangnya mahu dihapuskan oleh orang -orang yang tertentu yang terlibat dalam rasuah. Apa cara pun pembunuhan boleh dilakukan dengan perancangan orang yang berkeinginan melakukan nya. Kapal terbang juga boleh di rampas. WTC juga boleh di rempuh . Tidak ada yang mustahil . Ezam pernah melemparkan kenyataan terbuka bahawa DAP yang membunuh TBH dalam ucapan beliau bari-baru ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa tempat dan lokasi pembunuhan TBH sengaja direka untuk mengenakan SPRM. Macam-macam andaian , namun pihak pembangkang sudah mengambil kesempatan ini untuk menuduh SPRM dan Kerajaan, Ada wajarnya gesaan Ketua Pemuda UMNO agar Suruhanjaya di Raja ditubuhkan segera bagi mengelakkan tuduhan dan spekulasi yang tidak betul terhadap SPRM dan juga kerajaan. Rakyat perlu di perjelaskan dengan segera.Syabas kepada Perdana Menteri yang mengumumkan akan penubuhan Suruhanjaya di raja bagi menyiasat kes kematian ini.

Banyak blog yang membuat andaian dan ada juga blog yang membela Teoh dan ada yang cuba mengupas dan cuba membuat andaian cara mereka tersendiri dengan kematian TBH ini. Namun tidak semua yang benar-benar berminat dengan siapa pembunuh TBH tetapi mahu rakyat sendiri memikirkan siapakah pembunuh TBH dengan mendedah kan kaitan dan bidang tugas TBH ketika hayatnya bersama DAP. Ini adalah sebuah blog yang menarik untuk dilayari.
Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More