Friday, August 7, 2009

Wenger selamba bodohkan Piggy Singh


Gambar kenangan dr SUKJ

Now read this slowly and snigger in the comfort of your own homes:
from: http://the-antigonist.blogspot.com/

"Parpu Kari, a friend of mine was nobody to net dwellers before December last year. However being so fed up with unhealthy political developments especially in UMNO, Parpu - as many others did, finally resolved to cyberspace to express his thought and ideas, and thus Parpu Kari was born in virtual world."

:)

Piggy, what did you get for your SPM English?

"I am wanting to know so i can finally resolved to cyberspace to express my thought and ideas, and thus Wenger Khairy can be born again in virtual world."


More story >> I Don't Speak Stupid


By : Wenger J Khairy

Tuesday, August 4, 2009

PAS Tolak Gangster Ronnie - Selangor terus bergolak....




Bermulalah hikayat retak menanti belah, lepas satu, satu kemelut politik negeri Selangor; terbaru Hassan Ali dalam kenyataanya mahu samseng Ronnie digugurkan kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum. Di fahamkan bahawa Kerajaan campuran di negeri berkenaan, PAS membuat desakan terbuka agar gangster, Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco negeri.

Azmin Ali juga turut mendesak agar rombakan dibuat terhadap barisan Exco Selangor, berikutan muncul pula kes-kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat di kalangan Exco dan ADUN.

Ronnie yang dikatakan sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan menimbulkan perasaan tidak disenagi parti PAS dan PKR.

Retak menanti belah ini dikatakan berpunca berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.

Untuk rekod, Ronnie kini mempunyai kes di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Sejak era reformasi pada tahun 1998, Ronnie adalah kalangan orang kuat DAP yang dilihat memainkan peranan penting dalam DAP menjalinkan hubungan dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau sering terlibat dengan ‘usaha belakang tabir’ antara DAP dan PKR.

Siapa tak kenal dengan Ronnie yang sering dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabatnya turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

Bagi memastikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan progresif, sebarang budaya dan amalan yang mampu merosakkan suasana harmoni diantara kaum haruslah ditolak!!! Selamat JALAN RONNIE!!!

Monday, August 3, 2009

Bloggers United patut beri amaran kepada Parpukari


Pada mulanya saya tidak berminat mahu menulis pasal seorang bloggers Mamak ini yang saya rasakan tidak lagi relevan berjuang di dalam alam Siber ini sebagai penulis UMNO. Kredibiliti beliau sebagai bloggers UMNO sudah mula tercalar dan ramai yang sudah naik meluat dengan beliau dan merasakan beliau ini adalah manusia yang syok sendiri dan menulis untuk syok sendiri.

Hari ini beliau akan menulis mengenai menyokong dan menghasut orang UMNO berdemonstrasi dan mengutuk pemimpin UMNO kerana enggan turun memberikan sokongan kepada pelesit jalanan, esoknya beliau akan menghentam pula orang yang turun berdemonstrasi. Dia sendiri hanya turun untuk membuat laporan sekadar laporan kosong. Saya pada mulanya merasakan bahawa beliau akan menentang habis habisan dan akan melawan pihak berkuasa dalam demonstrasi itu.Rupanya tak ada telor, Kawan saya kata dia menyorok dalam kereta .

Beliau mahu menjadi bloggers hebat sebaris dengan bloggers yang ada nama, tetapi tulisan beliau dalam blog tidak lah menyerlah kerana apa yang boleh kita baca dalam blog beliau ada juga dalam blog orang lain. Bezanya beliau akan menambah sedikit fitnah dan carut. Malanganya tulisan beliau yang langsung tidak ada research melainkan mencedok nak menokok tambah tanpa berfikir.

Beliau yang di bayar oleh orang orang yang tertentu akan menghentam membabi buta dan adakala hentaman beliau terkena dirinya kembali, Beliau bagaikan orang yang tidak bermaruah menghentam Pergerakan Pemuda kerana dibayar oleh politikus tertentu yang menyara kehidupan keluarga beliau.

Yang menarik, beliau bernafsu besar mahu berperang dengan orang yang lebih jauh kelas dari beliau sendiri, adakala saya sendiri merasa malu melihat telatah bloggers ini. Antara orang yang dihentam adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga Datuk Sak yang mana jika beliau berdiri tidak sama tinggi dan duduk tidak sama tenaga.

Ramai juga yang menyatakan kekecewaan membaca blog si Parpukari ini kerana jelas membayangkan betapa pemuda ini adalah pemuda kecewa. .Jika dibandingkan profil Dato Sak yang pernah jadi adun wakil rakyat dan ada track record dalam politik dan bukannya penulis upahan seperti Parpu.

Bloggers United sepatutnya memberikan amaran kepada Si Parpu ini untuk melawan pembangkang bukan ahli atau pemimpiun UMNO, Kami yang menghornati Bloggers United merasakan bahawa nama Bloggers United juga akan tercemar hanya kerana mamak penulis upahan ini dan akan merugikan UMNO. Melainkan sememengnya Bloggers United juga berpihak kepada Parpu kari untuk menghentam pemimpin UMNO.


Baca Lagi : Antara Husin Lempoyang dengan Unta

Saturday, August 1, 2009

Perhimpunan ISA : KJ tidak mahu rakyat membenci Pergerakan Pemuda


Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong. Walau bagaimanapun arahan dari Menteri dalam negeri tidak diindahkan. Budaya Anwar Ibrahim ini seolah-olah disokong oleh pro-anti ISA. Sebenarnya demontrasi ini adalah menyalahi undang-undang dan penyokong kerajaan tidak sepatutnya mengingkari arahan dari pemimpin negara. Selaku Ketua Pemuda Pergerakan Umno Malaysia adalah wajib dicontohi apabila Khairy Jamaluddin tidak bersama-sama mereka bagi mengingkari arahan pemimpin dan undang-undang perlembagaan negara.

Menteri dalam negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein telah mengarahkan mereka yang berdemo membatalkan rancangan mereka kerana dengan perbuatan ini akan menyusahkan harapan Perdana Menteri untuk menyatukan rakyat Malaysia didalam program 1Malaysia. Penyelesaian secara berdemontrasi ini hanya akan menghilangkan kepercayaan rakyat untuk menubuhkan satu negara yang stabil dan harmoni.

Perbuatan demontrasi jalanan ini tidak mendatangkan apa-apa hasil melainkan mencetuskan kemarahan rakyat yang mahukan keamanan. Perniaga-perniaga terpaksa menutup kedai dan punca rezeki mereka tertutup. Rakyat juga akan merasa bimbang dan ketakutan. Demontrasi ini hanyalah semata-mata luahan keegoan kedua-dua belah pihak untuk menunjukan kekuatan masing-masing.

Rakyat sedang menilai apa yang sedang berlaku dan kebanyakkan mereka dari anti ISA adalah terdiri daripada profesional dan mahasiswa. Pemuda Umno tidak mungkin terbabit didalam gejala yang tidak bermaruah ini dan tidak terlibat dalam perang saraf diantara kedua-dua belah pihak. Pemuda Umno juga tidak mahu mahasiswa dan golongan profesional membenci dan memusuhi Pergerakan Pemuda hanya kerana terlibat dalam tindakan yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara.

Sila baca>>Peniaga marah perhimpunan haram jejas perniagaan

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More