Thursday, December 10, 2009

Respon Kepada Surat Rayuan THE DARKER SIDE !










Surat terbuka kepada Perdana Menteri

YAB Dato’ Seri,

1) Kami mewakili kumpulan penyokong Khairy Jamaluddin merasa terpanggil untuk meluahkan perasaan kami bagi memastikan Dato’ Seri mendapat perspektif yang menyeluruh mengenai apa yang sebenarnya berlaku di alam siber perihal persepsi dan penerimaan warga siber terhadap KJ.

Tetapi pertama sekali izinkan kami berkongsi dengan YAB Dato’ Seri bahawa setahu kami, KJ tidak pernah melatah atau merungut lantaran tidak dilantik di dalam kabinet. Malah walaupun lawannya untuk jawatan Ketua Pemuda Datuk Mukhriz Mahathir serta Naibnya diangkat menjadi Timbalan Menteri, KJ tidak pernah pun mempersoalkan keputusan Dato Seri. Malah KJ berkali-kali telah menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh Dato’ Seri sewaktu Dato’ Seri berjumpa dengannya pada malam sebelum pengumuman jemaah menteri – Iaitu fokus tugasan memenangkan kembali pengundi muda.

Malah, apabila Dato Seri Idris Jala dilantik menjadi Menteri penuh, KJ adalah pemimpin UMNO pertama untuk mengeluarkan kenyataan di alam siber, melalui Twitter dan Facebook bahawa ia satu pelantikan yang baik kerana mengambil seorang dengan track record yang cemerlang – Sekaligus menunjukkan betapa serius usaha Dato’ Seri untuk menjana pembaharuan dalam BN.

Kami yakin Dato’ Seri dapat menilai sendiri keikhlasan KJ dalam perkara ini.

2) Malangnya, ada sekumpulan bloggers dan ‘aktivis’ di Facebook anti-KJ yang bermatlamat menjatuhkan pemimpin muda ini. Bukan sekadar mengkritik dan membelasah KJ sekali-sekala, tetapi blog mereka ini diwujudkan semata-mata untuk memburuk-burukkan KJ, baik dari segi nama blog itu sendiri mahupun isi kandungannya. Terbaru sudah ada akaun Facebook dan blog yang diwujudkan atas nama Maya Khairy – ini sudah cukup menggambarkan betapa taksubnya mereka ini yang bergelar bloggers dan pejuang UMNO.

Suatu perkara yang unik mengenai golongan ini adalah betapa tersusunnya kaedah mereka menyerang KJ, sekaligus menampakkan bahawa ini satu gerakan yang khas dan dibiayai sesetengah pihak. Kami member contoh:

a) Setelah satu jangka masa beberapa minggu ‘senyap’, semua mereka akan tiba-tiba online pada waktu yang sama, dan mengutuk habis-habisan KJ.

b) Mereka mengambil masa dan mengerah kepala menggunakan grafik dan kaedah copy+paste untuk menunjukkan bahawa tiada langsung penyokong KJ di alam siber, kerana mereka hanya fokus kepada komen atau tulisan dari kalangan mereka sahaja.

Ini menunjukkan ia bukan satu ‘groundswell’ yang organik dan spontan, tetapi satu gerakan tersusun oleh segelintir orang yang bekerja 24 jam menjatuhkan KJ.

3) Maka paradoksnya, dikala golongan ini mereka tidak habis-habis mengungkit isu persepsi buruk terhadap KJ, hakikatnya smereka-lah yang menjana persepsi (fabricating perception) tersebut di kalangan mereka-mereka sendiri. Kami tidak terkejut andainya dalam kehidupan kepompong mereka itu, persepsi telah bertukar menjadi realiti – daripada ‘terpaksa’ benci KJ sebab duit, sekarang tampaknya mereka telah menyemai perasaan benci yang teramat mendalam terhadap KJ.

Contoh fabricating perception ini jelas berlaku semalam apabila Piggy Singh, antara golongan anti KJ ini, menulis satu kisah dongeng kononnya ramai di alam siber amat menentang KJ dan tidak mahu KJ dilantik ke dalam jemaah menteri. Mereka berkongsi ‘luahan hati’ kepada YAB Dato’ Seri sendiri, dengan hanya mengetengahkan komen-komen dari pihak taksub anti KJ, iaitu komen-komen mereka sendiri, tetapi cuba menyatakan bahawa ia satu gambaran perasaan rakyat sebenar.

Hakikat sebenar jauh berbeza sekali. Di sini kami berkongsi juga komen-komen pro KJ yang wujud di alam siber. Beza kami dan mereka adalah luahan kami adalah ikhlas dan tidak dibuat-buat. Kami yang menyokong KJ hanya sekadar menyokong sahaja dan tidak berniat menjatuhkan sesiapa lain pun.

4) Paling penting sekali, YAB Dato’ Seri, kami sebagai penyokong KJ juga tidak pernah cuba mengajar Dato’ Seri apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak. Kami tidak pernah ‘berkempen’ untuk KJ dilantik menteri, tetapi golongan anti-KJ ini berperangai sebaliknya – mereka kini tidak henti-henti berkempen siang malam dengan taktik kotor merangka strategi cuba menghalang Dato Seri dari melantik KJ.

Kami menghormati dan menyanjungi kepimpinan Dato’ Seri dan kami tidak akan sekali-kali mengugut Dato’ Seri sepertimana Parpu kari mengugut untuk meninggalkan UMNO sekiranya KJ dilantik.

Thursday, December 3, 2009

Artikel Pilihan : Anwar al-jub pemikir terbaik dunia ?

DS Anwar juga turut diakui kehebatannya oleh akhbar Juruselam Post, sebuah akhbar portal Israel


Petikan dari http://yanggambi.blogspot.com/

Pemikir terbaik untuk menipu, memutarbelit pemikiran rakyat Malaysia, si Nuar ‘sesumpah’ ini memang bijak berfikir macam mana hendak mengeluarkan idea-idea menipu dalam pelbagai bidang termasuk untuk melepaskan kerja-kerja mungkar liwat dia di Mahkamah.

Macam mana si Nuar ‘sesumpah’ ini berfikir untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menjual maruah dan hak-hak orang Melayu-Bumiputera kepada DAP. Bagaimana pula si Nuar ‘sesumpah’ ini juga berfikir untuk menggadai maruah agama Islam melalui PAS, sehinggakan UMNO dilebelkan ‘kafir’ lebih dari DAP oleh Nik Aziz. Baca Lagi




Kes Liwat: Anwar gagal...


Usaha DASAI untuk ketepi dan batalkan kes liwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan tidak kesampaian. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Selasa tolak permohonannya untuk tujuan berkenaan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah. Kes yang sekian lama tertangguh ini akan mula didengar pada 25 Januari hingga 25 Februari ini.



APA agaknya Anwar fikirkan tu.. Cari helah nak mengenakan Saiful atau tengah berfikir macammana nak tipu sekali rakyat macammana dia tipu dulu...

Wednesday, December 2, 2009

MASYARAKAT CINA MENGADAKAN PROTES TERHADAP RONNIE










Sumber GAP/ Darulehsantoday

Kecoh di kelantan menantu baling kasut betul ke?



Ratusan demo bantah Nik Aziz isu doa laknat



Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Nick Ajis itu membuat ugutan berdoa laknat itu sebagai reaksi terhadap kerajaan pusat yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya membayar wang ehsan kira-kira RM1 bilion.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More