Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Artikel pilihan : PAS TOLAK ISLAM, Maulidur Rasul dipolitikkan demi DAP



Posted by ghostWRITER
http://ohpolitik.blogspot.com/


"Berarak Maulud tapi rasuah dan tolak sunnah Nabi

Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakan Maulud Nabi di P.Pinang, sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR P.Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah olah kerajaan P.Pinang anti Islam.

Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.

Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa.

Berarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri.Itu baru s/usaha politik belum lagi menterinya.Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik.mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka."

Mahfuz Omar


Dan menurut Ulama PAS TGNA
pula :


"Bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.
Corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri (Kelantan) telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya."

Semua ini dibuat bagi menyeru seruan DAP di Pulau Pinang. Demi DAP, PAS menolak Islam dengan pelbagai tafsiran sehingga membelakangkan Maulidur Rasul. Jika ini terjadi, maka jangan menyesal jika anak-anak kita nanti lupa akan MauliduL Rasul dan tidak menghayati kisah Rasul lagi. Apa yang jelas di mata aku adalah PAS TOLAK ISLAM demi persahabatan dengan DAP!

Friday, January 8, 2010

Kereta Nizar terbalik, blogger PAS tergugat!!!

Kebangkitan pejuang-pejuang Pro BN yang sering mengegarkan lamam cyber membuatkan blogger-blogger Pakatan Reput terasa tergugat! Kepanasan mula tercetus dan dirasai oleh blogger Pakatan Reput kerana tidak lagi mampu menahan serangan demi serangan dari blogger pro UMNO...


Hinggakan ada diantara mereka terpaksa mengambil langkah untuk mempermosikan laman blog mereka didalam komen blog blogger BPN, Facebook pro UMNO dan lain lain... Dah kekeringan idea kot, cara mudah bagi mereka ialah cuba mencari publisiti murahan!


Sudah jelas kini Blogger Pakatan Reput sudah mula mereput dan mengaku tewas, mereka kini berasa rungsing dengan kebangkitan blogger Pro UMNO sama ada didalam blog atau pun Facebook!


Kepada blogger perjuang UMNO, Syabas diucapkan! Ayuh kita gegarkan lagi!!!


Dibawah petikan dari laman blog Panglima Perang cyber




Pertama : Penulis ruangan pembaca di Harakahdaily yang telah disebut tulisannya di sini ( kira iklan percuma ) telah datang bertamu ke blog kerdil Panglima. Kasar bahasanya dan seperti tidak melambangkan seorang muslim yang baik dan murni akhlaknya.

Komen beliau :

SALAM

lain kali tanya si penulis secara jelas.
jgn buat tafsiran sendiri

sebab yang tulis tu aku
aku cakap kejadian itu tiada unsur politik. tapi tidak salah YB Nizar berwaspada dan perlu diiringi oleh pegawal peribadi, pegawai khas dan pemandunya. Sekadar berwaspada
apa yang aku tulis itu tanpa membangkitkan sebarang unsur menyalahkan UMNO sama sekali.

macam kemalangan YB Dato Prof Zul, aku ada kata ke ia ada unsur politik? siap ia disahkan oleh PM time itu, ia takde unsur politik.

sekali lagi aku cakap. cuma berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku

Cuma aku minta kepada pihak PAS negeri, perketatkan tahap keselamatan beliau.
itu je..

takde kaitan pun dengan UMNO atau BN
pohon kenyataan ini disiarkan, atau suatu laporan polis akan saya buat

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan S/U Pas Jalan Yadi Sungai Udang
Begini rupa ahli PAS yang bagi saya kira hebat juga tulisannya hingga disiarkan di Harakahdaily...

tulisan beliau yang lain ada di link ini http://www.harakahdaily.net. Kira satu lagi promosi tanpa bayaran kepada penulis muda Harakahdaily ini.
Nak tahu blog dia ? boleh ke sana di link ini http://www.mdikhqoi.blogspot.com/
Jika beginilah rupa akhlak ahli PAS ini saya rasa patutlah ahli PAS sanggup berbaring di tengah jalan menghalang kereta Sultan Perak satu ketika dulu. Mereka memang nekad dan sanggup buat laporan polis untuk dapatkan publisiti walaupun terhadap blog picisan macam blog saya...

Saya memahami kegelisahan hati mereka tentang masalah negara kita tetapi ia tidak boleh menjadi sebab untuk ditujukan tuduhan tersebut kepada pihak lain khasnya UMNO !

Kita perlu rasional dan tidak emosional dalam semua perkara. Termasuk dari membuat andaian negatif bahawa kemalangan dan dikiaskan dengan pihak UMNO..

Dengan penyiaran komen menafikan maksud penulis itu di sini maka saya rasa semua pihak tidak perlu lagi salah sangka dengan maksud beliau.
Semoga penulis muda ini akan berhati-hati dalam penulisannya...

Friday, December 11, 2009

PAS berdiam diri apabila DAP pertikaikan pembinaan Masjid




Kian lama kerajaan membina masjid bagi kemudahan kita menunaikan solat dan ianya tidak pernah dipertikaikan tetapi hari ini DAP sudah mual pertikaikan mengenai pembinaan masjid dan PAS selaku sahabat baik DAP rdiam diri kerana mahu menjaga perpaduan antara parti dan kaum.

BN sebelum ini juga menjaga perpaduan antara kaum tetapi tidak lah pula sampai kebebasan kerajaan mendirikan masjid dipertikaikan.

-Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam.

- Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam. Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.

-Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam. Kata beliau, nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai.

Monday, October 26, 2009

PAS diambang perpecahan!!!




Doa jahat seorang islam kepada orang islam yang lain, apakah itu hakikat dan perangai seorang yang di panggil tok guru???



PAS kini dalam delima apabila Nik Aziz sudah mula mahu menunjukkan kepimpinan kuku besi beliau dengan menyalahkan orang lain yang lebih jauh muda dari beliau dan jauh lagi dari sindrom nyanyuk dan hilang ingatan. baru-baru ini Nik Aziz sudah tidak tertahan lagi dan Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu “dua tiga kerat pemimpin bermasalah”, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Nik Aziz membuat desakan itu dalam laman blognya ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.


"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.


"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)," tulis Nik Aziz dalam blognya.


Berbalik kepada cerita doa tadi, sepatutnya Nick Ajiss berdoa Kepada Allah bagi semua sejahtera dan jauh dari malapetaka, mungkin inilah yang hendak Allah tunjukkan kepada semua... Paham-paham ajelah....

Seterusnya klik pada tajuk di artikel berikut Doa PAS untuk lihat UMNO pecah kini sudah balik kepada mereka

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More