Showing posts with label Feature. Show all posts
Showing posts with label Feature. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Panas Berapi : Siapa Taja RPK???

Sudah jelas Raja Petra ditaja pembangkang untuk memfitnah kerajaan, malahan Kerajaan mempunyai bukti mengatakan Raja Petra Kamaruddin dibiayai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bukan seperti apa yang diwar warkan oleh beberapa blogger yang cuba mengaitkan hubungan RPK dengan seorang pemimpin Umno.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan dan beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra Kamaruddin yang kini melarikan diri ke London.

"Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik...jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam, bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata bukti-bukti menunjukkan PKR membiayai pengendali laman web Malaysia Today tersebut kini sedang disiasat selanjutnya.

‘‘Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar (kepada Raja Petra). Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000. RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu,” katanya selepas merasmikan program Kempen Kesihatan Gaya Hidup Sihat sempena ulang tahun ke-10 Kelab Senaman Klinik Kesihatan di sini hari ini.

Ditanya apakah kerajaan akan bertindak terhadap PKR, Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata: ‘‘Kita kena tengok dulu (siasat) apa kesalahan dilakukan tetapi kita memang ada bukti menunjukkan dia hantar duit kepada Raja Petra.”

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan bersedia memberi jaminan terhadap keselamatan Raja Petra jika pengendali portal itu benar-benar takut untuk pulang ke tanah air bagi memberi keterangan.

Fakta bukan Auta! Jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa oleh blogger yang suka mencarut dan suka menyebarkan fitnah!! Mereka menulis semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan menulis mengikut perasaan hasad dengki (PHD) "panas berapi" terhadap individu tertentu. Ianya tidak mendatangkan apa apa keuntungan !!

Sumber : http://brojinggo.blogspot.com/


Friday, March 5, 2010

Pembangkang Hadapi Masalah Jika Anwar Kekal Sebagai Ketua Pembangkang - Khairy


Pengekalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR selepas tiga anggota Parlimennya bertindak keluar parti baru-baru ini.


"Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar.

"Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) yang diketuai oleh ketuanya Jamaludin Gulamhan, di sini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pengekalan itu juga jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang tidak mempunyai pelan kepimpinan seterusnya dan hanya bergantung kepada Anwar.

"Rentak mereka dah jadi teruk dan tidak ada pelan kepimpinan pula, maka saya percaya ini tidak akan memberi keyakinan kepada rakyat," katanya.

Mengenai dakwaan tiga anggota PKR yang keluar parti itu 'dibeli' BN, Khairy berkata itu cuma alasan pakatan pembangkang untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

"Mereka lompat parti jadi anggota Parlimen Bebas, mereka bukan masuk Umno atau mana-mana parti komponen BN dan ini bukan berlaku satu malam...jadi saya melihat ini lebih kepada keputusan mereka yang merasa kecewa dengan kepimpinan PKR," katanya.

Dalam tempoh kurang sebulan tiga anggota Parlimen PKR mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), dan yang terbaru semalam, Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

-Bernama.

Meskipun kerusi DAP mendahului PKR, Lim Kit Siang yang mewakili partinya tetap akan tunduk kepada Anwar untuk menerajui pakatan pembangkang di Dewan Rakyat. Tidak ada salahnya dari aspek undang-undang, tapi moralnya?

Anwar juga semakin sukar untuk mendapat ruang pembelaan di mahkamah atas isu tuduhan liwat ke atasnya. Ramai penganalisis politik menyebut beberapa kemungkinan yang akan berlaku termasuklah sekiranya Anwar ditangkap. Apakah nasib Pakatan Rakyat?. Siapakah yang akan menerajuinya? Mungkinkah Azmin, Lim Kit Siang atau Haji Hadi? Atau langkah mayat Karpal Singh dulu!!!


Sumber : http://jebat2010.blogspot.com/

Wednesday, March 3, 2010

Amaran Fairus: rahsia kerajaan Pulau Pinang ada dalam poket saya…

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang keluar dari PKR Ahad malam,Selasa memberi amaran ‘ jangan jolok sarang tebuan’ pada pimpinan parti itu dengan mendakwa beliau ada membuat tuntutan melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnyaa dan membayar RM15,000 sebulan buat selama-lamanya.

Sambil menyifatkan serangan peribadi yang tidak berasas itu sebagai politik kebudak-budakan, bekas ADUN Penanti itu kata beliau akan mendedahkan satu persatu kepincangan pembangkang terutamanya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang jika tindak tanduk itu diteruskan.

"Jangan jolok sarang tebuan, semakin saya ditekan saya akan bangkit sebagai juara," katanya.

“Selama setahun saya berdiam diri, tetapi ada juga yag sengaja mencari pasal dengan saya. Jangan sampai saya dedahkan semuanya sebabkan rahsia Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam poket saya," tambahnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan berkenaan yang dibuat Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali ekoran tindakannya keluar parti untuk menyertai UMNO.

Fairus memberi amaran itu dalam sidang akhbar selepas menerima sijil keahlian Umno daripada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Raof Yusoh di ibupejabat UMNO,PWTC.

Bekas ADUN Penanti itu hairan dengan tindakan pemimpin PKR dan individu tertentu yang menyerang peribadinya sedangkan selama ini beliau tidak pernah mendedahkan apa-apa keburukan dalam parti.-

Agenda Daily

Friday, February 26, 2010

Artikel Pilihan : RM100 juta, Wan Azizah tolong tutup mulut...


By : Jebat

Senario politik negara jelas sudah menemui persimpangan. Fitnah maha dahsyat dekad ini, alaf baru tahun 2010, tahun siber.

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu memburukan orang kepada khalayak melalui saluran media massa (cetak atau elektronik) dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

Zambry menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.

Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Segala cakap-cakap yang berbaur iri hati dan fitnah itu jika di teliti di keluarkan oleh puak pembangkang jelas menunjukkan mereka hanya menabur fitnah tanpa ada data atau maklumat yang tepat bagi menyokong hujah-hujah mereka itu.
Jangan nak membuat fitnah ? Tunjukkan pada umum bagaimana mereka tahu mengenai hal ini. Jika cakap kosong siapa pun boleh cakap! RM 100 juta, tolong tutup mulut sikit....


Sumber : http://jebat2010.blogspot.com/

Nota : Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau. Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Sepatutnya kita perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki.

Papa Gomo dedahkan kes 'perogol' di universiti

Seorang pegawai kanan Universiti Industri Selangor, yang didakwa sebagai 'perogol' dikatakan menjadi ancaman di kalangan mahasiswa di unviversiti berkenaan.

Papa Gomo, yang mengaku sebagai seorang blogger yang pro-Barisan Nasional menimbulkan isu berkenaan dalam blognya dan menggesa kerajaan negeri Selangor supaya segera bertindak.

"Menteri Besar Khalid Ibrahim mesti segera bertindak berhubung perkara itu. Bagaimana seseorang yang didakwa sebagai perogol boleh dibiarkan bergaul dengan pelajar?” soalnya ketika dihubungi menerusi email.

Secara sinisnya, beliau berkata individu yang dilantik awal tahun lalu, tidak sepatutnya dibenarkan memegang jawatan berkenaan meskipun beliau merupakan kroni menteri besar.

Pegawai kanan itu didakwa merogol seorang pelajar berusia 26 tahun ketika beliau mengajar di Universiti Putra Malaysia, dua tahun lalu.

Menurut laporan polis bertarikh 11 Mac 2009 yang diterbitkan di laman sesawang Papa Gomo, pelajar itu dirogol sebanyak tiga kali di pejabat pegawai berkenaan pada Disember 2008.

“Beliau mahu saya menjadi isteri ketiga, tetapi apabila saya enggan, dia merogol saya sambil mendakwa cara itu sahaja yang akan membuatkan saya berkahwin dengannya. Tetapi sehingga sekarang, beliau masih tidak mahu bertanggungjawab,” dakwa mangsa itu yang namanya telah dipadamkan dalam laporan polis berkenaan.

Balai polis Dengkil mengesahkan laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim tidak mahu mengulas.
Sumber : Malaysiakini


Khalid GAGAP perlu bertanggungjawap di dalam hal ini dan seharusnya juga memberikan penjelasan kepada para Ibu Bapa, Pelajar UNISEL malah kepada seluruh Rakyat Malaysia ini. Hal sebegini bukanlah hal yang remeh memandangkan Tuduhan oleh pengadu wanita itu berkaitan kes ROGOL dan bukanya kes SAMUN!!!


Kita ikuti kisah pendedahan kes tersebut menerusi blog Papa Gomo.. klik disini

Tuesday, February 23, 2010

Artikel pilihan : PAS TOLAK ISLAM, Maulidur Rasul dipolitikkan demi DAP



Posted by ghostWRITER
http://ohpolitik.blogspot.com/


"Berarak Maulud tapi rasuah dan tolak sunnah Nabi

Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakan Maulud Nabi di P.Pinang, sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR P.Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah olah kerajaan P.Pinang anti Islam.

Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.

Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa.

Berarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri.Itu baru s/usaha politik belum lagi menterinya.Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik.mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka."

Mahfuz Omar


Dan menurut Ulama PAS TGNA
pula :


"Bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.
Corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri (Kelantan) telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya."

Semua ini dibuat bagi menyeru seruan DAP di Pulau Pinang. Demi DAP, PAS menolak Islam dengan pelbagai tafsiran sehingga membelakangkan Maulidur Rasul. Jika ini terjadi, maka jangan menyesal jika anak-anak kita nanti lupa akan MauliduL Rasul dan tidak menghayati kisah Rasul lagi. Apa yang jelas di mata aku adalah PAS TOLAK ISLAM demi persahabatan dengan DAP!

Saturday, January 9, 2010

RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!

Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.

Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !

Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.

Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.

Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.

Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...


Yang benar,

YDP Blogger Pembela Negara

Menyokong Tindakan Pemuda BN Mengecam Keras Perbuatan Bakar Gereja






Oleh S.A Najmuddin

Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam.

Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut 'diserang' tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan.

Tegasnya jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.

"Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan.

"Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Justeru tambah beliau lagi Pemuda BN berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.

http://www.pemuda.com.my/
Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More