Friday, October 30, 2009

BEREH!!! Badrul keluar PKR

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Turut serta isterinya, Ramizah Mazlan dalam satu sidang media di sebuah hotel pada petang Khamis.



100% Bereh Halal!!!

Bereh !! semua dah.. yang pasti Anwar Ibrahim lah yang paling bangga kerana "game" nya terhadap PAS telah pun berjaya... maka usahanya bersama DAP kini semakin mudah... kenapa lah PAS sedar bahawa mereka kini sedang di "game" kan oleh Anwar ?? Simpati...simpati...


Salah satu Punca Badrul keluar PKR adalah kerana Kes Liwat Anwar!!!

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkandirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.

Ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung dan berkata "saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang mempunyai cerita begini".

Badrul hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi ADUN bebas yang 'mesra' BN.

Wednesday, October 28, 2009

Serambi Disko di Kelantan!!!

Visit kelantan.. Tersergam indah serambi disko di Jalan Hamzah. Tok Guru Nick Ajiss Sudah Sesatkan Orang. Mari Kembali Ke Pangkal Jalan.

Gambar salah satu disko di kelate, di jalan hamzah, menjadi kunjungan gadis melayu dan cina. semuanya dijamu dengan arak. astaga...moga Allah SWT lindungi kita. Ini bukan serambi mekah...ini serambi disco. Inilah padahnya apabila PAS berkawan dengan PKR dan DAP! Dimana perjuangan asal PAS, Inikah perjuangan Islam yang diagung-agungkan... ya betul PAS for ALL. Depan belakang semua bole.!



Wanita-wanita ini telah rosak akibat disko yang diluluskan oleh Nick Ajiss. Yang menyedihkan a wanita Melayu minum arak dalam disko ni. Dimana penguatkuasaan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam? Kini tiada bezanya kota bharu degan golok.... Semuanya retorik dan tipu semata-mata. Jangan percaya pada Nik Aziz. Merosakkan wanita.
Sumber : Team Hokkaido

Tuesday, October 27, 2009

PERJUANGAN PAS TERPESONG!!!







Video ini saya dapat dari seorang kawan yang menurutnya dihasilkan oleh penyokong PAS yang Pro Team Ulamak yang kecewa dgn perjuangan PAS kini yang dilihat telah membelakangkan Ulamak dan sentiasa memberi muka kepada pemimpin2 yang tidak diyakini kei...khlasan mereka mahu berjuang demi menegakkan Negara Islam..mereka percaya pemimpin2 ini adalah percaturan Anwar Ibrahim dalam cuba "memimpin" PAS secara ghaib..malah Tuan Guru Nik Aziz juga dilihat telah termakan tipu daya panglima2 yang dihantar Anwar kedalam PAS kerana kebanyakan dari mereka telahpun berada di saf pertama kepimpinan PAS............Baru2 ini juga PAS dikejutkan dgn MUKTAMAR KHAS yang di ideakan oleh Nik Aziz sendiri dgn alasan bagi mencari penyelesaian terhadap tingkah laku beberapa pemimpin utama PAS..adakah Nik Aziz telahpun terpedaya.

credit kpd Reezal Shah

TM BONGKARKAN Surat Sivakumar kepada Adun Pakatan Rakyat !!! Padan muka Nizar!

BERITA PANAS DARI PERAK: Surat Sivakumar kepada Adun Pakatan Rakyat untuk hadir persidangan Dun 28 Oktober 2009.




Surat jemputan ini telah diedarkan kepada semua Adun PR di Perak, Surat diatas ialah salinan surat yang ditujukan kepada YB Su Keong Siong. Su pula teramat suka hati dan mengedarkan surat ini kepada orang awam.


"Apa ertinya semua ini wahai Nizar, Siva, Ngeh dan Nga???"


Semalam hari Isnin dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh DSAI telah bermesyuarat di Parlimen dan bersetuju dalam banyak perkara untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan beberapa resolusi baru.

Antaranya ialah membuat persidangan berasingan di Hotel Heritage seperti yang dijalankan sebelum ini dan yang paling penting ialah pada petang 28 Oktober 2009 jam 3.00 ptg Nizar akan mengadap DYMM Padukan Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Dalam surat tersebut juga Siva mendakwa telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan untuk mengadap.


"Sama-samalah kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka."


Rombongan atau perarakan akan bermula dari Hotel Heritage dan melalui jalan ke hotel Seri Malaysia dan terus ke Istana Kinta. Perarakan tersebut akan diketuai sendiri oleh DSAI , Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang dan anak.

Berita panas seterusnya hasil risakan TM ialah Dap sudah bersedia untuk PRK khas bagi negeri Perak. Nizar pula sudah kelihatan serba salah dan keliru dengan agenda Dap iaitu Ngeh dan Nga dalam percaturan mereka. Kenapa Nizar amat sedih? Jawabnya ialah beliau tidak lagi tersenarai sebagai MB Perak. kerana jika Nizar menang pun dalam PRK ini Nizar tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar. Alasan nya mudah. Sultan tidak akan perkenankan untuk beliau dipilih semula sebagai MB kerana Nizar terang-terang telah menderhaka kepada pihak Istana. Nizar hanya berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November memihak kepadanya. Jikan PRK makan hancur leburlah cita-citanya untuk memiliki Camry AGS 10.

Ngeh dan Nga juga yang begitu mesra dan boleh membaca Quran hari ini sudah diterima baik oleh setengah orang Melayu Perak. Ngeh juga telah mendekati beberapa bekas-bekas pemimpin Umno yang dikategorikan sebagai desperado agar sama-sama membantu Dap dalam menawan semula Perak. Dap yakan akan sokongan Melayu terutama dari Parti PKR dan PAS. Hari ini Dap juga sedang giat menambah ahli-ahli dari kaum Melayu dan sudah ada pun Cawangan Dap di kawasan Melayu.

Beberapa individu Melayu yang telah diclose up oleh Ngeh dan Nga ialah Fauzi Muda dari Ipoh Barat, Shaarani @ Mat Lengkong dari Sungai Rapat, Haji Taslim dari Ipoh Barat juga, Datuk Abd Malik Hanafiah bekas Ketua Bahagian Taiping dan Hasbullah bekas Ketua Pemuda Umno Larut. Kesemua orang kuat yang mampu membantu Dap dalam usaha merampas semuala Perak dari BN.

Sekian. http://taipingmali.blogspot.com

Monday, October 26, 2009

PAS diambang perpecahan!!!




Doa jahat seorang islam kepada orang islam yang lain, apakah itu hakikat dan perangai seorang yang di panggil tok guru???



PAS kini dalam delima apabila Nik Aziz sudah mula mahu menunjukkan kepimpinan kuku besi beliau dengan menyalahkan orang lain yang lebih jauh muda dari beliau dan jauh lagi dari sindrom nyanyuk dan hilang ingatan. baru-baru ini Nik Aziz sudah tidak tertahan lagi dan Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu “dua tiga kerat pemimpin bermasalah”, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Nik Aziz membuat desakan itu dalam laman blognya ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.


"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.


"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)," tulis Nik Aziz dalam blognya.


Berbalik kepada cerita doa tadi, sepatutnya Nick Ajiss berdoa Kepada Allah bagi semua sejahtera dan jauh dari malapetaka, mungkin inilah yang hendak Allah tunjukkan kepada semua... Paham-paham ajelah....

Seterusnya klik pada tajuk di artikel berikut Doa PAS untuk lihat UMNO pecah kini sudah balik kepada mereka

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More