Tuesday, May 26, 2009

MOGOK LAPAR: Ramailah penyokong akan kena gestrik, pemimpin mereka tetap segar bugar


Rakyat Perak mahu cari makan dengan tenang dan harmoni. Kalau pakatan pembangkang terus menerus membuat kempen mogok lapar begini, akhirnya seluruh Negeri Perak akan kelaparan – Ustaz Manek Urai’

Oleh ZAKARIA BIDIN

MEREKA yang sanggup berlapar ialah mereka yang sudah puas kenyang kata seorang penganalisis politik bebas yang tidak mahu namanya disebut ketika diminta mengulas Kempen Mogok Lapar yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang di Perak hari ini.

Katanya lagi, walaupun ramai para ulama dan pemimpin mengatakan mogok lapar itu merupakan satu protes tidak cerdik, tetapi itulah kaedah terbaik yang mereka temui untuk menyatakan frustrasi di kalangan mereka yang mana minda mereka sudah tertutup rapat untuk menerima hakikat kekalahan yang mereka hadapi.

Hari ini bermulalah Kempen Mogok Lapar yang dirasmikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar bagi melahirkan kekecewaan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (Koming) pula mengumumkan bahawa mogok lapar yang dilancarkan itu juga sebagai simbol mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan DUN Perak.

Kata seorang lagi pengunjung laman web ini, melancarkan mogok lapar adalah mudah. Tetapi untuk benar-benar berlapar tidak semudah pelancarannya. Mereka boleh lancar macam-macam benda untuk menyatakan protes asalkan tidak mengajak rakyat memberontak.

“Kalau mereka makan di rumah senyap-senyap, siapa tahu?” soal beliau yang menamakan dirinya Ustaz Manek Urai dalam e-mailnya. “Selepas ini tidak hairanlah kita akan dapat berita antara pengikut dan penyokong mereka yang benar-benar mengikuti kempen mogok itu akan berbaris dengan pucat lesir di hospital atau di klinik-klink swasta mendapatkan rawatan gestrik.”

“Tetapi,” katanya lagi, “pemimpin-pemimpin mereka akan segar bugar ‘melalak’ sana ini memberi ceramah yang tidak perlu menghidangkan apa-apa makanan ketika mereka dalam mode mogok lapar.”

Mungkin ramai yang bersimpati dengan ‘kelaparan’ di kalangan penyokong pakatan pembangkang, tetapi bukanlah bersimpati kerana mereka sanggup berlapar tetapi sanggup memilih satu jalan yang cukup dilihat begitu tidak cerdiknya mereka memilih mogok lapar sebagai agenda menarik simpati rakyat.

Sepatah kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengirim SMS kepada orang ramai termasuk pengelola laman web ini, suka hati merekalah jika mahu berlapar sehingga menemui ajal sekalipun dan rakyat sedia akan menabur bunga di pusara mereka nanti sebagai satu penghargaan terhadap perjuangan mereka.

Tidak kurang juga mereka yang memberi komen terhadap fatwa-fatwa para ulama yang memaklumkan perbuatan itu adalah perbuatan syrik dan berdosa dianggap satu makluman yang sia-sia sahaja kerana di kalangan pakatan pembangkang tidak kurang para ulama yang mana Mohamad Nizar sendiri sebagai Pesuruhjaya Pas di Perak tentu lebih maklum apakah hukumnya dari segi agama.

Mereka mungkin telah mendapat nasihat dari ulama Pas seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum melancarkan mogok lapar yang melibatkan orang Islam. Oleh itu, tidak hairanlah kalau perbuatan mereka itu salah pada orang lain akan jadi betul pada mereka yang berjiwa menentang apa saja yang tidak menyebelahi mereka.

Ustaz Manek Urai menyifatkan kempen mogok anjuran pakatan pembangkang itu satu kerja yang sia-sia dan benar-benar telah menunjukkan betapa daifnya mereka terhadap undang-undang dan kuasa mutlak Sultan yang rata-rata keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu adalah satu keputusan yang sahih.

Katanya lagi, “Mahkamah Rayuan sebelum membuat keputusan itu telah merujuk kepada pakar undang-undang di peringkat antarabangsa seperti Queen’s Counsel, Lord Lester berhubung krisis di Negeri Perak dan beliau telah mengakui sistem kehakiman di Malaysia berada atas landasan yang betul.”

“Tidak perlulah mereka mahu tunjuk macam-macam karenah lagi seperti terutamanya mendesak Sultan Perak membubar DUN kerana rakyat Perak mahu cari makan dengan tenang dan harmoni sehingga pilihan raya umum akan datang. Kalau pakatan pembangkang terus menerus membuat kempen mogok lapar begini, akhirnya nanti seluruh Negeri Perak akan kelaparan,” kata Ustaz Manek Urai.

Lesung Batu

7 comments:

SameerKhan said...

Waktu Gandhi, dia ada sebab yang kukuh dan 'nobel' untuk mogok lapar.
Mogok lapar ni, untuk dapat kuasa.
SUDAH LA!!
Kami yang mendengar dah bosan!
Keling tu bersama DS Nizar pun lagi satu, kalau rasa dirimu betul... buat la satu lagi kes dalam mahkamah!
Mogok dan demonstrasi tak habis2!!!

Nama adik saya SAM said...

Keputusan mahkamah masih mengundang pertikaian daripada 'pihak disebelah sana'.Ketika kerajaan membawa agenda 1MALAYSIA,untuk maju beberapa langkah ke hadapan...hadir pulak pihak ke2 dengan agenda yang lebih kurang sama 'pentingnya'iaitu 'MARI BERMOGOK LAPAR-KE ARAH MEMBERSIHKAN ISI PERUT DAN MENAJAMKAN FIKIRAN'.

Hmmm...dah parah pihak yang sebelah sana tu!!Dah mula gelojoh.Apa relevannya?Boleh rungkai masalah ke?

Kenapa mesti mogok?Bukankah memakan itu dah menjadi darah daging kita...tak dapat dipisahkan dari jiwa dan raga,seperti lagu dan irama!!Makanlah.....jomlah!!

Atau pihak disebelah sana anggap MOGOK sebagai satu KEMASYURAN,mempelawa simpati orang ramai...

Tetapi..bagi saya..ianya satu pengembaraan ke satu destinasi yang dinamakan..RUMAH SAKIT!!

P/s Saudara editor..jom jalan-jalan cari makan!!Lapaq ah!

Unknown said...

tolong tgk link ini...
terima kasih...
selamat...

http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/Business/Business_Services/?PostID=243328

MAWAR BERDURI said...

salam?

heheheh mogok2 ni bro, taim siang jak..mlm 2 habis jugak makanan diristuran dorg bedal kali tenguk siang pun pi makan di resturan yang pura2 tutup, dimiliki oleh suku sakat heheh padai jugak aku ni buat cerita duging...tapi lucu2 jugak cerita nizar n d geng di perak ni..semoga cahaya keinsafan kan menyinari mereka dan keluarga mereka..uhuh

gotahlantun said...

Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam. Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat. Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya.

Penumpang said...

Bulan Puasa rasanya, ada di kalangan dia orang yang mogok lapar ni tak berpuasa... cuba ingat betul2, mungkin puasa tahun lepas pun belum berganti.

Akhir kata... selamat berpuasa dan bila nak sambut raya....tentu makan besar.

Kaloi said...

poso sobab dek nak mogok.. tak ponah nabi buek poso mcam nih yo.. harap an blaja yo tinggi2.. tapi mengabih ah bogheh yo...

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More