Doa jahat seorang islam kepada orang islam yang lain, apakah itu hakikat dan perangai seorang yang di panggil tok guru???
PAS kini dalam delima apabila Nik Aziz sudah mula mahu menunjukkan kepimpinan kuku besi beliau dengan menyalahkan orang lain yang lebih jauh muda dari beliau dan jauh lagi dari sindrom nyanyuk dan hilang ingatan. baru-baru ini Nik Aziz sudah tidak tertahan lagi dan Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu “dua tiga kerat pemimpin bermasalah”, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Nik Aziz membuat desakan itu dalam laman blognya ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.
"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.
"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)," tulis Nik Aziz dalam blognya.
Berbalik kepada cerita doa tadi, sepatutnya Nick Ajiss berdoa Kepada Allah bagi semua sejahtera dan jauh dari malapetaka, mungkin inilah yang hendak Allah tunjukkan kepada semua... Paham-paham ajelah....
Seterusnya klik pada tajuk di artikel berikut Doa PAS untuk lihat UMNO pecah kini sudah balik kepada mereka
3 comments:
Kekadang doa dia ni bole janjikan syurga gak hahahaha khususnya ahli DAP... tu pasal DAP nak Nik Ajis terus menasihati ahli PAS buat EGM...
salam Tuan, saya ada idea kalau dapat Tuan bawak perkara ni keatas, iaitu supaya UMNO menubuhkan Kolej Perubatan untuk melahirkan ramai doktor Melayu lagi, seperti contoh apa yang MIC lakukan. ramai pelajar Melayu yang berkelayakan namun begitu tempat untuk melanjutkan pelajaran Perubatan adalah terhad di negara kita, saya harap pohak tuan dapat membawa idea ini ke peringkat atas, TQ
Salam bro, Nik Aziz terlalu riak dan takbur dengan ilmu ayang ada padanya, sebab itu terlalu banyak bisikan-bisikan iblis dan syaitan ketelinganya sehinggakan sanggup melihat PAS itu sediri berpecah....
Post a Comment