Friday, March 5, 2010

Pembangkang Hadapi Masalah Jika Anwar Kekal Sebagai Ketua Pembangkang - Khairy


Pengekalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR selepas tiga anggota Parlimennya bertindak keluar parti baru-baru ini.


"Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar.

"Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) yang diketuai oleh ketuanya Jamaludin Gulamhan, di sini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pengekalan itu juga jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang tidak mempunyai pelan kepimpinan seterusnya dan hanya bergantung kepada Anwar.

"Rentak mereka dah jadi teruk dan tidak ada pelan kepimpinan pula, maka saya percaya ini tidak akan memberi keyakinan kepada rakyat," katanya.

Mengenai dakwaan tiga anggota PKR yang keluar parti itu 'dibeli' BN, Khairy berkata itu cuma alasan pakatan pembangkang untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

"Mereka lompat parti jadi anggota Parlimen Bebas, mereka bukan masuk Umno atau mana-mana parti komponen BN dan ini bukan berlaku satu malam...jadi saya melihat ini lebih kepada keputusan mereka yang merasa kecewa dengan kepimpinan PKR," katanya.

Dalam tempoh kurang sebulan tiga anggota Parlimen PKR mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), dan yang terbaru semalam, Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

-Bernama.

Meskipun kerusi DAP mendahului PKR, Lim Kit Siang yang mewakili partinya tetap akan tunduk kepada Anwar untuk menerajui pakatan pembangkang di Dewan Rakyat. Tidak ada salahnya dari aspek undang-undang, tapi moralnya?

Anwar juga semakin sukar untuk mendapat ruang pembelaan di mahkamah atas isu tuduhan liwat ke atasnya. Ramai penganalisis politik menyebut beberapa kemungkinan yang akan berlaku termasuklah sekiranya Anwar ditangkap. Apakah nasib Pakatan Rakyat?. Siapakah yang akan menerajuinya? Mungkinkah Azmin, Lim Kit Siang atau Haji Hadi? Atau langkah mayat Karpal Singh dulu!!!


Sumber : http://jebat2010.blogspot.com/

7 comments:

Anonymous said...

Krisis antara Parpukari dan Hanafiah Man kian membara. Sikap menunding jari antara satu sama lain kini dapat dilihat.

http://syilingperak.blogspot.com/2010/03/parpukari-vs-hanafiah-man.html

Anonymous said...

apa masalah anwar jadi ketua pembangkang? pilihan concensus buka cara umno siapa lebih jadi ketua itu cara lama. cara muafakat adalah lebih islamik. yang kjj sibuk fasal pembangkang apa hal. dia menang pun ada penipuan undi.

Anonymous said...

Apa yang si KJ Ni sibok?

"Pemuda umno juga dalam masaalah jika Khairy Jamaluddin kekal sebagai ketua pemuda"

sama jer Anuar dan KJ nie...

Anonymous said...

Untuk pembangkang,

"Pembangkang Hadapi Masalah Jika Anwar Kekal Sebagai Ketua Pembangkang - Khairy"

Untuk Barisan,

"UMNO Hadapi Masalah Jika KJ Kekal Sebagai Ketua Pemuda - Rakyat"

Anonymous said...

DAP tetap mahukan Anwar jadi ketua pembangkang. Ini strategi polkitik DAP, dengan itu dia dapat sokongan melayu dari PKR.Lihat bagiman DAP menang dengan bergaya di PRU12 dulu semua undi Melayu dari PKR dan PAS bulat kepada mereka. Kalau Anwar tidak berfungsi undi Melayu DAP tak dapat. Jadi tidak hairanlah DAP akan pertahan Anwar dalam apa saja hal.Yang tertipu orang Melayu jugak yang "tak pandai berpolitik"

Anonymous said...

DAP tetap mahukan Anwar jadi ketua pembangkang. Ini strategi polkitik DAP, dengan itu dia dapat sokongan melayu dari PKR.Lihat bagiman DAP menang dengan bergaya di PRU12 dulu semua undi Melayu dari PKR dan PAS bulat kepada mereka. Kalau Anwar tidak berfungsi undi Melayu DAP tak dapat. Jadi tidak hairanlah DAP akan pertahan Anwar dalam apa saja hal.Yang tertipu orang Melayu jugak yang "tak pandai berpolitik"

Anonymous said...

Alahai dulu UMNO menang banyak kerusi kat Pulau Pinang atasi GERAKAN TAPI terima GERAKAN sebagai KM selama 52tahun sehingga orang MELAYU lesap dan terpinggir di bumi sendiri..piraaaaaaaaaaaaaaaaaah...2 X 5 jer korang ni menipu UMAT MELAYU...Tak payah nak klentong la...Rakyat akan buat keputusan di PETI UNDI pada PRU13..Korang gadohla sampai pagi..

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More