Oleh Abang Mahmor
Memang mudahlah bagi Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar mempertahankan kenyataannya bahawa rusuhan berdarah di Pattaya, Thailand baru-baru ini mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan segera.
Beliau sekaligus menyangkal tidak terlibat di bawah Akta Hasutan. Tetapi itulah sebenarnya niat Kamaruddin untuk disampaikan kepada ‘kaki pemberontak’ dari kalangan ahli PAS dengan mengheret ahli PKR dan DAP sekali di Perak supaya bertindak merusuh di jalanan.
Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zamry Abd. Kadir hingga menyifatkan kernyataan Kamaruddin itu sangat berbahya dan menggerunkan kerana seolah-olah menggambarkan sudah ada gerakan untuk mencetuskan keadaan huru-hara di negeri itu.
Perkara ini bukan lagi boleh dikatakan seolah-olah atau mungkin. Ia sudah pun dicuba ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April lalu di mana penyokong-penyokong PAS menjerit-jerit, menunjukkan isyarat penumbuk, isyarat jari tengah dan macam-macam isyarat lain kepada kenderaan yang membawa bendera BN dan mempunyai pelekat BN.
Disepanjang jalan dari Simpang menghala ke Kuala Kangsar, begitu sesak dengan penyokong yang menjerit-jerit dan melaung-laungkan macam-macam kata-kata tak enak didengar dengan lilitan di kepala, yang berlenggeng buka baju, yang menghalang hampir menutup jalan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Mohamad Nizar dan PAS.
Semasa ceramah juga begitu. UMNO dan BN ‘dicarut’nya sahaja oleh penceramah-penceramah yang berkempen untuk Mohamad Nizar. Kesopanan dan kesusilaan orang DAP, PAS dan PKR sudah benar-benar tidak dapat mengawal perbuatan dan cakap mereka seolah-olah memang sengaja membakar semangat orang ramai yang mungkin bersedia untuk mencetuskan perkara tidak diingini.
Tetapi oleh kerana orang BN tidak agresif dan tidak melawan maka kempen berjalan dengan aman. Mereka lebih baik diam dan buat tak tahu sahaja. Ada telinga dengar, ada mata pandang, ada kepala geleng sahaja. Kalau orang BN bertindak balas atau melayan mereka yang sedang egresif itu, barang pasti akan tercetus juga insiden yang tidak elok.
Kalau nak kirakan kereta orang BN terutama UMNO yang dilastik dan dipecahkan cermin, memang banyak. Tetapi orang BN tidak membesar-besarkan perkara itu. Malah mereka baiki tanpa banyak cakap dan tidak pun membuat laporan polis. Buat laporan polis pun, mana nak tangkap orang yang melastik kereta mereka! Dari pengalaman orang BN di Permatang Pauh, kebanyakan mereka sudah bersedia untuk diancam begitu rupa.
Banyak tanda-tanda lain yang menunjukkan unsur-unsur Pakatan Pembangkang terus memprovok keadaan seperti tersiarnya artikel mengandungi kata-kata menghina dan biadap terhadap Sultan Perak yang mereka sifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai ‘isyarat jari tengah’yang dipetik dari laman web Malaysian Insider kemudian disebarkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.
Kaitannya cukup rapat dengan niat pakatan pembangkang sedang bergerak ke arah membakar dan menghasut rakyat Perak supaya memberontak kalau DUN Perak tidak dibubarkan segera.
Gertak ini sudah nyata dan apakah pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri harus berdiam diri dan beri komen biasa sahaja tanpa bertindak apa-apa lagi?
Apakah kita tidak perlu bertindak mencegah sebelum parah? Apakah kita harus menunggu benar-benar berlakunya rusuhan baru mahu bertindak? Perkara ini harus ditangani segera terutama terhadap mereka yang terang-terang melakukan kesalahan tetapi tetap mengatakan mereka tidak melanggar Akta Hasutan.
Dalam kita sibuk menerangkan slogan Satu Malaysia, ketegasan juga turut perlu supaya petualang-petualang yang berselindung sebalik kata-kata hasutan mereka itu amat mudah mempengaruhi masyarakat kita yang begitu lemah untuk memikirkan sesuatu yang baik dalam masa yang singkat.
20 comments:
kasi tangkap itu al juburi
Orang-orang Pas, tentunya seronok dengan ‘budaya baru’ ini kerana selama ini mereka agak terkongkong dengan lilitan serban di kepala tetapi kini sejak pemikiran Anwar Ibrahim berjaya menyerap, mereka menjadi semakin ganas dan siap sedia menjadi ‘alat kepada DAP’.
Betul ke orang Melayu pembangkang (Pas contohnya) sanggup pergi sejauh orang kafir Siam dalam mempertahankan agenda politik masing-masing? Dengan penguasaan 13 kerusi negeri (6 Pas dan 7 PKR) berbanding Umno 27 kerusi makanya apakah kesimpulan yang dapat diandaikan berhubung kekuatan pembangkang Melayu PR di Perak?
Secara tidak langsung ini bermakna dalam konteks politik, orang Melayu Perak masih berdiri teguh di belakang sistem yang sedia ada. Kalau mereka mahu sesuatu yang baru sudah tentu mereka akan menjadikan kerusi Pas + PKR mengatasi kerusi UMNO. Dan nampaknya keputusan PRU tidak seperti itu yakni satu keputusan yang melayakkan Pas atau PKR untuk berfikir di luar dari kotak. Kesimpulannya, Pas dan PKR terpaksa menerima keputusan rakyat yang jelas mahu mempertahankan status quo yang ada.
DAP tentunya berbanga apabila bendera mereka kini menjadi ‘kain lilitan serban’ Pas. Orang PKR tentunya berbangga kini kerana mereka boleh mempergunakan Pas untuk membantu mereka membersihkan rekod hitam Anwar Ibrahim dalam kesalahan jenayah. Orang Pas tentunya berbahagia sekarang kerana mereka dapat mempengaruhi orang-orang Cina bahawa mereka sudah bersipa sedia menjadi alat dan kuda tunggangan DAP demi mencapai cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Perak.
Bangang punya melayu
Bila BN kalah 5 negeri dan di perak di perintah olih DAP.Cina2 Dap ini baru dapat kuasa menjadi exco dan Menteri besar ini dari Pas dengan senang di baruahkan olih mereka.DAP dah jadi gah.Bila 2 wakil rakyat melayu tak tahan lagi dengan perangai Ngah dan Ngeh memperbodohkan Menteri Besar boneka keluar dari PKR dan masuk bebas dan saorang lagi DAP yang dah tah tahan lagi perangai 2 orang DAP masuk bebasjuga .Dalam masa 11 bulan kuasa tukar tangan. 2 DAP ini sudah jadi gila talak arah Pas calonkan Nizar di Bukit Gantang.Dia menang kerana undi cina dan india 85% undi Pas.Tetapi ada snacknya Undi orang melayu merosot.di kubu kuat. Pas pon kalah.Kawan2 saya ajk 2 pas tidak gembira sangat kerana.Takut kalau2 KEDAH Dan KELANTAN dapat pada UMNO.Ingat BN yang lemah,UMNO masih kuat. Patutnya di perak 7 exco di beri kepada umno tapi umno masih nak kongsi kuasa,Jika tak ada MCA MIC PPP Gerakan kerusi di beri kepada UMNO .Orang melayu akan tadbir perak .DAP ini ingat dia hendak buat macam Thailand.Politik dan economy orang thailand keturunan cina control.Orang keturunan siam jadi baruah mereka.Ethnic cina bekas PMenteri dulu lawan dengan dengan PMenteri sekarang.keturunan.cina juga.Orang siam gasak sama2 sendiri.Jaga2 lah Wahai bangsa ku..
Wahai umno bin BN 3X….! hndaklh kmu ingat akan janji2 Allah yg mna kamu ada bwa brsma2 dri dunia ini. Skrg kmu telah menuju msuk ke Negeri AKhirat. Kamu telah mengaku bhwa tiada Tuhan yg layk dsmbah mlainkn Allah,& Nabi MUHAMMAd itu psuruh Allah. Ingatlh wahai umno bin BN! apabila dtg kpd kmu 2org Malaikat sbgai wakil Tuhan yg mnemui kmu, Mungkar daN Nangkir, maka jgnlh brasa gentar&takut, jgnlh kmu brdukacita&risau serta jgnlh kmu susah ati&trkejut.
dalam dunia siber pun sama juga. diorg la yg banyak provoke....
aku suke betul gambar yg ko buat tu
bagus betul
aku blom baca dah tergelak
last2 aku xbaca....
hahahah
-ayamitik
hahahaha AYAMITIK KO TU MENYOTOT JER YG KO TAHU
Rupa-rupanya BN sudah mula takut kepada Pilihanraya Kecil
Hari ini semua surat khbar arus perdana memaparkan jumlah kos Pilihanraya Kecil sebanyak RM33.4 juta. Kos yang paling tinggi adalah digunakan oleh pihak Polis Malaysia iaitu RM11.5 juta di Kuala Terengganu, Permatang Pauh RM2.5 juta, Bukit Gantang RM7 juta, Bukit Selambau dan Batang Ai masing-masing Rm5 juta; manakala SPR menggunakan RM580,000 di Kuala Terengganu, RM600,000 di Bukit Gantang, RM409,000 di Permatang Pauh dan masing-masing RM400,000 di di Bukit Selambau dan Batang Ai.
Hanya tidak didedahkan jumlah salahguna kuasa oleh BN, berapa puluh juta dari setiap Kementerian dan Projek-Projek Mee Segera. Berapa ratus juta pula janji BN untuk projek akan datang disemua kawasan Pilihanraya itu. Janji ini sesetengahnya jangan harap mereka laksanakan terutamanya ditempat mereka kalah.
Rasuah politik? Berapa ratus ringgit seorang? Ooop, ada rasuah ke? Kalau tak rasuah, tak namanya UMNO/BN. Sama sendiri pun mereka rasuah, inikan pulak untuk dapat undi orang ramai, lagilah kuatnya mereka guna rasuah.
Memang Pilihanraya jenis ini mahal kosnya! Sebab itu kita tak mahu Pilihanraya dibawah pentadbiran BN. Mahal dan tidak berpadan, sedangkan banyak penipuan berlaku seperti undi hantu dan sebagainya.
Nantilah, kita gulingkan BN, kita akan adakan Pilihanraya yang jauh lebih murah dan jauh lebih telus.
Nampaknya BN dah menakut-nakutkan orang ramai kononnya PR sengaja nak adakan PRK! Bapak hang! Kalau takut kenapa mereka desak supaya Fairus letak jawatan? Kenapa "mereka"
ugut Arumugam letak jawatan? Mengapa mereka ugut Elizabeth Wong letak jawatan?
Sebenarnya, mereka tu takut kalah, dan didalam 5 PRK itu, mereka hanya berjaya menang di Batang Ai! Itulah sebabnya mereka cuba mengalih pandangan tentang kos pilihanraya!..........916
allah hu akbar3.. lepas tu ckp yang bukan2.. masyaallah apabenda ni.. bila dalam perjuangan yang dikatakan menegakkan islam.. bukan nya jihad nama nya tu.. kalau dizaman rasulullah.. jihad dengan kata lain hapuskan kafir... tapi sekarang kafir mati pun orang islam sanggup baca doa..
SYARAT MENJADI WAKIL RAKYAT PKR
(selepas perletakan jawatan oleh Fairus)
1. Kalau perempuan, syaratnya sertakan gambar BOGEL dengan dua kaki terkangkang.
Kalau lelaki, syaratnya GAGAP. Gambar tidak diperlukan bagi lelaki.
2. Tak bersunat tak apa, janji pandai putar belit al-Quran.
3. Pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Boleh berceramah di Gereja, Masjid dan Kuil -asalkan pakar mengutuk BN dan kerajaan Malaysia.
4. Penjenayah dan bekas banduan diutamakan.
Keturunan dari pembunuh dan perogol dipertimbangkan.
5. Memiliki SPM dan lesen memandu lori.
6. Tahu kelentong bos. Khusus dan latihan diberikan selepas pengesahan jawatan selama setahun seperti Fairus.
7. Pintar - dalam pembahagian tanah dan projek untuk kaum kerabat. Lulusan dalam bidang ekonomi dipertimbangkan terutamanya major dalam sains rumahtangga.
8. Memiliki sifat penderhaka dan tidak suka kesultanan Melayu.
Exam khas akan diberikan terutamanya mengenai persoalan bagaimana hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Republikan.
9. Berpengalaman dalam menyentuh buntut bagi lelaki, atau pernah memegang anu lelaki bagi perempuan.
Bekas peliwat yang berpengalaman amat dialukan. Kaki raba dipertimbangkan.
10. Pernah pergi UMRAH bersama-sama dengan Nik Aziz atau tidak, ia Bukan keutamaan tetapi akan dipertimbangkan.
SESIAPA YANG BERMINAT DAN MEMILIKI KELAYAKAN DI ATAS, SILA DAFTARKAN DIRI SECEPAT MUNGKIN DI MANA-MANA BAHAGIAN PKR MALAYSIA.
CALON INI DIKHASKAN KEPADA PKR. YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN MELIWAT, PERNAH BERKHALWAT PUN AKAN DIBERI PERTIMBANGAN.
KAH KAH KAH R,A,M 7:34 AKU TAK TAHAN KETAWA... LUCU LAH.... ADUIH BERGULING2 AKU KAT TANAH NI..... HAHAHAHAHA
Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.
Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.
Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.
Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.
BN/UMNO (PRK Phobia)
Jika benar-benar sayangkan negara ini...tolonglah jauhi aktiviti yang boleh memudaratkan negara seperti yang berlaku di negara jiran baru2 ini Thailand.
Perbuatan demontrasi atau rusuhan seperti ini benar2 boleh menjejaskan aktiviti ekonomi negara.Perkara sebegini hanya menguntungkan sebelah pihak shj.iaitu pihak yg ingin kan kuasa.
Tetapi rakyat tetap menjadi hamba atau boneka bg keperluan individu yang laparkan kuasa ini.
Saya percaya rakyat Malaysia hari ini mampu berfikiran secara waras dan majoriti dari kita rakyat Malaysia tidak mahu demontrasi atau rusuhan sebagaiman yg berlaku di Thailand.
Apa yang lebih utama seharusnya kita memikirkan bagaimanakah caranya utk meningkatkan taraf ekonomi agar rakyat serta peniaga dapat terus bekerja dan berniaga dgn aman bagi menjamin kemajuan diri sendiri,bangsa,negeri khusunya negara tercinta.
SALAM SETIAKAWAN
Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan mengunggu rebah kebumi.
4 PRK, BN/UMNO tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).
JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.
Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.
So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.
"Perkara ini bukan lagi boleh dikatakan seolah-olah atau mungkin. Ia sudah pun dicuba ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April lalu di mana penyokong-penyokong PAS menjerit-jerit, menunjukkan isyarat penumbuk, isyarat jari tengah dan macam-macam isyarat lain kepada kenderaan yang membawa bendera BN dan mempunyai pelekat BN."
kereta saya kena ludah dan kene tendang..nasib baik la tak dibaling batu/kayu..itu pun sebab ada polis..kalau takdak polis, rasanya dah pecah cermin keta saya..
saya bukak tingkap pun kena maki..
sebabnya ? saya tampal bendera bn atas bonet depan..salah kah ?
sempit betul pemikiran penyokong PAS di bukit gantang tempohari..
kejadian berlaku malam hari sebelum pilihanraya keesokan harinya di simpang..agaknya diorang lepas dengar ceramah kut..sbb ramai sangat kat simpang yang duk usung bendera PAS..
hehe..
lawak ah poster neh
Lagi percubaan memecahbelahkan PAS
Posted in Barisan Nasional, Najib Razak, Nizar Jamaluddin, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, Pilihanraya Kecil, Politik, Rosmah Mansor, Rundingan PAS-Umno, Rundingan Umno-PAS, Semasa, Umno by aminiskandar on Mei 4, 2009
Semenjak Tsunami politik 8 Mac 2008, Umno/BN hanya akan melakukan satu perkara iaitu memecahkan Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana, apabila Pakatan Rakyat kuat, mereka akan tersungkur daripada pemerintahan negara pada pilihanraya akan datang.
Usaha yang konsisten dilakukan tanpa henti sehinggalah hari ini. Cara yang paling mudah untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah membawa masuk PAS kedalam Barisan Nasional.
Oleh kerana PAS adalah parti Islam yang majoriti ahlinya adalah berbangsa Melayu, maka mudahlah Umno menyerapkan sentimen “kemelayuan” dalam parti tersebut. Oleh kerana Umno/BN yang dipimpin oleh Najib tidak mempunyai idea baru, maka idea Tun Razak pun digunakanlah. Ideanya mudah aja, Melayu kini lemah, PAS perlu masuk BN untuk kuatkan Melayu.
Umpan tersebut “tersangkut” apabila ada beberapa golongan dalam parti tersebut yang “terbeli” dengan agenda “Melayu” (Melayu lemah apabila Umno kalah. Bila Umno kuat, peduli apa dengan Melayu!).
Malahan golongan yang “terbeli” dengan umpan Umno ini mempertahankan agenda “perpaduan Melayu” ini secara bermati-matian. Entah apa motivasinya, kita pun tak tahu!
Seperti biasa, Utusan Malaysia dan TV3 memberikan sokongan kepada golongan ini secara bermati-matian juga!
Lihatlah Utusan Malaysia pada hari ini, dimuka hadapan pun mereka berikan promosi. Klik disini.
Dibelah dalam lebih banyak lagi. Klik disini, disini, disini, disini, disini, disini dan disini.
Persolannya sekarang, semenjak bila pula Umno mahu Malaysia diperintah oleh Ulama?
Semenjak bila pula Umno mahu tutup kilang arak?
Semenjak bila pula Umno sokong calon PAS dalam pilihanraya?
Objektif Umno/Barisan Nasional hanyalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Sama seperti apa yang mereka pernah lakukan dengan memecah belahkan Barisan Alternatif selepas PRU tahun 1999.
Dan kali ini tumpuan mereka ialah memecahbelahkan PAS dengan menyokong kumpulan Pro Muzakarah dengan Umno. Jika kumpulan tersebut menang, maka mudahlah untuk membawa masuk PAS kedalam BN sekaligus memecahkan kekuatan Pakatan Rakyat.
Apakah kesannya selepas Barisan Alternatif berpecah satu ketika dahulu?
Pakatan pembangkang kalah teruk dalam PRU tahun 2004 dimana menyaksikan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah Badawi menang besar. Kemenangan terbesar yang pernah mereka perolehi dalam sejarah politik Malaysia. Negeri Terengganu yang dimenangi PAS pada PRU 199 tersungkur dan negeri Kelantan masih dipimpin oleh PAS dengan majoriti yang begitu kecil.
Lihat pula apa yang terjadi apabila pakatan pembangkang bersatu pada PRU 12, lima negeri jatuh ketangan pakatan pembangkang dan majoriti 2/3 BN hilang. Satu kejayaan yang terbesar yang pernah diperolehi oleh pakatan pembangkang dalam sejarah politik Malaysia.
Senario PRU 2004 tidak mustahil akan berulang.
Tidak mustahil juga Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat dengan syarat pakatan tersebut terus kukuh. Ini turut diperkatakan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad dalam temuramahnya dimajalah Off The Edge bulan lepas.
Jika Pakatan Rakyat rapuh, rakyat Malaysia tidak akan menyaksikan prubahan politik dinegara ini sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang!
pinjam kat : http://aminiskandar.wordpress.com/
jgn menyamarlah.
grp kj adalah pkr dlm umno.
Post a Comment