Wednesday, April 1, 2009

Terima Kasih Khairy kepada Khir dan Mukhriz - Syabas




Inilah kecantikan yang ada dalam pada UMNO walaupun ianya mengambil sedikit masa untuk melupakan apa yang berlaku namun itu adat pertandingan dan perlembagaan pari yang perlu diikut proses yang telah ditentukan , jangan kerana hanya pemilihan UMNO akan berpecah, jika begitu tidaklah guna kita adakan pemilihan yang demokrasi.

Sikap ketiga calon pemuda ini amat dihargai kerana hanya mereka yang dapat menyatukan pemuda UMNO kembali. Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berterima kasih kepada ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana menyahut seruan penyatuan dan memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan beliau dalam pergerakan tersebut. Mukhriz dan Dr Mohd Khir merupakan calon bagi jawatan ketua Pemuda Umno, yang tewas kepada Khairy dalam pemilihan pergerakan itu minggu lalu. Khairy memenangi jawatan tersebut dengan memperolehi 304 undi, diikuti Dr Mohd Khir (254 undi) dan Mukhriz (232 undi)."Apatah lagi pada masa kita menghadapi tiga pilihan raya kecil, sebaik selepas berlangsungnya persidangan Umno dan proses pemilihan parti," katanya.

Perjuangan bersama

Sehubungan itu, Khairy mengajak semua semua ahli Pemuda Umno supaya bersatu hati dan bekerja bersungguh-sungguh dalam satu barisan bersama ahli-ahli komponen parti yang lain di bawah BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Beliau mengajak mereka melakukannya dengan semangat yang berani untuk membawa perubahan di atas landasan setiakawan untuk rakyat, dari rakyat dan demi rakyat.

Sebelum itu, Dr Mohd Khir berkata beliau tetap menyokong Khairy selaku ketua Pemuda Umno, selagi beliau terus berjuang di jalan agama, bangsa dan negara.Bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan berkata, tiada sebab untuk beliau berpaling daripada kepimpinan Khairy kerana misi mereka sama.Manakala Mukhriz pula menyatakan beliau akan terus komited dalam perjuangannya bersama Pemuda Umno dan menyokong Khairy.

Mukhriz juga dilaporkan berkata, beliau akan turut memberi cadangan ke arah penambahbaikan Pemuda itu jika diminta berbuat demikian.Sabtu lalu, dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno, Khairy mengajak Mukhriz dan Mohamad Khir untuk turut memberi cadangan dan sokongan kepada Pemuda Umno.

Pemuda Kedah

Sementara itu, setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat, meminta semua pemuda bahagian, menyokong sepenuhnya kepimpinan baru Khairy dan naibnya, Datuk Razali
Ibrahim.Haris berkata, sokongan tidak berbelah bagi itu penting supaya agenda dan kesinambungan pemuda yang direncanakan bekas ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diteruskan bagi memulihkan semula kepercayaan golongan muda terhadap Umno.

"Saya yakin dengan kredibiliti yang ada pada mereka yang diharap mampu mengembalikan kecemerlangan pemuda dan menarik minat golongan itu bergerak bersama parti dalam misi merampas semula beberapa negeri yang ditawan pembangkang," katanya hari ini. Beliau berkata, peluang untuk merampas semula DUN pilihan raya kecil pada 7April ini cerah jika dibandingkan dengan 14 calon bebas dan PKR dan atas usaha gigih jentera parti.

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More