OLEH SENAPANG PATAH
MAAFLAH RAKAN-RAKAN BLOGGERS PRO UMNO, JIKA BAHASA SAYA ATAU MANA-MANA AYAT SAYA MENYINGGUNG PERASAAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN…
KERANA UMNO PARTI KERAMAT AKU TAK RELA MELIHAT UMNO DIHANCURKAN OLEH SAUDARA UMNO SENDIRI!!!
SUDAH TIBA MASANYA KITA BERSATU!!! SUDAH TIBA MASANYA KITA BERGANDING BAHU UNTUK MEMULIHKAN SEMULA LUKA LAMA DALAMAN UMNO!!!
JIKA PERANG SAUDARA DIDALAM UMNO BERTERUSAN SAYA PERCAYA PRU YANG AKAN DATANG!!! UMNO PASTI AKAN BERKUBUR!!!
BERJUANG DENGAN SIKAP YANG TERBUKA… BERSATULAH DIBAWAH SATU NAUNGAN YANG MANTAP DAN DIGERUNNI OLEH BLOGGERS PAKATAN RAKYAT!!!
YANG PASTI SENAPANG PATAH AKAN KUBURKAN PAKATAN RAKYAT!!!
11 comments:
SALAM ZIARAH
MMG BTUL APE YG SDR SARANKAN. ORG MELAYU X BLH LEKA LG MULAI DR SKRG. SEMUGA BARISAN KABINET BARU DS NAJIB AKAN MENCERMINKAN ASPIRASI SEGAR BARISAN NASIONAL.
OLEH ITU KITA HARUS BERGABUNG TENAGA KHUSUSNYA BERSAMA RAKAN2 LAIN DLM BARISAN UTK MEMPERJUANGKAN SATU MATLAMAT DLM 1 MALAYSIA YG BARU!..AYUH KITA KUBURKAN PUAK2 PEMBANGKANG YG SEMAKIN GHAIRAH MEMECAHBELAHKAN PERSEFAHAMAN ANTARA KAUM DI BUMI BERTUAH INI PD PRU13 NANTI..AYUH!!!!
orang melayu memang tak pernah leka,tetapi yang memimpin melayu tu yang dok leka...
Woi Senapang.....
Yang hang pie tembak parpukari tu buat apa.....
Cuba hang tengok betul-betul dia x berkenaan dalam hal maki-maki semalam..
kebetulan nama kami hampir serupa...
aku nie jenis penyokong umno yang jujur bukan jenis lempar batu sembunyi tangan..lepastu letah kesalahan pada orang lain....
aku cukup marah bila hangpa dok salahkan che det....semua punca kekalahan letak pada orang yang dah lepas jawatan...x tau nak kenang budi....lepas nie hangpa dok ganyang pulak pak lah...mentaliti macam nie la yang dok perosak parti kita....
Pastu buat kerja tak teliti....main hentam keromo....terus naik angin...aku acah pakai nama yang hampir sama....terus tembak...lain kali perati betui-betui...
Aku keciwa tengok perangai hang pa semua nie.
Kalau lagu nie.. aku ingat hayat parti kita x lama....sesama ahli pun nak terus nak mengamok bila berlaku perbalahan....
Aku nak pesan sebagai tok wan hangpa.....jgn dok buat lagu nie lagi...kira nak naik angin je..Terus terpa....lain kali sabar dulu...cek betui-betui....fikir ...baru buat tindakkan...Tindakan terburu-buru selalunya merugikan diri kita....
Lagi satu...jgn dok amal lempar batu sembunyi tangan...kalau dok amal musuh yang menyusup masuk mudah dok kotak-katik kan kita....
Parpu and Senapang patah.....kalian berdua adalah pejuang bangsa....Tok cuma nak uji..Sayangnya hangpa berdua gagal..
Untuk senapang Patah...
Berhati-hati dan jangan bertindak terburu-buru....Hormati dan kenang jasa pemimpin lama....
Untuk parpu pulak...
Jangan terus sahut cabaran...periksa dulu...baru bertindak...Belajar lah menghormati barisan kepimpinan baru dan teruskanlah sifat memhormati pemimpin lama...Maaf kerana menggunakan nickname hampir serupa.....
hahahahahahahahah
tok ayah
SALAM BRO,
AKU SOKONG KAU SENAPANG..
SETUJU SANGAT...
TAKBIRRR!!!!
Senapang Patah
Mungkin orang melayu sukar bersatu kerana panggilan untuk bersatu itu tidak dibuat dengan betul.
Lihat sahaja rakan-rakan dalam kumpulan BPN. Ramai yang menyampaikan mesej yang sama. Melayu mesti Bersatu dan sekiranya tidak Melayu akan jadi mangsa.
Saya setuju gengan mesej tersebut. Apa yang saya tidak setuju adalah cara panggilan itu dibuat.
Salah satu ulasan di laman blog ini boleh dijadikan contoh yang rata-rata digunakan oleh BPN. Jeffry, dalam ulasannya menyebut, "...orang Melayu tak boleh leka..."
Kemudian dia melaungkan "...kita harus bergabung tenaga..."
Seterusnya memekik "...kita kuburkan puak-puak..."
Kita tidak akan dapat menarik minat orang untuk bergabung dengan kita dengan cara memekik-mekik memanggil mereka untuk bergabung terutama sekali kerana pekikan-pekikan inilah yang sebenarnya menjadi punca perbalahan.
Kita benar-benar nak bergabung, kita pujuk, kita rayu. Kita nak memikat orang kita tunjuk yang kita baik kemudian kita buktikan bahawa kita baik.
Sedangkan suami isteri pun tidak boleh bergabung dan bekerjasama dalam keadaan maki hamun dan terpekik terlolong, inikan lagi kumpulan-kumpulan manusia yang ramai anggotanya.
Sedangkan seorang anak pun boleh lari dari rumah apabila diherdik oleh ayahnya sendiri, bagaimana kita boleh mengharapkan kumpulan-kumpulan orang lain yang kebanyakannya kita tidak kenal, memenuhi jemputan yang disampaikan melalui cacian dan makian.
orang tak suka tengok yang baik-baik.
Kalau najib nak diangkat sebagai HERO kenalah masuk lokap pastu klua ja
1. ceramah mesti berapi-rapi.
2. Follow kehendak extrem cina pulak macam Hindraf.
3. Hapuskan bahasa inggeris dalam semua espek kehidupan.
4. Benarkan semua agama menggunakan nama perkataan Allah.
5. Perjuangkan Islam LIBERAL.
6. menggalakkan orang yang tidak beriman dengan alquran menterjemah supaya orang islam paham akan islam.
7. memberi pajakan rizab melayu kepada cina 1999 tahun.
8. kafirkan sesiapa yang tidak bekerja sama dengan umno.
ahhhh... banyak lagi benda yang boleh mempopularkan DSN. Tak perlu inject 60B. Tak perlu bebas dan kaji ISA... tak perlu berubah apa apa pun... buat ja seperti yang saya kata tadi... meletoppppppp
SAYA SOKONG!
KITA HARUS BERSATU!
Setakat hari ini perpaduan sangat sukar kecuali dengan pertolongan ALLAH.
Usaha ini besar ganjarannya tetapi besar juga cabarannya.
Tengok nick name parpukaripuki - satu cara untuk melaga lagakan antara orang bergelar Parpukari dengan Senapang Patah.
Saya rasa kita kena hati hati dengan komen sebegini..
Bagi saya bagus jika komen begini dipadamkan kerana ia menggunakan gelaran yang boleh menggeruhkan keadaan sesama rakan kita dalam BPN.
Saya berharap BPN dapat menyatukan para bloggers ke arah membina masa depan negara yang lebih baik hari ini, esok dan akan datang.
salam.
parti keramat leh d pasar keramat.. itu pun DR lo'lo' punye... BN parti ape lak?
Surat Tok Guru
Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
Posted by Skuad Dun Batu Caves
Sumber - blogtokguru
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
PAS lagi keramatlah.Ada anak NIKMAT,Tok Guru Nik Aziz.
Nikmat tok aziz bawah kangkang eli...
Post a Comment