Friday, October 30, 2009

BEREH!!! Badrul keluar PKR

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Turut serta isterinya, Ramizah Mazlan dalam satu sidang media di sebuah hotel pada petang Khamis.



100% Bereh Halal!!!

Bereh !! semua dah.. yang pasti Anwar Ibrahim lah yang paling bangga kerana "game" nya terhadap PAS telah pun berjaya... maka usahanya bersama DAP kini semakin mudah... kenapa lah PAS sedar bahawa mereka kini sedang di "game" kan oleh Anwar ?? Simpati...simpati...


Salah satu Punca Badrul keluar PKR adalah kerana Kes Liwat Anwar!!!

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkandirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.

Ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung dan berkata "saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang mempunyai cerita begini".

Badrul hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi ADUN bebas yang 'mesra' BN.

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah YB...saya tengok isteri YB tu cun melecun and muda pulak tu..sebelum ni Anwar tak nampak isteri YB ke??..tapi munkin masa tu dia tengah berahi dengan Saiful kut...lagi pun bini Azmin pin tak kurang cun..tua sikit tapi masih ketat kut..

Anonymous said...

kenapa tak masuk PAS????jawapan nya YB ni tahu PAS pun Haprak lagi..kenaper tak masuk DAP???jawapan nya YB ni tahu nasib orang Melayu nanti jadi mcm Melayu di S'pork..jadi YB u make the right choice,...welcome

Anonymous said...

Aku rasa sbb Badrul keluar tu,buke atas x suka anuar,sbb lain, mungkin dia takdak projek,duit pokek pon takdak,nak kuasa.Selama ini dah tak suka,bakpa ikut n tak keluar dari dulu lagi,kes anuar dah berlaku lama da.....masa Tun.Masa Dtk Najib baru nak keluar. pemimpin macam ni takdak pendirian ,tapi ada kepentingan diri,nakkan kuasa tapi x tahu nak pimpin. supo dengan izam matnor buat semak/perosak dalam UMNO saja. undi pon satu saja...bapo ore UMNO nak sipe...ikut dia le..nak sokongke tidak...

veteran UMNO.

Anonymous said...

mari kita pakat-pakat klr PKR! freedom!

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More