Thursday, December 10, 2009

Respon Kepada Surat Rayuan THE DARKER SIDE !










Surat terbuka kepada Perdana Menteri

YAB Dato’ Seri,

1) Kami mewakili kumpulan penyokong Khairy Jamaluddin merasa terpanggil untuk meluahkan perasaan kami bagi memastikan Dato’ Seri mendapat perspektif yang menyeluruh mengenai apa yang sebenarnya berlaku di alam siber perihal persepsi dan penerimaan warga siber terhadap KJ.

Tetapi pertama sekali izinkan kami berkongsi dengan YAB Dato’ Seri bahawa setahu kami, KJ tidak pernah melatah atau merungut lantaran tidak dilantik di dalam kabinet. Malah walaupun lawannya untuk jawatan Ketua Pemuda Datuk Mukhriz Mahathir serta Naibnya diangkat menjadi Timbalan Menteri, KJ tidak pernah pun mempersoalkan keputusan Dato Seri. Malah KJ berkali-kali telah menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh Dato’ Seri sewaktu Dato’ Seri berjumpa dengannya pada malam sebelum pengumuman jemaah menteri – Iaitu fokus tugasan memenangkan kembali pengundi muda.

Malah, apabila Dato Seri Idris Jala dilantik menjadi Menteri penuh, KJ adalah pemimpin UMNO pertama untuk mengeluarkan kenyataan di alam siber, melalui Twitter dan Facebook bahawa ia satu pelantikan yang baik kerana mengambil seorang dengan track record yang cemerlang – Sekaligus menunjukkan betapa serius usaha Dato’ Seri untuk menjana pembaharuan dalam BN.

Kami yakin Dato’ Seri dapat menilai sendiri keikhlasan KJ dalam perkara ini.

2) Malangnya, ada sekumpulan bloggers dan ‘aktivis’ di Facebook anti-KJ yang bermatlamat menjatuhkan pemimpin muda ini. Bukan sekadar mengkritik dan membelasah KJ sekali-sekala, tetapi blog mereka ini diwujudkan semata-mata untuk memburuk-burukkan KJ, baik dari segi nama blog itu sendiri mahupun isi kandungannya. Terbaru sudah ada akaun Facebook dan blog yang diwujudkan atas nama Maya Khairy – ini sudah cukup menggambarkan betapa taksubnya mereka ini yang bergelar bloggers dan pejuang UMNO.

Suatu perkara yang unik mengenai golongan ini adalah betapa tersusunnya kaedah mereka menyerang KJ, sekaligus menampakkan bahawa ini satu gerakan yang khas dan dibiayai sesetengah pihak. Kami member contoh:

a) Setelah satu jangka masa beberapa minggu ‘senyap’, semua mereka akan tiba-tiba online pada waktu yang sama, dan mengutuk habis-habisan KJ.

b) Mereka mengambil masa dan mengerah kepala menggunakan grafik dan kaedah copy+paste untuk menunjukkan bahawa tiada langsung penyokong KJ di alam siber, kerana mereka hanya fokus kepada komen atau tulisan dari kalangan mereka sahaja.

Ini menunjukkan ia bukan satu ‘groundswell’ yang organik dan spontan, tetapi satu gerakan tersusun oleh segelintir orang yang bekerja 24 jam menjatuhkan KJ.

3) Maka paradoksnya, dikala golongan ini mereka tidak habis-habis mengungkit isu persepsi buruk terhadap KJ, hakikatnya smereka-lah yang menjana persepsi (fabricating perception) tersebut di kalangan mereka-mereka sendiri. Kami tidak terkejut andainya dalam kehidupan kepompong mereka itu, persepsi telah bertukar menjadi realiti – daripada ‘terpaksa’ benci KJ sebab duit, sekarang tampaknya mereka telah menyemai perasaan benci yang teramat mendalam terhadap KJ.

Contoh fabricating perception ini jelas berlaku semalam apabila Piggy Singh, antara golongan anti KJ ini, menulis satu kisah dongeng kononnya ramai di alam siber amat menentang KJ dan tidak mahu KJ dilantik ke dalam jemaah menteri. Mereka berkongsi ‘luahan hati’ kepada YAB Dato’ Seri sendiri, dengan hanya mengetengahkan komen-komen dari pihak taksub anti KJ, iaitu komen-komen mereka sendiri, tetapi cuba menyatakan bahawa ia satu gambaran perasaan rakyat sebenar.

Hakikat sebenar jauh berbeza sekali. Di sini kami berkongsi juga komen-komen pro KJ yang wujud di alam siber. Beza kami dan mereka adalah luahan kami adalah ikhlas dan tidak dibuat-buat. Kami yang menyokong KJ hanya sekadar menyokong sahaja dan tidak berniat menjatuhkan sesiapa lain pun.

4) Paling penting sekali, YAB Dato’ Seri, kami sebagai penyokong KJ juga tidak pernah cuba mengajar Dato’ Seri apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak. Kami tidak pernah ‘berkempen’ untuk KJ dilantik menteri, tetapi golongan anti-KJ ini berperangai sebaliknya – mereka kini tidak henti-henti berkempen siang malam dengan taktik kotor merangka strategi cuba menghalang Dato Seri dari melantik KJ.

Kami menghormati dan menyanjungi kepimpinan Dato’ Seri dan kami tidak akan sekali-kali mengugut Dato’ Seri sepertimana Parpu kari mengugut untuk meninggalkan UMNO sekiranya KJ dilantik.

7 comments:

Anonymous said...

BUKAN TAK MAU SOKONG KHAIRY,
bUKAN tak hendak khairy jadi menteri,

ini semua kes sentimen rakyat terhadap en. Khairy Jamaludin.

kalau kat alam cyber ade banyak blog yang sokong KHAIRY ITU TAK MENGGAMBARKAN SOKONGAN DAN PERSEPSI BAIK TERHADAP yb kHAIRY.

PARA blogger perlu turun kebawah dan bertemu rakyat jelata, tanye mereka sendiri ape yang mereka pikir terhadap En, khairy?
Ape persepsi mereka terhadap En Khairy?


SURE!!!!!!!SURE!!!!!!

RAMAI yang beri persepsi buruk pada khairy jamaluddin,
May be Saudara boleh buat poll bebas and jawapan nye tetap same.

Apejadi kalau khairy dinaikkan sebagai menteri?
Ape yang akan rakyat akan pikir pasal BN?
Ape persepsi rakyat terhadap kerajaan?

INI SEMUA PERSEPSI!! BUKAN TAKNAK KHAIRY!!

Saudara KHAIRY perlu faham keadaan sekarang.
YOU NAIK JADI KETUA PEMUDA dgn segala controversy.
YOU SEPATUTNYE tak yah betanding Ketua Pemude dulu.
Rehat la 3-4 tahun bukan tak leh buat COMEBACK. BIAR segale controversy you hilang bersame mase

DS Zahid Hamidi rehat 5-6 tahun tak rugi menang jawatan naib presiden
TS isa samad rehat 4-5 tahun buat COMEBACK JADI ADUN balik.

You kene banyak blaja dari sejarah,
DR mahathir kene buang, buat COMEBACK jadi menteri.

TAK SALAH REHAT 3-4 TAHUN
BUKAN TAK SUKE YOU
TAPI INI SEMUA PERSEPSI masyarakat
JANGAN GELOJOH NANTI JADI MCM DSAI

KHAIRY JAMALUDDIN TOO ENERGETIC
YOU MASIH MUDa, jANGAN GELOJOH.

J4jujuy

Anonymous said...

Biarkan mereka yang memfitnah, mencaci. menghina YB Haji KJ terus lalai... Hanya ALLAH yang akan menentukan pembalasan untuk mereka. Akhirnya nanti, Ketulusan pimpinan YB KJ akan menutup "kebiadapan dan kebodohan" mereka !!!

Adrian Ejay said...

kita cari pemimpin punya wawasan dan ada lontaran idea membantu rakyat bukan idea menghasut anak bangsa, rakyat tidak akan mencari mereka yang punya idea perosak bangsa perosak perpaduan dan pengkhianat negara.Rakyat ingin mencari pemimpin punya wawasan dan idea yang bernas untuk negara, rakyat tidak mencari pemimpin yang hanya ada fatamorgana sahaja.....cakap besar sahaja, rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya tahu cakap pasal agama last2nya agama dipolitikkan, Negara ini mencari pemimpin yang hanya mampu memerintah dan tahu ke mana hala tuju negara ini, DS NAJIB IT'S RIGHT PM . Rakyat mahukan kedamaian, keamanan, perpaduan bukan mencari dan mendengar fitnah, sumpah menyumpah sesama islam, mengkafirkan sesama islam.

Kepada KJ pedulikan orang mcm ni...ini golongan kecewa dan kecewa....teruskan kepimpinan anda KJ......

Hang Tegar said...

Rasulullah SAW pernah ditanya apakah kita boleh berdengki kepada orang? Rasulullah kata dalam Islam boleh kita berdengki dengan cara kita berusaha untuk menjadi sama dan lebih baik dari orang yang kita observe itu. Ini suatu yang positive, sustainable dan membawa progress dan modernization pada society kerana menggalakkan persaingan dan perlumbaan untuk jadi baik. Tetapi dengki yang dikeji adalah PhD yang penyakit hasad dengkinya tidak lebih dari bermodalkan usaha menjatuh dan mentaik-kan orang.

Parpu Kari pulak menggunakan pendekatan character assination berdasarkan kepada Majalah Harper’s Bazaar. Come-on lah Parpu, Hang Tegar faham yang Parpu mungkin oversized atau bukan front-page or model-like material tetapi cara hentam sebegini low-class amatlah menjijikkan. Semua maklum bahawa akan ada hampir 4 juta pengundi baru dan 80% daripadanya adalah pengundi muda yang begitu kontemporari, kosmopolitan dan urbanite. Semua maklum bahawa kekuatan BN amat lemah di kawasan bandar. Ini semua menuntut pendekatan penuh segmented dari Pemuda dan juga pimpinan Pemuda. Tidakkah Parpu sedar, atau sudah tidak larat bangun kerana terlalu banyak makan ayam dan ikan masak kari, bahawa tindakan KJ adalah bagi memenangi niche segment majalah tersebut. Ia tindakan berani, mengalun ombak, melawan arus pada kacamata segilintir pihak, tetapi kita kena ada daya empati untuk melayan bacaan dan mood segmen orang muda yang pelbagai.

Juga, Hang Tegar nak tanya kalau nak hentam tindakan very unconventional KJ dalam Harper’s Bazaar, kenapa Parpu tak komen pula lakonan KJ dalam filem pendek 15Malaysia sebagai pemandu teksi yang banyak membawa mesej sarat sosial. File mini menampakkan bakat dan karisma KJ dalam bidang lakonan dan mendapat pujian tinggi orang ramai serta penggiat seni. Ini adalah salah satu vote-winning iniatives.

Seterusnya Piggy. Hang Tegar sedih juga sebab Piggy ni orang baik, alim lagi reasonable. Tapi nampaknya, dan saying sekali, beliau begitu giat menyerang KJ kebelakangan ini – bukan sahaja di laman blog malahan di dunia Facebook. Seperkara mengenai Facebook ini, ia adalah satu social instrument, bukan sahaja bagi utiliti peribadi, malahan juga komuniti, yang mempunyai ramai penyertaan. Ok, hold that thought.

Seperkara lagi adalah mengenai muka-muka. Hang Tegar sebut muka-muka sebab pastinya setiap orang mempunyai muka-muka yang suka atau menyokong dan juga muka-muka yang tidak gemar atau menentang. Itu lumrah, semua orang ada – baik dalam kelompok keluarga, pejabat, kampung etc. Jadinya, adalah lumrah bagi seorang pemimpin, apatah lagi pemimpin politik muda seperti KJ, mempunyai penyokong dan yang kurang atau tidak menyokong. Its so simple…. And hold that thought too.

Bila dah hold the two, combine kan with an analysis of Piggy’s compilation of Facebook comments. Semua yang komen tu adalah komen negatif pasal KJ. Come on lah, ini bukan teka teki tahap tadika tapi lawak tahap gaban. Mestilah ada yang kurang setuju with KJ, and mestilah ada bagi komen and mestilah kalau kita copy-paste and page-screenkan komen depa, yang keluar adalah a compilation of blended and biased comments. That’s it. Itu aja, so ini bukan cerita ramai yang kutuk KJ etc dan ada facebook profile and identity etc. Malah Bro Jinggo telah membuktikannya dengan bukti komen-komen yang ada menyokong KJ. klik di url > http://www.facebook.com/group.php?v=wall&ref=nf&gid=134165467813

Anonymous said...

COMEBACK KEPALA BAPAK KAU!

Anonymous said...

salam tuan.,
Bukanlah niatku mngeruhkan lagi keadaan..Terpulanglah pada PM..dia ada kuasa nak lantik kj ni..
Tapi kalau tuan turun dan tengok reaksi akar umbi..memang ramai yang meluat dari yang suka tengok kj ni..
Jangan nilai kat tempat kj dgn kroni dia shj..tengoklah satu malaysia kecuali sarawak (takde umno)..
Dengar rintihan akar umbi..dengar jugak cakap2 beberapa pegawai public relation yang kecil2 kat daerah..mereka ni lah juga yang menyampai suara rakyat pada kerajaan..terutamanya yang kat ceruk pendalaman tu..
Betul tak dulu diorang kena bayar +/- RM70ribu pada kj tingkat 4 semata2 nak jumpa pak lah (PM)??
Sangat berbeza zaman Tun Dr Mahathir yang memanggil pegawai2 public relation ni secara kehormat dalam satu majlis..tapi biasala dalam meeting mesti kena bambu pasal tak efficient..sekurang2 nya mereka sangat dihargai..
Kj disyakki dah buat perangai sejak berada di tingkat 4 tu..kalau dah jadi menteri..tuan boleh imagine lah sendiri..
Tuan nak bukti..silakan lah mendengar suara akar umbi..saya tak tipu..mereka yang kata camtu

Anonymous said...

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More