Monday, December 14, 2009

TABIK HURMAT... SEKUPANG DUA



Jasamu tetap ku kenang Sahabat....
Hidup Melayu!
Hidup Melayu!
Hidup Melayu!

Doa saya semoga sahabat diberi kesihatan yang baik, ada rezeki kita jumpa lagi... KITA GEMPUR lagi!!! Kita Robek lagi!!! Kita GEGAR PAKATAN PEMBANGKANG!!!! Sehingga kita bertemu lagi sahabat...

Salam Perjuangan...

Pejuang Cyber


WASIAT SEKUPANG DUA, AKU UNDUR DIRI


Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.

Apalah yang nak saya gambarkan… Sekupangdua mohon Mengundur diri, sebesar mana budi kawan-kawan seperjuangan yang mengampuh sehingga boleh berlari malah kini berperang dimedan peperangan di Alam maya tentunya tidak terbalas seumur hidup. Alhamdulillah… semenjak dua ini dilihat muncul kebangkitan bloger-bloger baru yang menyarung pakaian perang bagi bersama-sama duduk dalam angkatan di barisan saf hadapan. Juga sejuk hati bila dilihat penyatuan angkatan perang ini bila begitu ramai yang tampil setuju bersama berjuang.

Sekupangdua undur untuk menyelesai perkara yang lama telah tertunggak, bukan kerana lain, bukan kerana telagah pendapat, bukan kerana tak dihargai, bukan kerana tak dapat pingat, bukan kerana amaran atau ugutan pembangkang, buka kerana terhutang budi, bukan kerana tiada tempat bersuara dan bukan sama sekali andaian yang terfikir oleh kalian, bukan dan bukan

Tiada sangkutnya seperti yang kalian sangkakan, sekupangdua tiada kaitan yang bukan-bukan dan terus menyerah diri, insyallah sehingga akhir hayat akan terus perjuangkan sehingga anak-anak teman pun sudah di pesan bagi menyambung warisan perjuangan ayahnya, Mereka juga tahu dan bangga ayahnya berjuang demi agama, bangsa dan Negara. Mereka tahu ayahanda mereka tidak dibayar, tidak dijamin dapat pingat, tidak dijanjikan konsesi balak, tidak di anugerah pangkat dan gaji mewah.

Pada teman yang paling akrab, Abang Tuah, Kunta Kinte dan Apai Ngelai… walaupun kita di pisahkan oleh negeri yang berbeza malah sudah banyak kali kita duduk semeja tinggal serumah bila datingnya pilihanraya kecil, antara jarak semenanjung dan serawak bukan pekara pelik lagi buat kita bertemu, kalian lah sahabat sejati buat Sekupangdua.

Buat Panglima dan semua Blogger Pembela Negara, tahniah tentang usaha kalian moga ia akan berkembang besar lagi sebagai sebuah Empayar gergasi menangkis tomahan dan sekali gus sebagai Satu Kuasa Besar di peperangan Alam Maya

Buat kekanda Mamak … rindu sangat bertentang muka dan duduk semeja bersama berborak. Usia kita mungkin tak berapa jarak, pimpinlah dan tegurlah adik-adik kita

Buat Topan Alam, sekupangdua wasiatkan miker bertanggung jawab keatas perkebumian seandainya tak lagi kembali. Engkau satu-satunya yang amat mengetahui perjuangan teman dan kita saling berdiri bersebelahan di medan tempur, kita tetap hadir walaupun ramai yang mengatakan fitnah kita dibayar, percayalah Allah yang jadi saksi pertama.

Buat Ayah Rakhi, sekupangdua kagum dengan perjuangan ayah, bukan habuan sebab utama perjuangan, sekupangdua jadi saksi perjuangan telus ayah, tolonglah jangan berundur mempertahan dan memertabatkan Bangsa Melayu dibumi kita.

Buat Pro Melayu kamu bertanggungjawab mewariskan blog sekupangdua kepada anak-anak teman, ajarkanlah mereka menggunakan senjata perang di alam cycber. Nasihat sekupangdua jangan melatah kuat kerana adakalanya kawan-kawan terlupa dan mungkin ghairah untuk berjuang, satu pekara yang perlu di ingat sekupangdua cukup bosan bila ada perbedaan aku orang KJ dan aku Orang Mukriz, maaf kalau kalian bersikap begini, sekupangdua tak nampak kalian boleh memimpin atau menyatukan melayu, sebenarnya ini lah kebosanan yang begitu lama merebak sehingga sekarang adakah kalian terfikir buruknya

Buat adinda Awekz Bukit Gantang, perhatikan abang-abang lain, tegurlah jika mereka sonsang, percayalah... teguran dari hawa dapat menyejukan, abang selalunya akan bagi perhatian lebih bila adik perempuannya menegur

Buat semua rakan-rakan seperjuangan…

GOMO, BRO JINGGO, MINAQ JINGGO PROMELAYU, TOPANALAM, CHAK OWN, CHIEF N, PARPU, KANJENG, AWEKZ BKT GANTANG, TAIPING MALI, PISAU, BOB, FREDO BAGGINS, GAP, ROHSIATIKA, PEJUANG BANGSA, PEMUDA PARIT, YEOP PERAK BUAYA MERAH, GOTAH LANTUN, BELANTAN, ANGIN PERUBAHAN, SENJA LIZA, BERANIKAN HATI, PEMIMPIN HADAPAN, TUN FAISAL.....SERTA YANG TERSEBUT, KALIAN SEMEMANGNYA TERBUKTI KALIANLAH PEJUANG BANGSA

Sekarang bukan masanya untuk kita mengira untung, berkira upah, mendabik dada sebagai otai, merebut jawatan dan mencari tempat kemahsyuran, sekarang juga bukan lagi masa angkuh, berpuak-puak sesama sendiri, mengira pengikut KJ dan Mukris, mengira junior dan senior, mengira punya pengikut teramai, mengira kebolehan, mengira jasa yang perlu dibalas, mengira untung digaji, mengira nama yang tersohor di alam maya... bukan... bukan... dan bukan masanya. Sifat ini semua nya adalah antara sebab panglima Perang tumbang tanpa didokong atau diganti. Jika kalian tersasar kembali ke pagkal jalan, jika bersalah carilah penyudah, jika terpincang bawalah berbincang,

UNTUK SEMUA BLOGGER PEJUANG NEGARA…. Sekupangdua akan merindui kalian, insyallah doa kalian akan sekupang doakan penyatuan melayu. Kalau ini lah jalan penyudahnya, sekupang rela menjadi taruhan, Ya Allah sesunguhnya aku reda dan terima segala nya, demai agama dan bangsa biarlah aku akhiri sebagai pejuang…. AMIN YA RABULALAMIN!


SELAMAT TINGGAL ALAM BLOGGER!

Sekupang Dua

12 comments:

Anonymous said...

SAUDARA SAYA BERHARAP SEKUPANGDUA AKAN KEMBALI...

KEHILANGANNYA AKAN DI RASAI TERUTAMA DI PERAK, SETAHU SAYA DIA DIBARIS HADAPAN

Anonymous said...

Hidup Melayu? Tapi korang sokong KJ si keling kenapa?

Anonymous said...

KJ orang umno bukan Pakatan Pembangkang!! Parpu Kari hang jangan nak laga2 blogger Perak! kami tak mahu kamu FAHAM TAK!!! berambus dari Perak!

PAPA GOMO said...

sekupang DUA barisan lama dan penuh maklumat dalam PERAK. banyak lagi pelajaran dan maklumat yang kita perlu bagi membela PERAK dari ditawan semula oleh DAP CIBAI.

apa pun ada benda mustahak yang sekupang dua nak sampaikan...harap kita alert benda ni.

perjuangan untuk Melayu. bukan untuk individu

taipingmali said...

Tak apa lah..kita hormat pendirian beliau. Perjuangan belum selesai, maka yg ada teruskan...

Pendita Melayu said...

tapi apa yg dikorbankan oleh sekupangdua sememang nya telus kerana tidakkah kita sedar jika dua puak ini kalau disatukan dalam satu kumpulan akan menjadi lebih parah. kita kena bangun bersama menentang mereka jika berpuak? siapa kj dan mukriz adakah mereka yang menghidupkan blogger seperti kalian? tetapi kita sedar sekupangdua bukan dibayar seperti mereka, ayuh mari kita tolak mereka-mereka ini, kerana kita bukan minta belas ihsan mereka.

Anonymous said...

sebagai seorang lama tentunya ada sebab dia undur, kalian sebagai blogger kenalah mencari sebabnya, sperti kata brader gomo memang tepat, cuba kita fikirkan bla blogger di perak mahu disatukan tetapi mempunyai dua pauk iaitu kj dan mukriz, bahayanya tentunya bukan bersatu malah semakin parah, saya rasa itulah yang gomo maksudkan! jadi korban besar ertinya demi penyatuan melayu sekelian sebelum pakatan rakyat mengambil kesempatan

percayalah sekupangdua adalah seorang pejuang, tentunya dia tidak akan undur begitu sahaja, dalam doanya pun dia mahu mati di medan perang,

jadi kalian yang berpuak awaslah kalian buka hati dan minda, melayu tak perlu orang yg berpuak-puak!

hamba allah

Anonymous said...

aku setuju dengan GOMO, pendita dan amba allah

Pendita Melayu said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aku pun nak ikut, kalau korang nak bersatu,

angkutleboh@yahoo.com

Anonymous said...

salam

teruskan perjuangan anda..semakin banyak orang melayu mula sedar..atau mula rasa terancam..

Dr Aleeza
aleezaashahusin@yahoo.com

Ada sesiapa orang kuala krai?

Anonymous said...

elok la kau berambusss.. hidup penuk dilaknat manusia aja kau ni..

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More