Tuesday, January 25, 2011

Lebih 1,000 ahli NGO bantah pinda perlembagaan


24 Jan, Lebih 1,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Bantahan itu dibuat sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membentangkan Enakmen Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (Pindaan) 2011 bagi mengembalikan peruntukan sultan perlu mendapatkan nasihat Menteri Besar berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Kumpulan NGO itu yang disertai Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mula berkumpul di Dataran Shah Alam di sini sejak pukul 8 pagi sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer ke bangunan SUK.

Wakil kumpulan itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyerahkan memorandum berkenaan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burung Datuk Mohd Shamsudin Lias.

Terdahulu, kumpulan NGO tersebut melafazkan ikrar taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain mendesak supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan dengan serta merta.

Hadir sama dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin; Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor; Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal.

Ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan itu, Ismail berkata, sidang DUN hari ini hanya merupakan mainan politik yang dicipta oleh Abdul Khalid.

''Umum mengetahui bahawa kerajaan pakatan pembangkang di Selangor tidak mempunyai undi majoriti dua pertiga dan tidak mungkin perlembagaan negeri boleh dipinda tanpa sokongan wakil rakyat BN.

''Pindaan ini juga adalah satu perbuatan sia-sia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang telah menggariskan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awm (SPA)," tegasnya.

Cadangan pindaan perlembagaan negeri timbul setelah Menteri Besar mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin sebagai SUK berkuatkuasa pada 1 Januari lalu yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada 27 Disember tahun lalu.

Pada hari yang sama, sekretariat akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan SUK baru itu masih belum muktamad.

Ahmad Nawawi pula berkata, cadangan meminda perlembagaan negeri ini jelas menunjukkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebagai derhaka dan tidak menghormati Sultan Selangor.

"Mereka cuba menipu rakyat dengan mendakwa pindaan itu dibuat untuk mengembalikan kuasa sultan sedangkan ia hanya akan menghakis kuasa Tuanku.

''Ini adalah satu cubaan untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar supaya beliau boleh bertindak sesuka hati dalam hal pentadbiran kerajaan negeri," jelasnya.

Tambahnya, kerajaan PKR sering menipu rakyat apabila mendakwa mereka sentiasa menghormati Sultan Selangor sebagai ketua di negeri ini.

"Sampai sekarang Menteri Besar masih mempertikaikan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK negeri walaupun selepas beliau mengangkat sumpah taat setia di hadapan Tuanku," katanya.

Sumber: Politik Harian

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More