Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandar sebagai seorang pelupa apabila mengatakan bahawa Ketua Pemuda Umno tidak pernah dan sering menolak cabaran debat. Baca disini.
Khairy berkata, hal ini kerana beliau pernah berdebat dengan Shamsul di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Majlis Perwakilan Pelajar, Fakulti Undang-undang Julai tahun lalu.
“Debat yang diadakan berbentuk forum terdiri beberapa orang penal termasuk beliau. Jadi kenapa saya perlu layan lagi. Semasa forum, Shamsul turut memutar belitkan fakta malah ilmu dia dalam bidang ekonomi cetek.
“Saya pernah berdebat dengan beberapa ahli pembangkang, antaranya Tony Pua, Khalid Samad, Datuk Husam Musa dan kini tiba masanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya.
Sebelum itu Khairy mengesahkan ada menerima surat yang dihantar melalui faksimili oleh Shamsul bagi mengadakan debat berhubung 100 Hari PR dan Pelan Transformasi Ekonomi Kerajaan.
“Memang menyedihkan kerana ayat yang digunakan dalam surat itu mengambarkan mereka itu seperti kurang bertamadun kerana menggunakan perkataan yang tidak bersesuaian,”katanya. Surat dari AMK klik disini.
Khairy, Shamsul Pernah Jadi Penal
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan pernah menerima kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai penal dalam majlis anjuran pelajarnya.
Dalam majlis itu, Khairy dan Shamsul dijemput sebagai penal dalam forum yang bertajuk ‘Cabaran Malaysia di Masa Hadapan’ yang diadakan di Pusat Aktivi Budaya (CAC) pada 27 Julai lalu.
Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Kulliyah Undang-Undang UIAM, Dr Shamrahayu A Aziz berkata, pada majlis itu yang melibatkan tiga penal, beliau sendiri menjadi moderetor.
Majlis itu juga mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 500 pelajar menghadirinya, termasuk jemputan dari luar.
No comments:
Post a Comment