Antara yang jadi mangsa ialah calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana ada pengelola blog yang sepatutnya bersikap natural dan adil, malah berikrar mencari dan mendedahkan kebenaran atas sesuatu isu atau terhadap seseorang menyatakan beliau tidak boleh menerima Khairy Jamaluddin (KJ) dan mengakui terpengaruh dengan keadaan.
Katanya, penyokong KJ semuanya biadap dan kurang ajar. Bila ada sesebuah artikel yang terbit mendedahkan keburukan KJ di blognya, ada saja orang KJ menggunakan macam-macam nama akan hentam menggila-gila dengan perkataan-perkataan kesat dan lucah.
Beliau mendedahkan beberapa insiden hingga ada yang menghantar gambar lucah dan menggunakan perkataan lucah untuk membela KJ.
Rupa-rupanya dalam penemuan saya terhadap isu ini secara kebetulan, rupa-rupanya memang ada kumpulan yang dibayar oleh musuh KJ untuk melakukan kerja-kerja itu supaya ia memberikan imej kurang baik kepada calon Ketua Pemuda itu.
Pendek kata, di mana saja bolg atau website yang menceritakan keburukan KJ, kumpulan ini akan hadir dengan selamba memaki hamun penulis itu. Kesannya ialah pengelola blog terpengaruh dan sama-sama terheret membenci KJ yang selama ini disangka memang benar orang KJ.
Atas sebab itulah daripada tertanamnya rasa benci dengan ‘penyokong KJ’ itu, pengelola blog yang natural telah tidak dapat membendung kepenciannya lantas mencari helah dan bahan-bahan tidak kira dari sumber mana akan turut sama membelasah KJ.
Sudah barang pasti orang yang menjalankan kerja seumpama itu yang sengaja memberikan imej reverse psikologi terhadap KJ memang bukan dari kalangan terpelajar, bukan dari kalangan penulis kerana bahasa yang digunakan untuk kononnya membela KJ yang menunjukkan mereka itu pro KJ bukan datang dari taraf yang jauh berlainan.
Jika mereka itu terpelajar dan berlatarbelakangkan seorang penulis, mereka tidak akan sanggup lakukan sedemikian.
Mereka ini juga dikenalpasti memang bukan pro KJ sebenar. Mereka ada yang tidak pernah mengenali KJ secara dekat. Mereka hanya melihat dan mempercayai bulat-bulat apa yang dijejeh oleh pihak yang tidak senang dan tidak mahu menerima penonjolan dan kehebatan yang ada pada diri KJ.
Tambah pula yang tidak mencemburui KJ adalah kalangan orang berada dan mampu melakukan apa saja dan memberi kepada siapa sahaja yang sanggup bersama menyekat laluan manapun KJ pergi.
Kepura-puraan menjadi orang pro KJ yang sentiasa melayari laman-laman web di mana ada tulisan yang mengkritik KJ akan dibidas dengan pedas, lucah tanpa berhemah langsung. Jadi, tidak hairanlah gambaran orang ramai terima ialah KJ bukan dari kalangan orang baik.
Mereka diupah untuk mengecam mana-mana blog yang mengkritik KJ. Tidak syaklah sesiapa yang membaca ruangan-ruangan komen akan menyangka mereka itu benar-benar orang KJ dan KJlah yang mendapat nama busuk dari angkara lakunan itu.
Tidak hairanlah orang yang turut sama menghentam KJ setiap kali ada cerita baik tentang KJ adalah juga dari kalangan orang yang sama yang dirancang dengan agak cukup teratur sebagai memberi impak dua hala secara langsung atau tidak langsung.
Kumpulan ini dilihat semakin ramai, tetapi sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja yang menggunakan nama yang pelbagai dan alamat e-mail yang macam-macam. Mereka boleh menyamar jadi pro ala lucah, pro ala biadap dan juga boleh menjadi anti KJ disebalik kebebasan menggunakan macam-macam nama melalui e-mail yang berlainan.
Dengan pendedahan ini tidaklah bermaksud menuduh calon lain yang bertanding dengan KJ sahaja untuk jawatan ketua pemuda, tetapi ia mungkin diselengara oleh individu juga yang tidak senang dengan penyerlahan dan potensi anak muda ini dalam politik tanah air.
Lojiknya, kalau ramai tidak suka dengan kemunculan beliau, masakan Khairy diberi kepercayaan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO selama ini. Malah dialah satu-satunya pemuda yang dibanggakan menang jawatan Pemuda Bahagian dan Pemuda peringkat negeri.
Selain itu, beliau juga dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Malaysia di Rembau tempat asalnya. Oleh kerana beliau mempunyai kekuatan di peringkat negeri dan nasional, tidak hairanlah jika beliau tidak disenangi oleh beberapa kerat insan yang diselimuti rasa cemburu dan iri hati.
Bagaimanapun perkara ini lama kelamaan akan diketahui juga bagi mengsahihkan pendedahan mini ini apabila ketentuan akan menentukan ganjaran dan hidayah kepada orang yang teriniaya dan diiniayakan. Ini termasuklah yang menabur fitnah, yang mereka-reka cerita dan mengemburkan dakyah dengan tujuan khianat tidak kira dari siapa kepada siapa tetap akan mendapat balasannya.
Yang teriniaya tetap akan mendapat petunjuk, akan mendapat hidayah, akan mendapat ganjaran selagi dia bersyukur, dia redza dan dia tidak berniat untuk membalas dengan cara yang sama. Semoga yang diupah membuat kerja-kerja dakyah itu menyedari akan akibatnya kelak.
Oleh Salim Selamat
No comments:
Post a Comment