Tuesday, December 9, 2008

TUKANG KEMPEN JAJA NAMA BAIK DATO SERI’ NAJIB UNTUK CALON PEMUDA

Satu bidaah sedang berlangsung dalam pasaran politik hari ini menyebut bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan Datuk Mukhriz Mahathir jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan bulan Mac akan datang.

Bidaah ini tersebar luas dari mulut ke mulut dan menjadi perbualan di kedai kopi pelbagai bintang yang tentunya membawa mesej buruk daripada bakal Presiden UMNO yang tidak pernah menyatakan hasrat apa-apa kepada sesiapa tentang pemilihan pergerakan itu.

Sebaran yang berupa jenayah kempen terbaharu ini tentunya bukan sahaja mencederakan calon ketua pemuda lain, tetapi juga memburukkan nama Najib yang tidak mungkin memberikan gambaran atau menyatakan nama siapa untuk mana-mana calon yang beliau perlukan.

Malah beliau sering menekankan supaya perwakilan hendaklah memilih mereka yang mempunyai kredibiliti, mempunyai karisma dan mempunyai latar belakang yang boleh memberi keyakinan kepada seluruh pergerakan dan seluruh parti.

Kalau cara menjaja nama Najib menjadi modal kempen untuk Mukhriz, maka dia adalah satu cara kempen terdesak yang juga bertujuan memburukkan nama bakal Presiden UMNO yang sentiasa mahukan pertandingan sihat di kalangan calon di mana-mana peringkat.

Sehubungan itu, cara yang sudah menjadi satu tektik baru tukang kempen, eloklah Najib membersihkan namanya dengan membuat kenyataan rasmi yang beliau tidak pernah menyatakan siapa yang beliau mahu untuk terutama jawatan Ketua Pemuda supaya mereka yang menyebar dakyah ini berhenti daripada menggunakan nama beliau dengan tujuan berkempen cara terdesak.

Lebih buruk daripada itu, ada puak calon tertentu hingga berkata sekian tarikh dan sekian waktu, Najib telah memanggil ketua-ketua pemuda bahagian untuk menyatakan siapa yang patut diberikan sokongan dalam pemilihan ini.

Setakat ini, beberapa orang ketua pemuda bahagian yang dihubungi belum ada yang mengesahkan perkara ini malah menyifatkan dakwaan seumpama itu adalah rekaan semata-mata. Mereka juga yakin bahawa Najib tidak masuk campur dalam hal ini kerana apa yang pemuda faham ialah Najib menyerahkan bulat-bulat kepada perwakilan untuk memilih siapa yang mereka fikir layak untuk mengetuai pergerakan pemuda di hari pemilihan nanti.

Ada pemuda yang menyifatkan cara kempen terdesak itu yang menggunakan nama Najib adalah satu cara yang mungkin tidak digemari oleh calon yang dibawa kerana tuan punya diri juga turut terjejas apabila ianya tidak benar.

Begitu juga dengan kempen yang berlangsung sekarang ini terlalu menguar-uarkan supaya perwakilan tidak memilih calon pemuda yang ada kaitan dengan keluarga perdana menteri dan mantan perdana menteri. Kempen ini begitu sahih membawa mesej Khir Toyo yang bagiakan mengila-gila mahukan jawatan Ketua Pemuda di musim ini bagi menebus kedudukannya yang telah lenyap sejak Selangor jatuh ke tangan PKR.

Oleh kerana unsur-unsur negatif ini dilihat semakin hari semakin liar, pemimpin atasan yang masih memegang jawatan sepatutnya membuat teguran kepada wakil-wakil calon yang berkempen secara tidak mempunyai asas terutama sekali bagi mereka yang menggunakan nama pemimpin tertentu untuk meraih keyakinan perwakilan.
Hendaknya, perwakilan yang akan membuang undi pada hari pemilihan nanti sepatutnya bebas dari sebarang pengaruh negatif supaya mereka tidak terikat dengan sebarang kata-kata yang bagaikan satu ‘paksaan’ dari pemimpin atasan yang sengaja diadakan.

Biar apa pun yang calon mahu beri, biar apa pun yang dijanjikan dan apa pun bentuk dakyah dan bidaah yang didengar, perwakilan hendaknya mempunyai pendirian dan mempunyai kesedaran betapa jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini adalah satu pemilihan yang cukup penting bagi masa depan bangsa, agama, rakyat dan negara.

Oleh Sabrani Muin

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More