Friday, December 26, 2008

Malaysiakini : Khairy buat kejutan di Kelantan

Oleh Mohd Sayuti Omar

WACANA Tranformasi Politik Malaysia yang berlangsung di Balai Islam Lundang semalam seperti dijangkakan mendapat sambutan hebat. Kedua pihak nampaknya mengerah kumpulan sorak masing-masing. Paling ketara ialah dipihak Pas, di mana angkanya lebih ramai dari penyokong BN.

Dianggarkan lebih 5,000 yang hadir memenuhi balai Islam Ludang. Satu skrin CCTV juga dipasang di luar dewan untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat masuk. Wacana itu yang diura-uarkan akan disiarkan secara langsung melalui website tidak menjadi kenyataan menyebabkan ramai yang hampa.

Wacana itu adalah pertama kali diadakan melibatkan dua tokoh menjadi sebutan yang berlainan parti, iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Seorang lagi panelis ialah Pensyarah Undang-undang yang juga pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari. Manakala pensyarah UKM, Mohamad Agus Yusuf bertindak menjadi perantaraan. Kehadiran Aziz boleh dianggap sebagai ‘penutralize’ keadaan saja dengan memberi pandangan dari konteks perundangan dan perlembagaan negara.

Wacana bermula tepat jam 9:30 malam dengan dimulakan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa. Format wacana ialah setiap panel diberikan masa 15 minit untuk membentang hujah masing-masing, kemudian menjawab soalan yang dikemukakan oleh perantaran dan ketiga menjawab soalan hadirin dan kemudian menggulung.

Sebagai tuan rumah dan bermain dalam gelanggang sendiri penampilan Husam tidak membimbangkan. Penyokongnya yang ramai menjadikan Husam tampil penuh keyakinan dengan hujahnya. Tepukan, sorakan dan takbir akan memberi markah kepadanya.

Beliau memulakan pembentangan hujah dan pentafsiran tajuk wacana dengan mengambil pendekatan dan stail idolanya Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam membaca firmah Allah swt yang menceritakan bahawa bumi ini diamanahkan kepada orang yang salih untuk mentadbirnya.

Mesej Husam bahawa mereka yang bertakwa, tidak rasuah dan mengambil politik Islam dijamin atau berhak mentadbir bumi ini. Kemudian beliau terus memasuki ke orbit tajuk iaitu mentafsirkan transformasi politik.

Menurut Husam tranformasi politik sesuatu yang fitrah. Maknanya tranformasi politik berlaku di dalam dan di laur mana-mana parti juga. Apa yang hendak disampaikan bahawa ahli Pas juga harus bersedia menerima perubahan itu daripada mengamalkan pendekatan lapok kepada pendekatan baru atau moden. Namun sebagai parti berideologikan Islam apa juga perubahan mestilah bertunjangkan kepada Islam.

Dalam menghuraikan transformasi politik dari sudut mindanya ada lima (P) yang menjadi asas. Ia adalah prinsip, polisi, plan, personaliti dan parti-parti. Prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip Islam manakala personaliti pula ialah taqwa.

Dari pengamatan Husam hasil pilihan raya umum ke 12 lalu merupaan satu permulaan transformasi politik di negara. Di mana dalam transformasi itu ia telah mengubah kedudukan dan memusnahkan hegemoni Umno dan BN.

Beliau yakin perubahan itu akan melonjak lagi pada masa akan datang kemudian akhirnya menyebabkan BN dan Umno akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan.

Kesimpulan pada pusingan pertama Husam merumuskan Umno di dalam keadana sakit dan tenat dan ia tidak dapat diperbaiki lagi yang didasarkan kepada pengakuan para pemimpin Umno dan BN sendiri. Memandangkan hujah permulaan Husam itu menyakinkan menyebabkan para hadirian berdebar menanti bagaimanakah permulaan Khairy untuk mengemukakan hujah-hujahnya dan pentafsiran terhadap topik wacana. Para penyokong Pas yang menanti masa untuk menyorak apa-apa kelemahan dan kesilapan bakal dilakukan Khairy.

Bagaimana pun apa yang dijangkankan tidak menjadi.

Khairy memulakan perbicaraanya dengan sesuatu yang merujakan banyak yang hadir. Sebaik Khairy memulakan dengan memberi salam sudah kedengaran suara menjerat mempersendakan Khairy; kenapa ringkas sangat! Maksudnya muqadimah Khairy tidak sehabat Husam yang membaca ayat Quran dan doa dalam bahasa Arab ala tok imam membaca khutbah.

Namun apabila Khairy trurut membaca sepotong firmah Allah yang menceritakan tanggungjawab menjaga dan memikul amanah semua hadirin terdiam dan tidak percaya apa yang berlaku. Ternyata sekali tindakan Khairy itu mengejutkan hadirin. Sekiranya tujuan Husam membaca Quran untuk memasungkan langkah Khairy ternyata kunci itu tidak mujarab.

Sesuai dengan tema ayat yang dibaca, Khairy mengaitan apa yang dilaksanakan oleh BN hari ini ialah kerana melaksanakan amanah yang Allah berikan. Misalnya pembentang rang undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysai,(SPRM) Suruhajaya Perlantikan Hakim (SPH) dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AKUKU) adalah sebagai amanah BN dan ia merupakan tranformasi politik yang telus dan terbuka.

Tanggapan Husam mengatakan pilihan raya lalu merupakan transformasi yang mengubah Umno dan BN, dinafikan oleh Khairy. Katanya beliau mengaui tsunami politik yang berlaku itu tetapi memperingati secara jujur tsunami itu juga turut menempiaskan Pas.

Katanya Pas kena ingat realiti kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat hari ini adalah kecil. Hujahnya kalau tahun 1999 Pas menjadi ketua Pembangkang, tetapi kali ini jawatan diambil oleh Keadilan pada tahun (2004) hanya menang satu kerusi. Begitu juga katanya Pas tidak boleh berbangga dengan peembetukan kerajaan di Perak kerana hakiaktnya DAP yang berkuasa.

Khairy juga mempertikakan apakah perubahan mood pengundi dalam pilihan raya dulu sesuatu yang benar ataupun ianya dibuat kerana protes. Perkembangan itu katanya harus dikaji. Menurut calon Ketua Pemuda Umno itu kalau ianya protes ia akan berubah di mana bila masalah yang diprotes itu selesai pengundi akan kembali semula kepada BN.

Aziz Bari yang tampil kemudian pada itu nampaknya bersetuju dengan pandangan Husam bahawa keputusan (tranformasi) dalam pilihan raya itu satu tranformasi. Menurutnya dalam politik tidak ada istilah protes Mengenai perubahan dalam Pas, samada ada kumpulan Erdogan ia adalah sesutau yang baik.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang


4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

apa matlamat PAS sebenarnya? kalau hudud bagaimana dengan ahli PAS dari bangsa HINDRAF? adakah mereka perlu dihududkan?

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

buat abe MIE 'TERJAH'..

kalau tidak faham hukum, jangan pula kita menghukum. Hukum Allah ni bukan boleh dibuat senda seloka menghibur jiwa.

Hudud & Qisas adalah untuk orang Islam sahaja. Bukan Islam bebas gunakan sistem perundangan sediada. Tapi kalau mereka meminta dihukum dengan Hudud, barulah undang2 itu boleh digunakan kepada mereka.

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com

ketam said...

Setakat cakap tapi tak menghayati jadi macam tong kosong la...

Kepada PEMUDA PAS KEMAHANG 1 tolong pi balik belajar agama semula.. HUKUM ALLAH adalah untuk SEMUA!!

Dan utk KJ kalau tak boleh commit jgn nak berlagak HERO.. tak payah la nak persoalkan pasal HUDUD pasal diri sendiri pun lepak di KALABU MALAMI..

Haprak..

PEJUANG CYBER said...

KETAM JANLAN MENYENGIT JANGAN NAK DUGA PADA KUDA YANG BELARI LAJU KEHADAPAN... NASIHAT KU... LURUSKAN LAH LANGKAH MU DULU KETAM... BARU BOLEH MENCABAR ORG ....

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More