Sunday, April 12, 2009

X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

Hari ini jika kita renungkan kembali ... Pasti ramai yang akan mengatakan bahawa, Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja.



Pas pula sebuah parti yang boleh diubah suai dan Pas juga boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling. Hari ini pemimpin Pas boleh berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mahu pun Anwar Ibrahim yang nyata dahulu mereka anggap Anwar sebagai seorang yang tidak berakhlak. Perjuangan Anwar sebenarnya bukanlah perjuangan untuk membela rakyat. Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadi untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. Sebelas bulan mereka memerintah, agenda mereka berbulan-bulan adalah 916, Road to Putrajaya, bukan perjuangan yang membela nasib rakyat yang kini sedang bergelut dengan krisis ekonomi.

Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa, rakyat di paksa berdemonstrasi bagi memastikan Anwar dapat mencapai cita-citanya. Pas terperangkap dalam adunan politik Anwar. Ini adalah kerana kebijaksanaan Anwar yang telah menanam ramai orang-orangnya di dalam Pas yang di gelar sebagai kumpulan Ardogan, yang berteraskan sekular.

Apa bezanya orang-orang Pas dengan orang-orang PKR, mereka adalah orang-orang yang di korup pemikiran mereka untuk turun ke jalan-jalan raya berdemonstrasi. Anwar telah menanam banyak semangat yang tidak murni dan tidak baik di kalangan orang-orang Melayu. Jika dahulu Anwar menanam budaya berdemonstrasi di jalan raya kini UMNO dan BN telah turut turun padang berdemonstrasi menentang Anwar dan parti PR. Jika dahulu Anwar menanam budaya lompat parti, UMNO melakukan lebih baik dari Anwar. Apa yang Anwar lakukan tidak kesampaian tetapi apa yang UMNO lakukan mendatangkan hasil.

Pas, terdiri dari keahlian rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Hari ini mereka juga memusuhi rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam (UMNO) lebih buruk lagi Pas juga menghina dan biadab kepada Raja dan bersubahat dengan mereka yang sememangnya mahu menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Jika hari ini mereka boleh melakukannya di Perak, esok mereka juga akan biadab dan derhaka kepada Sultan Selangor dan juga Sultan Kedah. Pas menghalalkan perbuatan ini. Pas mempunyai panel-penel yang boleh menghalalkan sesuatu yang menyebelahi mereka dan mengharamkan sesuatu yang tidak berpihak kepada mereka. Pas sememangnya sudah keliru sebelum Anwar menjadi Ketua Pembangkang.





Apabila Anwar bersama mereka, Pas bukan lagi keliru tetapi sudah hilang akal terus. Di Selangor ramai ahli Pas sendiri yang sudah mengeluh dan tidak paham, malahan mereka bagaikan sesat tidak nampak hala dan tujuan perjuangan Pas sebenar. Jiak Pas menolak menefesto Hudud sewaktu pilihan raya yang lalu untuk di gantikan dengan negara berkebajikan. Sebelas bulan berlalu, apakah kebajikan yang telah diberikan kepada rakyat di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Yang pasti awal-awal, babi yang mendapat kebajikan di Selangor. Nik Aziz, Hassan Ali hanya mampu melihat saja.

Hari ini orang Pas derhaka kepada Raja sanggup tidur di atas jalan raya merosakkan kereta-kereta, apakah mereka tidak tahu bahawa Sultan adalah Ketua Agama di sesebuah negeri, menderhaka kepada Sultan samalah seperti mereka menentang Musyridul Am mereka. Apakah mereka lupa akan semua ini hanya kerana gila kuasa, apakah selama ini mereka tidak percaya kepada Raja. Berkurun lamanya kita hidup beraja, tidak pernah kita menderhaka kepada Raja, mengapa hanya sekarang kita bermasalah dengan Raja. Ramai orang Pas yang keliru sekarang, namun Anwar bijak memainkan sandiwara dengan menggunakan Karpal Singh menjadi “bad boys” dan dia tidak mencampuri urusan Raja walaupun dialah perancang utama di belakang tabir.



Senarionya telah berubah, rakyat sudah mula sedar dan rakyat mahu menghukum PR kerana sikap biadab mereka. Nizar yang berperangai kebudak-budakan dan tidak matang telah banyak merosakkan imej Pas dan sebaiknya kita dapat lihat Nizar sendiiri pernah menjadi Menteri Besar boneka beliau selama sebelas bulan di Negeri Perak. AYUH NYAHKAN NIZAR SI PENDERHAKA DARI BUMI PERAK !

28 comments:

Sasha2020 said...

Aku sokong...

Memang PAS sekarang dah byk berubah dan menyimpang. Ini memang diakui sendiri oleh penyokong mereka.

Perjuangan dah byk menyimpang. PAS diperkudakan oleh DAP dan PKR. Tengoklah dulu masa di Perak, PAS tak ada ruang langsung sebagai exco kecuali MB. Itupun sebab tak ada PKR yg profesional. kalau ada , dah tentu MB dari PKR. Nasib baik tak ada Melayu dlm DAP yg menang, kalau tidak dah tentu DAP jadi MB.

PAS ni memang telah diperkuda...masih tak sedar lagi.

Anonymous said...

BONGKARKAN LAGI X FILE SP BAGUS HANG NI... KASI PANAS DEPA TU

qwerty said...

PAS AKAN TERUS BERGELUMANG DENGAN NAJIS KEMUNAFIKANNYA DAN AKAN TERUS BANGGA DENGAN SOKONGAN PEJUANG2 "PERANG BADAR"NYA... PARTI PEMERINTAH AGAK RUMIT UNTUK MENANDINGI PERANG SARAF KEMUNAFIKAN PAS YANG DATANG DARI SEGENAP SEGI KOMUNIKASI YANG ADA...
DAN SESETENGAH PARA PEJUANG PARTI PEMERINTAH PULAK BERJUANG HANYA UNTUK CARI MAKAN... KADANG2 TALAM 2 MUKA...

MAMPUKAH PARTI PEMERINTAH MENERANGKAN ISU2 TERKINI NEGARA HINGGA KE AKAR UMBI RAKYAT JELATA...

YANG BENAR TAK SEMESTI BETUL DAN YANG BETUL TAK SEMESTINYA BENAR....

SELAMAT BERJUANG....

Anonymous said...

umno plk? parti apa? umno x perjuangkan ISLAM, tp perjuangkan melayu jer kan?

Anonymous said...

umno plk? parti apa? umno x perjuangkan ISLAM, tp perjuangkan melayu jer kan?

mat lampir said...

Masa PAS beriya ia nak tubuh kerajaan Islam
UMNO kata undang undang islam tak relevan dengan masyarakat majmuk
Mahader kata kerajaan Pusat tidak akan benarkan sama sekali
nanti ramai yang akan makan sup tangan

Bila Pas slow down pasal negara Islam
Umno kata PAS dah menyimpang dari asas perjuangan .

Pendek kata UMNO kena kata apa yg PAS buat semua salah .
Kalau tidak UMNO akan lingkup.

UMNO buat apa ? Nak cerita pasala hudud pun takut
Takut raayat faham raayat tolak UMNO.

Susah …susah….

qwerty said...

BETUL,,,BETUL,,, BETULL. PAS PERJUANGKAN ISLAM.

LISTKAN "ISLAM" APA DAH BERJAYA DIPERJUANGAKN PAS.

1.
2.
3.

Sikhin Harun said...

Senapang Patah..

Latar belakang Blog anda berimej baru!Tahniah..teruskan usaha murni saudara!!

Perihal PAS!!Mereka seperti sudah hilang focus dlm perjuangan!!Terkeluar landasan!Klu LRT atau commuter terkeluar atau terbabas landasan,perjln akn terganggu..tmpat yg nak dituju x kesampaian.Klu PAS dah terbabas..saya kira apa akn jadi pada matlamat penubuhannya itu?

PAS bekerjasama dgn PKR dan DAP(dulu BARISAN ALTERNATIF sekarang PAKATAN RAKYAT),kononnya ada kesepakatan!!Tapi realitinya..
Ketiga2 parti ni punya haluan yg berbeza,tiada satu parti pun yg dominan,setiap parti punya plan masing2 utk menekan parti lain.

Kerjasama mereka ni sekejap sahaja!Macam berkahwin kontrak!!Cukup masa...please tolong lepaskan saya!!

Mana mungkin PAS mengatakan mereka part islam jika mereka sanggup kafirkan saudara seagama yg lain pegangan politik,terus sebarkan fitnah,putar belit ayat AL-QURAN dan hadith..

Tapi yg tidak boleh dilupa bila ANWAR IBRAHIM dlm satu ceramah lama dulu berucap yg dia tidak menyokong MSIA dijadikan negara ISLAM!Ada juga bangsa melayu yg berlebai,berkopiah(saya kira org PAS lah) yg bertepuk tgn dan siap bertakbir lagi!Apa nih!!

Ok..ada juga pencapaian PAS yg kita boleh banggakan!Contohnya di KEDAH..!Tukar nama Alor Star ke Alor Setar.Hmm pencapaian terhebat setakat ini.....yg lagi hebat,not at the moment!!

Salam Setiakawan

Taminsari said...

Salam Bro..

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Salam perjuangan

Sasha2020 said...

Mat Lampir, kamu sebenarnya tak faham apa yang kamu tulis.

Dulu PAS gunakan isu negara islam, undang-undang hudud untuk menarik undi orang melayu. Mereka kata, UMNO/BN tak islamik sebab tak laksanakan negara islan dan hudud. Padahal, semuanya telah dijelaskan. Disebabkan kemajmukan negara ini, maka perlaksanaan agak sukar kerana memerlukan pemahaman oleh orang bukan islam. Hudud bukan hanya untuk orang islam. Ianya perlu dilaksanakan untuk semua orang.

Tapi, semua alasan tak diterima. Mereka mengatakan kerajaan tolak hudud dn negara islam. Perkara ni dijaja keserata kampung dan negeri.

Tapi UMNO/BN dah byk laksanakan perkara lain dalam Islam seperti
Undang2 syariah, mahkahmah syariah, bank islam,pajak gadai islam, insuran takaful, darul quran, maahad tahfiz,universiti islam dan byk lagi untuk manfaat dan muamalat orang islam.

Hj Hadi sendiri kata hukum hudud adalah 0.001 peratus dari undang2 islam.

Nii Aziz kata , tak apa tak laksanakan hudud sekarang. Boleh tunggu 30 tahun lagi.

tapi, semua tu keluar selepas kena gertak oleh si Karpal singh.

AbgTuah said...

SALAM BRO...

ARTIKEL YANG BAIK.

SEMEMANGNYA PAS SEKARANG NIE TUJUANNYA KELIHATAN LEBIH KEPADA NAK MENGHANCURKAN UMNO DEMI DENDAM YANG TELAH MENJADI KESUMAT...

ITU SEBAB MEREKA AKAN SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA TERMASUK BERSATU DENGAN DAP WAIMA DENGAN KOMUNIS ATAU SHAITAN SEKALI PUN SEKIRANYA KOMUNIS ATAU SHAITAN SANGGUP MENOLONG MEREKA BAGI MENCAPAI MATLAMAT MEREKA..

MEREKA TIDAK MENGIRA LAGI WALAU APA PUN RISIKO ATAU AKIBATNYA...JANJI BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT NAFSU AMARAH MEREKA MAHU MELIHAT SEBUAH ORGANISASI (UMNO) YANG TELAH BANYAK BERJASA INI HANCUR.

PADA MEREKA APA PUN RISIKONYA ITU KEMUDIAN PUNYA CERITA...FIKIR KEMUDIAN..ITULAH MENTALITI DAN CARA MEREKA BERFIKIR...OHH..SUNGGUH SINGKAT DAN CETEK BETUL OTAK-OTAK MEREKA!!

PADA MEREKA SELAGI UMNO TERUS SURVIVE MAKA IANYA IBARAT JARUM YANG MENUSUK-NUSUK JANTUNG-HATI MEREKA YANG HITAM LIKAT ITU..HAHAHA...

WALAU BAGAIMANA PUN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA YANG MASIH BOLEH BERFIKIRAN POSITIF DAN WARAS INI MENYEDARKAN MEREKA AGAR KEMBALI KEPADA PENYATUAN UMMAH...

Anonymous said...

umno parti haram jadah

Anonymous said...

PAS kata tiada ketuanan Melayu. Mari kita sorot.Pernahkah PAS terfikir atau mengingati perjuangan Tokku Paloh yg menjadi penasihat sultan? Tokku Paloh tidak pernah menentang, malahan menjadi PENASIHAT SULTAN TERENGGANU. ULAMA DAN UMARA.Apakah tiada kaitan dengan Melayu? Bukankah itu kesultanan Melayu? Bgmana pula dgn kata2 Sheikh Ahmad al-Fathani (beliau juga guru Tok Kenali)ttg Melayu. Beliau menghuraikannya dgn halus dan baik sekali. Sebenarnya pd pendapat peribadiku ianya berkisar fahaman Nik Aziz mengenai tajdid yg sebenarnya tidak selari dgn pandangan institusi ulama pondok pd ketika itu.Kalaulah dpt kita buka minda kita mengenai Nik Aziz dari awal lg, contohnya tafsirannya mengenai Surah Yunus, Maulidur Rasul & berbagai lagi (ini perlu digali melalui pelbagai sumber oleh sedara2 yg membaca).Bertitik tolak dr situlah lahirnya pandangan Nik Aziz yg terkeliru & tidak faham makna Melayu sebenar. Dan ruangan ini terlalu terbatas utk mengutarakan isu yg sgt kompleks ini.

Anonymous said...

ala umno dh x der kuasa, tu gila nak berkuasa semula tu… rilex la

Anonymous said...

TNB naik 26%, turun 5%. Plus agaIn naik naik naik but no see come down. But what to do rite? After gvng away free RM in PErak, someone has gotta pay. So, in a way, we rakyat sponsored Hee and her gang lo.

Go go UMNO!!!

Diut-lah tuan ku!
Duit-lah tuan ku!
Duit-lah tuan ku!
Duit-lah tuan ku!

Anonymous said...

Propaganda murahan. PATUTLAH SENAPANG PATAH. Ko tunggulah PRU13. Mana langit mana bumi ko taulah nanti kat mana.

Senapang Angin :)

PEJUANG CYBER said...

HAHAHA SENAPANG ANGIN MARAH NAMPAK!! TAK PAYAK TUNGGU PRU KE 13.. SKRG NI PUN AKU TGK PR DAH MACAM NAK BERKUBUR DAH!! TAK LAMA LAGI TINGGAL BATU NESAN SAJA PR TU..

Anonymous said...

Hello bro,Melayu tak penting,yg penting Islam.Orang UMNO masuk neraka semuanya,siapa undi PAS masuk syurga,termasuk Si Nga DAP tu.Rockers,artis2 Melayu sudah masuk PAS ,gerenti syurga.Jom masuk PAS!!!!

geeHam said...

Yang sebenarnya..balik kepada Islam yang sebenarnya..SEMUA jangan mulakan fitnah..ceritakan keburukan lawan.lebih-lebih lagi orang Islam itu sendiri…kita sesama Islam pun tak boleh nak berbaik…camner… ketua pun sokong apa yang pengikut sudah buat salah…. jadiknya Quran pun boleh dipersendakan oleh orang bukan Islam….masing2 kena muhasabah…ini pun ingatan untuk diri hamba juga…Wassalam.

PRE.DR.MALAN said...

masyaallah.. bila gua dengar di bukit gantang orang cina mati orang pas pergi ziarah.. lepas tu baca doa pula tu... adakah ini benar dikatakan sebuah parti yang betul2 nak menegakkan islam

waklu said...

apa mcm org umno x pernah buat macam ni!!! piraaaaah

Anonymous said...

Aku cuma nak tanya aje,PAS ada haramkan perjudian tak kat negeri2 yg dia kontrol?TOTO/Magnum etc.Boleh tak sesiapa komen.

Unknown said...

Memang Islam lagi penting.. tapi untuk sesiapa yang kata Melayu tak penting, aku nak tengok kalau PR menang nanti kawan2 DAP ngkau pandang ngkau yang melayu tu camna.. jangan harap.. sekarang pun dah nampak..

Anonymous said...

Dear Readers,

Well that is politics.... You change with the flavour of the day. You believe in something that could only benefit you and your parties. In general who cares about us. That is why, no matter what we think, BN is still much better that the rest of the hypocrites out there. At least they had done something good to all of us in Malaysia.

The only thing that are bad for them in the past is to have someone who could not leave up to our expectations and as well as with the most crucial issues such as escalating cost of basic good and food.

Thanks
Kampong Boy

Anonymous said...

Cina akan menyesal satu hari nanti bila PAS bertambah kuat dan tunjuk belang ekstremis dia.Sekarang kena janji2 manis,bila ketua2 sekarang mati,yang ganti belum tahu arah perjuangan mereka.Silap2 jadi Taliban semua.

PRE.DR.MALAN said...

yup gua setuju lu bro.....

Anonymous said...

nak tya satu pd org pas.Tak adakah satu jasa ke UMNo pd Islam dan melayu.Bg sy bila direnung jasa UMNO pd Islam byk.

Ramai ke Melayu Islam masuk U?
Bukan pak lah kah yg buat JQAF?
Bukan zaman mahathir kah yg wajibkan KAFA?

Jgn kt tgok buruk UMNO shj..
Kenang juga jasa2 UMNO pd Melayu & Islam.Kalau UMNO ni racist knp bangsa lain bolh sng lenang d negara ini.Knp Cina India x mahu blk negara asal depa..
Knp mrk suka dok Malaysia.

Sy juga heran knp PAS lebih rela hancurkan UMNO brbanding DAP dan PKR?
Sejahat2 UMNO masih berjasa pd bangsa dan agamanya.

Anonymous said...

Sejahat2 UMNO masih berjasa pd bangsa dan agamanya.


Btul2 sy stuju..

JQAF
Darul Quran
Bangunan KLCC & Putrajaya brciri Islam
KAFA
Takaful
Islamic Banking
Masjid tanda Syiar Islam bkn mcm PAS sibuk dgn kandang babi



Sepening2 UMNO pening lagi PAS..

Bagi aku bila NIk Aziz x ada,hj hd x ada,Nasharudin Mat Isa x ada tak ada la ikon Islam dlm PAS.

Dan Nik Aziz pun byk melalut skang ni.Gua respect hj hadi dan Hj Nasharudin pd dasarnya stuju dgn gabungan UMNO PAS.tandanya mrk utamakan ISLAM dan MELAYU.Moga jd realiti

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More