Tuesday, April 14, 2009

X-File : Semakin lemah dalam Pakatan Rakyat, ke mana arah tuju PAS?


Pas sebenarnya kerugian apabila bergabung dengan PKR kerana yang menjadi bertambah kuat adalah PKR dan juga DAP sedangkan Pas berada di takuk yang lama dan sedikit pun tidak mendapat sebarang keuntungan dari gabungan ini malahan mengundang bahana apabila parti ini kian lemah dimana pangaruh Anwar telah mula menular di dalam Pas. Setiakawan dalam Pas tidak lagi sesetia dahulu. Pas tidak kental seperti sebelum bergabung dengan Pakatan Rakyat.

KE MANA arah tuju PAS yang sebenarnya diakhir zaman ini yang penuh dengan fitnah ke atas Islam seperti mana yang terkandung dalam aL-Quran dan hadith ? Perjuangan untuk Islam sepenuhnya atau kepentingan politik separuh dan agama separuh?

Dalam Al Quran Allah telah pun mengingatkan kita supaya diakhir zaman akan ada kuasa kuasa besar yang terdiri daripada Yahudi dan Kristian yang akan memecah belahkan Islam dan akan menyerang Islam seperti mana yang telah pun terjadi sekarang contohnya Amerika yang cuba hapuskan kebangkitan negara-negara Islam. Allah telah berfirman Jangan kamu ambil mereka ini sebagai kawan kamu dan penolonng kamu.





Pada hari ini kita melihat saudara DS Anwar Ibrahim berkawan rapat dengan Pihak Amerika dan yang mengagumkan lagi adalah Pihak Amerika sentiasa berpihak kepada saudara Anwar Ibrahim tanpa berbelah bahagi. Amerika sanggup ikuti setiap perkembangan di Malaysia demi saudara Anwar Ibrahim.

Kalau sampai Amerika sanggup membela, bukankah itu sesuatu yang patut kita ragui? Kenapa kita menutup sebelah mata untuk kepentingan dunia? Kenapa PAS terpedaya dengan permainan Yakjuj dan Makjuj?

Bagaimana keadaan kalau negara kita menjadi seperti Turki satu hari nanti seperti mana yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk yang menjadi punca kejatuhan sistem khalifah Islam akibat berkomplot dengan Barat untuk kepentingan sendiri dan perpura pura menjadi wira bangsanya pada ketika itu? Perlukah kita seorang lagi Mustafa Kamal di negara kita? Kita patut menjaga kepentingan Islam dan eratkan persaudaraan sesama ummah dan bukan sebaliknya.

20 comments:

Anonymous said...

Bagaimana mahu mengharapkan parti yang berjenamakan agama agar membantu dalam menyebarluaskan syiar agama kepada mereka yang tidak serumpun sedangkan dengan sesama serumpun sekali pun parti ini masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

PAS HANYA MELIHAT KELUAR BUKAN KE DALAM DIRI

Anon123 said...

"BERITA TERKINI, SEGERA LALUKAN REFORM DALAM UMNO".
MIC DAN MCA AKAN MENGISTIHARKAN AKAN KELUAR DARI PARTI KOMPONEN BN SEDIKIT MASA LAGI. SAMA-SAMA KITA TUNGGU DETIK BERSEJARAH ITU. YANG PASTI, PARTI YANG EGO DENGAN MENYATAKAN IANYA MASIH KUAT SELEPAS INI AKAN TERKONTANG KANTING DENGAN TIDAK DITEMANI RAKAN-RAKAN YANG SELAMA INI BANYAK MEMBANTU MEREKA UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA SELAMA 50 TAHUN. MEREKA INI BANYAK MENIDAKKAN DARI RAKAN-RAKAN KOMPONEN LAIN SEHINGGA SANGGUP MENGATAKAN PARTI KOMPONEN TIDAK BEKERJASAMA DENGAN MEREKA AKIBAT KEKALAHAN DI 2 BUKIT TEMPOHARI. TUNGGU PADAHNYA NANTI DI PRU13.

PEJUANG CYBER said...

PAS kini terumbang ambing tidak tahu kemana arah tunju perjuangan politik mereka, jika dahulu mereka memperjuangkan Hudud kini mereka sendiri membuat laporan Polis terhadap khabar angin mereka akan
menubuhkan kerajaan Islam dan melaksanakan hudud. Bukankah ini agenda perjuangan mereka? JIka pun ia tidak benar, mengapa PAS hari ini begitu takut dengan isu-isu negara Islam dan hukum hudud, jauh sekali membicarakan perjuangan Melayu. Di Pulau Pinang, PAS menerima penubuhan Majlis Antara Agama oleh kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Mana perjuangan mereka ketika membantah Inter Faith Council suatu ketika dahulu? UMNO terus membantah penubuhan IFC biarpun kalah dalam pilihan raya, tetapi PAS sudah menerimanya kerana menang pilihan raya yang lalu.

PEJUANG CYBER said...

Anon123 sila baca ni Edisi Pagi : Parpu Kari panggil saya BERUK !

Anonymous said...

hahaha..syukur..Kejatuhan UMNO dan BN telah bermula. Jangan ada rusuhan dah. Undur cara gentleman pada PRU 13 nanti..Thanks for all the memories pahit dan manis.

qwerty said...

PELIK..PELIK..PELIK...

PAKATAN RAKYAT TAK RASA PELIK KE .... BEBERAPA YB NYA TERLIBAT DENGAN BERMACAM2 SKANDAL HINGGA BEBERAPA PHANRAYA KECIL DIADAKAN.... SIAPA YG MENANG..ADAT PHANRAYA...
TAPI PEMBAWA VIRUSNYA ADALAH YB2 PKR..

YB PR SEMEMANGNYA YB2 TIN KOSONG...
SEORG YB GEMUK PKR YANG TERLIBAT DGN KES LINGAM TU... NAMPAK SANGAT DUNGGUNYA KAT DEWAN RAKYAT...

SYABAS YB2 PKR.... MERIAHNYA BEBERAPA PILIHANRAYA KECIL YANG BAKAL MENYUSUL SELEPAS INI....

Taminsari said...

Salam SP...Masih sayang kah PAS pada Pakatan Rakyat...

Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.

Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi “ halal “. Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Siapakah " Nakhoda Bahtera" Pas sekarang? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam? Mengapa penyokong-penyokong Pas menjadi biadap terhadap Sultan?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sultan dan Raja-raja mereka. Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “ abang besar “. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “ Pak Turut “, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam. Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya.

Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Salam perjuangan

AbgTuah said...

SALAM..

YELAH..KAU ORANG SUKALAH MIC DAN MCA KELUAR BN...

ITULAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF PAS DAN PAKATAN RAKYAT YANG PALING UTAMA..

INGAT...SEKIRANYA MIC, MCA DAN DAP BERKUMPUL BERSATU BERSEKUTU PULA..

KEKUATAN MEREKA PASTI...LAGI SEKALI KAWAN ULANGI PASTI MELEBIHI KEKUATAN UMNO ATAU PAS YANG MASING-MASING BERDIRI SECCRA BERSENDIRI..

DIMANAKAH MELAYU UMNO, PAS DAN PKR NAK DUDUK..

YE KEHANCURAN INILAH YANG DIKEHENDAKI..DIIDAMKAN SANGAT OLEH BARISAN MELAYU PAS YANG TAK MAHU ..DAN TAK TAHU BERFIKIRAN PANJANG..

SO PAS YOU ASK FOR IT..THEN YOU GOT IT..

TAK MUSTAHIL DENGAN GAGASAN GABUNGAN DAP, MCA DAN MIC INI MEREKA MEMPUNYAI SUARA MAJOTIRTI UNTUK MEMERINTAH..

DITAMBAH DENGAN KEKALUTAN MELAYU PAS DAN PKR MEMPERJUANGKAN KEADILAH LAH..KEBAJIKAN LAH...

YANG SEBENARNYA MELAYU DENGAN PERPECAHAN YANG DIIDAMKAN DAN DIATAS KESOMBONGAN PAS AKAN MENJADI MINORITI..AKAN MENJADI LEMAH..LONGLAI SELONGLAI DEDAUN LALANG YANG AKAN AKUR MNGIKUT SAHAJA DERUAN ANGIN YANG LEBIH KUAT KELAK..

TEPUKAN DAN TAHNIAH KEPADA SATU2 NYA PARTAI YANG MENGHANCURKAN MELAYU DAN ISLAM..TIDAK LAIN TIDAK BUKAN IALAH PARTAI PAS...!!!

TAHNIAH PAS..TAHNIAH PAS...TAHNIAH PAS..TERUSKANLAH DENGAN PRINSIP KAU ORANG..ALANG-ALANG TAK DAPAT..THEN BAKAR SAHAJA TERUS...BARU PUAK HATI KAN...

Anonymous said...

puak pas dah gila tahap gaban. mereka sedar yang mereka dah gadai maruah islam dan melayu tapi asalkan dapat kuasa, anything goes.

Allah nak tunjukkan kekuasaanNya kepada orang-orang yang sudah buta hati. lihat sajalah parti pkr rakan pas. banyak skandal tapi pas masih sanggup bersekongkol, masih buta hati.

nak kata umno teruk, tak boleh berbaik tapi nah, pkr lagi teruk. pasal ketua depa pun teruk.

kalau pangkah pas masuk syurga, awat anwar, badrul amin dan lain-lain dalam pkr tak masuk pas. senang saja, terus masuk syurga.

that shows slogan tu semua auta saja.

untuk anon 123, sebab tu pas sanggup nak bersekongkol dengan bukan islam pasal nak kuasa saja. kalau berseorangan, tentu pas dah masuk longkang. betul tak? jadi kena halalkan apa yang haram bila bersekongkol. cakap pakai otak sikit. kena balik pada muka sendiri. that shows orang pas tak pakai otak bila bercakap, ikut sondol saja.

arah tuju pas adalah nak kuasa. tak kiralah nak gadai islam dan melayu. janji dapat kuasa.

geeham said...

Yang penting dari segi moralnya dah tak boleh diterima..happy2 jer x-boyfriend dok serumah dengan dia…tu baru gambar..dari segi moral nya bagaiman ya pak??? perlu di kekalkan ke dalam jawatan lagie??? nak jadi ikutan ker ???

Anonymous said...

Kebangsatan MCA semakin terserlah nyata... MCA kini dah jadi DAP dari segi ideologi, pemikiran dan perjuangan... bezanya DAP diluar BN... MCA semakin tersasar dan hilang arah tidak lagi menjadi MCA seperi dahulu yang RASIONAL, MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN JANGKA PANJANG, KONSEP MENANG-MEMANG DAN BERPEGANG KEPADA ASAS PEMBENTUKAN SERTA KEMERDEKAAN PARTI SERTA NEGARA JUGA SETIAKAWAN.
.
Ketua Pemuda MCA ,Datuk Dr.Wee Ka Siong berkata punca kekalahan di Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tidak wajar diletakan atas bahu MCA.
.
Sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan supaya melakukan perubahan seperti diiingini masyarakt Cina.Tentunya antara perubahan yang di ingini oleh Ka Siong ialah untuk melantik seorang Cina menjadi Timbalan Perdana Menteri.
.
Bahawa beliau menimbulkan pekara ini dalam masa kempen pilihanrya kecil kedua kawasan itu bukan suatu langkah yang berhemah kerana MCA tahu kenyataan dan idea sebegitu hanya meningkatkan harapan masyarakat Cina kepada sesuatu yang diketahui oleh mereka sukar untuk mendapat tolak ansur dari orang Melayu atau dari UMNO. Beliau membangkitkan soal yang sangat sensitif.
.
Kenyataan ini Ka Siong tidak membantu untuk mendapat sokongan masyarakat Cina tetapi menambahkan kemarahan orang Cina kerana MCA cuba menjual apa yang sudahpun diperjuangkan oleh DAP. Mencari populariti atas isu popular yang orang lain hanyalah menampakkan bahawa MCA sudah hilang kepercayaan dirinya dan juga sudah hilang identitinya..
.
MCA adalah parti yang sudah bengkrap dan demikian juga MIC dan inilah parti komponen UMNO. Parti yang tidak boleh diharapkan oleh UMNO ketika dalam keruncingan sebaliknya sejarah menunjukan bahawa UMNO pernah menyelamatkan MCA malah Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama Malaysia pernah meletakan jawatan Perdana Menteri untuk membantu memenangkan Presiden MCA Tun Tan Siew Sin dalam menghadapi cabaran dari penderhaka MCA Dr. Lim Chong Eu( Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang).
.
Kalau MCA mahu jadi macam DAP lebih baik UMNO berkawan dengan DAP.
.
Ihsan maharaja bloger

Anonymous said...

bro.....kite kena teruskan dakyah kite...kena provok...pecah n perintah.........teruskan perjuangkan, gunakan ISA kt MCA n MIC 2

Anonymous said...

Woittt senapang patah ke kote da patah nii...pakai le name M 16 hehe baru gah skit

Anonymous said...

Parti aku, umno xleh perjuangkan islam.. Hudud lagi lah fail xleh kite kena ketengahkan Hadhari.. kalu ikut hudud jenuh...Sri rosmah kena pakaikan kelambu tutup kepala.....siti hasmah lagilah malu aku dah tuo x sedor diri ...bahaya siottt...perjuangkan islam tapi diri sendiri x ikut hukum islam

Anonymous said...

yapp...umno mane bole ikut islam.
Kalau ikut Hudud mampuisss... duit xmasuk siot..mane bole nk makan rasuah,

Anonymous said...

woittt..kau baru sedar ke MCA camne....Mca ni le yg buat byk tuntutan haru biru.....gile siott. Sebenarnye kite terlalu tantang depa.. Aku rase Dap xteruk mcm Mca ni......kite buta-buta bersekongkol
dgn kafir lahanat Mca n Mic nih

Anonymous said...

Mca n Mic mcm cipanggggg jekkk....tu la kau sanjung sgt depa2...kite asyik dok tala Dap jek sampai lupe dgn puak2 kite sdr ......Mca n Mic Babi Negara

Anonymous said...

Camne senapang patah.. lu ckp Pas terumbang ambing... dlm BN kite pon Mca N Mic dah nk keluar. Lu tgk Kote Patah kt Trg n Perlis juak2 kite YB buat hel...nk sanggah MB yg dipilih oleh sultan.. Ape cite ni bercelaru dlm negeri kite yg umno perintah..... MCA n MIC mcm sial Babi Negara siott....musuh dlm selimut

PEJUANG CYBER said...

HAHAHAHA GELI KETIAK AKU KORANG MEROYAN KAT SINI... PUAK PR KO CAKAP LA APA KO NAK CAKAP... JANJI LAYANNNNNNN........

Anonymous said...

biarlah secebis ilmu yang ada di dalam dada setiap melayu pkr tu.. diberi pendedahan oleh kaum kafir.. kenapa tak malayu pas bersatu demi menjaga keutuhan melayu malaysia yang sebenar..

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More