Wednesday, January 7, 2009

KHIR TAK LAYAK KOMEN KEKECOHAN PKR KERANA DIALAH YANG SERAH SELANGOR KEPADA PEMBANGKANG ~ Malaysiakini

Oleh Mahfir Sabtu

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata Kegagalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunaikan janji kepada rakyat menjadi faktor pemimpin parti itu 'berpaling tadah' sekali gus hilang kepercayaan terhadap kerajaan campuran di Selangor.

Sebenarnya itulah ungkapan rakan politik Khir semasa BN jatuh kepada PKR dalam pilihan raya umum lalu yang berbunyi: "Kerana warga Selangor berpaling tadahlah dan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besarnya hingga Selangor hanyut ke tangan PKR."

Sekarang, Khir sendiri terpaksa ulang kata-kata yang pernah berlaku pada dirinya hingga menyebabkan Selangor terlepas di tangan PKR. Ketika itu, Khir tidak peduli akan nasihat rakan dari BN sendiri seperti kata Presiden MIC, S. Samy Vellu, dalam masyarakat India mahu menyambut Deepavali, ketika itulah kuil India hendak dirobohkan.

Presiden MIC itu pernah merayu pada Khir supaya membuat pertimbangan terhadap tindakan itu, tetapi katanya Khir buat tak tahu saja. Begitulah antara contoh keangkuhan Khir ketika menjadi orang berkuasa.

Walaupun parti komponen tidak bertelagah sesama sendiri, tetapi rakyat menunggu tarikh pilihan raya untuk menyingkir Khir, bukan mahu menyingkir BN. Tetapi oleh kerana Khir dalam BN, maka BN tersingkir sekali.

Orang Melayu pula melihat sikap Khir memberi anugerah penyapu kepada pegawai kerajaan kononnya sebagai simbolik telah meletakkan Khir sebagai seorang yang bukan saja angkuh, tetapi biadap pada masyarakat Melayu kerana penyapu itu adalah lambang membawa sial jika digunakan selain daripada menyapu.

Namun pada ketika itu, ada juga yang mentafsirkan pemberian penyapu itu sebagai mengenalkan dirinya sendiri sebagai penyapu yang sudah menyapu bersih mengajak pegawai kerajaan menerima penyapu itu supaya jadi macam beliau supaya turut sama sapu apa yang ada keliling mereka.

Apa pun tafiran orang ramai terhadap penyapu dengan Khir, tetapi ia telah membawa impak yang cukup kuat hingga orang Melayu tidak menyebelahi BN. Mereka terpaksa menoleh kepada parti pembangkang untuk menukar kepimpinan Selangor.

Rakyat keturunan Jawa juga yang seketurunan dengan Khir rasa cukup terhina dengan sikap Khir yang tiba-tiba menggunakan kaedah botok menukar wajahnya menjadi lebih muda dan kacak. Lebih lagi apabila gurauan Khir menjawab pertanyaan wartawan wajahnya bertukar jadi muda kerana banyak makan tempe.

Tempe yang berkait rapat dengan makanan kegemaran orang Jawa itu telah menghina orang Jawa sendiri yang menyebabkan rakan-rakan keturunan Jawa beliau pun turut berpaling tadah. Mereka sebaliknya menaruh benci dengan sikap Khir yang dikatakan sudah lupa diri dan bongkak seolah-olah beliau akan terus dapat berkuasa di Negeri Selangor.

Soal PKR bertelagah sesama sendiri itu kini menjadi tempelak Khir mengeluarkan kenyataan semata-mata mahu mencuri publisiti mempopularkan dirinya sejajar dengan hasrat beliau mencari tapak di pentas Pemuda UMNO pula untuk merangkak semula ke atas.

Sebenarnya sebelum pilihan raya umum lalu, Khir digahkan akan merebut jawatan Naib Presiden UMNO, tetapi oleh kerana sudah terkilan Selangor terlepas ke tangan pembangkang, maka beliau terpaksa turun setapak ke bawah untuk memanjat semula melalui pentas Pemuda.

Untuk menebus mukanya yang tebal selepas pilihan raya umum lalu, Khir terpaksa 'menyembah' beberapa orang dengan harga cukup mahal untuk membantu hasrat beliau menerajui Pemuda UMNO yang kononnya membawa moto no harm to start all over again.

Kalau pemuda memilih Khir untuk mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO akan datang, ertinya mata pemuda telah dikaburkan dengan satu alat yang sukar ditolak oleh mereka yang mementingkan habuan besar.

Hanya itulah sahaja kuasa yang terhimpun selama Khir jadi Menteri Besar Selangor untuk dilaburkan semula kepada rakyat bagi menebus kekalahan nyata angkara sikap angkuh dan lupa diri selama menerajui Selangor.

Beberapa kali dalam pertemuan sama ada dengan wartawan, penulis, bloggers, perwakilan, wakil perwakilan mahupun orang ramai, Khir menyatakan beliau yakin memenangi jawatan Ketua Pemuda di musim ini sebenarnya hanya untuk meyakinkan dirinya sendiri semata-mata. Malahan semua calon yang layak bertanding termasuk Mukhriz dan Khairy pun yakin menang.

Dalilnya yang masih tersimpan di sanubari perwakilan pemuda ialah tetap akan menoleh ke belakang dan membuat ukuran waras untuk memilih siapa sebenarnya pilihan untuk menjadi pemimpin mereka. Orang Melayu lazimnya akan membuat tafsiran akhir yang mana kalau pemuda pilih juga Khir sebagai ketua mereka, maka benarlah ungkapan orang Melayu akan memberi hadiah piala kemenangan kepada calon penuh dengan kontroversi kekalahan.

Untuk memberi komen apa yang berlaku dalam PKR yang sedang bertelagah sesama sendiri sekarang ini, bukan patut datang dari Khir. Biarlah orang lain kerana apa yang Khir komen itu sebenarnya samalah dengan kaedah menepuk air di dulang.

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More