Wednesday, January 28, 2009

Suruh bersumpah, jika tak beri duit ~ Malaysiakini

Oleh Hassan Md Hussein

ADA cerita di luar sekarang, selepas menabur duit kepada perwakilan Pemuda di Kuala Terengganu, buat perjumpaan di Kuala Ibai, kini, ada seorang calon Ketua Pergerakan Pemuda, sibuk membeli jentera-jentera kempen lawannya, supaya menyokong dirinya.

Lebih dahsyat, duit yang ditawarkan bukan sedikit. Sampai RM10,000 seorang, jika sanggup meninggalkan pilihan masing-masing. Jika masih tidak teruja dengan RM10,000, calon ini akan menawarkan RM30,000 tetapi mesti sanggup 'buka baju' atau dalam istilah Pemuda, sumpah 'bai'ah' mesti mengundi si pemberi duit.

Ketika tiada siapa mempersoalkan dari mana dia dapat begitu banyak wang untuk dilaburkan bagi tujuan mengejar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, yang peliknya, calon yang seorang ini kononnya sering mendakwa dirinya 'orang kampung' yang faham erti kesusahan dan kemikinan tetapi dalam masa yang sama, jam tangan yang dipakainya berharga RM300,000.

Maklumlah, calon yang seorang ini, pernah dikaitkan dengan cerita pembedahan muka dan botox tetapi dinafikannya kerana menurutnya, jika dia tidak berbohonglah (baca: tidak memperbodohkan orang ramai), dia berubah wajah kerana makan banyak tempe. Kerana zat kacang soya dalamtempe itulah yang menjadikan hidung dan kulit mukanya berubah. Ramai yang tahu, calon yang seorang ini, sedang merayau ke seluruh pelusuk tanahair kerana berkempen dan membeli jentera yang menyokong dua calon lain, sibuk mengutip 'aku janji' dan sumpah baiah dengan tujuan, sesiapa yang sudah mengambil wang darinya, mestilah menyokong dan mengundinya.

Perwakilan Pemuda tentunya faham, ketika mahu membuat pilihan siapa yang layak mereka pilih. Adakah mereka mahu memilih orang yang hipokrit, bercakap soal agama, sejarah kebangkitan Islam tetapi tidak pernah bersyukur dengan anugerah Allah, malah sanggup merubah wajahnya, wajah isterinya kerana mungkin apa yang Allah bagi, tidak sesuai dan tidak cukup cantik di mata mereka berdua.

Pemuda Umno mahu berketuakan seorang yang pendirian dan kekukuhan akidahnya boleh dipersoalkan? Pemuda Umno mahu memilih mereka yang 'menjual sumpah baiah' dengan nilai RM10,000 atau RM30,000 kononnya mahu menaikkan seorang 'budak kampung' yang tidak sedar diri, sanggup berjoli ketika memegang jawatan tinggi, apabila diberi peluang suatu ketika dahulu?

Ada Perwakilan Pemuda yang sudah termakan denan janji mahu diberikan pakej percutian keluarga jika menyokong calon yang seorang ini. Malah, mungkin ada yang sudah terambil wang RM10,000 atau RM30,000 dari seorang calon ini tetapi masa masih belum terlambat untuk mereka memperbetulkan akidah masing-masing… sesungguhnya sumpah dan janji mestilah dibuat kerana Allah dan bukan kerana dibayar hanya dengan RM10,000 atau RM30,000.

Ingat, agama, akidah dan sumpah bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Jangan memperdagangkan agama kita dengan janji-janji palsu yang akhirnya parti Umno yang kita kasihi jahanam kerana 'adegan' pembelian yang tidak bermaruah. Wang dan habuan memang perlu tetapi janganlah sampai kita sanggup memperdagangkan agama, sumpah dan akidah hanya kerana habuan yang tidak seberapa. Ada juga calon Ketua Pemuda, sanggup menaja (baca: membiayai) kos seseorang Ketua Pemuda Bahagian yang boleh memaki hamun calon lain, dengan tujuan, memburuk-burukkan citra seseorang yang bersaing dengannya.

Kenapa begitu teruk? Kenapa sanggup 'upah' calon Exco untuk pusing ke seluruh negara hanya kerana bertujuan memperkecil-kecilkan saingan. Tidak mampukan untuk bertanding secara 'gentleman'. Kenapa perlu menggunakan strategi kotor hanya kerana mahu menang jawatan itu. Ketika ada calon, berdebat dan berdepan dengan pembangkang, ada pula calon sibuk dengan menabur janji, menabur wang dan mengutip sumpah baiah dari perwakilan. Ada pula calon yang ternyata gagal menepis serangan 'bapanya sendiri' terhadap calon BN yang sepatutnya menang di pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dahulu.

Adalah lebih baik, sebelum tewas dan ditewaskan, kedua-dua calon ini menarik diri atau Perwakilan Pemuda Umno menolak mereka berdua kerana tentulah Perwakilan Pemuda faham siapa yang penulis maksudkan dalam tulisan ini. Lebih-lebih lagi, mereka yang sudah dijanjikan dengan habuan dan pakej percutian sekeluarga, cepat-cepatlah sedar diri sebelum kita menggadaikan maruah parti, bangsa dan agama kita kepada mereka yang berniat jahat.

Bagi calon yang menjanjikan 'hujan monsun' di saat-saat akhir tempoh berkempen, strategi menyerang hendap secara perlahan-lahan, kononnya dia seorang calon low-profile sudah diketahui orang. Cukuplah bapanya seorang sahaja yang sudah dapat nikmat dari Umno kemudiannya menyerang Umno kembali, supaya legasi tidak sihat ini tidak terus dikekalkan dalam Umno.

Umno sebagai sebuah parti yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara tidak patut dihukum dengan memberi tempat kepada orang-orang yang tidak pernah belajar dari kesilapan untuk mencari peluang memperbetulkan kesilapan tersebut.

Di tangan Pemudalah segala-galanya diharapkan. Jika Pemuda tersilap, maka masa depan Umno akan gelap, lebih gelap dari mendung yang memanjang di musim tengkujuh. Jika Pemuda silap perhitungan, menyokong mereka yang mewarisi kepimpinan derhaka, tidak tahu berterima kasih atas jasa Umno terhadap mereka dan keluarga mereka, maka Umno bukan sahaja akan kalah dalam PRU 13 akan datang, malahan Umno mungkin terus pupus dari lipatan sejarah.

Begitu juga jika Pemuda memilih mereka yang tidak tahu bersyukur dengan anugerah Allah, tidak pandai menjaganya, menghina orang dengan penyapu dan tidak boleh ditegur, maka Umno yang dilahirkan di istana ini akan dikhabarkan kononnya lahir di Kelab Sultan Sulaiman. Orang ini bukan sahaja bercita-cita mahu merubah sejarah seperti merubah wajahnya malahan, dia mahu merubah segala-galanya ikut selera dia dan selera isterinya.

2 comments:

SHADAN HJ OTHMAN said...

sdr,
usahlah sdr bermusuhan antara sendiri dengan cara membuka pekong didada. biarlah mereka bertanding, yg penting hati perwakilan yang lebih makna.satu jari tunjukkan pada orang lain tetapi 4 jari lagi tunjuk pada kita.salam perjuangan!

Kosing said...

Cerita sumpah menyumpah ni mengingatkan aku ke suatu zaman dulu tatkala seorang lulusan agama dari luar negara nak bertanding sebagai ketua pemuda bahagian di Kelantan. Direkanya suatu sumpah. Yang tragisnya sampai peringkat jatuh talak dengan isteri.Bebudak yang kat cawangan tu reti apa. Bila dah disogok dengan duit, kepala hotaknya jadi rosak dan sanggup buat sumpah yang sebegitu.

Tahun ni pun menang lagi tapi tak dak dah sumpah-sumpah ni.Puncanya lawan dia kena gantung konon-kononnya sabotaj mas pilihanraya. Tapi yang kecewanya sampai ada 190 bantahan di peringkat cawangan. Apa yang dia kerjakan dengan UMNO ni, nunggu masa akan lingkup. Masa mesyuarat siap sedia dengan pasukan keselamatan LFS.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More