Selangor akan ditawan kembali dan akan menjadi negeri yang mengikut jejak langkah Perak di mana kerajaan BN akan menjadi kerajaan kembali apabila beberapa ahli Dewan Negeri akan dari Pakatan Rakyat akan melompat parti sama ada menyertai bebas dan menyokong BN atau menyertai BN terus, Kita tunggu akan perkembangan ini , sama juga seperti perkembangan di mana Tian Chua berpasangan dengan Elizebeth Wong dan Saifuddin dan juga Fauziah yang telah ke Taiwan untuk menjejak MP BN yang akan melompat parti pada 16 sept yang lalu. Bezanya antara BN dan PKR adalah, PKR melakukan nya dalam senyap dan bila hampir tercetus, berita ini tersebar dan ianya cukup menyeksakan Anwar Ibrahim kerana ianya pasti akan berlaku, bukan seperti apa yang Anwar buat hanya indah khabar dari rupa. Pastinya senarai nama yang akan menyertai BN sudah pun tersedia dan hanya menunggu masa saja lagi untuk mengumumkan dan selepas itu Perdana Menteri akan mengadap Sultan Selangor untuk menubuhkan kerajaan.
Anwar kini sudah kaku dan layu, Anwar sudah buntu, beberapa nama yang tersenarai akan lompat parti sudah berpatah arang, apa juga tawaran Anwar tdiak akan diterima. Keputusan untuk lompat parti adalah Muktamad, Kerja siapa ini, Dhasyat sungguh. Anwar yang menyangka kan dirinya hebat sebelum ini dengan perang sarafnya, sebenarnya tidak sehebat mana, Tidak dapat merubah kerajaan, Tapi apa yang dilakukan oleh yang berkenaan ini sungguh hebat .
Siapa bakal MB Selangor? Ada yang berkata, jika di Perak, Tajul digantikan oleh Zambry anak muda yang kini berjaya mengharumkan kembali nama BN di Perak. Selangor ada yang telah membayang kan , kemungkinan Sdr Shukur atau Datuk Subahan Kamal. Jika anak muda pilihan Perdana Menteri , mungkin dua nama ini layak dicalonkan dan terpulang kepada PM yang menentukan. Jika nama veteran dan yang berpengalaman yang akan di pilih, tentu Datuk Fatah, Rahman Palil atau Datuk Satim yang akan dipertimbang kan kerana mereka ini adalah merupakan ADUN BN yang telah lama berkhidmat dlam BN Selangor dan mempunyai rekod yang agak cermerlang.
Ada juga yang berkata, Mantan MB , Datuk Seri Khir Toyo juga mempunyai peluang untuk kembali menerajui Selangor dan ramai juga yan berpendapat bahawa peluang itu mungkin agak tipis, sama seperti Datuk Seri Tajul, mungkin ramai yang tidak bersetuju jika DS Khir di calonkan kembali sebagai MB kerana Selangor pernah tewas kepada PKR ketika berada ditangan DS Toyo. Apa juga pendapat ramai. Kita tunggu sahaja akan perkembangan terkini dan eloklah Khaled mulai menyusun dan menyimpan file rahsia sebelum pejabat Menteri Besar di kunci dan tidak Khaled tidak dibenarkan masuk ke SUK.
13 comments:
MB haprakkk!!!!
MB Boneka DAP! Rakyat Selangor mahu tukar kerajaan sekarang jugak!
nizar dengan khalid ni sama2 jer takde otak. kata lainnya bodoh. suke ikut cakap DAPigsss... ape untungnya ikut DAPigs tu sehingga melayu sendiri dihancurkan? budussss!
hahahahaha bangang bangang… nnt kan tinggal la org2 umno duk gila kuasa meroyan x tentu pasal… rakyat malaysia ada 27 juta..17 juta dewasa… yang duk terkontang kanting ada dlm 1 juta… yg geng2 tu jer yg poyo lebih…
pom pang pom pang main jahat tp kalah jer memanjang… kesiannnnnn…
tp UMNO MASIH GAGAH GILERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Untung Khalid...di Selangor masih ada dua hotchick ..Teresa Kok dan Elizebeth Wong yang masih belum kahwin....Teres suka kat Khalid...tapi Khalid lebih suka ADUN Lenjan, Elizebeth Wong...baru je trim rambut semata-mata nak pikat Khalid gagap..
Istana Khalid Ibrahim tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Rumah yang berharga berjuta ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.
Fakta-fakta mengenai Khalid Ibrahim yang orang perlu tahu ialah : -
1. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April.
2. Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.
3. Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.
4. Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.
5. Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.
6. Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.
7. Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.
8. Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.
bersambung...
9. Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).
10. Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.
11. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.
12. Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid diGuthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.
13. Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya dalam Pilihanraya Kecil Ijok.
14. Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.
aku harap najib akan tanya dr mahathir siapa yang layak menjadi mb
memang betul ada berita bertiup kencang mengatakan ada Adun PKR akan melompat parti kerana tidak yakin dgn Si Gagap ini lagi...kita tunggu dan lihat saja..sebab itu si Gagap sudah mula menyalak mempersoalkan kemampuan sesetengah Adun..nanti senang nak bagi alasan kenapa mereka melompat parti..alasan depa...MASALAH PRESTASI..walhal sbg ketua beliau wajib memantau dan juga membantu mana2 Adun.
Siapa MB baru, kita tunggu dan lihat..tapi ada ke yang layak????
Saudara Spark, mohon copy artikel tentang si Gagap ke blog www.kitagempur.com
salam perjuangan
Salam, teruskan perjuangan PC,yang penting kemungkaran 'pakatan rompak' dibongkar habis-habisan.......
Hahahaha..berangan nak mampus.Harapkan ada adun lompat je..kalau melalui undi p.raya tak boleh menang..hahaha..kalau Pas nak ikut cara jahat umno gak dah lama dah umno Terengganu tumbang.
Kesian orang UMNGOK ni gila kuasa..macam2 cara jahat digunakan untuk jatuhkan kerajaan Selangor tapi gagal.Perkuda SPRM untuk kaitkan adun dengan rasuah seperti 2 katak di Perak.Bila lompat masuk umno secara automatiknya kes rasuah tu hilang..kantung umno dah kering tak dapat merintah selangor.Tu yang kebulur sangat tu.
GILA MEROYAN RUPANYA UMNO NIE!... ISHHH!..3X
Post a Comment