Wednesday, September 9, 2009

PRK BAGAN PINANG : NIZAR!!! SAPE KATA BN TAK BOLEH MENANG ?


SEBAIK sahaja penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, YB Azman Mohd Noor meninggal dunia, orang ramai sudah sibuk dengan kerja tangan mereka menghantar SMS dan e-mail kepada kenalan menyatakan negara akan menghadapi satu lagi pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak lama lagi.

Sekarang pun sudah ada usaha kecek mengecek antara PKR dan PAS supaya PAS menyerahkan kawasan DUN itu kepada PKR kononnya kalau serah kepada PKR, dijamin PKR boleh menang dengan mudah atas sentimen penyokong Anwar.

Dalam hal ini PAS tidak begitu pemurah kerana sekiranya berlaku penyerahan dengan membenarkan PKR bertembung dengan BN dan PAS hanya menjadi penyokong sahaja, ramai ahli PAS akan rasa PAS sudah mula menjual maruahnya kepada sebuah parti yang jauh lebih muda dari kedewasaan PAS.

Sebaliknya, kalau PAS berjaya mengelak dirinya ‘dibeli’ oleh PKR, berkemungkinan juga PKR boleh meletakkan calon sama supaya berkempen atas dasar parti perjuangan masing-masing kerana kalau PKR tidak meletakkan calon, mereka tidak boleh lagi memacak bendera atau berkempen menggunakan lambangnya.

Cara mana mereka berunding, bukanlah masalah BN kerana BN tetap akan berkempen atas tikit BN walaupun calonnya pasti datang dari UMNO. Seperkara yang masih pasti menjadi persoalan PAS tentulah kesan kejutan dari hasil pilihan raya kecil di Manek Urai di mana kawasan yang dikatakan kubu PAS telah robohkan UMNO.

Trauma kemenangan PAS yang terlalu tipis di Manek Urai lalu masih lagi dirasakan oleh para pemimpin PAS. Walaupun di Permatang Pasir dikatakan PAS tidak menunjukkan gentar, tetapi gementar tetap ada.

Pilihan raya kecil di Bagan Pinang kali ini merupakan pilihan raya kecil ke sembilan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12). Walaupun BN tidak berjaya menunjukkan kejayaan cemerlang, tetapi telah berjaya mengecilkan penyokong lawan di mana di Manek Urai adalah yang paling ketara.

Hanya yang agak sukar dibendung ialah di pentas ceramah Pas dengan penceramah jemputannya dari PKR dan DAP sahaja akan memanaskan suasana apabila pihak polis mahupun SPR hanya memantau dan merakamkan sahaja apa juga kandungan ucapan mereka tanpa ada tindakan susulan walaupun ia dilihat begitu keras dan kasar hingga pukulan peribadi turut disebarkan.

Manakala pihak BN pula tidak akan tergamak untuk menyatakan seperti mana pihak pembangkang mengecam kerajaan dan pemimpin individu dalam BN sesuka hati mereka tanpa butiran bukti yang nyata. Mereka boleh lembarkan apa saja ikut sedap mulut, tetapi tidak dari kalangan penceramah BN.

Necaya juga kali ini kalau BN mahu benar-benar menang, bukan sipi-sipi, turunkanlah pemidato politik lama yang ramai dan masih segar serta mempunyai aura politiknya untuk memberi ceramah. Setakat ini UMNO tentunya sudah sedia dengan menjemput orang-orang lama yang masih bersedia mahu berkhidmat untuk berdepan dengan rakyat dengan cara yang lebih tersusun.

Permimpin-pemimpin BN dari peringkat pusat terutama yang memegang jawatan dari perdana menteri hinggalah kepada menteri, usahlah lagi joli dengan pengumuman peruntukan besar, penambahan peruntukan di sana sini atau menjanjikan pelbagai projek mega ala tempatan sebagai tarikan kerana ia mungkin sekadar menarik tetapi tidak memancing.

Walaupun setiap pengumuman dan janji-janji semasa pilihan raya itu BN memang ternyata mampu, pembangkang tetap akan mematahkannya dengan mengatakan itulah janji politik BN. Mereka akan sebarkan bahawa BN sudah mahu bankrup dan tidak ada wang lagi untuk melaksanakan apa yang mereka janjikan.

Mereka akan kata setiap projek yang diumumkan itu akan menguntungkan pihak orang UMNO semata-mata. Mereka juga boleh berkata bahawa UMNO boleh cakap macam-macam kerana mereka tahu BN akan kalah dan apa yang dijanjikan hanya akan tinggal kulit pembalut gula-gula semata-mata.

Kalau BN merendah diri kali ini dengan cara memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan yang tidak semestinya gotong royong sahaja yang dianggap aktiviti basi, tetapi lebih banyak mengadakan pameran, khidmat kesihatan percuma, sukan rakyat, perkhidmatan penjagaan motosikal seperti yang dimulakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO, pertandingan karaoke, bakat muda mudi, pertandingan memasak; menyulam; kraf tangan, kuih muih Melayu misalnya sebagai contoh, ia lebih dilihat menawan dan satu pendekatan yang cukup baik lagi mesra.

Pemimpin pusat hadirlah di tempat-tempat itu bermesra dengan rakyat kerana rakyat nampaknya lebih suka dengan kehadiran pemimpin menyertai mereka daripada mendengar ucapan berjela-jela. Kehadiran mereka tidak perlulah disambut macam pengantin atau dengan pengapit rasmi seperti lazimnya berlaku.

Seperkara penting lagi, elakkanlah gambar-gambar pemimpin pusat ala gergasi di tepi-tepi jalan dan digantikan dengan cogan-cogan kata yang orang senang faham. Gunakan kata-kata memiikat yang menarik untuk menambat hati orang ramai menghayatinya.

Kalau inilah gambaran yang BN boleh lakukan di Bagan Pinang, nescaya DUN Bagan Pinang tetap menjadi milik BN.

SILA LAYARI DUN31BAGAN PINANG HOT SENSASI DAN TERKINI !!!

8 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, pembangkang mana ada certa pasal pembangunan rakyat, pembangunan Islam, yang mereka tahu bawak cerita fitnah dan ccaci maki sahaja.....

Ashley Ahmed said...

Salam,

Pembangkang hanya tahu debat bila ajak tunjuk kejayaan kerja dan pembangunan mereka kecut!

BJ said...

KELEMAHAN PAS YANG UTAMA IA LAH BERI PELUANG TOK BERUDU BERTANDING.... kah kah kah
Kesian aku tgk PAS tiada calon!

Anonymous said...

Sila lawat blog ini..mereka sedang menunggu....http://manjongmari.blogspot.com/

http://otai-manjung.blogspot.com/

mie said...

pembangkang tak perlu cerita pasal projek sebab rakyat semua tahu slogan 1malaysia wang didahulukan kroni diutamakan,itulah senjata utama pas.....takbir!!!!!

Anak Lenggong said...

Pemimpin pas dan blogers pakatan riot sekarang ni tengah dok korek rahsia peribadi bakal calon bn untu diserang peribadinya..mereka mana tau nak buat pembangunan..yang mereka tau adalah menjatuhkan maruah orang lain..cuba lihat sekarang apa yang mereka perjuangkan di permatang pasir..mana peginya perjuangan dan bantuan mereka keatas isteri rohaizat konon nya laa...ilang je pilihanraya maka akan hilanglah isu yang mereka bangkitkan cuma yang mereka tinggalkan adalah maruah semua keluarga rang yang terlibat telah ditelanjangkan oleh pemimpin pas ini..mereka peduli apa dengan masalah orang lain..janji mereka dapat isu...untuk mengutuk calon disebaliknya

PAS-PKR-DAPigs said...

Menang sorak bole le

Anonymous said...

hoden jang hoben....

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More