Friday, February 26, 2010

Surat terbuka buat Datuk Seri Dr Zambry




Assalamualaikum Datuk Seri Dr Zambry.

Semoga Negeri Perak akan sejahtera dibawah pemerintahan Datuk seri setelah kita dikejutkan apabila Negeri Perak telah ditawan oleh Pihak pembangkang atas kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Mujurlah kita mua sedar dan bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan yang kita ada dan berjaya menawan kembali Perak dalam masa setahun apabila tiga dari Ahli Dewan Undangan mereka bertindak keluar dari parti.

Setelah kejayaan ini kita perolehi rakyat merasakan amat bersyukur kerana Datuk Seri telah dilantik sebagai Menteri Besar dan mereka berharap agar ada sinar baru dalam kepimpinan Datuk Seri setelah menghukum kepimpinan yang lama. Dalam mengusahakan pembangunan bagi negeri Perak , datuk seri telah menghadapi banyak dugaan dari dalam dan luar UMNO yang memaksa Datuk Seri untuk bertindak secara yang bijak kerana dengan kedudukan sokongan hanya kelebihan tiga kerusi belum memastikan datuk seri akan terus memimpin negeri Perak pada pilihan raya yang akan datang.

Datuk Seri perlu menjaga banyak hati dan perlu bijak menyusun jentera jentera di semua sudut untuk memastikan rakyat di negeri Perak tidak akan menghukum kepimpinan Datuk Seri pula. Walau tidak pernah mengenali Datuk Seri , saya sebagai rakyat biasa sungguh kagum dan menghormati kepimpinan datuk seri sebelum ini , seawal enam bulan yang pertama. Namun setelah saya menjadi kecewa. Bukan sahaja saya ,malahan ramai rakyat biasa yang mengikuti laman web dan blog kini tidak lagi dapat mengikis Imej datuk Seri keluar dari Imej Parpukari yang mana terlalu ramai rakyat yang sudah mual dan bosan dengan keangkuhan , keegoan dan sikap kurang ajar dan biadab serta nukilan lucah yang dipamerkan dalam blog beliau.

Malahan baru baru ini sebagai ahli UMNO dan juga rakyat negeri Perak , kami tidak lagi seghairah dahulu untuk mendengar keputusan mahkamah yang akan mengumumkan siapakah Menteri Besar Perak. Kami amat sedih kerana kami tidak lagi merasa ghairah. Kami tidak mahu Nizar menjadi Menteri Besar , tetapi kami sudah tidak hairan jika Datuk Seri juga tidak dinobatkan sebagai Menteri Besar. Buruk sekali pasagan ini dan jika ini terus berlanjutan saya tidak merasa hairan jika Perak akan hilang kerusi lebihan malahan akan bertambah teruk kehilangan kerusi berkenaan. Ini semua kerana ramai yang telah mulai bosan dengan sikap Parpukari yang Datuk seri bela itu dan mereka kini sudah sinonim dan secara automatik apabila menyebut nama Datuk seri mereka akan terbayang Parpukari

Datuk seri , ini adalah sesuatu yang amat serius yang perlu Datuk Seri berikan perhatian sebelum nasi menjadi bubur. Ramai bloggers perak kini menentang Parpukari dan eloklah Datuk Seri membuat perjumpaan dengan mereka ini dan memujuk mereka kembali. Parpukari tidak lah sehebat mana . Datuk Seri perlu menjaga hati rakyat dan memenangi hati mereka dari hanya menjaga satu hati . Sekian terima kasih agar mendapat pertimbangan dari Datuk Seri.


Oleh : Politik Melayu
http://1-mal.blogspot.com/

6 comments:

Anonymous said...

anak perak said.....

aku sokong MB DS Dr Zambry...Kj tak patut wujud dalam politik dinegara kita. kau sape nak mengajar orang lain. cukup2la mengipas KJ

Anonymous said...

kau bercakap bagi pihak rakyat perak ker atau bagi pihak KJ (ketua jamban)?

Anonymous said...

Yg hang nak sibuk dia pegi hentam KJ tu apa pasal!? Mamat rasuah macam tu pun hang nak sayang? ParpuKari kacau hang ka? Apa yg hang nak malu sangat kalau dia tak senonoh mencarut. Bukan kata kat hangpa! Blog dia, blog dia punya la. Hang peduli apa? Ni politik macam ni la!!! Kalau apa-apa hal pun ni masalah dia dgn KJ. Aku lupa pulak hang ni team KJ! Hang ingat sikit... KJ tu masalah negara. ParpuKari tu blogger ja. Ini bukan orang Perak ja kata. (Wakil Perak konon). Semua orang kata! Gila... Hang pi hentam la CIFUT ka, Pakatan Sial ka, apa ka...

PEJUANG CYBER said...

Anon kot ya pon nak menyamar, x yah la bg komen sampai 3 kali.. 1:10 AM,1:12 AM,1:52 AM

Panaz nampak...
Aku punya sukala apa aku nak tulis ka, aku nak letak ka.. blog aku, kao sibuk pe hal!

PEJUANG CYBER said...

Nah, ni baru betul2 anak perak!
SURAT TERBUKA BLOGGERS BUAT MB PERAK

http://10sibudakhitam.blogspot.com/2010/02/surat-terbuka-bloggers-buat-mb-perak.html

Anonymous said...

Kami orang perak pun suka makan parpu dengan kari.Sedap makan dgn roti canai.No problem parpukari.sokong DS Dr Zamri

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More