Wednesday, February 3, 2010

YB Razali Ibrahim adalah orang yang sah dan berhak bercakap pasal Mesyuarat Pemuda UMNO




Dari mula kita telah dapat menjangka MYKMU tidak akan mengaku kesilapan yang telah mereka lakukan dan sebaliknya mereka akan menyerang orang yang membuat pembetulan dan menegur mereka atas kesilapan yang mereka lakukan. Yang menegur adalah orang yang berhak dan yang berada dalam mesyuarat berkenaan. Namun seperti biasa mereka tidak akan mengaku kesilapan mereka kerana pintu hati mereka sudah tertutup dan mereka tidak akan nampak sesuatu yang baik jika ianya melibatkan Khairy kerana yang mereka cari adalah keburukan. Jika itu yang mereka cari kita tidak akan terperanjat mereka akan dapat segala yang buruk.

Yang pelik mereka tidak menjelaskan akan isu sebenar , desakan Exco terhadap KPPUM tetapi memberikan fokus ke isu lain.

1. Mykmu telah disalurkan pelbagai krisis dan kemelut dalaman Pergerakan Pemuda UMNO sejak lima bulan yang lalu, namun kami mengambil sikap berdiam diri kerana tidak mahu merosakkan lagi imej pergerakan tersebut. Jelas di sini dendam yang berbuku selama 5 bulan dilepaskan sekarang dan apa kah kena mengena dengan gesaan agar KPPUM meletakan jawatan, Ini jelas membuktikan mereka yang mahu KPPUM meletakkan jawatan dan bukan Exco Pemuda.

2.Kata mereka lagi , selepas kemenangan mengejut Khairy dalam pemilihan yang lalu, ramai Ketua Pemuda UMNO bahagian bersedia merapatkan saf dan melupakan segala pertelingkahan sebelum pemilihan.Sebenarnya kemenangan ini telah dijangka dan tidak mengejutkan dan mungkin mengejut bagi mereka yang tidak mengikuti dan turun ke padang untuk membuat survey yang sebenar .

3.Mereka juga ada mengajukan persoalan akan masalah ketua pemuda di lima peringkat seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan. Ketua-ketua Pemuda negeri yang dilantik bukan sahaja tidak popular di kalangan Ketua Pemuda UMNO bahagian malah mengambil sikap tidak peduli terhadap perjalanan Pemuda UMNO Negeri. – Mereka bercerita mengenai empat negeri , bagaimana pula dengan negeri negeri seperti Pahang , Kedah , Johor , N Sembilan, Sabah , Kelantan , Terengganu , Melaka , Perlis , Mengapa mereka tidak mahu memikirkan mengenai sembilan negeri ini. Sebenarnya kemelut ini tidak sehebat mana sangat cuma mereka sahaja yang membesarkan dan ini masalah Pemuda dan Pemuda mampu menyelsaikan tanpa campur tangga mereka , Siapa yang memberikan mereka hak untuk melucutkan jawatan KPPUM. Siapakah mereka ini untuk mencampuri urusan dalaman Pemuda.

4. Apa yang dapat kita baca dan kita lihat adalah mereka ini sudah memekakkan telinga dan membuta kan mata untuk melihat perkembangan dalam Pemuda. Apa saja yang Khairy lakukan tidak akan boleh lekat dihati mereka , gunung pun di longgokan di hadapan mereka tidak akan bererti kerana hati mereka telah tertutup untuk menerima setelah kekalahan pemimpin yang mereka bawa, Sememangnya amat perit dan dendam itu pasti tidak akan pudar sampai bila bila masa kerana mereka telah menjanjikan sesuatu yang paling manis kepada pemimpin mereka. KIta mesti menang bos, kami otai , kami tahu nak buat apa bos , janji semuanya beres bos , kerja pun akan beres , Itulah sebab nya mereka terkejut apabila mengetahui bahawa Khairy lebih baik dari bos mereka, Apa saa yang tidak dilakuakn untuk jatuhkan Khairy, tuduhan rasuah sudah diberikan sebelum bertanding lagi , namun perwakilan tetap pilih Khairy.

5, Khairy tidak pernah meminta untuk dilantik sebagai Menteri.

Alasan yang mereka beri langsung tidak berkait dengan desakan Exco pemuda , malaha mereka hanya mainkan lagu lagu lama yang hampir basi. Sekalung Tahniah kepada YB Razali kerana telah dengan bijak nya memilih jalan yang terbaik untuk menangkis serangan dan niat jahat mereka yang tidak bertanggung jawab untuk memecahkan Pemuda UMNO Malaysia. Inilah pemimpin muda yang kita mahukan untuk berganding dan saling memahami antara satu sama lain. Yang tidak puas hati dengan Pemuda UMNO sekarang hanyalah segelintir jentera yang kecewa kerana bos bos mereka tewas ketika pemilihan UMNO yang lalu, Dendam masih busuk memberi dihati . Insyaalah tuhan akan bersama sama yang benar.

5 comments:

Anonymous said...

sudah laaaa..... BPN ni mmg kaki ampu KJ. sape sebenarnya yg pekakkan telinga dan butakan mata?? kau atau Mykmu? kau pegi la turun semua bahagian seluruh negara.. tanya akar umbi..apa persepsi dorang pada KJ???
sebab tu aku cakap...sape yang pekak dan buta sebenarnya?

Mat Spy said...

Anon2, x habis2 nak jadi batu api... PIRAHHHH... yg ko sakit hati sngt dgn KJ pesal, nak tanya ko turun berapa bahagian? klu setakat buat andaian saje baik x payah....

Perangai Haprak yang memusnahkan perjuangan bangsa

AbgTuah said...

BIBIT-BIBIT PERPECAHAN DAN KERUNTUHAN PR TELAH BERLAKU SATU PERSATU..

JIKA SI NUAR SANGKUT DIDALAM KES SODOMI II..PR KEHILANGAN IBARAT KEHILANGAN NAHODA KAPAL..KAPALNYA AKAN HANYUT TANPA HALUAN..

IBARAT ANAK AYAM KEHILANGAN IBU..

ITULAH HUKUMAN KEPADA MEREKA JUGA KEPADA HAMPAS KERANA TERLALU BONGKAK

Anonymous said...

Kj adalah punca umno hancur, nak cakap apa lagi?

Anonymous said...

anonymous pernah jumpa kj ke? Kalau tak pernah jumpa kj lebih baik jangan buat penilaian tentang kj. Jangan menilai orang hanya kerana kita pernah dengar cerita itu dan ini dari orang lain , dari media masa atau elektronik.kita hanya boleh menilai seseorang bila kita sudah "betul-betul mengenalinya". Lepas tu barulah kita tahu bahawa orang yang kita selalu "kutuk" tu lebih baik dari kita.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More