Friday, July 31, 2009

Al- Fatihah...pilihan raya kecil ketiga di Permatang Pauh



ADUN PAS kawasan Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia pagi Jumaat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kerana sakit jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 6.20 pagi. DUN Permatang Pasir adalah salah satu daripada tiga DUN yang berada dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Dengan pemergian Allahyarham, Permatang Pauh akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, yang ketiga dalam tempoh satu tahun. Pada Ogos 2008, pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan ekoran perletakan jawatan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mei lalu, pilihan raya kecil DUN Penanti, salah satu DUN alam parlimen yang sama diadakan ekoran tindakan PKR mengarahkan ADUNnya yang juga Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang, Firus Khiruddin meletakkan jawatan. Pada pilihan raya umum Mac 2008,Hamdan tewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5433 undi. Pengundi 20,350. PAS memperolehi undi 11,004 dan BN 5,571

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More