Wednesday, July 22, 2009

KENA SEGERAKAN PETISYEN SUPAYA UNDI MANEK URAI DIKIRA SEMULA


PASTIKAN SEMUA PETI UNDI TIDAK TERJEJAS DARIPADA SEBARANG ‘VANDELISME’ BERMOTIF TUTUP KELEMAHAN SESIAPA

Oleh S.M. DAHLAN

KENYATAAN Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang telah pun mula mengambil kira tentang kemungkinan ada kesilapan dalam pengumuman kemenangan Pas di pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai lalu melegakan ramai pihak yang sibuk bertanya apakah UMNO tidak berbuat apa-apa terhadap kesilapan yang didakwa berlaku di hari perkiraan undi.

Walaupun kita mempunyai masa untuk membuat bantahan dan meminta pihak SPR membuat kiraan semula terhadap kertas undi di Manek Urai itu, terutamanya di Manek Urai Lama, tetapi sangat diharapkan tidak memakan masa terlalu panjang kerana perkara ini adalah soal maruah dan ketelusan kerajaan (SPR).

Apa yang pernah didedahkan oleh bekas Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah sebelum ini, memang menimbulkan persoalan besar kepada bukan sahaja dari kalangan orang UMNO, tetapi juga penduduk di Manek Urai sendiri yang sedar bacaan yang menimbulkan was-was.

Lebih lagi apabila ada permintaan supaya dikira semula tetapi tidak diendahkan oleh SPR ramai yang merasakan sesuatu yang boleh menimbulkan pelbagai wasangka terhadap pegawai SPR bertugas pada ketika itu. Kalau dakwaan yang menyebut daripada majoriti 289 tetapi diumumkan 189 undi, ini bererti, angka tersebut telah selisih 100undi yang kalau dikira pada jumlah besarnya, BN sudah tentunya mengatasi undi Pas.

Sebenarnya, perkara seperti ini tidak boleh timbul di dalam mana-mana pilihan raya kecil mahupun umum. Jika berlaku kesilapan atau mendapat teguran, perkara itu sepatutnya segera diperbetulkan oleh SPR supaya tidak timbul masalah di kemudian hari yang akan pastinya menghabiskan masa untuk mana-mana pihak membaut petisyen.

Sejak mengetahui hal ini, saya rasa cukup terkilan dengan apa yang telah berlaku kerana selama ini SPR merupakan satu badan yang sudah cukup matang dan berpengalaman dalam hal pilihan raya yang menjadi tugas dan tanggungjawab hakikinya. SPR lebih suka menyebut bahawa setiap keputusan dari SPR adalah muktamad daripada mencari kesahihan yang lebih tepat dan telus.

Dengan timbulnya masalah seumpama ini, peranan Mazlan untuk menyegerakan perkara ini memanjangkan petisyen bagi pihak UMNO adalah sangat-sangat memberi erti kepada pengundi Manek Urai yang mana kali ini mereka benar-benar mahu lihat BN memang hinggakan khabarnya, pengundi pun berkempen sesama pengundi lain bagi memastikan BN menang kerana mereka mahukan perubahan segera.

Walaupun nanti selepas disemak semula kelebihan BN hanya dua tiga undi sahaja, ia tetap satu kemenangan besar bagi BN kerana ia tetap majoriti yang mana BN lebih selesa menunaikan janji menjadikan Manek Urai sebagai anak emas dan membangunkan jambatan penting di situ. Itupun kerajaan pusat sudah menyatakan kesediaan untuk meneruskan juga pembinaan jambatan di situ dalam situasi yang belum menentukan ini.

Kesilapan yang mendapat teguran spontan ketika pengumuman kemudian tidak diambil peduli oleh pihak SPR amat dikesalkan. Ia sekaligus menunjukkan SPR tidak mahu bekerja lebih untuk sama-sama membetulkan kesilapan pada ketika itu juga. Sikap buruk itu telah ternyata hari ini menimbulkan masalah masa dan tenaga, tentunya ia juga akan menjadikan antara UMNO dengan Pas akan berdepan dengan satu pergeseran yang cukup getir selepas ini.

Al-maklumlah apabila Pas sudah diumumkan menang, apabila kemudiannya nanti dikatakan pula selepas dikira semula SPR terpaksa umumkan itu satu kesilapan, dengan mudah sahaja Pas akan menuduh UMNO ada kong kali kong dengan SPR. Malahan macam-macam tuduhan mereka akan buat dan macam-macam hasutan akan timbul.

Mahu tidak mahu, daripada apa yang ditimbulkan oleh Wan Zaid itu, UMNO kena bertindak dengan kadar seberapa segera di mana Ahmad Maslan atas kapasitinya Ketua Penerangan UMNO kena update Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya perjalanan dari Ahamd Maslan ke meja Muhyiddin disingkatkan.

Dalam pada itu, sejak berita ini tersebar, UMNO juga kena pastikan semua peti undi berada dalam keadaan elok tanpa ada cacat celanya kerana walaupun ia sudah dibawa ke pejabat SPR untuk disimpan yang mana macam-macam boleh berlaku di situ apabila ia di dalam jagaan manusia.

Saya ingin ulangi kesalan saya kenapa SPR tidak terus mengira semula undi yang telah didapati ada bantahan dari pihak UMNO pada hari itu? Dengan banyak maaf saya pohon kepada SPR, benarkanlah saya menyimpan keraguan dan wasangka buruk ini kerana saya sangat berpegang kepada kata seorang sahabat bahawa kalau kita percaya kepada sesiapa, janganlah kita harap 100 peratus dan kalau kita harap kepada sesiapa, janganlah kita percaya 100 peratus.

Selagi SPR belum bersedia untuk mengira semula undi Manek Urai keseluruhannya atau di Manek Urai lama sahaja pun, saya hanya akan meletakkan 50 peratus kepercayaan dan harapan kepada SPR dalam menguruskan pilihan raya seterusnya nanti.

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More