Thursday, February 19, 2009

Anotherbrickinwall Blogger Cap Ayam ~ Malaysiakini

Anotherbrickinwall Blogger Cap Ayam
Laman blog anotherbrickinwall membuat analisa hingusan lagi… seperti mana yang dikatakan oleh Hang Tegar blogger hingusan tersebut perlu banyak membaca bahan bacaan karangan Will Kymlicka, Stuart Hall, Tariq Madood and Iris Marion Young - dan janganlah sekadar menempek rujukan wikipedia atau philosopher-on-line saja.

Tetapi biar sahajalah Hang Tegar yang mengelar anotherbrickinwall sebagai bloggers hinggusan, Senapang Patah (SP) pula lebih gemar jika anotherbrickinwall digelar sebagai bloggers Cap Ayam.

Semakin banyak bloggers cap ayam tersebut mengeluarkan artikel-artikel yang berbaur tahi ayam semakin busuk persepsi pembaca terhadap laman blog cap ayam tersebut.

Inilah akibatnya jika bloggers yang mempunyai sifat perasaan hasad dengki PHD, menulis dan berfikiran seperti ayam kampong bukan guna akal dan ilmu pengatahuan…

Mereka yang hasad, pendengki dan munafik (hipokrit, berpura-pura dan bermuka-muka) akan diletak oleh Allah di bawah kawah api neraka.

Para pembaca SP ingin tahu apa pandangan dan pendapat SP mengenai menantu Pak Lah yang menjadi perhatian dan tumpuan ramai. Apa istimewanya KJ hingga ketika kebanyakan bloggers dan ramai orang memburukkannya, SP sanggup menentang arus membelanya?



Khairy Jamaluddin, young, tall, dark and handsome. Pria yang hitam manis, tinggi lampai, hidung mancung dan berkarismatik, pemimpin muda yang paling popular, sama atau lebih popular dari Mawi.

Bukan calang-calang anak muda yang dilahirkan di Dubai, dibesarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun dan England ketika ayahandanya menjadi Duta Malaysia di luar negara. Selaku generasi muda yang dapat menggarap dan mengupas ideologi, motif dan strategi global serantau maka tak hairan jika dia dapat mencanang atau aturkan politik Pemuda ke taraf ‘global’.

Kadang-kadang kita pun berasa simpati kepada Pak Lah. Sejak menjadi Perdana Menteri tidak habis-habis masyarakat bercerita pasal menantu dan anak isterinya, ada saja yang tak kena. Macam-macam versi pemimpin UMNO bercerita pasal KJ. Apakah mereka tahu ‘mind set’ anak-anak elite, VIP?

Didalam Siaran Hujah baru baru ini, KJ memberikan analisa yang matang dan berbeza mengenai kekalahan pilihanraya 2008, dengan menyatakan bahawa iklim politik kini adalah berbeza dengan suasana yang lebih terbuka sepertimana di dunia siber, blog dsb. Dalam mengharungi keterbukaan dan hostile ini, BN, menurut KJ juga, telah menjuarai isu-isu keterbukaan seperti inisitif pencegahan rasuah, suruhanjaya perlantikan hakim dan juga penambahbaikan urus tadbir. KJ juga menyatakan bahawa, peralihan kuasa dan pembaharuan, perlu diikuti dengan langkah untuk memenuhi janji-janji, agar perubahan itu tidak menjadi sia-sia.

SP melihat hanya KJ yang mempertahankan UMNO dengan menyatakan bahawa apa yang diperlukan ialah suatu perubahan dan pengisian. Bahawa UMNO tidak lah begitu teruk dan ditolak sampai menjadi suatu krisis yang begitu teruk. Kita menang pada tahun 2004 berdasarkan harapan yang diberikan kepada rakyat. Seterusnya harapan hendaklah berdasarkan kepada nasib rakyat. Dari segi pilihanraya 2004 v 2008, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Mengakui bahawa nampaknya tidak berjaya urus kejayaan, KJ seterusnya menyatakan kepada keperluan bahawa kita haru kikiskan persepsi tanggapan pembangkang dan tunaikan harapan rakyat.

KJ menunjukkan beliau seorang pemimpin yang matang dengan melihat tindakan kerajaan dengan objektif dan tidak sahaja mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pemimpin yang hanya menguntungkan pembangkang.

6 comments:

Bro Jinggo said...

Salam SP...

Laman blog hingusan cap ayam tersebut cuma mahu mencari publisiti murahan sahaja...

Biarkan sahaja dia dengan terjun dengan labu-labunya sekali...

mn said...

Bro,

Bukan 'Anotherbrickinwall' tetapi yang sebenarnya ialah "AnotherBOGELinwall"

Cap Ayam Kangkang

HAHA...

PEJUANG CYBER said...

Hahahaak...

Salam kepada dua2 org kuat KJ...

Kelakarlah SUKJ
"AnotherBOGELinwall" Cap Ayam Kangkang

Hahahaha...

Cap Ayam Kangkang

Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan.

Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula tgk mukhriz berhujah...

Macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.

Edyes said...

aduhai...

baru start blogging tapi dok kata blogger lain cap ayam pulak?

sedar diri skit, berpijaklah di bumi nyata. setakat menulis untuk menjatuhkan blogger lain, apa barang?

aduhai...

PEJUANG CYBER said...

AIKKK ADA BAU TAHI AYAM PULAK KAT SINI... LU SAPA BEB? ADA SYERE JUAL TAHI AYAM SEKALI KA....

Tambak Bunga said...

taik ayam senapang patah,
takat jadi orang dubai takyah la nak nyibuk politik malaysia..dok kat malaysia berapa tahon mana ada jati diri melayu...

Anak Jati Kedah.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More