by Monsieur Sob
Karpal Singh mengamuk..!!!
"U don't play wit me, I can do anything" amukkan Kapal. Ingat dia saja pandai mengamuk, si Kapal ni tak tahu yang semua Melayu (kecuali Melayu ummat PAS dan PKR). Telah bengang dan menyampah dengan manusia berkerusi roda ni. Cuma malayu ummat PR yang masih menagih simpati kepada si Kapal yang akan karam ni. Bagi Kapal, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi ketua pembangkang kerana telah gila talak akibat cuba untuk mengamalkan ideology Katak di Malaysia tetapi terbaling kasut ke muka sendiri. Anwar pula cuba untuk menutup kenyataan itu mengatakan Kapal telah tertekan dan telah memberikan kenyataan peribadi kerana Anwar/PR tidak mahu menyaman Paduka Sri Sultan Perak tetapi Kapal mahu saman diteruskan. Anwar dah kembali jadi lintah, setelah kemarahan orang Melayu (kecuali ummat Melayu PR) kepada PR yang mencabar kreadibiliti Sultan. Anwar mula berpura-pura baik dan mahu mengambil hati orang2 Melayu.
Kapal yang merupakan Grand Master kepada DAP telah disisihkan oleh Keluarga Lim dan konco-konconya. Kononya kapal ini sudah tua dan nyanyuk untuk memberikan pandangan. Sebab tu Kapal mengeluarkan kenyataan menyaman Sultan. Memang satu kenyataan nyanyuk dan lupa oleh seorang tua berkerusi roda tapi berhajat mahu memenangi lari 100m Olimpik. Selepas kenyataan berbau ugutan itu, Kapal sememangnya akan dibuang daerah oleh DAP, setelah Keluarga Lim memberi amarannya kepadanya agar tidak membuat kenyataan terbuka melalui Lim Junior. Kapal seoleh2 akan terputus tali di dermaganya sendiri dan akan karam menjadi tukun tiruan untuk ikan2 DAP membuat rujukan setelah diabaikan di dasar laut.
Kapal Singh vs Nik Aziz. Keduanya pelari pecut yang mahu mendapat nama kembali setelah mula disisihkan. Bezanya cuma Nik Aziz lebih bertuah dari Kapal kerana masih memiliki negeri untuk diperintahnya. Namun Kapal yang tiada apa2 cuma menunggu masa untuk dibuang negeri. Nik Aziz yang merupakan Grand Ayatollah PAS telah terbatas kuasanya apabila, parasit2 seperti Husam, Zaki Kelaboran, Khalid Samad dan yang lain cuba mengawal bagi mendokong cita2 Anwar Ibrahim sebai PM, Husam sebagai TPM dan Haji Hadi hanya Menteri Agama Islam. Jelas sekarang, Nik Aziz hanya membuat kenyataan menyokong Anwar dan
menghalalkan lompatan yang Anwar kononnya bakal lakukan untuk menubuhkan kerajaan tapi menuduh tidak bermoral sekiranya Najib melakukan perbuatan yang sama. Ini seperti mana Pas yang terdiri dari Melayu tidak menganggap diri mereka Melayu dengan menganggap mereka bangsa Islam dan menuduh Umno itu kafir. Itu lah Pas sekarang, Pas for All. Pas yang ditunggang oleh Anwar dan Keluarga Lim.
Takbir..
Petikan dari : Bila Bulan Mengambang
No comments:
Post a Comment