Wednesday, February 11, 2009

Kata Harakahdaily, Nizar halal, Zamry haram ~ Malaysiakini

LAMAN web Pas, Harakahadaily sudah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa nama YAB Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir hendaklah disebuat sebagai ‘Menteri Besar haram’ manakala YB Mohamad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar sahaja – atau halallah tu.

Kesihannya Pas, terdesak sungguh mereka. Agaknya anggota staff editorial mereka di Harakahdaily.net sudah diarahkan supaya memberi gelaran haram dan halal itu dalam tulisan-tulisan mereka, bagi mengelirukan rakyat.

Berkawan dengan DAP halal (?) barangkali tetapi kalau berkawan dengan Umno, haram (?) dan jangan terkejut jika mereka Pas akan mempunyai Presiden partinya bukan di kalangan Islam selepas ini kerana mereka sudah nyata keliru.

Dulu, ada fatwa jika makan sembelihan orang Umno, haram hukumnya tetapi fatwa sedemikian tidak pula mereka keluarkan untuk sembelihan orang-orang PKR, khususnya mentor mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesihan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang belajar agama di luar negara, tetapi mereka terus boleh dikelirukan Anwar Ibrahim. Lebih menyedihkan apabila Karpal Singh membidas Anwar, Hadi dan Nik Aziz menjadi benteng kepada Anwar yang nyata … orang kampong pun sudah tahu siapa dia walaupun Hadi dan Nik Aziz buat-buat tak tahu.

Ir Mohamad Nizar tidak menyangka dia dapat jadi MB Perak, sebaik sahaja keputusan PRU 12 yang lalu, memberi kelebihan kepada pembangkang di Perak. Atas keadilan yang ada dalam diri dan pemikiran Paduka Seri Sultan Perak, maka Ir Mohamad Nizar yang berbangsa Melayu dan beragama Islam diperkenankan menjadi MB Perak, walaupun Pas hanya menang enam kerusi daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak.

Ketika tidak menyangka menjadi MB Perak, Ir Mohamad Nizar juga tidak menyangka, kuasa yang ada di tangannya, hilang dalam sekelip mata, apabila hasratnya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, ketika dia hanya mempunyai 28 ADUN bersama-samanya tidak diperkenankan Paduka Seri Sultan Perak.

Nasib baik Harakahdaily tidak turut menjatuhkan hukuman ‘haram’ kepada pihak istana kerana mereka betul-betul kemaruk untuk menjadi boneka kepada DAP. Tidak boleh tidur malam mereka apabila tidak dapat menjadi ‘kuda’ kepada DAP. Mereka tidak merasa rugi jika mengkhianati bangsa mereka sendiri tetapi mereka rugi jika tidak dapat menjadi boneka kepada DAP.

Mereka yang berbaring di atas jalanraya di Kuala Kangsar hilang siumannya kerana DAP suruh mereka berbuat demikian. Kalau Pas sahaja, tidak begitu semangat mereka. Mereka sudah bersembahyang hajat, mereka sudah bermunajat, mereka sudah berdoa, mereka sudah mendoakan kehancuran di pihak BN melalui sms yang disebarkan… mengapa harus mereka berbaring lagi ketika mereka sudah melakukan semaksimumnya?

Ketika Ir Mohamad Nizar mahu bertindak menyaman pihak-pihak tertentu termasuk Paduka Seri Sultan Perak dan Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir, mereka sepatutnya tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang menunjukkan mereka seperti orang hilang akal.

Ikutlah peraturan dan prosedur yang ada. Ikutlah undang-undang dan ikutlah adap sopan. Janganlah kerana kehilangan jawatan, tiba-tiba kita yang selama ini menunjukkan kita sebagai seorang yang begitu siuman tiba-tiba…kita menjemput pihak hospital Tanjung Rambutan datang memeriksa otak kita.

PKR memang parti jalanan. Mereka suka menyelesaikan masalah dengan demontrasi jalanan. Kini Pas juga mengikut jejak PKR dan jangan terkejut selepas ini, jika tidak berjaya, Pas akan menjemput Anwar Ibrahim menjadi pemimpin mereka kerana mereka inginkan pemimpin yang boleh menyuruh rakyat berarak di jalan-jalan raya.

Mereka bukan sahaja mahu memalukan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, malahan mereka mahu menyeret Raja-Raja Melayu supaya terkait sama dengan keinginan mereka mahu terus berkuasa.

Jika DAP tidak berani untuk ke depan bila berdepan dengan Sultan, mereka gunakan Karpal Singh untuk menyaman Sultan. Orang-orang Melayu masih mahu terus berdiam? Orang Melayu masih mahu terus memberi muka kepada Anwar Ibrahim? Marilah kita angkat Saiful Bahari yang mendakwa dirinya menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim sebagai ‘benteng’ kita semua.

Memetik kata-kata Mufti Negeri Perak Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria, terimalah qada dan qadar Allah ketika menghadapi suasana begini. Malangnya, apabila Mufti memberitahu sedemikian, mereka tidak akan patuh nasihat ini kerana nasihat itu dilihat tidak menyebelahinya. Jika nasihat Mufti itu menyebelahi PKR, DAP dan Pas, nescara Mufti itu sudah diusung ke hulu dan ke hilir untuk berucap membantu mereka.

Dengan PKR, rasional memang tidak ada langsung. Mereka hanya akur sesuatu keputusan itu menyebelahi mereka. DAP pula, sebuah parti yang memang tidak mahu mengakui Malaysia ini adalah Tanah Melayu yang penuh dengan kedaulatan manakala PKR, parti carca-marba yang mengutip sesiapa sahaja yang berkongsi perasaan bencikan pemerintah.

Tidak hairanlah, kalau ada ahli-ahli DAP yang marahkan DAP, dikutipnya masuk PKR. Begitu juga, mana-mana ada ahli Umno yang marahkan Umno, dikutipnya masuk PKR dan jangan terkejut, ketika mereka sibuk mengutip bekas ahli-ahli DAP dan Umno ini, ahli-ahli mereka lari meninggalkan mereka yang dilihat sebagai sebuah parti yang tidak bermaruah!

Pas sebenarnya seronok menggunakan Anwar Ibrahim bagi menarik sokongan rakyat kerana Anwar sahaja yang pandai bersandiwara macam hero filem Hindustan hinggakan apa sahaja yang didakwa ke atasnya akan dianggap konspirasi tetapi jika ia terkena kepada Umno, dakwaan sahaja sudah dianggap sebagai bersalah.

Tengoklah wajah-wajah mereka yang membarisi PKR sekarang, di wajah mereka tentunya ada rasa kerinduan yang cukup mendalam untuk kembali ke pangkuan Umno tetapi mereka sudah terikat dengan Pas dan DAP yang banyak membantu Anwar ketika Anwar dalam penjara.

Ketika Tian Chua dan Saifuddin Nasution Ismail berangan-angan mahu memujuk Ahli-Ahli Parlimen BN melompat masuk PKR, rupa-rupanya mereka yang dikepungnya selama ini, terlepas kepungan. Hari ini, Anwar mengajar Ir Mohamad Nizar supaya melanggar undang-undang dan menderhaka kepada Baginda Sultan Perak.

Betul kata Datuk Dr. Zamry… apa dia ingat dia sahaja yang halal, yang lain haram? Dr. Zamry bermaksud, Ir Mohamad Nizar jenis manusia yang tahu menjatuhkan hukuman haram kepada orang lain walaupun dia sendiri tahu, dia sebenarnya haram dan MB baru yang halal. Duduk di kediaman rasmi Menteri Besar Perak ketika nak masuk pejabat Menteri Besar Perak pun tidak boleh, apakah itu halal?
Buat mesyuarat Exco tanpa kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri, itu dianggap halal sedangkan ia sebenarnya haram. Perkataan ‘haram’ ini kalau diterbalikkan menjadi ‘marah’. Ir Mohamad Nizar sekarang sedang marah menyebabkan dia ‘haram’kan Menteri Besar yang sah di sisi undang-undang.

Oleh Hassan Md Hussein

3 comments:

qwerty said...

PAKATAN RAKYAT HANYA TUNGGU SAAT "MATA LEBAM" AKAN MENIMPA KARPAL SINGH ATAU NIZAR.

SUPAYA KEBANGKITAN SUNAMI MATA LEBAM "SULTAN" ANUAR IBRAHIM BERULANG.

Anonymous said...

TOLONGLAH.....BALIK RUMAH TOLONG BACA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK,MENGAJI KITAB-KITAB ULAMAK MUKTABAR YANG TULIS LAMA SEBELUM MERDEKA,DAN TANYA SULTAN PERAK SERTA BACA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN JANGAN ASYIK KOMPANG PINTU GERBANG SEPAKTAKRAW SAHAJA

ruffstuf said...

nie orang yg x paham ler buat tulisan macam nie...r you too noob to talk about political...

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More