
1) Sepuluh hari yang lalu mereka gah dan angkuh kerana berjaya memujuk ADUN BN lompat parti masuk PKR, kembang-kembang lubang hidung Anwar. Berjalan berkepak dan mungkin sering berakata, akulah pemimpin yang bijak yang boleh membuat apa juga rancangan. Hari ini jangankan lubang hidung, batang hidung Anwar pun kita tidak nampak.
2) Menteri Besar masih tidak percaya bagaikan di ulit mimpi, masakan tidak Camry yang dipakai belum pun sempat rasa selesa, dah nak kena pulangkan pula kepada kerajaan negeri. Singkatnya waktu menjadi MB rasa tidak puas pula, tidak puas lagi mahu menjadi angkuh dan tidak puas lagi menjadi boneka dan patung DAP. Melayu memang Melayu tapi tak serupa Melayu kata orang Cina kepada MB Perak ini.
3) Bila orang sibuk-sibuk dengan kerajaan BN mahu tubuhkan kerajaan, ada juga orang turut sibuk, maklumlah dah tak ada apa nak buat dan dah tak ada orang nak dengar, nak juga bercakap nak bagi orang dengar. Sambil bercakap boleh berkempin untuk Mukhriz kot. Bila lah Tun mahu berhenti bercakap sebab ramai yang merasakan apa yang Tun cuba buktikam sekarang ini adakala tersasar.
4) Anwar oh Anwar, nak ajak orang main lompat-lompat, orang tenguk aja perangai sombong bongkak Anwar dengan senyum sinis aja dan di dalam hati berkata...... bodoh sombong kau ini Anwar. Bunyinya dahulu macam ramainya yang mahu lompat sehingga boleh mengadaikan negara, tiba-tiba, rakyat dikejutkan. Anwar lagilah terkejut sehingga MB Perak terpaksa cari Anwar, malangnya Anwar dah nyorok bawah katil, mana nak keluar, kalau muka tak malu keluar lah....... MB dah tak tahu nak buat apa, kerajaannya tumbang, yang melompat terus melompat, lompat...lompat apek lompat.
5) MB kepingin sangat nak duduk lama kat kerusi MB Perak tu, belum pun panas kerusi MB dah kena tarik, dajal betul manusia ini. Namun beliau tidak berputus asa dan terpaksa memberitahu rakyat bahawa dia masih MB, semua perancangan Jublee perak masih berjalan dengan baik. Selewat-lewat pagi esok boleh lah Tuan MB merancang dari rumah saja.
6) Itulah, kata orang, macam beruk dapat bunga, maklumlah parti yang tak pernah dapat menjadi kerajaan campuran di Perak. Macam Kaduk naik junjung, selagi apa yang mereka ada hak Melayu akan mereka gadaikan, kasi tanah kat bangsa asing. Yang hairannya semua diam saja bersetuju, ini lah gara-gara gila kuasa. Rakyat bukan buta, (Bute) bahasa Perak, Mereka menilai dan memerhatikan.
7) Mana pergi Anwar Ibrahim, semuanya tersekat , Road to PutraJaya tersekat di Tol Semanggol, bila sampai Tol Semanggul dari Ceruk Tok Kun barulah rakyat sedar bahawa mamat ini sebenarnya penipu, memang penipu Mamat ini, dia kalau menipu, mukanya selamba saja. Sama juga bila dia tidak mengaku apa yang dibuatnya. Muka selamba saja. Tuhan maha kaya tidak akan mengizinkan orang macam Anwar menzalimi bangsa kita dan mengadai maruah bangsa.
8) Kadang-kadang kita juga rasa hairan, mengapa manusia macam Anwar ini lahir di Malaysia, kenapa dia tak lahir di Afghanistan atau Ghaza mahupun Iraq, tentu dia dah di bedil oleh tentera Amerika mahu pun oleh Rejim Zionist. Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa kerana beliau sebenarnya tidak ada kerja lain dan mengidamkan kerusi Pak Lah. Sedangkan kita bergelut dengan krisi ekonomi, Anwar memaksa kita bergelut dengan politik.
9) Kepada penyokong kuat dan fanatik Anwar Ibrahim yang membaca tulisan ini, pesan kami, keluarlah dari kepompong Jumud anda sebelum anda berputih mata dan menelan air liur sahaja. UMNO masih relevan dan masih pemerentah di Malaysia. Pemimpin UMNO lebih bijak dari pemimpin pembangkang. Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Tak payah nak kong kalikong lah dengan mereka.
10) Sekali lagi kepada jumud-jumud pembangkang, jika sayang kan tanah air, kembali lah kepada BN kerana Bn saja yang dapat menjamin masa depan anak bangsa, tapi kalau masih nak merapu juga, ha...join lah mantan PM yang kini suka sangat bercakap. Rasanya dia ni suka orang dengar apa yang mahu di cakapkan. Malangnya terlalu banyak sangat dia bercakap hingga orang dah mula bosan.
Oleh: Sharil Effendi KPMU.
2 comments:
Kembali kepada BN untuk masa depan kroni2 yg makin buncit perutnye...Harap agar saudara boleh bersikap lebih adil...Jgn gelap mata dgn nikmat dunia yg saudara kecapi skrg...Akhirat lg lama tempoh utk kita...
Terkadang manusia lupa bahawa perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.Mungkin DS Anwar terlalu taksub dgn perancangan beliau utk menuju ke Putrajaya dengan apa cara jua sekalipun. Dan Allah SWT memberi sedikit ujian agar belaiu tersedar lari lamunan dunia beliau.
Terimalah Qada' dan Qadar Allah SWT ini dengan berlapang dada.. Mungkin setakat itu sahaja MB Nizar menjadi MB. Terimalah dgn hati yg terbuka..masa masih panjang. Tup..tup PRU 13 akan muncul lagi jika tidak kiamat..InsyaAllah. Jadi apa dihebohkan kerajaan bertukar tangan. Biarlah... Mungkin kali ini BN belajar dari kesilapan lampau pemimpinnya lantas menjadi kerajaan negeri yang baik..InsyaAllah.
Tunggu dan Lihat.
Post a Comment