Wednesday, March 18, 2009

GURINDAM KUASA ANAK MUDA

Pemuda tiang negara
Pemuda harapan bangsa
Yang diidamkan pemuda perkasa
Bukan pemuda ikut rasa
Yang ikut rasa, pasti binasa
Yang mana setia kepada ketua
Mereka sentiasa diiringi sejahtera

Kini sampailah masa
Pemuda mencari ketua raksaksa
Bukan besar kuat perkasa
Tetapi yang berani bersuara
Yang sentiasa membela bangsa
Yang tidak gila kuasa
Senyuman yang nampak mesra
Bersedia pada bila-bila masa
Bersedia menentang walaupun siapa
Tidak kira dia tu apa bangsa
Kalau hak Melayu mula ternoda
Lebih lagi kalau dikata celaka
Akan padahlah si Bengali tua
Nyanyuknya menghampiri gila
Itulah pantang anak muda
Apabila mereka sengaja dicerca
Semangat muda yang membara
Kini sampai waktu dan ketika
Melihat dari dekat nasib kita
Semakin dihimpit tanpa timbang rasa
Semakin dipandang separuh hina
Cuba diracik ikut suka
Dihalang mengganti warisan tua
Maka terserahlah kepada pemuda
Menjadi harapan bangsa
Membina bangsanya, agama dan negara
Sekaranglah masanya untuk pemuda
Bersiap menghadapi cabaran menduga
Bukan mengundang benarnya celaka
Kalau pemimpin disalah baca
Terpilih antah atau syaitan belaka
Berselindung disebalik wajah pura-pura
Akan terjuruslah ke lembah durjana

Sekarang tiga calon di depan mata
Tentunya tertanya-tanya nak pilih siapa
Khir Toyo yang dah mengubah muka?
Yang sudah serah Selangor kepada musuh kita?
Yang batang penyapu dijadikan cenderamata?
Yang bongkak semasa berkuasa?
Yang menjadikan wang membeli kuasa?
Yang mencari pentas untuk tambah jenaka?
Yang berlakon kononnya cukup mesra?
Sedangkan tubuhnya penuh dengan dosa
Melayu Selangor tidak langsung terbela
Yang kaya terus kaya raya
Yang miskin terus papa kedana
Rasuah yang menjadikan dia kaya raya
Semuanya bukan lagi satu rahsia
Pilihlah dia supaya syaitan dan iblis bergembira

Nak pilih Mukhriz jadi ketua pemuda?
Fikirkanlah dia tu siapa
Ayahnya jadi presiden UMNO paling lama
Tapi tak puas dan belum lagi bersara
Kritik sini kritik sana
Menyesal pula menyerahkan kuasa
Tinggalkan UMNO dengan sengaja
Macam-macam diumpat dan dikata
Penggantinya dicerca dan diseksa
Dijejeh dengan macam-macam cara
Mengheret anaknya diajar durhaka
Celupar sama melawan ketua
Sedangkan dialah yang lupa jasa
Lupa akan pada segala-gala
Anaknya berlagak cerdik berpura-pura
Suruh orang lain kempen untuk dia
Sedangkan dia tidak pernah pun berjasa
Berpolitik pun baru berjagung muda
Pasang jangut kononnya dah dewasa
Menempel sebelah ketiak ayahnda
Tumpang tui nama orang tua
Yang taringnya dah kian hilang bisa
Terlalu banyak sangat berbicara
Hingga terserlah dialah Melayu yang lupa
Satu jenama yang dia sendiri cipta
Sedang lupa dia pun pelupa
Dalam hati menanggung derita
Dalam jiwa penuh cedera
Semua orang tahu Mukhriz ni siapa dia
Selain dia anak yang manja
Lembut lidahnya bila berkata-kata
Manis wajahnya macam gula
Raut wajah pejuang langsung tiada
Sibuk menjaja jasa yang belum tercipta

Pilihlah orang ini dan pilihlah dia
Kalau nak tengok apa jadi pada pemuda
Kalau tak terbenam, tengelam dipuja
Kerana budi ringgitnya dijadikan jasa
Terkulailah pemuda di lautan gelora
Lembiklah kepak UMNO parti tertua
Menyongsang arus tunggak melanda
Terkapai sepi tidak bermaya
Lemah longlai menongkah bala
Tunduk haus mengempis dada

Kalau dengarkan orang bercerita
Khairy pula banyak betul dosa
Yang kalah, semuanya kerana dia
Yang rosak, Khairy punya angkara
Yang gagal, pun khairy yang cipta
Dia dikata pemuda paling kaya
Macam yang lain miskin papa

Jadi menantu Pak Lah pun jadi bala
Macam-macam orang tabur berita
Tapi buktinya di bibir semata-mata
Tapi sampai di setiap telinga
Kononnya Khairylah orang durjana
Tahniah juga kepada sipencipta
Syabas kepada yang menambah perasa
Semoga dosa itu bertukar jadi pahala
Berjumpalah kita nanti di pintu syurga
Semoga Allah yang maha berkuasa
Tunjukkanlah sesuatu kepada mereka
Kepada yang pandai reka cerita
Kononnya ia benar belaka
Kalau benar, apa yang Khairy dikata
Cuba tunjukkan sikit apa bukti yang ada
Tapi mana dia bukti, mana ada benda
Semuanya rekaan semata-mata
Hanya cemburu yang berselaput di dada
Persepsi buruk saja mahu dikemuka
Yang baik tak ditonjol pula
Mentang-mentang Khairy tu lebih muda
Lebih muda dalam bertiga

Ketua pemuda boleh lebih tua
Nak jadi naib atau ahli saja dah lanjut usia
Berebutlah kerusi bebas usia nak jadi ketua
Boleh memimpin ke tidak, soal kedua
Yang penting mahu duduk berkuasa
Bukan nak pimpin tapi nak kuasa saja
Nanti dari kerusi mereka nak rebut meja
Lepas tu nak kontrol seluruh negara
Maklumlah masing-masing ada citarasa
Dapat kuasa, hendak digabainya semua

Maaf cakaplah! ketia-tiga tu bukan hebat mana
Cuma terbaik dan sedikit bijaksana
Budak hitam dari Rembau juga
Itulah satu-satunya pilihan yang ada
Yang lain dah banyak tercedera
Satu dah awal-awal hilang taat setia
Satu lagi dah cacatkan muka
Tinggallah satu untuk dibawa bicara
Sejak dia jadi naib ketua pemuda
Hishamuddin memang harapkan dia
Sepatah kata seorang perwakilan muda
Macam kopi ada macam-macam jenama
Kopi jantan juga orang percaya
Biarpun pahit sikit pada rasa
Tapi orinya terserlah bila dicuba
Biarlah macam-macam orang kata
Tapi nawaitunya sudah nampak berjasa
Semasa naib sudah ada pertanda
Semangat waja berkobar sentiasa
Biarpun apa orang kata
Dia tetap jalankan kerja
Tidak gentar menentang siapa
Karpal Singh berani kata celaka
Dialah yang bangkit menuntut bela
Pemuda datang serang dan menerpa
Terkapai Karpal tak tahu buat apa
Ditambah lagi dua peluru yang diterima
Kononnya Pemuda UMNOlah punya kerja
Lagilah panas jadinya suasana
Khairy terus kata dia nyanyuk menghampiri gila
Mana Mukhriz dan mana Khir pemuda tua?
Kenapa menyepi tidak sama-sama membela?
Macam itu nak jadi ketua?
Fikirkanlah wahai barisan pemuda
Jangan sangka wang banyak itu namanya jasa
Malah itulah elemen yang berpuaka

Nak jadi pemimpin ada anak tangga
Khir dan Mukhriz berpijak di mana?
Sedangkan Khairy di bahagian jadi ketua
Pemuda Negeri pun juga dia
Di peringkat nasional naib tempatnya
Eloklah dia bertatah selangkah mata
Kita serahkan amanah bertali muda
Benar-benar selaras hati selaras jiwa
Membawa pemuda lebih lantang bersuara
Berani, tegas dan penuh tenaga
Biarlah yang lain belajar setia
Ditapak lain yang lebih sempurna
Sesuai dengan peringkat umur mereka
Sama ada berjuang atau habiskan masa
Sebelum terlewat menebus dosa


Nukilan Orang tua
Yang pernah muda
Pada suatu ketika
Selamat memilih ketua
Dan selamat maju jaya
Ikhlas dari saya
Yang bukan lagi sebaya
Tetapi tabik pada pemuda
Yang nampak bertenaga
Sesuai dengan masa
Kita tebuslah maruah bangsa


Kiriman dari orang lama...

1 comment:

Bro Jinggo said...

Salam

Hidup ini adalah perjuangan… Syukur Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang harus YB KJ tempuhi, namun perjuangannya diberkati Allah, Allah memimpin YB KJ untuk memimpin dengan kepimpinan yang diredhai. Justeru, marilah kita sama-sama memberi sokongan yang padu kepada YB KJ menerusi laman web YB KJ http://www.rembau.net.my/

Salam setiakawan

Salam Perjuangan

BJ

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More