Oleh Penulis Pendiam
Dua minggu sebelum buku Yahya Ismail mengedarkan dua buah buku berjodol Tuah & Sial Khairy Jamaluddin dan Amaran Terakhir untuk UMNO, ia sudah heboh diperkatakan.
Apabila sesebuah buku yang ditulis bertajuk keras dan dengan kandungan yang penuh dengan fitnah tanpa bukti sahih, mudah sahaja kita tahu bahawa penulisnya tentunya dibiayai oleh musuh orang yang dibedal.
Penulis seperti ini pastinya telah ‘membuka tender kepada dua pihak, iaitu kepada orang hendak dikecam dan orang yang sedia membiayainya. Kerana itulah sepertimana dakwaan Khairy bahawa beliau pernah diminta membayar RM100,000 supaya menahan buku itu diterbitkan.
Dari tajuk itu pun ramai sudah menjangka dan sudah mula bercakap yang Yahya memang sudah lama menanam niat untuk ‘membuat duit’ di musim pemilihan di Persidangan Agung UMNO kali ini. Terutama di kalangan penulis buku politik.
Ramai yang tahu bagaimana permainan yang berasal dari penulis sastera bertukar haluan menjadi penulis politik kerana dia sudah nampak the trick of the trade mencari kesempatan memunggut habuan besar pada hari-hari tertentu.
Dalilnya mudah sahaja.
Yahya bukan seorang penerbit atau penulis konsisten dan berkemampuan. Tetapi dia mempunyai nama dalam dunia penulisan kerana pernah menerbitkan beberapa buah buku sebelum ini dan pernah bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka di mana namanya mula tertitip di situ.
Ramai yang tahu bahawa Yahya Ismail juga seorang penulis yang pandai mencari kesempatan di mana beliau tidak peduli apa akan jadi pada bangsanya asalkan ia membuahkan hasil lumayan. Kerana itu Yahya dengan nama-nama samarannya telah berjaya menerbitkan banyak buku berunsur seks untuk meracun fikiran anak-anak muda pada suatu ketika dulu.
Sekarang apabila beliau melihat dunia politik boleh diambil kesempatan, maka beliau beralih kepada politik sedangkan penglibatannya dalam politik amat terhad dan cetek sekali.
Beliau tidak pernah berjuang di mana-mana pentas politik tetapi lebih senang menjadi penulis untuk mengecam, mengancam orang politik sambil mendapatkan habuan menyara hidupnya sekeluarga.
Sekarang Yahya tidak ada lagi akhbar tabloidnya, BEBAS. Ketika menerbitkan BEBAS dulu, Yahya sudah melatih dirinya mencari peluang cetak percuma yang dibiayai orang politik setiap kali akhbar itu hendak dicetak.
Akhirnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) batalkan permitnya kerana didapati menyebar fitnah dan meracun fikiran pembaca dengan berita rencana yang tidak benar dan berunsur menghasut untuk memuaskan naluri penaja cetakannya sahaja.
Tanpa penaja Yahya tidak akan cetak akhbarnya. Begitulah lebih kurang cerita latarbelakang yang ramai kalangan penulis tahu siapa Yahya Ismail.
Kali ini, amat mudah bagi Yahya mahu ‘buat duit’. Dia tahu nama Khairy sedang top dalam dunia politik dan mudah baginya mengenali musuh Khairy. Dia juga tahu semua orang politik sudah bersedia ‘berada’ dan mampu untuk melempar seberapa banyak yang dituntut.
Yahya pasang jerat.
Tanpa pengetahuan sesiapa, dia siapkan bukunya dulu. Kemudian dia tunjuk kepada musuh-musuh Khairy yang kaya raya atau yang sudah benci dengan penyerlahan Khairy ketika menghadapi perebutan pertandingan Ketua Pergerakan Pemuda di musim ini.
Tujuannya hanya untuk mendapat pembiayaan kos cetak sahaja. Kalau 10 musuh Khairy ditemui, mungkin 3 atau 4 orang setuju membiayai percetakan. Itu sudah untung berganda. Soal laku atau tidak laku, soal lain. Tak laku pun tidak mengapa kerana penulis boleh bagi percuma sahaja kerana tiada kandungan nilai untuk dijadikan bahan bacaan berkualiti. Atau jual dengan tauke surat khabar lama pun sudah boleh untung duit penat, duit minyak dan duit parking kereta.
Mahu untung lagi, approach Khaiy melalui banyak saluran menyampaikan khabar yang beliau sedang mencetak buku mengecam Khairy dengan satu tajuk yang pedas dan menggemparkan. Sepertimana kata Khairy, Yahya mahu RM100,000 untuk membatalkan terbitan buku itu.
Apa pasal Khairy mahu bayar begitu lumayan hanya mahu menyekat buku mengecam dirinya sedangkan dia tahu dirinya siapa dan apa yang dia buat dan tidak buat! Yahya silap orang. Game ini sudah ramai dilakukan oleh penulis cari makan seperti beliau.
Antara nama yang pernah kena ugut seperti ini ialah Tun Daim Zainuddin dengan tajuk buku Penyangak Mata Wang. Mohd Khir Toyo pernah kena dengan seorang penulis yang akhirnya Khir bayar penulis itu bagi menyekat buku itu diterbitkan. Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah kena dengan tajuk buku 100 Dalil Kenapa Najib Tidak Boleh Jadi PM. Tetapi buku-buku tersebut tidak meledak di pasaran.
Dalam hal ini, Khairy bijak. Beliau tidak perlu bayar dan akhirnya buku itu diterbitkan juga atas dua faktor munasabah. Faktor pertama ialah penulis sakit hati kerana beliau tidak dilayan atau dibawa berunding untuk tawar menawar. Faktor kedua ialah memberi kepercayaan kepada penaja yang beliau benar-benar berani buat dan diterbitkan juga.
Penaja tidak tahu berapa naskah buku itu dicetak. Mengikut bil tentunya berpuluh-puluh ribu yang penaja terpaksa tanggung. Penajanya pula tidak peduli berapa kos senaskah tetapi mudah setuju dengan berapa saja kosnya. Jumlah penaja juga tidak mungkin seorang. Lazimnya lebih dari satu. Maka untung berganda-gandalah penulis yang menerbitnya sendiri.
Jumlah cetakan tidak akan lebih dari 3,000 naskah. Mungkin 1,000 naskah sahaja walaupun penaja diberitahu melebihi 30,000. Bayangkanlah berapa banyak Yahya Ismail sudah untung atas angin. Kalau Khairy bayar pula RM100,000, tentulah untungnya berpuluh-puluh kali ganda.
Kepada pembaca kalau tahu akan nawaitu penulis ini tertipulah dia. Kalau mempercayai apa yang dilakarkan dalam buku itu, terjangkitlah virus di fikiran dia membawa mindanya yang kotor ke mana-mana hanya dek bijaknya penulis cari makan melalui kesempatan meracun fikiran pembacanya.
Syabas Khairy! – kerana tidak membiayai peras ugut penulis seperti Yahya Ismail. Takziah Yahya kerana Khairy telah buat laporan polis dan anda akan disiasat dan didakwa tidak lama lagi dan pecahlah tembelang tipu helah anda yang kononnya bijak.
Ingatlah bahawa mana-mana penulis yang pernah lakukan kerja yang sama seperti anda tidak ada yang matinya sempurna. Hidup mereka nampak segar bugar, tetapi jiwanya sakit dan merana.
No comments:
Post a Comment