Oleh: TepakBersulam
zack@gmail.com
Apa juga keputusan Lembaga Disiplin kita perlu menghormati keputusan berkenaan, Pak Lah juga menyeru agar kita menghormati keputusan Lembaga Disiplin , sebagai ahli UMNO yang taat kepada pemimpin sememangnya kita akan akur dan menerima keputusan Lembaga Disiplin UMNO Malaysia , kerana mereka adalah Lembaga Disiplin untuk UMNO. Jika Isa Samad boleh menghormati Lembaga Disiplin dan menanggung segala beban dan seksa , kenapa kita tidak boleh, nama pun lembaga disiplin. Itu saya bercerita sebagai ahli UMNO , sebagai manusia biasa , saya tidak lari dari kekecewaan dan kepedihan kerana apa yang berlaku sememangnya kita ketahui dan sebagai ahli akar umbi yang telah lama berjinak dengan UMNO , kita hampir masak dengan budaya UMNO dan sudah mahir dengan perjalanan UMNO semenjak bertahun-tahun yang lalu. Harapan untuk melihat UMNO muhasabah diri amat besar dan harapan untuk melihat UMNO berubah dari UMNO sebelum ini seperti yang dilaung-laungkan oleh pemimpin UMNO sememangnya besar sekali. Harapan kami UMNO sudah mula berubah sebelum UMNO diubah. Ini pendapat saya sebagai manusia dan bukan sebagai ahli UMNO kerana sebagai ahli UMNO saya menghormati keputusan Lembaga Disiplin .
Sebenarnya sebagai manusia yang dianugerahkan mata , telinga dan akal fikiran oleh Allah SWT boleh melihat , mendengar dan berfikir dengan waras lagi. Permudahkan cerita, Adakah ahli UMNO tidak mengetahui apa yang sebenar berlaku dalam pemilihan UMNO ini jika mereka benar-benar mengikuti perkembangan UMNO. Siapa tidak tahu rumah Datuk bekas Ketua Pemuda Bukit Bintang di Ukay Height jadi markas salah seorang calon Ketua Pemuda dan ayahnya seorang mantan Perdana Menteri serta seorang calon Timbalan Presiden UMNO. Ramai orang tahu apakah kegiatan yang berlaku di sana. Mungkin rama yang tahu bahawa ahli UMNO semua tahu apa yang berlaku tetapi tidak memperdulikan apa yang berlaku kerana jika mereka tidak lakukan ada yang lain akan lakukan. namun hari ini jelas dan terang , tidak perlu kita selindung atau berdalih , dari 50 orang yang kita tanya , mereka merasakan bahawa keputusan Lembaga Disiplin dipengaruhi oleh orang lama yang sudah tidak lagi memerintah negara dan yang kini sudah keluar UMNO dan ini dilakukan demi memenangkan anak nya dan orang-orang mereka, terus terang saya katakan , inilah perbualan dan tajuk hangat di bawah ketika ini,
Jika Khir Toyo kurang bijak dan jika Khairy Jamaluddin tidak bernasib baik , kerusi Ketua Pemuda UMNO tidak lagi akan dipertandingkan. Muhkriz akan menang tanpa bertanding. Ini bukan saya yang kata , Ali Rustam sudah terkeluar, dengar khabar Mohamad Mohd Taib akan dipaksa menarik diri, jika tidak menarik diri pun calon ini mudah dikalahkan oleh Muhyiddin Yassin.Sekali lagi saya mahu ulangi, ini bukan saya yang kata, ini adalah kata-kata akar umbi ketika ini. Ini adalah permainan yang kotor sebenarnya , tidak Gentelman , jika ditanya kepada saya, saya tidak hairan kerana saya merasakan mereka memang boleh dan berkebolehan untuk melakukan ini.Sampai bila kita mahu bermain, kita tidak lagi boleh bermain. Betul lah kata mereka , UMNO boleh lakukan apa saja kepada ahlinya, hari ini berkobar-kobar penyokong Ali Rustam marah, ada yang terdiam ada yang termenung ada yang mahu keluar parti menyertai parti bebas, tetapi itu hanya tiga hari saja, habis lama pun dua minggu , lepas itu semua akan melupakan Ali Rustam. saa tidak nafikan kata-kata mereka itu, tetapi sampai bila kita perlu menghadapi situasi sebegini.
Sampai bila kita mahu jadi terusan begini, ada saja yang mahu dijadikan kambing hitam hanya mahu menutup keseluruhan agenda. Apakah hanya dengan mengambing hitamkan orang-orang yang tertentu , UMNO sudah dikatakan bersih.Umno sudah boleh kita katakan sebagai berjaya membasmikan politik wang yang sudah berbudaya lebih dari dua puluh tahun yang lalu. Mudah saja, kalau kita tak boleh berbudi , tak payah bertanding kerana , masak lah dimandikan. Semua orang tahu pasal ini, dari pemimpin tinggi hinggalah ke akar umbi, cuma ada yang berbudi buat syarat saja tetapi ada yang benar-benar mahu berbudi sehingga ada yang suruh bersumpah , yang bersumpah , besarlah budi yang diterima. Maklumlah orang Melayu , jika orang berbudi kita membalas budi dan budi baik tetap dikenang juga. Ini adalah satu pertandingan dalaman , dalaman parti bukan pertandingan dalam pilihan raya kecil, kenapa kita mahu bermati-matian menbunuh sesama sendiri. Kenapa sampai melibatkan SPRM dan seolah-olah ahli UMNO melakukan jenayah yang besar.
Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen dalam sidang akhbar , sungguh cengih sekali menjawab solan pemberita, ini disiarkan oleh media eletronik dan media cetak , sebagai ahli UMNO saya malu cara Tengklu menjawab soalan wartawan , sungguh cengih, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen perlu ingat , mereka ini menjalankan tugas , jika mereka tidak bertanya mereka boleh dibuang kerja. kenapa tidak jawab dengan sopan. betul juga apa yang mereka tanya , apa bezanya kes Datuk Norza dengan kes Datuk Ali Rustam. ? cuma saluran mereka ditahan saja berbeza. saya rasa Tengku tidak dapat menjawab dengan baik. Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen kata ini isu jenayah, sebenarnya semua sama saja, landasan nya pemilihan UMNO, sebab nya, imbuhan , sama saja.Bila ditanya mengenai Azalina, tengku tidak boleh jawab lagi. Azalina tidak pernah didakwa , Azalina tidak pernah dipanggil oleh lembaga disiplin mahupun SPRM, samalah seperti ahli UMNO yang lain yang tidak dipanggil untuk disoal siasat.
Kenapa kali ini amat teruk sekali , kenapa kita bertanding bermati-matian , sehingga mengibaratkan sesama kita sebagai musuh , kita kalah dalam tiga pilihan raya kerana kita chuai dan tidak juga dapat kita nafikan pemilihan ini adalah satu faktor kenapa kita kalah. Apakah UMNO belum cukup lunyai lagi, apakah kita mahu melihat UMNO menjadi abu dan kemudian baru kita semua senang hati. Cukuplah…. hentikan segala ini. Be fair….. bertanding lah secara gentelman , lagi dekat lagi banyak kejutan yang akan kita dapat dengar , it’ s not funny , ini bukan AF7 , ini adalah pertandingan pemilihan dalaman UMNO. jangan biarkan ramai yang menjadi bosan, takut nanti yang tinggal dalam UMNO hanyalah pemimpin sahaja. Ahli semua sudah tiada. yang menang bertanding saja yang ada tinggal dalam UMNO. Apa gunanya UMNO tanpa ahli.Ahli UMNO sebenarnya sudah bosan, sudah bosan dengan pemilihan ini, mungkin perwakilan berperasaan lain kerana mereka terlibat, ahli lain sudah bosan. lama kelamaan akan terhakis juga keimanan mereka. Sebagai ahli UMNO yang sayangkan UMNO , saya juga merasa takut dengan perkembangan politik sekarang kerana pihak lawan memerhatikan kita bercakaran sesama kita, kita membunuh sesama kita.
Sebaiknya, berikan semua amaran sahaja, kerana tidak semudah kacang putih kita mahu menghentikan budaya yang dipupuk selama dua puluh tahun yang lalu. Ini jalan penyelesaian yang terbaik. Berikan semua amaran dan sekiranya pada pemilihan akan datang ini terus berlaku baru lah diambil tindakan yang keras, kerana mereka ini dahulu memandang rendah dan tidak menghormati lembaga disiplin dan menyangkakan lembaga disiplin tidak mampu melakukan apa yang dilakukan hari ini. Ini pun kerana mereka kemampuan yang telah ditunjukkan oleh lembaga disiplin itu sendiri. beralah bukan bererti kita kalah, malahan beralah akan memenangkan UMNO kembali.
petikan: www.tepakbersulam.com
No comments:
Post a Comment