Sunday, March 1, 2009

Pemuda Umno, berdirilah bersama-sama KJ~ Malaysiakini


Petikan dari PROKHAIRY.COM

HARI ini, Pemuda Umno benar-benar telah membuktikan mereka adalah panglima kepada bangsa dan agama mereka. Mereka bukan alat kepada sesiapa. Mereka bukan ada hanya sekadar nama.

Ketika mereka berdepan dengan cemuhan ‘celaka’ dari manusia paling durjana dan paling celaka, Karpal Singh dan anak si celaka Gobind Singh Deo, Pemuda Umno yang berdiri bersama-sama Naib Ketua Pemuda, Saudara Khairy Jamaluddin telah membuktikan ‘sijanggut’ tanpa turban di kepala ini sudah gementar.

Jika dia menuduh Pemuda Umno yang menghantar peluru kepadanya, dia nanti jangan pula terkejut jika ada orang menuduh dia sendiri yang menghantar peluru hidup itu kepadanya, untuk menarik perhatian orangramai terhadap mereka.

Malahan, isu dia mahu menyaman Paduka Seri Sultan Perak cuba dialihkan kepada isu perbalahannya dengan Pemuda Umno. Hari ini, barangkali Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama-sama Karpal dan Gobind Singh Dea, tetapi tidak pula kedengaran adakah Pemuda DAP akan mempertahankan Karpal kali ini.

Karpal Singh dipilih menjadi Pengerusi DAP hanya kerana simpati Lim Kit Siang kepadanya. DAP adalah parti Kit Siang yang berhak menentukannya walaupun ia melalui proses pemilihan juga. Mustahil, Karpal Singh boleh menang jawatan itu jika bukan kerana ‘bantuan dan ihsan’ dari Kit Siang.

Selepas mengatakan Pemuda Umno ‘celaka’, Karpal Singh tidak mahu (baca: tidak berani) untuk menyahut cabaran Khairy Jamaluddin yang memintanya membuktikan dalam tempoh 24 jam, bahawa Pemuda Umno yang menghantar dua butir peluru kepadanya.

Kata Khairy, jika Karpal gagal membuktikan, orang ramai bolehlah menganggap Karpal ini sudah hilang kewarasan. Kalau hilang kewarasan, bererti sudah gila. Kalau sudah tidak waras, memang gilalah. Sayangnya, macam mana orang yang hilang kewarasan boleh memimpin DAP? Apakah hanya orang-orang yang hilang kewarasan juga yang menganggotai DAP?

Bahayalah macam ni. Kalaulah benar orang-orang yang hilang kewarasan memimpin DAP dan orang-orang yang sudah hilang kewarasan menganggotai DAP, apakah PAS dan PKR masih mahu bersama-sama mereka yang sudah hilang kewarasan?

Ketika gagal membuktikan tuduhannya terhadap Pemuda Umno, Karpal Singh pula menyerang Khairy dengan kata-kata “budak kecil dan juvenil”.

Inilah sebenarnya sikap manusia yang sudah tua, sudah uzur dan mengaku sebagai OKU tetapi otaknya, pemikirannya dan jiwanya tidak pernah dewasa. Malahan, tingkah lakunya yang menjadi sanjungan PAS dan PKR hingga mungkin ada yang sanggup untuk berbaring atas jalan raya, mempertahankannya, tidak pernah tua dan dewasa bersama-sama umurnya.

Dia bersikap lebih kebudak-budakan dan lebih teruk dari juvenil. Dia tidak pernah dan tidak mahu berfikiran dan berwatak sebagai seorang tua dan lama, yang perlu dihormati oleh generasi muda. Inilah agaknya perangai yang mahu diwariskannya kepada anak-anaknya dan generasi muda yang berada dalam DAP, PKR dan Pas.

Kita sebagai manusia yang waras, jangan hairan kalau DAP biadap. Kita juga jangan hairan, jika kita waras, kalau mereka yang berada di dalam PAS biadap. Kita juga jangan hairan, jika kita waras, mereka yang berada di dalam PKR, biadap. Ini kerana tok guru mereka, yang mengajar adab kepada mereka ialah Karpal Singh si celaka.

Baguslah apabila Pemuda Umno bangun. Mereka bangun bukan bererti selama ini mereka duduk. Mereka bangun bukan bererti selama ini mereka tidur. Mereka bangun bukan bermakna selama ini mereka leka.

Mereka bangun kerana mereka mahu memberitahu orang ramai bahawa ada seorang OKU, yang sudah hilang kewarasan, hilang kredibiliti dan penipu cuba melarikan isu dia dengan Paduka Seri Sultan Perak kepada isu dia dengan Pemuda Umno.

Pemuda Umno patut bersyukur kerana bersama-sama mereka ada Khairy Jamaluddin yang sedia berhadapan dengan sesiapa sahaja waima dengan Karpal si celaka yang cuba mahu menjadi Raja di bumi Malaysia ini.

Karpal berbangga kerana dia sudah menjadi anggota Dewan Rakyat sejak 1978 tetapi sikap dan perangainya, macam dia baru masuk tadika dalam tahun 2008. barngkali usianya yang lanjut menyebabkan kewarasannya merosot. Barangkali, kerana terlalu lama duduk dalam Dewan Rakyat menyebabkan dia rasa dia Raja. Dia lupa, unta yang lama duduk di Mekah tidak pernah bergelar Haji unta!

Bangkitlah wahai Pemuda Umno! Pertahankanlah maruah kita. Jangan harapkan Pemuda Pas, AMK dan Pemuda DAP untuk mempertahankan bangsa kita. Bangsa kita bergantung kepada kita, Pemuda yang mewarisi darah pahlawan Bahaman dan Mat Kilau.

Hari ini, sudah semakin kerap Pemuda Umno dikecam. Pemuda Umno jangan jadi biadap. Jangan menulis surat meminta Perdana Menteri berundur. Jangan jadi biadap dengan menulis di laman-laman web, menyalahkan kepimpinan.

Pemuda Umno kena bangun, mempertahankan serangan dari si celaka dan menyerang mereka semula. Sudah lama kita berdiam diri hingga mereka menyangka kita penakut. Kita bukan penakut tetapi kita tidak memilih untuk bersikap kasar dan biadap. Kita bukan takut kerana kita memilih saluran yang betul untuk bercakap dan bertindak.

Malangnya, mereka seperti si celaka dua beranak, mereka seperti AMK yang hanya tahu berdemontrasi di jalanan dan mereka yang sanggup berbaring di atas jalan raya tidak tahu bahawa kita juga mempunyai darah pahlawan. Kita juga mempunyai semangat untuk melawan.

Ayuh! Mari kita berdiri bersama-sama Khairy Jamaluddin untuk berdepan dengan apa sahaja halangan dan rintangan. Kita tidak berganjak walau seinci pun apabila maruah kita tercabar. Kita tidak akan berundur walaupun yang berada di depan kita, mereka yang terlibat dengan gambar-gambar porno.

Apa yang kita harus gentar? Apakah Singh makan besi dan kita makan nasi? Apakah mereka yang makan besi sahaja yang kuat dan bersemangat? Apakah kita yang makan nasi tidak kuat dan tidak bersemangat?

Terima kasih Saudara Khairy! Saudara sudah memulakan sesuatu yang amat mengkagumkan. Saudara sebenarnya dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Saudara bukan sahaja terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Umno, malahan terpaksa berdepan dengan kawan-kawan yang cemburu dengan kebolehan dan kemampuan Saudara.

Marilah kita berdoa kepada Allah, mudah-mudahan Saudara Khairy akan terus diberikan kekuatan untuk memimpin Pemuda Umno yang terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian.

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More