Senja yang indah se memang nya waktu kegemaran ku dan biasanya senja begini sememangnya cantik jika di tepi pantai dengan langit kemerahan dan matahari mengundurkan diri seakan keletihan untuk berehat seketika sebelum mental muncul lagi subuh esok. Ku pandu kereta ku dengan tenang dan mengharapkan tiba di perhentian sejurusnya untuk menunaikan solat maghrib, Dalam ketenangan itu tiba-tiba aku terperanjat melihat sebuah kereta proton perdana eksekutif di hadapan tiba-tiba meluru ke jalan sebelh merempuh sebuah lori.Aku menjerit .. Allahuakbar …..lantas memberhentikan kereta ku untuk memberikan pertolongan, setiba aja kau di lokasi kereta aku lihat ada beberapa orang yang bersereban dalam kereta berkenaan. Aku terperanjat kerana wajah-wajah berkenaan seolah-olah aku pernah kenal. Ku lihat pemandu kereta berkenaan telah kaku sepi , dan disebelahnya juga kelihatan bagaikan tidak bermaya. Di belakang kereta ku lihat seorang yang bersereban dan berperut boroi sedang berpelukan sesama sendiri , si boroi bersereban yang memeluk erat sahabat nya yang tidak bereserban ini masih bersuara.seorang lagi yang bersereban duduk tenang , mungkin pengsan.
Tiba-tiba sudah ramai orang mengelilingi kenderaan berkenaan. aku khuatir jika kendaraan berkenaan akan meletup. Lantas ku meminta jasa baik orang ramai untuk mengeluarkan mangsa . Mula -mula kami mengeluarkan pemandu kereta ke luar, kemudian kami mengeluarkan penumpang di sebelah hadapan. kemudian kami mengeluarkan dua mangsa yang sedang berpelukan. Alangkah terperanjatnya apabila kami keluar kan penumpang yang berpelukan tadi , seorang bersereban dan perut boroi dan seorang lagi berjanggut , bermisai tidak memakai sereban itu , kami di maki berlanjutan , sahut menyahut mereka memaki kami ,,,,,,, Celaka kata yang tak berserban itu disahut oleh yang bersereban pula celaka , mereka tersu bersahut celaka celaka ………. Tina -tiba aku seoalh-olah dipaksa untuk berfikir sejenak. “Macam aku pernah dengar perkataan popular ini sekarang.” Ku lantas merenung wajah kedua mereka. macam Karpal Singh dan Hj Hadi, tak mungkin kata ku dalam hati…. Kami terus mengeluarkan kedua mangsa dan letak mereka di tepi jalan sementara menunggu Ambulan
Kami bergegas untuk mengeluarkan satu mangsa lagi, sekali lagi kami terperanjat kerana mangsa ini walaupun nampak tidak sedar tetapi mulut nya berkata , Tuhan pun mencarut berulang kali. Ishhhhh fikir ku ,ku pernah juga dengar ayat popular ini, ku renung wajah mangsa ini, Ishhhhh macam Nik Aziz , betul ke ini, Tak mungkin …… bisik hati kecil ku lagi. Apabila selesai mengeluarkan semua mangsa kami elihat satu kumpulan yang berserban dan menaiki van yang berlambang bulan bergegas menuju ke tempat kami menyusun mangsa tadi , tiba tiba mereka menjerit takbir,,,,,,,, lalu di sahut pula oleh sahabat mereka , Celaka , celaka dan kemudian disusuli pula oleh sekumpulan lagi yang baru tiba , tuhan pun mencarut.
Ku lihat salah seorang dari mereka , membisikkan sesuatu ke telinga yang sedang berpeluk itu , lantas dia menjerit celak , lalu disahut oleh teman teman yang lain celaka celaka celaka celaka sebanyak 40 kali . Aku menjadi bertambah hairan dan menegur mereka kenapa mereka melaungkan ayat celaka sedangkan takbir adalah Allahuakbar. Mereka menjawab itu dulu , dulu kami meluangkan takbir Allah hu akbar , sekarang tidak lagi , kami akan malaungkan Celaka , celaka , celaka untuk menghormati pemimpin kami yang mempolularkan perkataan ini.
Lantas aku berkata , ini salah dan sesat , mereka terus mengejar ku , aku lari menyeberangi longkang, malangnya aku terjatuh ke dalam longkang, Kepala ku berdarah. Aku terus meraba kepala ku , ishh mana darah tadi, mana kejadian tadi , ku lihat disekeliling ku . Rupa-rupanya aku terjatuh dari katil dan lantas ku mengucapkan Asthagfirullah hul Azim , buruk betul mimpi ku ini,
Oleh: TepakBersulan untuk KPMU.net
1 comment:
Memorundum Untuk YB Datuk Mukhriz
Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk . Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.
YB Datuk
YB Datuk mahu BN berkomompromi dengan kerajaan PR, Apakah giilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah. ,Tahu kah YB Datuk , Inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir . Bagaikan orang batuk di sorong bantal , Datuk telah memberikan mereka nafas , Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.
Sebenarnya YB Datuk, Tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan . Tiada siapa yang berhak mempersoalkan . Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan , Negeri Johor , Terengganu dan Perlis, Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan , tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .
Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita, sebenarnya adalah cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan.. Sebagai Calon Ketua Pemuda cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.
Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR? Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN , ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan , apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil… Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yg tipis , mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah , terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.
Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua, YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula , Cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja , Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB, Kami menjunjung perentah ke bawah Raja-Raja Melayu, Daulat Tuanku...... Daulat Tuanku ... Daulat Tuanku.....
Inilah Komen yang saya maksudkan.
Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
“Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika di temubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.
“Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah
Daripada Pemuda kecewa
Post a Comment