Tuesday, February 24, 2009

KJ - Pemimpin yang dihormati dan disegani... ~ Malaysiakini

Khairy buktikan kepimpinan Pemuda Berubah Berani dan Setiakawan

Tengah hari tadi bertempat di bangunan Parlimen, Ketua Pemuda Pas, Sallehudin Ayub telah duduk satu meja dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin dalam satu sidang akhbar mengenai jemputan Pas untuk berdebat dengan Pemuda UMNO dalam isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan ISA.

Sebelum itu Khairy telah menerima surat jemputan tersebut dan akan berbincang dengan Ketua Pemuda UMNO mengenai jemputan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Khairy menerima surat berkenaan yang mengundang Ketua Pemuda UMNO untuk mengadakan debat berkisar isu PPSMI setelah Sallahuddin Ayub mengumumkan bahawa beliau gagal untuk menyampaikan kepada Ketua Pemuda UMNO kerana Ketua Pemuda UMNO enggan menerima surat berkenaan.

1. Perubahan - Sikap keterbukaan Khairy ini amat dikagumi oleh Ketua Dewan Pemuda Pas dan menganggapnya sebagai satu era baru di mana parti pembangkang boleh bersekemuka dan duduk semeja bagi membincangkan isu-isu Melayu dan beliau merasa yakin bahawa Khairy adalah pemimpin muda yang mampu membawa pembaharuan kepada Pemuda dan akan memenangi pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi.

2. Berani - Sebenarnya ada wajarnya tindakan yang telah diambil oleh Khairy Jamaluddin agar Pemuda UMNO tidak dianggap sebagai penakut dan enggan membincangkan secara terbuka mengenai isu melibatkan bangsa. Tidak salah menerima surat jemputan tersebut dan keputusan untuk mengadakan debat akan diputuskan oleh Ketua Pemuda UMNO setelah membincangkan di peringkat tertinggi kepimpinan Pemuda. Ini jelas membayangkan Pemuda tidak gentar dengan sebarang cabaran yang diberikan oleh pembangkang. Inilah pembaharuan yang perlu ada dalam Pemuda yang BERANI.

3. Setiakawan - Sikap setiakawan juga perlu ada dalam pemuda bukan hanya dikalangan ahli tetapi perlu diterapkan dan ditunjukan kepada pemuda pembangkang untuk memenangi hati mereka. Sikap serang dan menghentam sahaja tidak mungkin akan dapat memujuk pemuda pembangkang untuk menerima UMNO.

Khairy telah membuktikan bahawa beliau telah menerapkan sikap Pemuda perlu berubah, berani serta mempunyai sikap setiakawan tidak kira dengan sesiapa sahaja dalam pertemuan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda Pas tengah hari tadi. Sikap ini amat penting bagi Ketua Pemuda UMNO.

Ikmal Hisham KPMU

KPMU

11 comments:

redbox said...

kalau setakat pandai berdebat tapi perlaksanaan nya hampeh buat apa...satu lagi klau la malaysiakini memuji2 Keri tu mesti ada something wrong....mesti lah diorg nak sokong org yg x berkelayakan utk pimpin umno supaya senang lah umno ranap nanti..tak gitu??

singamaraja said...

Auuum!

Ya bener Pak, khairy itu yang kurangnya adalah fatonah, perlu di fikirkan ya

-mfaiz83- said...

Kan dah cakap SP, tajuk tu buat orang geli hati...

PEJUANG CYBER said...

HAHAHA AGAS MARAH NAMPAK? KALAU AGAS TAK SETUJU KJ BERDEBAT CADANGANKANLAH CALON YANG LAIN...

MUKHRIZ PUN BOLEH KHIR PUN BULEH...

TAK ADA MASAALAH... KITA TANYA MEREKA SANGGUP KE TAK SANGGUP!!! JANGAN JADI BACUL SUDAH LA...

PEJUANG CYBER said...

AUUUM!

NAIK BULU ROMA AKU... SPECIS MANA PULAK NI...

CANTIK MATA AWAK? TERGODA PULAK ABG KOMANDO NI...

PEJUANG CYBER said...

FAIZ... AKU BUKAN NAK CARI PASAL NGAN KAU... TP AKU HAIRAN JAGAK??
KAU DAH MULA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG AKU NI... NAPE AH? GELI PUN KAU TELAN JUGAKKAN HAHAHAHAHA...

JANGAN MARAH FAIZ... AKU NAK TULIS AKU PUNYA PASAL LA!!! KAU SIBUK APA PASAL? KAU JAGA RUMAH KAU SUDAH LA...

AKU PUN GELI TENGUK MUKA KAU... HAHAHA

PERSAINGAN SIHAT... JANGAN JADI MACAM BUDAK HINGUSAN FAIZ... TERUSKAN PERJUANGAN KAU!!! AKU TAK LARANG KAU NAK MENYEBELAHI SESIAPA PUN... AKU LAGI SUKA KALAU KAU JADI KAWAN AKU... POLITIK TETAP POLITIK, KAWAN2 KENA JAGA JUGA...

KALAU KAU MARAH AKU SEBAB CARA AKU AGAK KASAR SEDIKIT... AKU POHON KEMAAFAN... KITA MANUSIA TAK LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN!!!

JANGANLAH KERANA AKU MEMILIH PEMIMPIN YANG BERBEZA DENGAN KAU, KAU NAK BERMUSUHAN DENGAN AKU... JANGAN LUPA WAHAI SAHABAT, KITA MASIH DUDUK DIBAWAH PAYUNG YANG SAMA..

SALAM SAHABAT..

PEJUANG CYBER said...

KEPADA ABG MIE TERJAH...

POYO LA LU BEB... MACAM TULISAN LU POWER SANGAT!!! LU SAPA BEB NAK TERJAH2 ORANG? SULUH MUKA LU KAT CERMIN DULULAH.

BRADER, LU TAK BACA BETUL2 KA? SEJAK BILA PULA YANG KJ NAK BERDEBAT DENGAN SA NI?

HAHAHA LAWAK LAH LU BEB!!!

KJ TERIMA SURAT CABARAN SAJA! BUKAN TERIMA BERDEBAT!! DIA AKAN BERBINCANG DENGAN DATUK HISHAM DAN PEMUDA BERHUBUNG DENGAN ISU NI!!!

SAPA YANG PERGI ITU TERPULANG PADA DATUK HISHAM DAN PEMUDA!!

KALAU LU NAK SURUH MUKHRIZ YANG PERGI BERDEBAT, NO PROBLEM BEB!!! WA LAGI SUKA!!! WA SOKONG 1000%

JANGAN MARAH BRADER!!! AKU CUMA MAHU MENEGUR LU SAHAJA.. LU NAK TERIMA ATAU TIDAK SUKA HATI LU LAH...

-mfaiz83- said...

1. Saya mengikuti perkembangan semasa sebenarnya, kerana SP pun turut mengikuti perkembangan blog2 lain.
2. Geli hati kerana blog proKJ ni syok sendiri, menegakkan benang yang basah.
3. Tak tahulah blog ni kan bebas untuk bacaan umum, saya boleh komen apa yang anda tulis, kalau tidak suka private kan saja atau jangan approve saja komen saya. Susah ker? Ke masa blaja buat blog tak sempat habis?
4. Geli tengok saya? Yang bedak2 kat muka kamu tu apa?
5. Saya banyak kawan2 pembangkang, tapi Alhamdulillah mereka matang, emosi kita campak jauh2. Perbincangan yang sihat, berbeza pendapat kawan berfikir yang baik.
6. Awak posting sesuatu di dalam blog awak nampak awak matang tapi bila di bidas nampak macam budak2. Baru saya cuit sikit. SP memang ada double character ker?
7. Well saya tetap akan view blog anda dan blog2 lain, tak tahan ar tengok orang cerita dia je bagus tapi kebenarannya alahai. Nak muntah pun ada.
8. Jangan marah SP, terima je lar blog anda di bidas atau di ketawakan, dah ini jalan awak pilih, kalau awak rajin pergilar jengah blog Tun, ada juga orang cerca bidas dia, dia rileks jer, bak kata Tun masa dia di boo oleh mahasiswa penyokong2 Anwar "tak sakit pun?".
9. So belajar matang ye? Be professional not emotional.
10. Agama, bangsa dan negara letak di depan, bukan nafsu.
11. Lain dari itu Waahualam.

PEJUANG CYBER said...

Aik marah namapak FAIZ...

Aku pun tak kuasa nak layan kerenah kau anak muda...

Aku rasa baik aku cuci sikit kepala otak ko yang dah berkarat tu...

KO baca kes Perak ni dulu... kalau x cukup bersih lagi... nanti aku bagi ko kes lain pulak...

Perkara Negeri Perak sudah dikira selesai. Kempen pemilihan UMNO kembali ribut. Begitu juga ributnya kembali di mana Khairy Jamaluddin terus menjadi sasaran menerima pelbagai bentuk fitnah dan tohmahan dari pelbagai sumber yang tidak diketahui.

Beberapa orang perwakilan pemuda ada yang sudah terlepas cakap berpeluang menemui mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad telah membuat pelbagai teori mengenai siapa paling sesuai untuk mengetuai jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di pemilihan akan datang.

Oleh kerana anakndanya Mukhriz menyertai gelanggang perebutan kali ini, tanpa segan silu, Mahathir secara terang-terangan berkempen untuk anakndanya. Perkembangan terbaharu ini tidak menyenangkan ramai pihak.

Lebih dahsyat lagi ialah apabila Mahathir dengan cara liciknya berselindung menggunakan terataknya sebagai tempat berkempen. Malu-malu alah perwakilan yang diajak bersembang telah merasakan diri mereka 'terperangkap' dengan hujjah berbau fitnah yang mengecam Khairy.

Antara perkataan yang Mahathir gunakan kepada Khairy ialah "budak hitam ni jahat. Dia boleh jual bangsa, jual negara kalau diberikan pegang jawatan penting."

Perkataan memburukkan KJ bukan setakat itu. Mahathir juga digambarkan membentangkan teori buruk jika KJ dipilih menjadi Ketua Pemuda. Sebagai orang tua yang sentiasa mendabik dada tahu segala-galanya apa yang akan berlaku berasaskan ramalannya semuanya tepat belaka.

Tindakan Mahathir ini tidak lain tidak bukan memujuk siapa saja termasuk mereka yang bukan dari kalangan perwakilan pemuda dengan harapan kempennya memburukkan KJ disebarkan secara meluas ke seberapa banyak telinga kalangan orang UMNO.

Oleh itu, Mukhriz tidak perlu kempen. Tugasnya hanya 'membela' mereka yang telah berjaya 'dirasuk' oleh ayahndanya yang mempunyai cara dan teknik mempengaruhi sesiapa juga yang diajak berbual.

Walaupun cara terdesak Mahathir memusuhi seseroang terutama terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir mengaitkan semua ahli keluarga siapa juga yang menyokong Pak Lah adalah terdiri dari golongan tidak guna pada persepsi peribadinya.

Mahathir dalam kempen kotornya tetap akan mengatakan apa yang beliau katakan mempunyai bukti seperti dokumen, ada gambar, ada vedio, ada saksi dan sebagainya sebagai menyokong kata-katanya yang penuh dengan kepalsuan semata-mata.

Setakat ini beliau juga kata ada bukti siapa terlibat dengan politik wang. Beliau boleh sebut satu persatu dan menyatakan tempat di mana ia berlaku dan kepada siapa disampaikan, tetapi tidak pernah lagi menunjukkan apa pun bukti yang beliau ada.

Setakat ini mereka yang ada pengalaman bersama Mahathir dalam usaha kempennya memburukkan calon hanya membuka buku nota kecilnya kononnya untuk rujukan yang dicatitkan sendiri sebelumnya. Sungguhpun ada pemuda yang mempercayai apa saja kata Mahathir, tetapi ramai juga yang merasakan mereka sedang diperbodohkan.

Ini adalah satu gejala paling buruk yang melanda pertandingan dalam pemilihan UMNO. Mahathir juga berkempen kuat calon pilihan hatinya di peringkat lain terutama timbalan presiden dan naib presiden. Secara psaikologi juga, dengan optimis beliau memberitahu siapa akan menang dan siapa akan kalah di pemilihan kali ini di semua peringkat.

Adalah malang sekali kalau pemuda tidak menyemak siapa Mahathir sebenarnya dari aspek fikiran politik kotornya, betapa busuk hatinya dan betapa jahat tindakannya dalam banyak perkara yang telah begitu banyak didedahkan dalam bentuk buku, DVD, risalah-risalah yang bertaburan di pasaran.

Menerima pandangan dan ramalannya serta siapa yang beliau minat atau siapa yang beliau benci secara bulat-bulat adalah satu perkara yang memusnahkan satu-satunya institusi politik orang Melayu. Mungkin itulah tujuan Mahathir sebenarnya mahu lihat UMNO lingkup setelah beliau tinggalkan.

PEJUANG CYBER said...

Faiz cara menulis artikel dan memberi komen lain... aku suka bersantai apabila beri komen.... sesekali kena ubah selera jugak....

Satu jer aku nak bagi tahu dengan kau... sebenarnya MAHATHIR JEJEH BURUKKAN KJ CARA TERDESAK KEMPEN UNTUK ANAKNDANYA

Anonymous said...

Baru senapang-patah

Nampaknya senapang patah ni pantang dicabar orangnya

Tahniah

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More