Tuesday, February 10, 2009

Nizar Menteri MB Haram ~ Malaysiakini

Nizar nampaknya berkerajaan sendiri , walaupun dihalang untuk masuk ke pejabat SUK , beliau menyatakan bahawa beliau akan terus menjalankan tugas di kesian rasmi beliau. Apakah Nizar masih tidak faham bahawa secara rasminya kerajaan pakatan rakyat telah tumbang di Perak , Beliau mungkin boleh bertemu dengan pelabur dan bekerja dengan sesama mereka kerana kakitangan kerajaan telahpun mempunyai Menteri Besar yang baru. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya, Kita Tinggu dan lihat sejauh mana Nizar masih angau dan dalam igauan . 11 bulan sebagai Menteri Besar mungkin telah merubah Nizar dan tidak lagi boleh menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar. Tanda tangan dan arahan beliau tidak lagi laku, Mana ada Menteri Besar melantik diri sendiri dan tidak mempunyai Raja. Kesian tenguk Nizar menjadi angau dan kesian juga melihat penyokong pembangkang yang tidak boleh menerima hakikat bahawa kerajaan negeri Perak sudah tumbang angkara mainan Anwar Ibrahim.

Nizar tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar secara haram dan naik kereta rasmi secara haram.

Nizar sebenar nya naik kereta dan tinggal di kediaman menteri besar secara haram.Apakah Nizar mahu memaksa pihak berkuasa memaksa beliau untuk keluar dari kediaman berkenaan secara paksa dan mengambil kereta secara paksa . Mengapa Nizar masih tidak faham' Kemaruk sangat mahu jadi menteri besar, Nizar sebenarnya hanya lah ADUN pembangkang saja. DAP juga kini cuba mendajalkan Nizar dengan menyuakan Nizar untuk bertanding Parlimen Bukit Gantang kerana mereka tahu rakyat Perak terutama orang Melayu sudah tidak suka kan Nizar. Jika Nizar ada keberanian , bertanding lah parlimen Bukit Gantang , Di sana beliau boleh buktikan kepada rakyat bahawa beliau masih popular. Menteri Besar negeri atas angin lawan dengan UMNO.

Petikan info mengenai Nizar bekas menteri besat Perak

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 11 pagi tadi.Beliau hadir bersama-sama dengan bekas Exco kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat, termasuk Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP, tiba dengan beberapa buah kereta pada 11 pagi dan disambut oleh kira-kira 40 penyokong.

Kemudiannya, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias menasihatkan Mohammad Nizar dan kumpulannya supaya bersurai kerana kehadiran mereka akan menyebabkan kesesakan trafik.Beliau bagaimanapun meninggalkan pintu masuk utama bangunan SUK 15 minit kemudian.Nizar berkata beliau akan tetap menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dari kediaman rasminya.Beliau mendakwa yang beliau dijadual mengadakan perjumpaan dengan pelabur di pejabatnya pada setiap Selasa dan kini beliau terpaksa menyusun semula jadual temu janji itu.

"Kami akan menjalankan tugas dari kediaman menteri besar dan cuba menyusun semula sesetengah temu janji itu," katanya.Ditanya sama ada beliau akan cuba datang balik esok untuk masuk ke pejabat, Mohammad Nizar berkata beliau tidak akan berbuat demikian.Minggu lalu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional (BN).Bangunan SUK dikawal ketat ketat pihak polis termasuk anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).Dua trak FRU turut ditempatkan di hadapan bangunan SUK.

6 comments:

saji said...

Itu pandangan Senapang Patah (Nizar MB haram) berdasarkan hujah perundangan sekular yang mengasingkan pandangan ilmu moden ciptaan manusia dalam bab undang-undang dengan ilmu agama yang didasarkan kepada nas al-Quran, Hadis, ijma'dan qias dalam bab yang sama yang sinonim dengan pemikiran orang UMNO!

Hendak tahu pandagan Islamnya yang didasarkan kepada al-Quran, Hadis, ijma' dan qias sila baca komen saya no. 48 dalam blog berikut: http://anwaribrahimblog.com/2009/02/09/karpal oh karpal/#comment. Lepas tu beri komen

Bangsa Cina Malaysia said...

INSYAALLAH KERJASAMA PEMIMPIN 2
PAS PKR DAP AKAN MEMPERKASAKAN
LAGI PAKATAN RAKYAT DAN MEMBAWA KEMENANGAN BESAR DI BUKIT GANTANG DAN BKT SELAMBAU.

AMEEN.

Tinta Rakyat said...

Apabila seseorg itu mengikut membabi buta,maka mereka tak ubah mcm binatang yg sy ckp td...betul tk senapang patah???...hidup kita ni kalau tk ikut undang2 yg sedia ada dan lepas tu buat keputusan sesuka hati tanpa mengikut peraturan yg betul,perangai mereka lg teruk dari binatang yg sy ckpkn td...jd ade mata melihat,ada akal berfikir,ada telinga mendengar...dan jgn lupa pesan NABI KITA doa org yg d zalimi makbul...

abrashid said...

Mana ada dalam dunia ini berlaku pada suatu masa dua orang yang dituduh(OKT) dapat MC pada hari yang sama. Tak kan MC pun pakat. Dah le lompat depa pakat, ambil MC pun pakat juga ke? Tan Sri Eric Chia dulu, sakit-sakit pun boleh gi mahkamah.

Orix Concepts said...

(dari blog ayorlemuju.blogspot.com)

Teman teringat ucapan Nizar sehari sebelum PR tumpor, iaitu pada hari sambutan Jubli Perak Sultan. Dia mulakan ucapan dengan membaca ayat dari Surah Ali Imran.

Maksud firman adalah seperti berikut:

Katakanlah: 'Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. [3:26]

Teman terkejut kerana Nizar memilih untuk memulakan ucap sembah dengan ayat tersebut. Lalu teman terpikior, kepada siapa hendak dimaksudkan doa itu? Kepada Sultan ke atau kepada BN? Tidak sesuailah memaksudkan kepada Sultan pada hari meraikan ulangtahun ke-25 pemerintahan baginda. Mungkin kepada BN.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lihatlah kebesaran Allah.

PEJUANG CYBER said...

Harapnya ex-MBB Nizar ni bertaubat dan ingat akan ketentuan Allah Taala. Kalaulah benar beliau seorang yang tinggi ilmu agama maka beliau tidak sesekali menderhaka kepada sultan nya dan tidak sesekali gila kuasa. Kita doakan agar beliau dapat menerima kenyataan dan hidup dalam aman tenteram hendaknya. Mungkin kerana disetiap penjuru beliau mendapat idea2 yang menyebabkan tidak tahu berfikir dengan waras , mungkin kerana fikiran beliau sudah tiada ruang untuk berfikir dengan baik disebabkan terlalu banyak mendengar nasihat-nasihat yang kurang baik...

Hanya pada Allah kita berdoa agar beliau kembali kepada pangkal jalan ... dan berjuang untuk Islam .....

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More